December 30, 2011

MenYiBuKKaN DiRi Di MinGGu AkHiR CuTi

Assalamualaikum..

Minggu depan sekolah akan dibuka semula..
bermakna saya pun akan start kerja  selasa depan.
Yang peliknya, minggu terakhir cuti ni saya berasa
TER- rajin lah pulak..
semangat menjahit berkobar-kobar melimpah ruah! 

Semalam pagi2 lagi saya pergi kedai kain
dan sambar beberapa pasang kain
untuk buat baju kurung..
sebenarnya yang dah beli lama
pun ada lagi tak berjahit.
Kalau kain tu ikut musim tentunya
dah out of fashion!

kain murah jer.

Tapi sebelum baju kurung dipotong dan dijahit,
saya terlebih dahulu melangsaikan  misi menjahit 
langsir yang terbengkalai entah dah berapa lama.
Hasilnya sungguh menyeronokkan sebab
saya berjaya menukar langsir bilik saya dan anak2..



Bila semangat membara , semua kerja berjaya dilangsaikan
dengan jayanya, tapi kalau takde mood, 
satu kerja pun tak jadi (saya la tu!)

2-3 hari ni memang saya betul2 menjahit 
sampaikan SS tegur,
"Cuti 5 minggu relax jer, tiba2 minggu akhir cuti ni sibuk bukan main lagi"!
A'ah..semua benda saya rasa nak buat!
Esok saya nak start gunting kain untuk baju kurung..
minggu depan
gi kerja boleh pakai baju baru!!

suka!!!








December 29, 2011

EPiSoD AKhiR :TenTanG Dhia


"Don't love me more than Allah" -Dhia

a very touching ending..
Dhia dan Zikir mati.
Tapi mak dia lepas! grrrrrr!

Smiley





December 28, 2011

CeRmiN DiRi

Salam..

Mengapa ada masanya 
kita rasa jauh hati pada seseorang,
rasa geram dan marah,
kadang bila orang tu explain sebab musababnya,
kita boleh terima,..
kita kata, ok..tak kisahla..
Kita saja yang suka fikir lebih2,
berprasangka buruk..

Tapi, tak lama kemudian,
 kita masih lagi rasa tak puas hati.
geram lagi..
Kenapa?

Penyakit hati ke apa?

Bila kita bebas dari perasaan2 negatif
kita akan rasa damai..tenang
pengakhirannya,
banyakkan bersabar,
minta dengan Tuhan supaya
buangkan sifat tak baik dalam hati kita.
Namun sebagai manusia,
perasaan begitu selalu tenggelam timbul..
Muhasabah diri banyak2..
____________________

kucing ni datang ziarah..
sedang cermin diri la ni

December 26, 2011

RuPa BoNuS SaYa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dua tiga hari lepas asyik benar baca novel..
tu la, bila start baca payah nak stop!
Kalau baca Quran begitu kan ke bagus Smiley

Tapi semalam mood rajin datang mencurah-curah,
start lepas maghrib sampai midnite saya mengemas bagai Smiley
(orang mengemas pagi2 tapi saya mengemas malam2)
tukar dan basuh semua langsir..
menyebabkan bilik saya bersih memancar2 kilatnya!

Hari ni saya dan ss ke kedai tayar untuk tukar tayar kereta saya,
ingat nak tukar 2 tayar  (1 tayar rega dah dekat RM300)
sebab bunga tayar tu masih elok lagi tapi
ada part yang merekah. (tayar nipis rim 17") tak tau sebab apa..
padahal masih baru lagi..
Bila check, 1 lagi tayar  ada rekahan juga..
Hurmmm nak kena tukar 3 tayar baru la pulak.
Kemudian rim pun ada bengkok sikit.. 
ermm... kalau tukar 3 tayar dah hampir RM1000
Last2, kami decide tukar rim 15"..
sebabnya kalau tukar tayar rim 17" kot2 masalah yang 
sama timbul lagi pun tayar tu kan mahal bila nak tukar pulak..

