November 23, 2010

NaK MaSuK BLog KeR?

Sejak kebelakangan ni kita suka benar ambik gambar.  Tak kira la apa2 gambar pun asalkan ianya  menarik perhatian kita, ambik jer la. Dulu pun suka jugak tapi tak la seperti sekarang sebab sekarang lagi la suka, boleh jadikan bahan untuk blog kita..

Semalam kita citer pasal daun kari kan?  Sewaktu kita gi ambik gambar belakang rumah..kita cari juga pokok limau purut yang biasa ada kat situ....tapi takde.

Lalu kita pun bertanyalah kepada suami kita kemana peginya pokok limau purut tu. Suami jawab dah takde sebab mati selepas orang meracun rumput beberapa minggu dulu. Lepas tu dia tanya, “ Kenapa tanya pokok limau purut?..nak masuk blog ker?” Hehehe..kita pun jawab, “ Tak laa…saje tanya..”

Padahal, yer kot..Smile

p/s: Orang tanya  daun limau purut biasanya untuk buat tomyam, kita pulak nak wat masuk blog.

November 22, 2010

AgaK MeWaH HaRi iNi


Salam..
Antara juadah kat rumah hari ini.. 
Pagi tadi masak ni….
kue tiowgoreng
kuey teow goreng

 dan ada yang ni...

kuih gunting
kuih apa nama entah..(beli RM1) terliur nak makan

tengahari pulak masak ni..
ayam merah
ayam masak merah..

kemudian yang ni (beli)…
gulai siput
gulai siput sedut..RM2

petang pulak yang ni..(beli gak)

image
pisang goreng

Seterusnya malam, yang ni….
Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

 Best!! mak yang masak nasi dagang ni..
 semalam dia dah buat tapi tak cukup
jadi hari ni dia buat lagi...

Betapa kita bersyukur atas nikmat yang di beri ini..

KiSaH Di SeBaLiK PoKoK KaRi

Salam.. 

Korang tentu biasa makan mee kari, kari ayam, maruku dan apa2 kari la kan? Kalau daun kari tak dimasukkan dalam masakan yang kita sebut tadi tentu rasa tak menyengat kan?? Ok..Nak citer pasal pokok kari kita pulak  ni..

221120107932
Pokok kari gantian :)

221120107933Akhir tahun lepas mak mentua kita bagi anak pokok kari kat suami  suruh tanam tepi rumah. Kebetulan masa tu musim hujan jadi tak boleh nak tanam. Anak pokok tu dibiarkan tersadai kat tepi longkang belakang rumah sebab suami ingat nanti bila hujan reda dia nak tanam lah.

Nak dijadikan cerita,  hujan lebat telah menyebabkan banjir keliling rumah.  Tak pasal2 air deras telah menghanyutkan anak pokok tu entah kemana..suami cakap ,apa nak jawab kalo mak tanya? susah payah dia bagi pokok tu kita biarkan hanyut pulak.

Untuk tidak mengecikkan hati mak, suami pegi beli yang lain kat pasar tani.  Akhirnya tertanamlah juga pokok kari tu kat belakang rumah sebagai ganti yang mak bagi..kot2 dia datang tanya mana pokok tu.

Satu hari  mak datang dan tengok pokok yang dah agak besar, dia pun kata, “ Oh, ni la yang mak bagi ari tu kan? Dah besar  pun..”  

(Dalam hati , “selamat2”  dia tak tau pokok tu pokok lain) Hehehe….Kalau tak macamana nak jawab…

November 21, 2010

HaBiS TeLuR PeCaH!

Alahai..apala nasib pagi2 dah buat hal..Hurmm.. tadi keluar beli ayam dan ikan dan juga telur.. Dengan barang yang penuh kat tangan aku pun menuju ke  kereta.. 

Sebaik sahaja tangan nak buka pintu kereta, terlepas lah satu plastik terus jatuh ”berdebuk”! atas tanah yang berbatu..lupa sekejap apa benda dalam plastik tu.

Tiba2.. Ya Allah! rupanya telur! habisla hancur telur 10 biji RM4 tuh! 
takder rezeki..nak buat macamana
211120107909
Ni lah rupa telur yang dah berkecai tadi..

                        

November 20, 2010

FruStnye ..taPi..

