December 6, 2010
SaLaM MaaL HijRaH 1432H
Salam..
Sempena kehadiran tahun baru ini, WC mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua rakan2 dan seluruh umat Islam..
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan terus berusaha ke arah memperbaiki diri serta amalan kita agar ianya menjadi yang terbaik daripada yang sebelumnya.
Seterusnya kita semua akan mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari Illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan pada tahun ini. Amin.
Doa Awal dan Akhir tahun
Doa Akhir Tahun
Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

sumber doa:www.islam.gov.my
YeS!! ALhaMDuLiLLaH....
Salam..
Tersenyum lebar pagi tadi..hehehe..nak tau nape???
Tak nak?? tak pe...tak terasa hati pun..
Saje nak luahkan perasaan sekejap..
Yess!!! Gumbira tak terkira..
rasa nak melompat macam
benda alah kat atas tu !! hahaha!
Tadi pak posmen datang hantar surat..
Tau laa..memang itu kerja dia..
Selalunya WC tak kisah pun
pasal posmen hantar surat,
lain la kalo zaman dulu
hari2 tunggu posmen
sebab masa tu tunggu
surat buah hati..
Ok..meleret2 la pulak..
berbalik pasal tadi,
Yes!! pak posmen
hantar surat dari
LEMBAGA tu...
yang kena bayar cukai
kat dia tuuuuu...
*
*
*
*
Yup!!!
DAPAT REBATE CUKAI!!!
Betul2 tak sangka..
sebab orang lain dah lama dapat..
Alhamdulillah!
:)
December 4, 2010
HaRi YanG BusY KaT RuMaH
Salam..
Duk rumah pun busy jugak ek? Yer! sapa kata duk rumah relax? Kadang2 duk rumah lagi penat dari duk tempat kerja kan? ye tak?? Bila kat rumah, kena menyapu, kena masak, kena basuh itu ini....sedia breakfast,, masak lunch, pas tu minum petang , masak dinner dan macam2 masak lagi...
Memang hari ni WC agak busy la kat rumah, dekat maghrib baru boleh duduk2..dari pagi masuk dapur sampai la ke petang. Kebetulan cuti sekolah ada la yang duk jauh balik dan anak2 sedara berkumpul kat rumah..memang meriahla bila ramai2 berkumpul...lepas makan, makan, pas tu makan lagi...tapi kali ni tak letak gambar makanan kot ada yang terliur hehe (bnyk la perasan kau!)...
December 3, 2010
RonDa2 PaGi PaRT 2
Salam..
...Dalam entri terdahulu WC telah menceritakan yang WC dan anak tak nak lagi bela apa2 haiwan peliharaan sebab takut perkara yang lalu akan berulang kembali...Tapi tengokla apa yang suami beli masa dia meronda kat pasar sari tadi...
![]() |
| comel tak??? |
![]() |
| Hello!!! |
Ya...dia telah membeli sepasang ARNAB!!! untuk anak no 3..Mira..dan kami semua SUKEEEEE la sangat kat arnab nih!!! COMEL giler!!! PUTIH GEBU!! ! sekor bermata merah, sekor lagi mata hitam..Oh ya sepasang harganya RM35..ok tak?? dan mereka berdua ni jinak yang amat! SERONOKNYERRRRRR!!!!! (ooopppssss!! mamanya yg excited lebih...hehe)
RonDa2 PaGi PaRT 1
Salam..
Hari ni pagi2 lagi suami ajak pegi Pekan Sari..Hujan rintik2 tapi bila sampai kat sana punya la ramai orang. Nak parking kereta pun susah kena pusing2 dulu baru dapat masuk parking. Sebenarnya bukan nak beli sangat pun cuma ronda2..jom tengok suasana kat situ..
![]() |
| ikan bilis..ikan kering, budu dan sbginya.. |
![]() |
![]() |
| makanan.. Kawasan kat sini luas sangat tak larat nak ronda semua lagipun org ramai . Jalan punya jalan, ni la yang WC beli..semua makanan... |
![]() |
| anggur, roti john, jagung rebus, ubi, som tam, laksam, pulut merah |
![]() |
| Roti John..sedapp!! |
December 2, 2010
Be ThankFuL
Be thankful
that you don't already
have everything you desire.