Nampaknya plan A dah jadi plan B,
konon nak tukar 2 tayar last2 semua tukar 
4 rim 15" dan  4 tayar baru (sonar)..
Hohohoho..selepas trade in rim lama 
semuanya berjumlah RM1500.
Minggu lepas dah bayar roadtax!
 separuh lebih bonus saya dah selamat belayar!
Pendekata, bila ada jer yang masyuk, tak nyempat2 keluar.
Tapi, demi keselamatan semua..tak apalah.

Sepetang juga kami duk tercongok kat situ 
menunggu  dengan setianya mereka buat buat balancing, 
weight dan alignment entah berapa kali
sampaikan  hajat nak ke lain terpaksa ditangguhkan .
Balik rumah dah hampir maghrib.

Inilah rupa bonus saya




December 22, 2011

PMR, BoWLinG Dan BuKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak kongsi berita gembira..Smiley
Tentunya berkenaan keputusan PMR yang diumumkan pagi tadi.
Tahniah kepada yang berjaya namun kepada yang kurang berjaya
jangan berputus asa, teruskan usaha semoga keputusan akan dapat
diperbaiki dalam peperiksaan seterusnya.

Bagi sekolah saya pula, kejayaan yang dicapai untuk PMR 2011
merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan 
bagi sekolah harian biasa.
Sebelum ini, pencapaian 8A tak lebih dari 10 orang,
paling ramai 8 orang.
Tapi kali ini, seramai 27 orang telah mendapat 8A!
Syukur alhamdulillah.
Pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah.
Tahniah buat semua!

*************

Semalam kami ke KB Mall dan sempat 
main bowling  dua game



 sebelum membeli keperluan persekolahan 
untuk budak berdua ni..
V
V
V


Ini pula hasil main bowling kami..tak pandai!
.
.
.
.
.
papa dan mama

budak bertiga ..


Kemudian singgah Mc D makan prosperity burger tu!
tapi sorang hanya makan chicken burger sebab dia tak suka
prosperity burger.

Kedai wajib masuk setiap kali gi mall ialah Popular.
Guess what??
I got these....
.
.
.
.
.
.

Hanis Azla!! akak dah beli ni!


Akhirnya, dapat juga!
Smiley
Smiley


December 20, 2011

HiDuP TiDaK SeLaLuNYa InDaH

Hidup tidak selalunya indah 
kadangkala,
apa yang  diimpikan
tak kesampaian,
berkecai di tengah jalan.


Hidup tidak selalunya indah
pabila kadangkala 
apa yang  diharapkan
tidak semua menjadi kenyataan.


Hidup tidak selalunya indah, 
kerana  yang indah itu 
ada kalanya 
terselit kedukaan.


Hidup tidak selalunya indah 
kerna yang indah 
itu juga seringkali melekakan
hidup tidak selalunya indah 
kerana yang indah itu 
seringkali mengalpakan.

Hidup tidak selalunya indah,
namun yang indah itu 
tetap hidup dalam kenangan..
Kenangan yang terindah..




                                          
                                      




December 19, 2011

MaCaMaNa NaK BuAnG "PoLL" DeKaT IkLaN NuFFNaNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya dah beberapa hari saya duk cari
bagaimana nak buang "poll' dekat iklan Nuff tu,
Sebabnya bila letak ads skysrapper
 yang ada poll dekat sidebar,
ianya memakan space yang banyak..

Cari punya cari, dah jumpa!!
Kepada yang dah tau, abaikan ya..
Yang tak tau senang jer caranya..

Lepas login nuffnang, klik BLOG MANAGER,
then cari Poll , klik No..
Done!
Poll/undian yang kaler biru 
tu dah takder!


SeJuK DaN MenGanTuK- Be NiCe!

Salam!


Pagi2 lagi dah hujan.
hantar anak ke sekolah, kelas tambahan  dia habis esok.!.
On the way balik singgah beli ayam dan sayur ..
Sampai rumah terus basuh pinggan, kemas dapur.
Masak nasi..berkira2 nak masak apa,
Tak tau nak masak apa daa.


Masuk bilik buka blog..
Ermmm..tengok resepi jap kot ada yang menarik..
ngantuk la pulak..sejuk!
Nak tido jap..
sakit perut!