Frustnyer...Malaysia tak dapat emas..
Walaubagaimanapun,  tahniah buat
pasangan regu badminton Malaysia
Tan Boon Heong dan Khoo Ken Kiat kerana
telah bermain dengan begitu bersemangat sekali..
mungkin nasib tak menyebelahi kita..
kita tunggu Datuk Lee Chong Wei pulak esok...

SeRoNoK Ke JaDi aNak BoNgSu??

Salam...

Kepada anda yang dilahirkan sebagai anak bongsu,
nak tanya, seronok ke jadi bongsu ni?
Aku tanya sebab aku bukan anak bongsu.  
Tapi aku ada seorang adik bongsu dan juga anak bongsu..
Seingat aku la, adik bongsu aku mmg manja dan agak degil masa kecik
Dia boleh dikatakan agak mewah di zaman persekolahannya
sebab abang dah kerja dan selalu bagi duit kat dia.
Mak ayah pula memang la cam terlebih sayang kat dia
walau pun aku rasa, mereka tak juga terkurang sayang kat aku.

Anak bongsu aku pula merupakan
 PA (pembantu peribadi) mama dan papanya.
selalu kena suruh sebab diala yang
rajin dah kakak2 pun apa2 suka suruh dia.

Jadi anda macamana pulak?
Apa seronoknya jadi anak bongsu?
(yang bukan bongsu pun leh jawab ok!) :)

November 19, 2010

PaRkSoN KB.. SeRiK DoH wEh!!

Ya Allah!! Aku tak nak dah  pegi Parkson Kota Bharu! serik! Serik drive kereta  parking kat tingkat atas!!

Pengalaman yang mengerikan ini takkan aku lupa sampai bila2. Kalau korang dah penah memandu naik parking tingkat atas Parkson KB korang tau la macamana keadaannya.

Peristiwa berlaku  ketika aku dan anak2 pergi shopping untuk raya .. Kebetulan suami pegi KL jadi  aku hanya pergi bersama tiga orang anak perempuan . Sebelum ni kami biasa pergi KB Mall saja. Tapi hari tu entah apa kena anak ku tiba2 ajak  ke Parkson . 

Memandangkan first time ke sana dan aku pun tak tau sangat selok belok tempat tu terus mencari parking. Nampak jer signboard PARKING aku terus masuk . Mak atuk!! naik punya naik bukan main tinggi lagi, makin lama makin curam.  Anak2 dah menggelabah... Maunya tak menggelabah,  laluan  dah la sempit,  curamnya macam laluan nak naik Genting Highland!  Rasa kereta  macam nak terbalik kebelakang sebab curam sangat2! nasib baik kereta auto kalo manual , aku tak tau nak cakap apa daa...Aku terus redah sambil dalam hati berkata bila la nak sampai kat atas! Hanya Tuhan aje yg tau betapa aku berdebar nak pecah dada! 

Alhamdulillah..sampai juga akhirnya.. anak2 pucat lesi ketakutan! Aku dapati  kereta memang tak banyak parking kat situ.

Selepas dapat apa yng dicari, kami bersedia untuk ke KB Mall sebab anak2 tak sabar2 nak keluar dari tempat tu.

Cabaran kedua bermula....MISI turun dari tempat parking tuh!!  Misi ini tak kurang mencabarnya sebab kalau dah naik curam, turun pun macam tu lah.  Selekoh pula punya la tajam dan sempit. Anak2 sekali lagi "terbisu" ketakutan!  Aku terpaksa control "kecut perut" kalo tak anak2 lagi phobia..

Ya Tuhan!! akhirnya kami selamat juga keluar dari tempat yang mengerikan tu..Anak yang ke tiga berkata," Patotlaa kereta tak banyak kat atas tu,  jalan curam giler"!!! 
Yang bongsu pulak mencelah, " tak se doh mari sini, SERIK DOH WEH!!"
Aku? memang aku tak akan cari pasal lagi kat situ...

November 18, 2010

TinJaU-TinJaU

Semalam pegi rumah mak mentua tolong masak sebab dia buat korban. Tapi raya korban tahun ni ipar dua ramai tak balik tinggal aku ngan biras jer tolong memasak.. dah siap masak aku sempat juga tinjau2 sekeliling rumah mak dan aku ternampak pokok ni:


 
pokok katak puru
Rupa-rupanya macam ni pokok buah katak puru ( ada iras2 pokok belimbing) .. sebelum ni aku penah makan buahnya (tak suka sangat) cuma tak penah tau macamana pokoknya..padahal ada kat tepi rumah mak.(boleh aku tak perasan?)
buah katak puru




Selesai makan aku pun bersiap nak balik rumah..sebelum masuk kereta ternampak la pulak bunga orkid mak yang cantik nih!