If you did, what would there be
to look forward to?
Be thankful
when you don't know something,
for it gives you the opportunity to learn.
Be thankful
for your limitations,
because they give you
opportunities for improvement.
Be thankful
for each new challenge,
because it will build your strength and character.
.
Be thankful
for your mistakes.
They will teach you valuable lessons
Be thankful
when you are tired and weary,
because it means you have made a difference.
Be thankful
for the difficult times.
During those times, you grow.
Gratitude can turn
a negative into a positive
Find a way to be thankful
for your troubles,
and they can become your blessings.
SaKiT..
Sakit MATA
Sakit KAKI
Sakit HATI
Sakit GIGI
Sakit MULUT
Sakit PERUT
Sakit BELAKANG
Sakit PINGGANG
Sakit KEPALA (selalu)
Sakit sebab APPENDIKS ( dah operate)
Sakit BERSALIN
..antara SAKIT yang pernah WC alami..Agaknya, ada tak orang yang tak pernah mengalami apa-apa rasa sakit? Rasanya takde kan? Oleh yang demikian, semestinya kita menghargai dan mensyukuri nikmat masa sihat kita...
December 1, 2010
My _ Minutes Survey
Tag dari Cikmimie..
Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating. With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people.
Starting time : 9.55 pm
Name : whitecappuccino, ciknor
Brother(s) : 1
Eye colour : hitam + coklat
Shoe size : 7
Hair : hitam
Piercings : telinga
Height : 166 cm
What are you wearing right now: pakaian
Where do you live :Terengganu
Favourite number : 20
Favourite drink : Cappuccino lah
Favourite month :Mei
Favourite breakfast : nasi bungkus
-Have you ever-
Broken a bone : tak
Been in a police car : belom lagi.
Fallen for a friend : entah..
Fallen for a guy/girl in a short period of time : ada kot
Swam in the ocean : ya..pakai life jacket
Fallen asleep in school : biasa la tuh
Broken someone's heart : hehe..ada gak
Cried when someone died : ya..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : tak pun
Saved e-mails : ya
Been cheated on : pernah gak
-What-
Your room look like : ok
What is right beside you :Tingkap
What is the last thing you ate : nasi ngan ikan kering
..
-Ever Had-
Chicken pox : Yes
Sore throat : Yes
Stitches : yes...
Broken nose : never
-Do You-
Believe in love at first sight : yes
Like picnics? : yes
-Who-
Who did you last yell at? : nobody
Who was the last person you danced with? : takde..
Who last made you smile? : anak2
-Final Questions-
What are you listening to right now? : bunyi tv..
What did you do today? : banyak...
Are you the oldest? : Tak
Indoors or outdoors? : Dua2 boleh
-Today did you-
Talk to someone you like? : yup
Kiss anyone? : yup..
Sing? : yes
Talk to an ex? : wat apa?
Miss someone ? : ada gak..
Eat? : baru je td..
-Last person who-
You talked to on the phone? : anak sulung
Made you cry? : sapa ek?
Went to the movies with? : tak g tgk movie
You went to the mall with? : suami n anak2
Who cheered you up? : Kawan2 n family
-Have you-
Been to Mexico? : tak
Been to USA? : ya
-Random-
Have a crush on someone? : Penah
What books are you reading right now? : Sidney Sheldon’s novel..
Best feeling in the world : teruja
Future kids name? : takde dah…dah ada 5..
Do you sleep with a stuffed animal? : tak..dgn orang
What's under your bed? : lantai
Favourite sport(s) : badminton
Favourite place : rumah ku syurga ku
Who do you really hate? : tak de..
Do you have a job? : yer..
What time is it now? : 10.20
15 kawan2 yang kena jwb tag nie: tak nak tag xleh ker??
Macih cik Siti ku!!