December 18, 2011

SeLaLU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Bahasa melayu dan loghat daerah ada banyak persamaan dari segi perkataan atau kosa kata namun punyai maksud yang berbeza mengikut daerah atau tempat  masing2..Kadang2 bila bergaul dengan rakan2 dari negeri yang berlainan, boleh juga tersasul dibuatnya..

Sewaktu saya sambung belajar lepas SPM dahulu, rata2 kawan saya yang dihantar ke universiti yang sama datangnya dari  KL, Perak, Kedah, Johor dan Negeri sembilan. Saya dah biasa bertutur bahasa standard (chewah!). Kalau yang belum kenal saya mereka ingat saya berasal dari KL atau Johor. Ye lah bila cakap loghat Terengganu atau Kelantan mereka tak faham.. Lain la sekarang loghat daerah terutamanya loghat kelantan dah jadi biasa.

Teringat kisah pada suatu hari lewat musim panas, setelah kami menemui apartment untuk disewa, kawan2 dan saya dibawa oleh senior kami ke sebuah kedai 'used furniture" untuk beli meja study dan sofa. Setelah jumpa dan berpuashati dengan barang yang kami cari serta deal dengan tuan punya kedai, tiba2 terkeluar dari mulut saya,

"Bayar SELALU ke ni?"


Senior saya terus pandang muka saya sambil mengerutkan mukanya,


"Bayar SELALU?? kenapa kena bayar SELALU?"


Kawan2 yang lain juga pandang muka saya dengan riak muka kehairanan.


Saya tiba2 sedar dan membetulkan ayat saya sambil tersipu2, 


"Takkk..barang2 ni kena bayar sekarang ke?"


Senior saya  menyampuk, 


"Ohhh!! ingatkan apa, jenuh la kalau kena SELALU bayar!"


Saya hanya mampu tersengih.

SELALU dalam konteks ni maksudnya SEGERA/SEKARANG ( without delay/right away)  bukannya KERAP/KERAP KALI..


Termalu sekejap saya! biggrin




p/s: bukan saya malu guna loghat daerah tapi bila tersasul dan orang tak   
      faham, rasa segan juga.

SeRViS ShOuTBoX PeRCuMa FiBoX


Salam sejahtera..

Untuk makluman kawan2, saya dah guna servis
shoutbox percuma daripada  fibox.ws
Cuma kaler font tu warna hitam tak boleh nak tukar lagi,
menyebabkan  text kurang jelas
kerana background template saya berwarna gelap.
Akan diperbaiki di masa yang akan datang.

Kalau kawan2 nak tau lebih lanjut lagi tentang Fibox ni
boleh rujuk disini ya..

sekian!

December 17, 2011

My SoN AnD HiS GuiTaR : InSePaRaBLe

Anak bujang saya dan gitarnya
memang tak dapat dipisahkan..


video

gitar dia (biru dan hitam)


p/s: minat tak pe asal jangan terleka dan lalai.



December 16, 2011

KaSiHnYa Si IBu AYaM

Lihatlah betapa kasihnya ibu ayam ni kepada
telur2 (of course telur tak nampak)
yang sedang dieramnya hingga
sanggup basah kuyup dan menahan kesejukan
dek tempias hujan lebat 
yang sedang turun.

basah kuyup ayam ni..


Sebenarnya dua hari lepas saya baru perasan
ada 10 biji telur ayam dalam
pasu bunga saya...banyak2 tempat, pasu bunga saya juga
yang jadi mangsa tempat bertelur!
Kemudian saya tengok ibu ayam ni masuk
dalam pasu..rupanya dia tengah mengeram.
Ayam ni bukan ayam kami sebab kami 
tak bela ayam, mungkin ayam jiran sebelah rumah yang
selalu masuk kawasan rumah kami.

Bila saya beritahu ss, dia cakap telur tu dah
lama kat situ, dah basah kena hujan yang pastinya 
memang tak akan
menetas sebab dah rosak.
Tapi ayam tu tetap tak jemu2 menunggu dan mengeram
telurnya yang banyak tu..
Tak tahulah sampai bila dia nak duk situ , 
dalam pasu bunga saya pulak tu!