(aku kan tak boleh tengok benda2 atau bunga cantik mesti nak amik gambar)
Tak pe kan?? Kita sebagai makhluk Tuhan patut menghargai ciptaanNya.
Ermmmm...pastu terus balik dan TIDOOOOOO.! penat gak weh!!






November 17, 2010

MaSiH aDa YaNg SaYanG

Kebelakangan ni aku rasa sedih yang amat bila setiap kali berada di jalanraya, seringkali aku terserempak dengan bangkai kucing yang bergelimpangan kena langgar.  Ada yang terburai perut, pecah kepala dan macam2 lagi.  Kalau boleh aku tak nak tengok tapi nak buat macamana sebab dah ternampak. 

Aku tahu mungkin bukan salah pemandu yang sengaja nak melanggar kucing2 ni kan. Kucing juga kadang2 terus saja meluru bukan reti nak melintas jalan macam juga kanak2. Cuma aku kesian tengok keadaan mereka tuh.

Teringat aku akan peristiwa beberapa tahun lalu semasa aku dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar.  Sewaktu tiba di satu tempat, kereta berderet2 tak bergerak, nak kata ada kemalangan, tak de pun.Nak kata jalan jem sebab musim perayaan pun bukan.

Akhirnya kenderaan bergerak perlahan2 di bahu jalan. Rupa2nya kereta berhenti sebab beri laluan kepada seekor kura-kura yang sedang melintas jalan..Syukur alhamdulillah, ada juga pemandu yang prihatin dengan  makhluk Allah ni..Akhirnya kura2 tersebut selamat sampai di seberang jalan..

November 16, 2010

SaLaM AiDiL AdHa

Salam...
Di sini aku mengambil kesempatan 
untuk mengucapkan
 buat kawan-kawan bloggers 
yang baru ku kenali..
Kalau makan daging
korban tu tolong ingat
dunia ye jangan main
tibai jer
 kot2 nanti
tak dapat la aku 
nak baca entri korang lagi
hehehe..
jangan mare...
gurau jer lah!!




p/s: ni anak buah aku gak..:)

November 15, 2010

ApLiKaSi MaKLuMaT


Alkisah anak buah ku yang berumur 3 tahun namun amat keletah sekali.
Dia ni memang becok tak padan ngan kecik.  Suka main yang pelik2.
Ada sekali tu dia terjumpa gunting lalu mengggunting bajunya jadi 
ibu dia cakap " Lain kali jangan gunting, nanti tak boleh pakai!"


Satu hari dia datang rumah aku, masa tu aku tengah
gunting kain nak buat baju kurung;

Anak buah   : Cik... wat apa tu?
Aku            : Gunting kain...
Anak buah   : (dengan selambanya) Eh! jangan gunting! nanti tak bole pakai!
Aku            : ?????

Aku ketawa terbahak2..camana nak jawab tu???

ni la dia
rambut depan tu dia la modified!

November 14, 2010

PeNaT...TaPi SeRoNoK

Waa....penatmya aku malam ni!! penat kesana kemari berjalan dari satu blog ke blog yang lain..tak menang jari menaip tinggal jejak kat shoutbox kawan2 baru..sampai ada gak yg tersilap taip nama..sori erk hehe..pening mata membaca..tapi kawan yang dah lama sikit tu aku tak lupa tau!

Walau penat namun aku seronok dapat kawan2  kat sini  cuma malam ni tak dapat nak baca dan komen sgt entri kawan2,  sebab banyak yang aku kena baca...ok, satu, satu..  InsyaAllah esok2 aku akan baca balik yang dah tertinggal dan tak sempat baca malam ni.

Apa pun terima kasih kawan2 tak lupa juga kepada Encik Ben yang baik hati tuh! :)

JoM BeRKeNaLaN: KhaS BuAT BloGGeR BaRu


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Saya baru mengenali dunia blog memblog ini 
setelah terserempak dengan
ruangan orang kat atas ni (BA) hehe..
Semenjak itu saya mula mengikutinya.
Maka, dengan tak semena-mena saya mula
berminat untuk ikut serta menulis blog, walaupun
tak berapa reti sangat tapi," hentam saja lah, Belalang!"
Lalu lahirlah blog saya yang tak seberapa ini..
Buat kawan2 yang baru dan yang akan saya 
kenal , terima kasih kerana sudi singgah
SELAMAT BERKENALAN
dari
whitecappuccino



November 13, 2010

CuTE MuTE..TQ!

