April 3, 2011

GeGaR 1 RiBu BLoG ApRiL BeRMuLa



Segmen paling mudah alias senang..
tajaan Ben Ashaari lagi.
Jom kita join ramai2!
Klik banner tu untuk keterangan lanjut.
daaaaa..

April 2, 2011

LaGi LaGi EPaL

Intro..sebiji epal hijau yg
 dipetik dari kebun google

 Assalamualaikum..
Pertama tama sekali saya nak bagitau korang yang
entri kali ni takder kena mengena dengan tips
 untuk kuruskan badan dengan memakan epal hijau ataupun
nak citer pasal khasiat epal hijau mahupun merah k.

Pasal lainlah!
Baru jap tadi saya tengok Vlog Ben Ashaari  
bersama Maria Elena yang cute cun melecun tu.
Juga bukan nak citer pasal dorang..
Yang tu terjah sendiri ek?
Bila jumpa nama Maria Elena, teringat pulak
housemate saya masa study dulu,
namanya Elena (American).
Sebut nama Elena, 
saya ingat epal hijau..
kenapa ya?
jap saya citer.

Selain makan epal hijau begitu saja, 
saya suka juga makan
dengan kicap belacan macam makan collek mangga.
Tau tak collek?? 
Tak tau tanya orang klate Tganu k.

Berbalik pasal kawan saya Elena, dia suka sangat makan
 epal hijau ni, tapi mesti makan dengan benda ni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

dari kedai goole gak

Ha'ah..epal hijau makan dengan peanut butter!
First time la jumpa orang makan gini.
Saya pun cuba try test.
Ermmm..nak tau rasa camana?
Try la sendiri ek?

Ini pulak sekadar hiasan sebab nampak
cantik, juga dipetik segar dari
ladang google :)

April 1, 2011

CoNTeST KM:HeaDeR SiMpLe Tp MeNaRiK

Assalamualaikum!
Malam ni saya nak siapkan tugasan (macam student plak)
tugasan yg saya dapat dari mommylavender yg vogue tu..
hehehe..mommy telah mengetag ku 
untuk sama2 memeriahkan 
contest ini  hohoho.


Rasanya sesuai betul la kalo
saya masuk contest ni..
sebab pe???
Nama pun contest header simple tapi menarik,
tengok la header saya ni,
nama blog saya...


setuju tak???
Nak join contest kena  ikut syarat2nya jugak.
Kalo nak tau, klik jer banner kat atas tu ya.
Ok! siap tugasan saya.

Oppppsss! lupa..
kena tag 5 orang,


March 31, 2011

JaMu SeLeRa,JaMu MaTa

 Assalamualaikum
Tujuan entri ini hanyalah untuk menayangkan hidangan 
untuk tetamu jemputan khas dan guru2 sempena
 Majlis Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG kelmarin.
Nak jamu selera, tak boleh... jadi jamu mata ajelah ya.

Udang Terbang?? macam lauk pengantin

 Daging Kerutuk, Ayam Goreng Berempah,
 Sambal Belacan dan Acar Nenas 

 Puding Peach

 Pencuci mulut


Ok tak???

Tapi yang paling best tengahari tadi kami dijamu lagi
sebelum mesyuarat Projek SPM..
cuma tak sempat nak snap gambar.
Curik dari google ajer ya..
layannnnzzzzz!

Sambal Tempe Goreng bilis

Masak Lemak Pucuk Ubi

Ada jugak ayam goreng tapi masak lemak dan 
sambal tempe goreng bilis memang
terangkat beb!!!

Minggu depan ada majlis kesyukuran lagi 
sempena kecemerlangan sekolah dalam tiga
peperiksaan awam serta pertukaran dan kenaikan pangkat
GPK kami kepada Pengetua ..
TIGA ekor lembu akan tumbang untuk dijamu
kepada semua warga sekolah termasuk
pelajar seramai hampir 1600 orang.
Tukang masak??? kami semua laaaa..
gotong royong!
Muafakat membawa berkat!

SiBuK SiKiT

Assalamualaikum..
Kelmarin merupakan hari yang padat dengan majlis dan aktiviti
menyebabkan saya tak dapat nak BW dan update blog ni.
Di sebelah pagi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah dan
mesyuarat Agung PIBG di sekolah.  Saya dan beberapa orang rakan telah 
terlibat dengan persembahan pelajar iaitu Speech Choir.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kehadiran ibubapa
juga amat memberangsangkan.