Wah3x! penghargaan mencurah2 macam air hujan turun di musim tengkujuh!! Eh! perasan la pulak dia! Padahal baru tiga..Tak laa.. sebenarnya WC sangat berbesar hati (hrp tak pecah dada hehe)..2 hari lps ditag oleh nurul, kemudian oleh cik siti ku ..”Interesting Blog Award”! Eh! ye ke interesting? Termalu la pulak dgn entri yg ntah pape kot....tapi macih ye cik siti ku!! cik nor cyg awak hehe..
http://lurvemyblog.blogspot.com/Di Mata Anda
WC tabik kat siti sebab setakat yang WC kenal dia kat sini dia mmng seorang yg matang ..cepat mesra ..suka gaya penulisan dia yg ada sense of humour tp bernas macam padi bernas tuu....tak gitu siti?
Nama Blog Anda Dan Kenapa Anda Letak Nama Tu
simple@wonderful.. letak nama ni sebab WC anggap diri ini seorang yg simple..gitu
juga wonderful..dari segala segi, segitiga, segiempat , segitiga bermuda..eh..melalut pulak!
URL Blog Anda Dan Dari Mana Datangnya Idea Tu
http://whitecappuccinol.blogspot.com/ idea dtg sbb empunya blog suka minum kopi cappuccino.. huruf “l” kat belakang tu tersilap taip malas nak ubah jadi la mcm tu..
Apakah Kaedah Dalam Penulisan Blog Anda
WC guna windows live writer 2011..tulis draf kat situ pas tu post kat blog..
Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri)
Kagum dan kalau boleh nak buat biar menarik cam dorang juga..
Bilakah blog anda diwujudkan?
Blog ni wujud pada akhir oktober 2010, tak sampai pun 2 bulan umurnya ..bnyk lagi kena blajar..
Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?
Orang yang pertama tahu pasal blog ni ialah suami sbb WC bagitau dia..kemudian yg jadi follower pertama WC ialah Awangku.. sila baca (link).
Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat syarat ini.
Part ni yg susah skit ek tapi ok..tag 3..terimalah yang seterusnya:….
gomokpendek
azwaamani
November 30, 2010
AwaRD DaRi HoNeYmaDuLeBaH..
Dapat lagi?? chewah..wat2 terkezut la plak..tima kasih bebanyak nurul ek!..WC dapat nih dari dia..
Tapi seperti biasa bila dapat award mesti kena jawab soalan la pulak adehh…takpe2..
@pemberi award) di mata korang.. ? Berikan pendapat dengan jujur.
Tak penah jumpa mata, baru jer kenal kat blog tapi WC tau Nurul ni budak sekolah lagi baya anak WC yg no 3..friendly dia nih!
@Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
http://whitecappuccinol.blogspot.com/
..WC suka minum kopi cappuccino dan kopi yang sewaktu dgnnya.
@5 perkara yg korang suke
masak, makan, berkawan, bertenet (phm x?), dgr lagu..
@5 perkara yg korang benci
bermuka2, tunggu orang, penipu, cakap besar, perasan lebih
Thanks Nurul ek!!
Apa tu??
Salam.
Hari ni WC penat sangat.
Keluar dari pagi lewat tghari baru sampai rumah...
tapi WC nak share gambar ni dengan korang..
pada sesape yang nak tengok la..saje jer..
Eye test (kot2 mata rabun)...
Apakah yang korang nampak dalam ke dua2 gambar ni..
p/s: nampak tak ular dlm kedua2 gambar ni??
November 29, 2010
PicTuRe Of My LiFe CoNTeST
Salam semua..
Ini merupakan kali kedua WC ditag dan kali ini WC diajak oleh Siti untuk menyertai contest ini…Ya..”Picture of My Life Contest” .