Hari ni aku happy sangat..
Sebabnya aku dapat benda ni...

Apa ni???


jap ekk...

siap ada batu-batu lagi


cute tak??
walau mungkin bendanya tak seberapa,
tapi amat bermakna bagi ku
sebab...
MB yang bagi!!
hehe...
TQ banyak2!!!

Alahai..seksanya!

Seperti biasa aku memang jadi driver tak bergaji , pagi tadi aku hantar anak nak gi jumpa kawan2 dia kat KFC.  Lepas tu aku terus pegi beli bahan mentah untuk masak tengahari..Sampai je kat rumah dalam 10 minit mak aku call suruh ambik dia kat bandar..Lorr!!..tak tau pun dia gi bandar padahal aku kat sana jugak tadi.  Sebagai anak yang bertanggungjawab (chewah!!) , aku pun bergegas semula ke bandar untuk ambik dia.

Sambil menunggu mak datang aku duk dalam kereta saja.  Tiba2 aku terpandang satu famili sedang berjalan dengan membawa barang2 aku agak tentula  baru lepas shopping.. Yang menarik perhatian aku ialah anak mereka yang perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun berbaju KEBAYA biru matching dengan sandal tumit tinggi biru  berjalan dengan seksanya..nasib baik tak terpele'ot ( kalau tak tentu HARU BIRU!)....hehehe...sebab apa aku kata seksa? Dah la sandal tu tinggi (memang tak sesuai dengan dia),  besar pulak! betul2 nampak seksa dia berjalan. Kesian aku tengok! tapi tak tau la macamana perasaan budak tu . Mungkin rasa bangga kot dapat pakai begitu ..:)  
gambar hiasan jer...

November 12, 2010

TaU La aNaK MaK..

Masa aku study dulu aku tinggal menyewa bersama kawan2 dari berlainan negeri. Macam biasalah bila duk menyewa kami masak bersama dan kadang bergilir masak. Tau-tau je la bila berlainan negeri lain la pulak cara memasak. Ye la,  mak aku ajar macam ni mak dorang lain plak caranya walau nama masakan sama tapi versi lain2.

Yang aku nak citer kat sini kisah kawan aku, orang nogori..Bila time masak  kadang2 dia selalu kena tinggal sorang kat dapur..nak tau kenapa? Haaa...ni ayat dia..
Eh! nape buat mcam tu? Mak I cakap kan.. Eh! Mak I kan..., Mak I kalau...
Asyik2 "Mak I"  Kawan2 yang lain terus cakap " Kalau macam tu suruh mak you je buat ek??"
Hurmmmm..nasihat aku,  kalau masak jangan duk ramai2 kat dapur nanti ada yang merajuk tak nak masak..
Hehe..sian kawan aku sorang ni.. kat mana agaknya dia sekarang.....

p/s: Asyik pasal masak je ni..bukan blog masakan ya..tpi kebetulan pulak citer psl masak memasak.

SaLaM JuMaaT..12.11.10

Salam semua..
cantik plak nombor kat atas tu..
Pagi tadi aku terajin la la pulak..
awal2 lagi da kemas rumah..
dan pagi ni aku bekfast ni...

pancake & kopi cappuccino

Sambil berkemas sempat gak
masak tuk lunch..
antara yang aku sempat masak..
kepak ayam goreng kicap..




Kan senang..masak yg simple2 jer..
janji kenyang...jom!!


KeJaM kaH aKu??

Huhuhu...kesian dia...
menyesal..sedih...
Kejam kah aku???
Ohh! Tidakkk!!!
Tadi aku gi rumah mak, 
drive kot tepi sungai dan sawah( malam tau),
tiba2 kat depan aku nampak 
ular sebesar lengan melintas
tak tau kenapa aku terus redah je..
terasa keretaku mcm terlanggar kayu
sebab ular tu agak besar..
mesti  penyek punya kena tayar keta..
dalam hati tiba2 rasa bersalah..
kenapa la aku langgar ular
yang tak berdosa tu..
on the way balik aku  intai,
mesti ular tu dah penyek kat situ
Tapi...takde pun!

Ohh!! kalau tak mati pun mesti dia sakit kan sebab kena redah??
Kesiannya kat dia!!
Kejam kah aku????