Di sebelah petang pula dalam pukul 2.30 saya terpaksa berada 
di padang sekolah lain di mana berlangsungnya pertandingan 
bola jaring peringkat daerah, menguruskan pasukan sekolah.  
Dah tiga hari berturut-turut berada di padang.
Tahun ini pasukan bola jaring hanya sampai
 ke peringkat suku akhir sahaja.
Berlatih pun hanya sempat 3 hari
 lantaran hujan.

Balik rumah dah lewat petang, sempat berehat sekejap.
kebetulan hujan turun mencurah-curah sebelum maghrib namun
terpaksa juga meredah hujan yang lebat itu untuk ke sekolah
pada pukul 8 malam sebab saya mengajar kelas tambahan 
dari 8.30 hingga 10.30 malam.
Sampai rumah dah pukul 11 lebih..
Lenguh jugak kaki sebab berdiri di padang 3 tiga hari berturut2.
Apa lagi...tido je la ubatnya.

Nasib baik kursus pengawas yang dijadualkan 
petang tadi hingga sabtu
ini terpaksa ditangguhkan ke satu masa lain
sebab padat sangat aktiviti minggu ini.
Tapi dua hari ni kena siapkan marking
kertas exam TOV tingkatan empat pulak.

March 29, 2011

HeBaT SaNGaT Ke KiTa?

Assalamualaikum..
dah dua hari tak update blog..
banyak sangat things going on at school..
macam2 majlis yang akan berlangsung, 
bermakna persiapan pun macam2 jugak..
minggu ni  dan minggu depan penuh dengan majlis.

Sebenarnya ada perkara lain yang nak dikongsi di sini.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau entri ini akan buat
sesiapa teremosi..bukan nak memihak kepada sesiapa,
tapi mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan renungan  bersama.

Alkisah seorang rakan saya tiba2 demam panas beberapa hari sebelum cuti sekolah baru2 ini. Setelah dia kembali bertugas 3 hari selepas sekolah dibuka semula, barulah kami tahu apa yang sebenarnya terjadi kepadanya. Rupa2nya dia telah dijangkiti  kayap di paha. Pada mulanya dia sendiri tidak tahu yang dia dijangkiti kayap selepas beberapa hari demam.  Dia ke klinik kesihatan kerajaan dan setelah disapu ubat, keadaannnya bertambah teruk.  Rupanya dia telah diberi ubat yang salah. Kayapnya tambah sakit dan bernanah. 

Dek kerana kesakitan yang tak tertanggung, kawan saya pun bergegas ke Unit Rawatan Kecemasan hospital daerah  pada pukul 4 pagi bersama adiknya yang baru sampai dari Keluang Johor pada pukul 2 pagi.  Emaknya juga berada di wad di hospital lain. 

Sewaktu proses rawatan dijalankan, kawan saya menangis sebab sakit sangat2. Katanya bahagian yang bernanah, terkopak kulit dan berdarah kerana doktor membersihkannya dengan kasar..wallahuallam.  Sambil tu doktor bertanya kepadanya,


"Kenapa datang masa ni (pukul 4 pagi)"?
"Awak, tak boleh tunggu pukul 8 pagi esok  ke? "
Kawan saya yang lembut ni diam saja menahan kesakitan, 
namun adiknya yang kepenatan baru sampai dari jauh tu terus berkata,
"Doktor tak payah banyak tanya la, doktor buat jer kerja doktor tu,
 saya pun government servant jugak!"
Doktor tu lantas diam sambil meneruskan tugasnya.
Selepas beberapa ketika, doktor bertanya kepada adik kawan saya,
"Awak kerja apa?"
Dia jawab,
"Saya Pegawai Penyelidik Mardi, government servant macam doktor jugak."
Doktor diam tak berkata apa2.

Kawan saya dimasukkan ke wad di situ selama dua malam tapi keadaan dia bertambah serius dan terpaksa dirujuk ke HUSM (dihantar dengan ambulan) dan sekali lagi  ditahan di wad selama lima hari untuk rawatan insulin 5 kali sehari. Oh ya, kawan saya dan adiknya, perempuan.

