September 30, 2011

BeTuL KeR?

Somebody said to me before,
"Sebaik mana pun seseorang itu, 
kalau dia ambil hak orang ( tak kira apa)
dia tetap tak baik"

AKu KeR YanG FaiLeD?

Assalamualaikum..

  • tadi dapat sms dari nombor yg tak dikenali. 
  • malas nak jawab.
  • sms "in english"
  • sms yg ke dua, dia tanya saya ni teacher dia ke
  • last2 saya jawab juga.
  • rupanya ex-student 6 tahun lalu yang sekarang dah tamat belajar.
  • dari pengamatan saya, english dia banyak sangat 'improvement".
  • dulu, masa tingkatan 5, english memang "hopeless"
  • selalu tido masa saya ngajar dan selalu kena marah sebab malas.
  • tapi dia wat "sardin" jer.
  • bayangkan SPM dah dekat, english masih lagi tunggang langgang tak tau kepala ekor tapi maths power!
  • tapi selepas 6 tahun dia berani sms saya "in english".
  • mungkin nak buktikan pada saya yang dia dah banyak berubah.
  • tadi juga saya bagitau dia yang saya gembira dia telah banyak "belajar" selepas tamat sekolah menengah.
  • dia balas banyak lagi yang perlu dipelajari.
  • saya "salute" dia. 
  • dia dah buktikan pada saya, usaha gigihnya telah membuahkan hasil.
  • saya pulak terfikir,
  • "AKU ker yang " FAILED" mengajar "english" dia dulu?"

September 26, 2011

3H2M

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa kabar kawan2 semua??
Khamis, Jumaat dan Sabtu, 3H2M saya tak update blog.
Sebabnya, 3H2M saya dan suami berada di sini..

Langkawi

Pergi hanya dengan membawa beg yang satu ni

 

Tapi balik dengan tambahan 2 beg lagi.


Beg polka dot tu penuh dengan
 coklat-coklat .....

benda wajib tayang beli kalau tak, 
tak sah datang sini kan

Sebahagian daripada coklat2 yang dibeli

Seterusnya menambahkan koleksi dapur..
(memang saya guna benda2 ni 
bukan tayang dalam kabinet k!)


Nampak tak la banyak sangat tapi
 semua 3 beg ni berat macam batu
rasa nak tercabut lengan usung masuk feri.. 
Hari ni saya pergi kerja dengan
 mata yang mengantuk dan kepala berat
(sampai rumah 3 pagi tadi, lepas 
tido  tak sampai 2 jam terus gi kerja)
badan  sengal2 dan betis yang rasa cam berketul2
akibat banyak sangat meronda keluar masuk
kedai2 kat sana.
Tapi memang release tension!


September 21, 2011

WoRDLeSS WeDnEsDaY #7- DuLu..SeKaRanG

                                                     Dulu....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
...sekarang..

LiKe ThiS


CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!

source: Link

September 19, 2011

KePeRLuaN

Assalamualaikum


Benar..
Sewajarnya kita mendahului keperluan kita
daripada keperluan orang lain.
Namun,
adakalanya kita perlu juga
memikirkan untuk memenuhi keperluan orang lain
apatah lagi seandainya keperluan itu dipenuhi,
kita telah menyumbangkan faedah yang
amat besar kepada satu kumpulan yang ramai....
Apa salahnya kita BERTOLAK ANSUR.


Kalau di saat-saat khidmat kita amat diperlukan
tetapi kita sengaja ambil sikap
BIARLAH..MALASLAH,
mungkin kita tergolong dalam
katogeri yang di panggil "SELFISH?"

September 18, 2011

MooD TenGoK BoLa

Mood tengok bola..

Sedang menonton
Manchester United Lawan Chelsea!
Kita sokong Man U :)


Liverpool senasib dengan Arsenal...

September 16, 2011

InDaHnYa NeGeRiKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti 
kepada yang bercuti tapi kami di Pantai Timur
 sememangnya hari ini cuti  hujung minggu.
Kemana sahabat2 hari ini?

Pagi tadi kami ke pantai sekejap untuk terapi..
Terapi? bukan terapi apa, cuma saja nak
 menghilangkan gatal2 dan miang di kulit lengan
macam kena alergik dulu.
Gosok2 lengan dengan pasir dan 
air laut yg masin mana tau mujarab.
Tapi sebab panas terik, sekejap saje la berada dalam air laut tu.
Saya bukannya suka mandi laut..
Tengoklah pantai yang menyambut kedatangan kami pagi tadi.