Aku suka....


Aku suka
alam semulajadi
aku suka kehijauan
aku suka bunga-bungaan
aku suka macam-macamlah!

pokok kesayangan

November 11, 2010

Check these out..

ANGEL
    First guy (proudly) :  My wife is an angel.
    Second guy               :  You're lucky.  Mine is still alive.


NEAR PERFECT
A woman is looking in the bedroom mirror.
She is not happy with what she sees and says to her husband, 
" I feel horrible; I look old, fat and ugly.  I really need you to pay me a
 compliment."
 The husband replies, "Your eyesight's almost perfect, darling!"

FOOL 
After a quarrel, a wife said to her husband, "You know, I was a fool      
when I married you." The husband replied, " Yes dear. But I was in love and didn't notice."

 PUNCTUATION IS POWERFUL
An English professor wrote the words " A woman without her man is nothing" on the chalkboard  and asked  his students to punctuate it.

All the males in the class wrote, " A woman, without her man, is nothing."  
 All the females in the class wrote, " A woman: without her, man is nothing."



                                                               ADOPTED FROM:

Makan makan..

pizza
Aku boleh dikategorikan dalam golongan org yg agak rajin memasak (time aku rajin la hehe...)  Bila datang mood rajin tu aku akan masak apa aja yg terlintas dalam kepala aku ni.  Cuma bila aku masak aku lebih suka buat sorang2 tak payah org tolong. Lagi pun aku rasa lebih pantas buat keja ni sendirian..tak pe penat asal puas hati. Janji orang yang makan tu kenyang.


Berikut adalah antara hasil kerajinan aku...
spaghetti n chicken chop

November 10, 2010

See you tomorrow..

Rupanya dah pukul 1 lebih sekarang..patot la kepala dah pening semacam dari tadi duk mengadap laptop..
Memang aku dah kena masuk tido.  Lagi pun pagi besok aku kena pergi ke satu tempat yang memerlukan aku jadi  driver tak bergaji..dah la jauh tempat tu.. Oleh itu..supaya aku dapat jadi pemandu yang berhemah di jalan raya besok..baik aku gi tido sekarang..Selamat malam..eh! selamat pagi  dan assalamualaikum..zzzzzzzzzzzz

November 9, 2010

Terkejut terus gelabah??

Pagi tadi aku keluar sekejap untuk pergi beli kuih.  Bila aku masuk jer simpang jalan kampung yang aku biasa lalu tiba2 aku ternampak JPJ buat road block.  Apa ke hal nya wat road block kat jalan kampung ni?  Kalau kat  main road tu biasa la kan?  Hurmmm..biarlah, dah kerja mereka!.

Kat depan aku sebuah lori kecil dah kena tahan dan disuruh ke tepi.  Bila sampai dekat pegawai JPJ tu, dia jenguk road tax aku..(aku pun lupa road tax mati bila, hidup lagi kot kalau tak mesti dia tahan aku)..hehe..
pas tu dia minta lesen.  Aku bagi je la sebab aku tahu lesen masih valid lagi sampai tahun depan.. Dia angguk maknanya boleh jalan! Nasib baik dia tak tanya mengapa aku tak pakai seatbelt..(aku lupa ..sori!!)

Lima belas minit kemudian aku memandu balik di jalan yang sama dan aku agak mereka masih di sana. Tak kisah la kan, aku bukan buat salah pun. Sebaik sampai di tempat yang sama aku nampak pegawai JPJ masih lagi berada di situ tapi  aku juga nampak sebuah kereta kancil kelabu "tertonggeng" kat dalam parit.  Beberapa orang pegawai JPJ sedang menolong pemandu kereta tersebut cuma aku tak nampak macamana keadaan dia.

Dari keadaan kereta yang terperosok dalam parit tu aku cuba buat kesimpulan yang pemandu tu mungkin terkejut sebab tiba2 terserempak dengan JPJ kat situ.. Bila dah terkejut tu terus gelabah dan mungkin nak lari cuma tak lepas terus terjun parit kot!  Tapi sayang aku tak sempat nak ambik gambar kereta tu kalau tak boleh la tayang kat sini.

"SENTIASA BERWASPADA BILA MEMANDU "

Kalau berpacaran

 Layanzzz!! ...khas buat mereka yang sedang berpacaran..ok!


  video

November 8, 2010

Tak faham betol!!