March 26, 2011

LuLu CaLDiNa 1ST GiVeAwAY

Assalamualaikum
Ini merupakan GA yang pertama saya sertai tahun ni
setelah ditag oleh akmall.  Walaupun saya tak selalu
bernasib baik dalam apa2 GA tapi tak kisahlah,
sekadar memeriahkan suasana pun 
dah kira baguskan??


Berbalik kepada 1st GA yang dianjurkan oleh Cik Lulu Caldina,
mari sama2 kita tengok apa syarat2nya...

*Pertama sekali mesti jadi FOLLOWER dia..DAH!
*Yang ke dua, buat entri pasal GA ni kat blog korang dengan
tajuk "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner di atas 
beserta link kat entri dan sidebar.
*Ke tiga, selitkan Lulu Pages dalam Blog list korang..BERES!
*Kemudian, tag 2 orang dan pastikan mereka tahu.
ok nak tag:


*Akhir sekali tinggalkan link kat entri beliau.

Untuk maklumat lanjut, klik banner kat atas tu ya..
Tarikh tutup ialah
9.20 am 29 Mac 2011.


EaRTh HouR 2011: LeT'S SuPPoRT IT!



Let's support the "Earth Hour" 
Switch off your lights
from 8.30 pm to 9.30 pm tonight.
It's only for one hour
but the impact is tremendous.
Do your part!


March 24, 2011

SeKaLi LaGi SaYa TeRHaRu

Assalamualaikum
  • Pagi tadi saya menerima sms dari bekas pelajar saya yang baru dapat result SPM kelmarin..
       Smsnya berbunyi begini,
      "Salam...walaupun keputusan SPM saya 
       tak berape membanggakan teacher 
       apapun  tq teacher kerana sudi mengajar saya"

  • Sekali lagi saya terharu. 
  • Sms ini  dihantar oleh bekas pelajar (lelaki) saya yang bukannya dari kelas kelas sains tulen .
  • Dia dari kelas yang ke lima dan keputusan SPMnya hanya sekadar cukup makan.
  • walaupun tak berapa pandai, dia yang saya kenali amat baik pekertinya dan suka menolong guru2.     
  • baru teringat, tiada pun sms dari pelajar2 yang cemerlang.
  • kecuali seorang pelajar lelaki yg mendapat 8A 2B datang berjumpa saya dan mengucapkan  terima kasih.
  • bukan mengungkit, tak jugak terkilan, jauh sekali mengharapkan sanjungan.
  • sekadar untuk renungan bersama.                                                                                    

March 23, 2011

DuiT BoS MeLaYanG RM1000 LaGi

Assalamualaikum..

  • Seperti yang diketahui umum, keputusan SPM diumumkan hari ini
  • Alhamdulillah, sekolah telah mendapat keputusan yang agak baik, lebih  baik dari tahun sebelumnya.
  • Untuk sekolah harian biasa di luar bandar, walau hanya seorang mendapat straight A's, (10 A) ianya sudah amat membanggakan.
  • Ini kali kedua pelajar sekolah saya mendapat straight A's. 
  • Duit bos (pengetua) melayang lagi, seperti yang dijanjikan tahun lepas, pelajar yang mendapat straight A's akan dihadiahkan RM1000 ..cash!,  bukan duit sekolah tapi duit pengetua sendiri.
  • Tahun lepas beliau juga telah menghadiahkan RM1000 kepada pelajar yang pertama kali meraih straight A's.
  • Tahniah! buat mereka semua.

March 22, 2011

HanDPhOnEKu DoLu-DoLu DaN SeKaRaNG

Assalamualaikum
Lewat malam tadi saya terbaca pasal segmen ni..


 Cerita pasal handphone kita dolu2 dan juga sekarang..

1. Cerita pasal handphone dolu-dolu
Mula2 dulu pakai handphone  Motorola tapi tak ingat la model apa
 cuma yang saya ingat orang cakap boleh wat baling anjing! hehehe.!
Kemudian beli pulak Nokia 3310..model ni kira femes la kan masa tu
boleh compose lagu la konon..nak tergelak pulak tapi
yang ni kan tahan lasak, jatuh bape kali pun tak pe.
Lepas tu pakai pulak model Nokia 2610. tak ingat bape lama.