Tenang dan damai..langit biru
Lengang..pagi tak der orang lagi
teduh..dilindungi pokok2 rhu
model kepanasan
tumbuh-tumbuhan di sekitar pantai
tak tau nama apa..tajam!


SYUKUR padaNya..
hingga ke saat ini saya masih lagi
diberi peluang dan
berkesempatan untuk menikmati keindahan alam 
di tempat saya..

Sebelum pukul 11 pagi kami dah bertolak balik..
Sampai di rumah, teringat kek batik yang dibuat 
oleh Amira dan Alisa semalam..
Ini percubaan buat kek batik mereka yang
ke dua..berjaya!
Kali pertama buat, minggu lepas untuk jamuan 
raya kelas mereka.
Kawan mereka kata..SEDAP!!

Kek Batik...

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan 
sebab semua gambar di sini saya
ambil dengan handphone sahaja..

Jumpa lagi!

September 12, 2011

JanGan BuaT SaYa MaRaH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan terkejut ya..
Pagi tadi sebaik saja tiba di kelas tingkatan empat saya,
tiba-tiba sahaja "temperature" naik mendadak.
Apa taknya, dah beberapa hari  saya bersabar
dengan perangai loyar buruk melampau mereka (pelajar lelaki).
Tak mendengar kata dan memang kurang ajar (sori!)..
Sengaja mengganggu mereka yang nak belajar.
(pelajar pompuan yang jadi mangsa)

Hari ini dorang terkejut beruk bila tengok
saya marah ..(saya jarang marah, bila marah
tak der yang berani buka mulut)

Lain kali saya kena buat macam ni kot..


Amacam??? brutal tak???
Hahaha...tak pasal-pasal
hancur sekolah!


Kredit: Kartun Datuk LAT

AfTeR RaYa BLueS

Two weeks after raya...



credit: google image.

September 10, 2011

KaLaU NaK BeRniaGa, JanGan MenYuSaHKan ORanG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam saya rasa agak PANAS!
Bukan panas sebab cuaca tapi PANAS hati!
PANAS hati dekat BAS!
ada ker orang PANAS hati dekat bas?
apa pulak kaitan saya dengan bas?

Ok..semalam saya hantar anak untuk naik bas balik 'U' dia.
Kebetulan hujan turun renyai-renyai dan seperti biasa time2 gini,
stesen bas penuh sesak dengan kenderaan dan  orang ramai.

Berbalik pada kisah PANAS..
Bila bas sampai semua penumpang bas
 bergegas untuk menaikinya.
Masing2 beratur dengan beg2 besar untuk dibawa naik ke atas bas.
Saya berasa pelik kenapa beg-beg besar tak diletakkan dalam
tempat menyimpan barang di perut bas.
"Compartment" barang  bahagian kiri bas langsung tidak dibuka..
Macamana dorang nak duduk dengan selesa kalau semua barang
dibawa naik ke atas bas? 
dah la barang banyak?
Kemudian saya terdengar  seseorang memberitahu 
bahawa beg boleh diletakkan
di "compartment" barang sebelah kanan bas.
Anak saya lantas bergegas ke sebelah kanan bas
 untuk menyimpan beg-begnya.

Agak lama juga tunggu dia tapi tak muncul2..
dah la kita ni hampir basah kena hujan.
Lalu saya pun pergi ke bahagian kanan bas
untuk mengetahui kenapa dia lambat sangat
simpan beg2 dia.

Tambah pelik bila beg2 masih belum dimasukkan
dalam "compartment" tersebut walhal dah beberapa minit berlalu.
nak tau apa yang saya nampak?
benda ni!

V

V

V

V

V

V

V

Ya...petai yang bertimbun2 dalam sebelah "compartment" barang tu.
Pada masa yang sama salah seorang 
dari mereka (bukan penumpang) sedang 
mengalihkan petai yang bertimbun itu ke "compartment" 
sebelah untuk dikosongkan
bagi mengisi sebahagian beg2  yang tak muat 
untuk dibawa naik atas bas.
Kebetulan juga waktu itu ada seseorang 
sedang memunggah petai (lagi???!!)
dari dalam van ke dalam "compartment"
 berisi petai yg bertimbun itu.

Saya tiba2 rasa PANAS dan BENGANG!
lantas bersuara,
"OOOhhh...patutla beg2 semua bawa naik atas bas!, rupanya isi petai!"
Saya tahu  pemandu bas tu dengar apa yang saya cakap
 tapi dia tak berkata apa2.

Tahulah mereka berniaga,
Tapi kenapa menyusahkan penumpang?
Tidakkah mereka tau hak penumpang telah diketepikan?
Bayar mahal2 tapi mereka tak selesa?
Dahla perjalanan mereka jauh..Terengganu ke Johor!