Tima kasih Siti! WC cuba memenuhi pelawaan Siti ok!
| Zip Forever |
Sebagai memenuhi tuntutan contest ini, WC telah memilih gambar di atas..tadaaa..gambar kucing? nak masuk contest? Ok2! kucing ni bukan sebarang kucing..tapi kucing ni terlalu istimewa buat WC dan famili, sebab itulah WC menyifatkan gambar ni sebagai “Picture of My Life”
Ok..apa istimewanya gambar ni sampai WC rela meluangkan sedikit masa untuk buat entri ini? Kucing dalam gambar ini merupakan sebahagian daripada famili WC sebelum ini. Kucing yang diberi nama “ZIP” oleh anak WC yang ke tiga sebenarnya diberi oleh keluarga anak angkat WC pada akhir tahun 2007. Anak WC yang nombor tiga terlalu sukakan binatang terutama sekali kucing.
Minggu pertama dibawa pulang ke rumah, Zip cuba menyesuaikan diri dgn rumah kami tapi pernah juga dia lesap 2 hari..ye la anak kucing masih tak tau apa2 kan sudah tentu tak reti balik rumah lagi..Anak WC memang sedih yang amat bila Zip tak ditemui. Tapi nasib baik jiran sebelah terserempak dengan Zip dan kembalikan dia dalam keadaan basah kuyup (jatuh parit)..
Setelah Zip besar, sebagaimana insan biasa juga lah, Zip berjumpa pasangannya (entah sape) dan termengandung..hehe..tibalah hari dia nak melahirkan, dia begitu gelisah sekali dan akhirnya beranakla dia tapi malangnya anak dia keluar songsang dan tak berkesempatan melihat ibunya itu..kesian sangat kat ZIP.
Selepas itu Zip macam orang sasau..ye la anak mati kan? Satu hari dia naik atas bumbung agaknya cari anak dia tu la.. Kami tak sempat berbuat apa2 bila dia tergelincir dan jatuh dari bumbung rumah kami setinggi berapa ek? tapi tinggi la rumah dua tingkat..namun umur dia masih panjang .SELAMAT…
Zip semakin sedih agaknya masa tu bila mana peristiwa selanjutnya Zip yg sebelum ini memang tangkas turun tangga pusing (spiral) dalam rumah kami tiba2 tergelincir dan jatuh dari tangga setinggi 3.3 meter..Bedebub"! jatuh atas lantai “tile” di depan mata WC. Senyap seketika, Kami dah saspen…selepas beberapa minit dia bergerak!.Ya Allah! ingatkan nyawa dia dah melayang!.
Tetapi peristiwa selanjutnya benar2 menyanyat hati kami bila pada suatu hari Zip sudah tak lalu makan dan hanya terbaring diam..kami dapati pipi dia bengkak dan bernanah..tak tahu kenapa. Seolah-olah dia lekat sesuatu..tulang kot, kami cuba juga tengok kot boleh keluarkan tapi tak nampak apa pun. Keesokan harinya zip terbaring atas simen belakang dapur dengan mata memandang kami..WC dan anak duduk kat dia sebab rasanya ajal dia dah nak sampai..
Pada petang tersebut, setelah setahun lebih bersama , Zip benar-benar meninggal kan kami. Terbaring kaku, kami, terutama WC dan anak memang menangis meratapi pemergiannya.
Sehingga kini, bila mengingati Zip, WC rasa sebak..sebab, selain menjadi kucing belaan kami yang pertama, Zip juga telah banyak berjasa. Kerana Zip jugalah, sampai saat ini WC tak mahu lagi memelihara apa2 binatang peliharaan terutama kucing sebab WC dan anak merasa sangat terpukul dengan kehilangan Zip. Takut perkara yang sama berulang kembali…
Jadi itulah kisahnya mengapa gambar tersebut merupakan "Picture of My Life”
November 28, 2010
VeGeRoNi CaRBoNaRa FoR DiNNeR
Salam.
Petang tadi sebaik sahaja pulang dari hospital menziarah sedara yang sakit, WC terus bergegas ke dapur. Semenjak dua menjak cuti sekolah ni WC rajin banyak..bagus sangat la daripada malas banyak kan?? Haaa..WC pun teringat resepi pasta yg kawan ajar baru ni so teringin la nak cuba..
VEGERONI CARBONARA..bunyi macam rona roni makaroni jer tak? WC guna SPIRAL VEGERONI sebab ada anak yg tak suka makaroni..dia kata "GELI!!" ada ker macam tu? Akhirnya inilah hasilnya.