2.Cerita pasal handphone yang sekarang ( kenapa korang minat dan 
guna handphone yang korang guna sekarang)
Sekarang saya guna Nokia N73 Music edition,


 dah hampir empat tahun. Saya suka Nokia N73 sebab gambar
 yang diambil dengan kamera handphone ni terang
 (gambar yg saya post kat bloghampir semua guna handphone ini jer). 
Satu lagi saya guna Sony Ericsson W200i kaler oren putih..

Model ni kecil dan ringan...dengar lagu pun ok jugak.

3. Handphone yang korang nak pakai di masa depan
tak tahu la...takder dalam kepala :)


DaRi KauNsELoR

SEBAGAI MANUSIA...
Jika hari ini seorang anak
Sentiasa DIKECAM..
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA MENGECAM
Sentiasa DISETERUI...
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA BERKELAHI
Sentiasa DIHINA..
Ia akan menjadi SEORANG YANG PEMALU DAN RENDAH DIRI.


Sentiasa diberi MALU..
Ia akan menjadi SEORANG YANG SENTIASA RASA BERSALAH
Sentiasa DITABAHI...
Ia akan menjadi SEORANG YANG PENYABAR
Sentiasa diberi GALAKAN..
Ia akan menjadi  SEORANG YANG BERKEYAKINAN


Sentiasa ditaburi PUJIAN..
Ia akan menjadi SEORANG YANG TAHU MENGHARGAI
Sentiasa dilayan dengan ADIL..
Ia akan menjadi SEORANG YANG TAHU KEADILAN
Sentiasa diberi PERLINDUNGAN
Ia akan mempunyai KEPERCAYAAN DIRI


Sentiasa diberi PENGIKTIRAFAN..
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA DIRINYA DAN ORANG LAIN
Sentiasa DIDEKATI DAN DITERIMA
Akan menjadikan  DUNIA INI TEMPAT YANG PALING BAHAGIA

DaH TaK DeR

Assalamualaikum..



  • Awal pagi semalam teringat nak tengok anak kucing mata biru.
  • ingatkan dia tido.
  • rupanya dah terbujur ..lembik
  • saya angkat, dah tak bernyawa.
  • selepas diselidiki, ada "pighah" kat perut dia.
  • rupanya dia mati digigit pighah (kutu babi??)
  • saya sedih lagi..sangat2!
  • :((((((


dah mati :(

sedih laa..kesian dia

March 19, 2011

TeNGoK Laa...TaK SeDaR DiRi!

Assalamualaikum!
Hari ini hari Sabtu ..semua orang tahu..hehe..Esok dah hari Ahad dan sekolah akan dibuka semula. Saya baru saja menyiapkan dokumen yang perlu saya siapkan untuk program esok sebab pagi2 dah ada perjumpaan Mentor Mentee. 


Sambil menyiapkankan kerja2 tadi  kucing saya yang sekor ni bukan main lagi dengan selesanya tido sebelah saya sampai ternganga tak sedar diri.Tengok la rupa dia... Oh ya, kepada yang tak suka kucing jangan teruskan bacaan ya..


tak sedar pun saya snap pic dia



Yang bawah ni pulak anak kucing yang baru lahir ari tu..Berjalan pun merayap2 lembik lagi kaki. Telah dicuri sekejap dari ibu dia. Biasanya ibu dia mengeow2 ikut kita ingat orang nak wat lari anak dia ni. 



gerammmm!

                

Ni yang tido ternganga tadi 

Yang putih ni ialah adik beradik dengan yang comey bermata biru tu.


3 ekor anak kucing bersama ibunya.

Ibu kucing ni entah berapa tempat dah dia bawa anak dia dengan  kata lain disorokkan anak dia bimbang kita ambik kot. Kucing pun tau sayangkan anak kan kan???? Sekian saja tayangan kucing2 saya untuk malam ini...:)


March 18, 2011

AnGeR



Holding onto anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing it at someone else; you are the one who gets burned.