Semalam geram, hari ni tak faham pulak! kenapa ya?  Hurmmm...sebenarnya aku memang benar-benar tak faham dengan sikap dan kerenah segelintir manusia yang hanya nampak atau nak cari kesalahan dan kekurangan orang saja . Mereka ni hanya tahu mengkritik  dan 'condemn' orang tapi tak sedar yang empunya diri tu sebenarnya sengaja mendedahkan kekurangan diri sendiri.

Bukan nak mengata tapi inilah hakikatnya, orang sebegini mulutnya terlalu 'laser' nasib baik tak tembus dinding.!  Maksud aku, laser dan bercakap berdegar2 seolah-olah  dialah  yang paling hebat .  Bila bercakap 'volume' pulak boleh didengar sampai 5 kilometer!  Tak reti nak control lebih2 lagi kalau pompuan yang punya suara.  Eh! malu la sikit..

Memang betul, adakalanya kita tak puashati tentang sesuatu hal kadang tak dapat nak kawal kemarahan tapi tak bolehkah kita fikir dulu sejenak sebelum manghamburkan kata-kata sinis dan pedas yang mungkin akan menyinggung perasaan orang yang mendengar?  Kalau sekali sekala lain la..ini dah jadi macam habit, lama kelamaan orang akan menyampah..RENUNG-RENUNGKAN!!

p/s: peringatan untuk diri aku jugak.... muhasabah diri!

November 7, 2010

eiiii!! geramnyer...!

Aku memang geram betol bila...

* buka fridge, angkat botol air kosong! kenapa la letak balik botol
   takde  air tu..? Tak boleh ke tolong isi !.
* buka saji, ada pinggan lauk kosong..isi dah habis! tak boleh ke basuh 
   pinggan tu??  tak pun jangan la tinggal  pinggan tu bawah saji..!
* kipas punya la ligat berpusing, tapi orang takde pun!
* basuh tangan atau basuh pinggan, air paip punya la deras!
   habis  basah keliling tempat tu!
* periuk nasi letrik dah kosong tapi tak switch off plug!

Tapi aku geram kat sape ni?? tentulah geram kat penghuni rumah aku !!

Untuk renungan..

video

Betapa kerdilnya aku disisiMu...

November 6, 2010

Hmmmm..Love it!!

Tak tahu mengapa setiap kali aku lalu kat tempat ni mesti aku tertarik.  Pada aku tempat ni cantik sangat walaupun mungkin tidak pada pandangan orang lain. Apa pun tiap orang mempunyai pandangan atau tanggapan berbeza kan?  Aku hanya mengagumi ciptaanNya.
apa yang menarik sebenarnya?

 Jadi tadi aku pun berhenti  kat tepi jalan terus snap pemandangan yang aku suka ni..cuma sempat snap satu gambar jer sebab aku berhenti sekejap sangat  dek kerana aku sorang2 takut pulak berhenti lama2 kat jalan yang sunyi jarang2 kereta lalu...

November 3, 2010

Alahai...gas habis pulak!!

Hurmmm..selepas merebus laksa tadi  tiba-tiba terasa rajin pulak nak goreng nasi..best jugak nasi goreng  makan dengan ikan rebus goreng musim hujan macam ni.. Maka dengan penuh semangat aku pun buat la apa yang patut..punya la tengah syok menggoreng tiba-tiba api dapur tu padam..alahai...gas da habis la pulak!!  Adoiii!!  nape la waktu waktu begini gas habis?? Nak gi beli malam2 ni rajin betul la suami aku.. nampak gayanya dorang makan nasi goreng tanpa ikan rebus la sebab ikan tu tak sempat direbus..

(pinjam kat google image)
Sebenarnya tong gas memang ada satu lagi tapi kosong jugak sebab tak refill..hehe..jadi apa guna ada spare kalau kosong ? nak salahkan sape?

Moral of the story:  Pastikan tong gas spare anda sentiasa ada isi ok!!

Me and You..

Imagine me and you I do
I think about you
day and night
It's only right..

Ohh!!! mengantuk sebenarnya nih!! good night!!

November 2, 2010

Rain drops keep falling on my head..

Alhamdulillah, hujan yang turun semenjak tiga hari lepas telah reda buat masa ni.  Cuma ianya agak luar biasa.  Maksud aku hujan turun 
dengan lebatnya macam musim banjir la.  Memang la sekarang dah masuk musim tengkujuh kat pantai timur tapi rasanya tahun ni awal sikit hujan datang. Macam orang juga, ada awal , ada  lambat. 
Dalam pada itu  di Perlis dan Kedah ramai penduduk yang telah dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir.