Sekejap jer dah lesap semua dilahap oleh anak2 tapi ayah anak2 tak makan pun sebab roni2 atau spagheti bukan selera dia..Dia habiskan nasi dengan ikan rebus cicah sambal!
Nak buat benda ni senang saja:
Bahan2 nya:
200 gram spiral vegeroni yg belum di rebus
400 gram daging kisar
1 tin sos carbonara
4 batang sosej daging (ayam pun ok)
sedikit minyak zaitun
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
brokoli
jagung dalam tin ( tak letak pun)
sedikit garam
sesudu kecil gula
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam
1. Rebus pasta hingga lembut.
2. Cincang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih putih dan bawang besar.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tambah garam dan gula. Biarkan masak.
5. Sementara tu goreng sosej sekejap, angkat dan hiris nipis.
6. Bila daging dah masak, masukkan sosej, jagung dan brokoli kemudian masukkan sos carbonara.
7. Masukkan vegeroni yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. masukkan oregano dan serbuk lada hitam.
2. Cincang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih putih dan bawang besar.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tambah garam dan gula. Biarkan masak.
5. Sementara tu goreng sosej sekejap, angkat dan hiris nipis.
6. Bila daging dah masak, masukkan sosej, jagung dan brokoli kemudian masukkan sos carbonara.
7. Masukkan vegeroni yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. masukkan oregano dan serbuk lada hitam.
8. Boleh makan!
Ok...sapa suka bleh try..tak suka tak payah!
Ok...sapa suka bleh try..tak suka tak payah!
ChaNNeL AsTRo BoLeH BeRTuKaR SeNDiRi KeR?
Salam..
WC nak berkongsi peristiwa yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu semasa WC masih tinggal menyewa di rumah kampung. Pada suatu petang, WC dan suami sedang menonton TV, cuma lupa entah cerita apa kat channel ASTRO.
Sedang asyik menonton, tiba2 channel tu bertukar ke channel lain...betul2 depan mata kami. Nombor channel pun bertukar tau.. Suami pandang WC, dia tanya kenapa tukar? WC pulak kata, "bila plak saya tukar?". Suami kemudian tanya pulak anak lelaki...Dia terpinga2 keluar dari bilik dan bagitau , bila masa pulak dia pegang remote..lagipun dia duk dalam bilik..Remote ada elok je terletak kat meja.
Kami rasa hairan dan tertanya2 la jugak macamana perkara tu boleh berlaku..Suami berpendapat agaknya ada kesilapan kat tempat ASTRO tu kot.. Sampai sekarang rasa pelik..pernah ke jadi macam tu?
HaRi YanG MenDunG.
Pagi2 tadi WC ke pantai.. bukan untuk berkelah tapi hantar
anak yg ada picnic ngan kawan2 kelas dia..
November 27, 2010
DaPaT AwARd???
Wah..wah!! baru sebulan berblog ada gak yang sudi
nak bagi award kat WC ek?
Dengan besar hatinya WC menerima award
yg diberi oleh gomok ..macih adik akak cyg!!
ni dia….
Bila dah dapat award ni WC juga dikehendaki
menjawab beberapa soalan seperti berikut….
seb bek tak banyak!
1. Berikan satu nickname untuk pemberi award:
>gomok cyg<
2. Ucapan untuk pemberi award ini:
Tima kasih banyak2 kepada gomok yg telah
menganugerahkan award ini kepada akak..walau
baru kenal cam dah lama …
awak memang kelakar..cyg gomok!!!
3. Berikan nama 6 artis yang korang minat:
1. Michael Learns To Rock
2. Maher Zain
3. Pixie Lott
4. Afgan
5. Bryan Adams
6. Richard Marx
4.Beri award ini kepada 10 kawan blog atau follower:
Part ni yang susah nak jawab sket…nak bagi kat sape ek???
ok laaa..bagi kat dorang ni ek???
ok..selamat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)