*wisdom quote* 

March 17, 2011

KaLaU DaH PaNiK

Assalamualaikum..
Hari ni saya tiba2 teringat kisah yang berlaku kepada dua orang housemate saya sewaktu kami tinggal menyewa di Bandar Tun Razak dulu.  Pada suatu hari kawan saya yang dua orang ni keluar ke KL maklumlah hari tu hujung minggu. 

Setelah hampir petang mereka berdua sampai di rumah sewa kami  dalam keadaan cemas dan salah seorang daripada mereka tangannya lebam2.Saya yang terkejut dengan keadaan mereka terus bertanya apa yang terjadi sebenarnya.

Rupanya mereka telah diragut! Ya! mereka telah diragut oleh dua orang pemuda yang bermotosikal  dalam perjalanan balik ke rumah dari bas stop. Malah kejadian itu berlaku lebih kurang 400 meter dari rumah sewa kami. Katanya, sewaktu berjalan mereka perasan ada motosikal yang berpusing2 tempat mereka berjalan dan tiba2 menghampiri mereka. Salah seorang dari pemuda tersebut terus memegang tangan seorang kawan saya dan cuba menarik gelang emas yang dipakainya.  Kawan saya meronta2 namun pegangan lelaki tersebut agak kuat dan gelangnya dapat diragut oleh lelaki itu. 

Mereka menjerit meminta tolong tapi mungkin sebab semua orang berada di dalam rumah mana nak  dengar jeritan mereka. Selepas dapat gelang mereka cuba rampas beg tangan tapi sebab mereka buat bising, terus pemuda berdua tu cabut.

Saya tanya  mereka masa tengah bergelut tu dorang tak lawan ke? mereka cakap, "Lawan! saya pukul orang tu". Saya tanya balik, "Pukul dengan apa?" Kawan saya jawab.....
                                                 DENGAN....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ya! dengan BURGER DALAM PLASTIK!!!
padahal yang sorang lagi pegang PAYUNG !!

Nak buat macamana kalau dah panik. 
Payung ada tapi terlupa nak guna, burger pulak yang main peranan.
Kesian kawan saya tu..habis tangan dia lebam2 dan gelang dia dikebas.
Hadiah dari suami dia pulak tu. Tapi syukur mereka tak cedera teruk.

FRee GiFT

Dollah Bakhil, memang tersangat popular kerana kebakhilannya.
Satu hari dengan muka yang macam nak kena makan penyepak,
Dollah gi ke kedai Gobi sambil marah teramat sangat.


DOLLAH : Eh! Gobi lu mau untung atas angin aa?? 
GOBI     : Apa pasal la.. Dollah marah-marah!
DOLLAH : Mana free gift, yang aku patut dapat masa 
               beli minyak semalam? 
GOBI     : Free gift, ada ke Dollah? 
DOLLAH : Apa plak takdenya! ni kat botol tulis "CHOLESTEROL FREE!"
GOBI     : Ayo yo ini macam punya worang pun ada!!

March 16, 2011

SeRaNGaN MaLwaRe...CheCK !

  Assalamualaikum !
Sejak semalam banyak juga blog yang
 saya masuk telah diserang Malware.
Jadi tak dapat lah saya masuk
 blog2 yang tertentu tu..Kebetulan 
baru sekejap tadi saya masuk ke
 blog Ayuni dan baca pasal Online Link Scan..
Terima kasih Ayuni..
Saya dah check blog saya dan
hasilnya...selamat!
 Harap2 korang tak jumpa la Malware kat blog saya ya.


 --------- LINK SCAN SUMMARY ---------
URL scanned: http://whitecappuccinol.blogspot.com/
PhisTank say's: Service not available.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say's: This site is safe.
Google Safe Browsing say's: This site is safe.
Threat Name: No Threat FOUND
Threat Definitions: 918321
Engine Version: 0.97
Host IP: 72.14.213.132
Link Status: Clean
File Size: 125.34 KB
Time Finished: 4.12 secs
Overall result: This site is secure.

Yang ni pulak blog nora yang saya cuba masuk semalam
dan memang ada Malware jadi saya 
check nak pastikan..
Sorry ya noa, akak check blog noa..jangan marah.