Seingat aku banjir yang paling besar pernah berlaku kat tempat 
aku ialah 10 tahun yang lalu..bila dikenang balik, ada orang cakap biasanya banjir besar berlaku 10 
tahun sekali.. Wallahuallam..
Semuanya bukan kuasa kita.cuma time2 begini kita kena sentiasa berwaspada..!

Pada musim2 begini jugaklah stok makanan kena banyak kat rumah sebab anak2 dan seisi rumah jadi macam orang Somalia kebuluran tak pun macam anak burung yang sentiasa ternganga mintak diisi. Time ginilah  aku rasa tempat aku asyik kat dapur je..apatah lagi bila cuti sekolah. Tapi biasa la kan kalau ibu2 tu jenis yang rajin hehe....

p/s: gambar di atas (banjir tahun lepas kat rumah mak)

November 1, 2010

I will follow you..

Followers (1)
 
"...I will follow you..." chewah!! Ingat tak lagu ni? Tak pe2..bukan suruh ingat pun, tak penting.  Saje nak buat title entri ni sebab nak ucap terima kasih kat tuan punya gambar ni  [Awangku]  kerana dia telah menjadi orang yang pertama memollow( pinjam ek?) dan mengomen blog aku yang tak sepertinya ini. Kira" Hari Ini Dalam Sejarah" lah,
Kepada tuan punya diri..maaf ye sebab anda dijadikan bahan entri tanpa minta kebenaran terlebih dahulu.  Namun anggap ia sebagai satu penghargaan ..You made my day!! 

Siapa pulak akan jadi follower yang ke 100 yer? Berangan lagi lah aku sebab tentu ianya akan memakan masa yang agak lama tapi tak kisah la yang penting aku terus menulis..TERIMA KASIH!!!

October 30, 2010

Let's have a drink!

Nak ajak minum ke??  Sebenarnya aku nak share skit pasal minuman kegemaran aku cam dalam gambar profil aku - Cappuccino


Kopi memang minuman favourite aku,  terutamanya cappuccino, cuma aku biasa minum yang dalam peket kat bawah ni la. Tak sah tak minum sekali sehari nanti aku dok teringat-ingat cam orang bercinta dok ingat kat  girlpren /boypren dorang kot.  Kalau korang dah tau pasal kopi ni , tak kisahlah tapi aku nak jugak selitkan kat sini.

kopi ni banyak buih.

yang ni sedap  gak


"sprinkle" milo lagi sedap

Cappuccino ialah minuman berasaskan kopi yang berasal dari Itali. Ia disediakan daripada kopi ekspreso, susu panas, dan busa susu . Kopi cappuccino berbeza daripada caffé latte dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu stim atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6 auns (148-177 ml).

Mengikut tradisi, kopi cappuccino dihidangkan dengan menggunakan cawan porselin kerana porselin lebih berupaya mengekalkan haba, berbanding dengan kaca atau kertas. Busa yang berada di atas kopi cappuccino bertindak sebagai penebat dan membantu mengekalkan haba cecair agar minuman itu dapat memanjangkan tempoh kepanasannya. (dipetik dari: Wikipedia)

Begitulah ceritanya.... Jom! kita minum dulu!!!!!



October 29, 2010

On your mark..get set....

Salam sejahtera...
Selamat berkenalan.. ini merupakan entri aku yang pertama selepas beberapa hari menjeling dan menjenguk blog-blog kat sini. Nak tau blog sape yang telah membuat aku jatuh hati pada pandang pertama? hehe..tentunya blog Mat Gebu dan Ben Ashaari. Hmmmm,memang aku tertarik, tergoda dan teringin sangat nak mempunyai blog macam kawan-kawan semua..

Cuma seperti pantun "aku budak (cuma aku dah jadi mak budak2) baru belajar", banyak la benda yang memang aku kena belajar dalam bab-bab blogging nih!. Ni pun tah apa-apa kot aku buat. Sebab tu lah page ni masih dalam pembinaan.  Walaubagaimanapun, aku yang tak sabar2 nak post entri aku yang pertama ni, terpaksa la teruskan  niat aku  walaupun ianya belum siap sepenuhnya...kot-kot nanti kempunan pulak kan kan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...