Kepada mereka yang berkenaan,
kalau nak berniaga, sewalah lori atau beli lori.
Jangan menggunakan bas untuk kepentingan peribadi!
Menyusahkan orang!
Memanglah biasa orang kirim barang melalui bas
dan mereka dibayar upah untuk bawa barang tersebut,
tapi janganlah sampai menafikan 
hak dan keselesaan penumpang
demi mengaut keuntungan peribadi!

Setelah bas tersebut berlepas,
saya meninggalkan stesen bas dengan hati yang terbuku..
rasa macam nak buat aduan jer kat syarikat bas berkenaan..
TRANSNASIONAL!

Perlukah saya berbuat demikian???

September 8, 2011

RaYa LaGi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tak habis habis dengan kisah raya lagi.
Tapi kali ni sambutan raya kat sekolah pulak
untuk pelajar-pelajar bersama guru-guru.

Pelajar-pelajar tak ketinggalan
bergaya dengan baju raya(baju kurung dan baju melayu)
masing-masing..silap2 tengok
bertukar pulak cikgu dengan pelajar.

Biasanya sambutan raya di sekolah dibuat
mengikut kelas dan tingkatan.
Cuma tahun ini agak berlainan sedikit
dimana jamuan dibuat mengikut 
 kumpulan rumah sukan masing-masing.
jadi terdapat empat stesen sebab ada empat rumah sukan.
dipendekkan cerita,
gambar2 di bawah menjelaskan
juadah2 yang dihidangkan tadi.
Tapi saya hanya sempat ambil gambar juadah
yang terdapat di rumah sukan saya
sahaja..rumah lain tak sempat pergi pun.

Sebahagian pelajar yang hadir hari ini..
Nasi minyak dan ayam masak merah, Fruit Punch
pencuci mulut..puding dan jeli
Satay
Ketupat dan lemang 
Kek masam manis, kek lapis, dodol

Biskut hiasan

Gambar rendang dan biskut2 lain terlupa pulak nak ambik..
Apa pun jamuan berlangsung dengan meriah dan
juadah2 dapat dihabiskan dam masa tak sampai sejam.
Sabtu ni jamuan raya untuk guru2
dan kakitangan sekolah pulak..
Sesi menambahkan berat badan lagi!!

September 7, 2011

WoRDLeSS WeDnEsDaY #5 -SYuKuR

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Lokasi: sawah padi dekat kampung
Model: anak dan anak sedara

SuaTu HaRi Di HaRi RaYa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Suatu hari di hari raya...

..di tepi sawah

Agaknya tak cukup rumah orang untuk
 mereka pergi beraya,
akhirnya sawah padi
 menjadi destinasi mereka !

sebahagian drp anak2 buah dan anak2 saya


September 6, 2011

CaMaNa Tu??

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kita tau ,
kita selalu  beli baju/pakaian (terutama ladies)
tapi bila ada majlis atau nak ke mana-mana,
buka jer "wordrobe" yang sarat dengan pakaian,
kita selalu cakap macam ni..
"baju takder laa..nak pakai apa ni?"

Camana tu???

September 4, 2011

KeMBaLi KePaDa RuTiN

Assalamualaikum!
Alhamdulillah..hari ini dah raya ke 6 tapi kami 
yang berada di Pantai Timur sudah kembali bekerja.
tak terkecuali saya. 
 Kembali kepada rutin asal..
kerja macam biasa.

Tapi selalunya kalau dah bercuti
 agak lama (10 hari lama ker?) 
 mood untuk kembali bekerja agak
ke laut! huhuhu dengan lain kata, 
mood bercuti dan beraya masih melekat 
jadi datang kerja pun kelat jer hehe.
Apa pun hidup mesti diteruskan..
raya tetap raya, 
tapi kerja kena jugak kerja.
Tak gitu???
Selamat bekerja..

September 2, 2011

RaYa Ke 3..JeM!

Assalamulaikum dan salam sejahtera!
Raya ke 3 kelmarin kami ke Rantau Panjang untuk mengiringi sepupu kami 
yang berkahwin di sana..Nasib baik sewaktu perjalanan pergi di waktu 
pagi keadaan jalanraya taklah teruk sangat sesaknya.
Namun dalam perjalanan pulang pada waktu petang jalan dari Machang ke Tanah Merah jem teruk..kenderaan tak putus2 dalam 10 km panjangnya..tak tau la berapa jam nak lepas dari Machang ke Tanah Merah.. nasib baik kami ke arah yg bertentangan tak lah terkandas.


Jem teruk!

Alhamdulillah, sampai rumah tepat waktu maghrib..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...