--------- LINK SCAN SUMMARY ---------
URL scanned: http://sayanoa.blogspot.com/
PhisTank say's: Service not available.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say'sThis site is safe.
Google Safe Browsing say'sThis site is safe.
Threat Name: JS.Crypt-1 FOUND
Threat Definitions: 918321
Engine Version: 0.97
Host IP: 72.14.213.132
Link Status: Infected
File Size: 129.93 KB
Time Finished: 4.12 secs
Overall result: This site may not be secure.

Ada lagi beberapa blog lain yg infected..
boleh check sendiri kat link di atas ya.

SaPe PeNaH MaKaN Ni?

Assalamualaikum dears!
Pagi tadi saya sempat ke pekan sehari untuk
membeli keperluan dapur dan lauk.
Dalam meninjau-ninjau tu tiba-tiba
benda ni menarik perhatian saya
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sape kenal benda ni?
macam masak asam pedas jer?
Bukan laaa..
Ni lah namanya Rojak Kateh.
Pernah makan tak??
Orang K.Terengganu mesti tau, terutama sekali
yang tinggal di kawasan Batu Enam.
Rojak tak macam rojak pun.
tak tau kenape orang panggil  rojak kateh.
Sebenarnya kateh ialah kaki lembu, dibakar
dan direbus sampai lembut.
Kuahnya  masam2. Tapi sedap!
Saya makan ratah gitu jer bukan makan
dengan nasi.
Saya kenal rojak kateh sewaktu zaman
bersekolah dan tinggal di asrama di kawasan  Gong Badak.
Sesekali pergi ke Batu Enam dan beli rojak kateh.
Kat tempat lain rasanya payah nak jumpa kot.
Ada ke???
Cuma satu jer nak bagitau,
Rojak kateh ni tinggi kolesterol!
sesekali makan tak per k.

March 15, 2011

KeNaNGaN TeRiNDaH...TeRiMa KaSiH TeaCheR!

Assalamualaikum buat teman2,

Lima tahun dahulu, sejurus selepas keputusan SPM diumumkan, saya telah menerima  satu sms dari seorang pelajar saya yang berbunyi,

" Assalamualaikum teacher. Terima kasih teacher! Satu masa dulu saya pernah benar2 kecewa dan putus asa kerana saya terlalu lemah dalam BI, tapi teacher tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya sehingga akhirnya saya dapat kredit C dalam SPM ini.  Walaupun hanya kredit C namun ianya amat bermakna bagi saya yang sering dapat F dan sekali dapat E dalam percubaan. Jasa teacher tak akan saya lupakan sampai bila2. Terima kasih teacher".

Itulah sms yang buat saya menitiskan airmata. Dia mendapat 9A dan 1C (BI) . Sebelum ini dia memang selalu gagal dalam subjek saya namun amat cemerlang dalam subjek lain sehinggakan saya bimbang result dia akan rosak kerana BI. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan kegigihan dia, akhirnya dia berjaya juga. Mungkin pada  orang lain "Ala...dapat C pun nak bising". Ya, bagi saya dan dia, dapat C macam dah dapat A!

Tak lama lagi dia bakal jadi guru matematik.

March 14, 2011

SaMPai HaTi BuDaK2 Ni

Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari ketiga dan terakhir kelas tambahan untuk pelajar 
tingkatan lima di sekolah.  Sedang saya mengajar di slot ke 2 tadi 
(11-1 tgh) tiba2 datang rakan guru bertanyakan di mana budak2 kelas  
(kelas ke 5) yang sepatutnya dia masuk tengahari tadi. Dia bagitau 
mereka tak ada di kelas mereka. 

Sampai ke kantin cikgu tu cari tapi saya tak nampak pun kelibat mereka
di situ. Sah! mereka dah cabut balik sebelum sesi tengahari berakhir. 
Sedangkan pagi tadi untuk slot pertama (subjek lain) mereka hadir
seramai 10 orang (jumlah pelajar kelas tu 27 orang).

Kesian cikgu tu, datang semata2 untuk mengajar tapi pelajar lari balik. 
Kita sanggup luangkan masa untuk mereka  walau sedang bercuti, 
bukannya mereka nak memanfaatkan apa yang kita lakukan untuk
mereka.  Malah bukan dikenakan apa2 bayaran. Lagipun kelas
hanya 3 hari  sahaja. Selebihnya 6 hari lagi mereka free. 
Sampai hati mereka buat begitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...