Kita sering mendengar orang berkata, selalunya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku kepada kita. Orang putih kata, "Blessing in Disguise". Mungkin pada mulanya agak sukar untuk kita menerima atau adakalanya kita tertanya2 mengapa ianya berlaku kepada kita. Kita mempersoalkan mengapa sesuatu yang kita harapkan tak kita perolehi . Namun setelah beberapa peristiwa yang saya alami, saya mula mengakui benarnya kata2 di atas.
Sebagai contoh, saya mula2 posting kerja bersama seorang kawan saya pada tarikh yang sama. Setelah beberapa tahun berkhidmat kawan saya telah memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang di bawah SSB dengan mendapat kenaikan gaji secara MENEGAK. Memang ada juga perasaan terkilan sebab nama tidak tersenarai , namun perasaan itu hanya dipendam dan lama kelamaan hilang begitu saja dibawa arus masa yang berlalu.
Tahun berikutnya, tanpa saya duga, saya merupakan salah seorang daripada guru2 yang tersenarai mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Kali ini bukan mendapat kenaikan gaji secara menegak, tapi MELINTANG. Saya mula terfikir, agaknya inilah hikmah di sebalik saya tidak tersenarai pada tahun sebelumnya. Mungkin kalau tersenarai, saya tidak akan dapat MELINTANG, mungkin hanya MENEGAK sebab ada yang lebih layak mendapat kenaikan MELINTANG pada masa itu.
Rupa2nya, Tuhan mahu memberikan rezeki yang lebih kepada saya pada tahun berikutnya. Kini walau apa jua yang berlaku, saya melihatnya dari segi positif, kalau ia hak atau rezeki kita, kita akan dapat juga.. Kalau tidak, anggaplah ia bukan rezeki kita. Alhamdulillah. Perlu kita ingat, lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan niat yang baik, Allah Maha mengetahui dan Maha Adil.