SS kata nak buang telur tu kalau tak ibu ayam ni akan 
duk dalam pasu tu entah sampai gila kot sebab anak
 dia tak keluar2 dari telur tuh! big grin
Kesiannn dia..

AsaL DaPaT, TaK KiRa TeMPaT

Salam Jumaat dan salam sejahtera.


Balik dari solat Jumaat tadi ss bagitau yang masjid
tempat dia solat telah dipecah masuk.
Barang yang hilang ialah amplifier dan mikrofon,
Sebelum ini pun kejadian yang sama telah beberapa kali 
berlaku di masjid yang sama.


Nasib baik ada lagi mikrofon yang lama tapi kejap elok
kejap tak dengar..agak menyusahkan lah juga kerana 
mengganggu kelancaran khutbah dan solat.


Semuanya angkara drug addicts yang
datangnya dari kampung yang sama juga.
Sanggup mereka buat perkara yang keji ni
Pada mereka, asal dapat apa yang mereka
hajati, tak kira di mana..
di masjid pun tak kesah,peluang takkan dilepaskan!


Sama juga dengan kejadian mencuri sekerap getah.
Maklumlah harga getah masa tu RM7 lebih sekilo.
Penoreh akan sorokkan sekerap getah di ladang
sementara menunggu lori datang ambil, 
Si penyangat ni semua mula memainkan peranan.
Semua mereka sapu..
Kesian sangat dengan penoreh,
dahlah penat lelah menoreh,
hasilnya disapu bersih oleh
mereka yang tak berhati perut ni.
Beraya sakan mereka dengan wang hasil getah
yang mahal tu...





December 15, 2011

BiLa HaTi HiTaM DaN BuSuK- TenTanG DhiA


Gerammmnyerr!!
Menjadi-jadi betul Ku Salmi dan Tok Bomoh Siam tu
Jahat punya manusia!
Sanggup buat apa saja
demi memuaskan hati hitam dan busuk mereka.
Tak sabar  nak tengok macamana mereka terima balasan akibat
perbuatan keji mereka tu..
Nak juga tengok reaksi Zikir bila tau yang semua kejadian
ialah angkara mummynya....

p/s: cantiknya Dhia pakai tudung  seperti  masa kat hospital tu..



December 14, 2011

DaRi BeLaKanG RuMaH


manggis

Kopek durian pun bergaya!

Rambutan


December 12, 2011

PaNTuN SeLoKa - VeRSi BeSuT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semalam saya ralit (asyik) baca pantun ss(suami saya)
dan kawan2 dia kat FB..
Walau simple, pantun spontan mereka ni
 ada juga berunsur nasihat.
Kat sini saya share sebahagian daripada pantun2 
tersebut cuma kalau ada yang tak faham,
maaf yer sebab kebanyakannya dalam loghat Besut dan Kelate.



           Tok Arab ikat sutera, Mek Jarah sakit gigi,
           harap2 sihat sejahtera, di murahkan rezeki.

  Anak pak do namo mamat, sakit gigi tepik terlolong, 
  kalau ada hak sumat, kita pakat gi tolong.

  Naik kereto gi kemaman, nyo sesat habis daerah, 
           kalu ada sakit demam, kita pakat gi ziarah.

           Banyok lado dale kari, kueh tat buboh ceri, 
           kalu ado buat keduri, kita pakat makan free.

           Naik uto Cik Hussin, Pak Cu Amat kena tunggu, 
           kalu ado hok kawin, ucap selamat pengantin baru

           Sakit palo tuboh leloh, make ubat takut lemas,
           kalu ado hok baloh, pakat2 minta maaf.

  Air dalam naik perahu, Pak Syed keno godam, 
  ore Islam keno bersatu, tak baik dok dendam.

  Anak cino masuk hutan, jeruk lado dale payang, 
  ore tino dengan jantan, keno ado kasih sayang.

  Bekok hati batuk kering, Pak Deraman main menora,
  kalu laki dengan binin, kena hidup aman sejahtera.

  Anok cino masuk hutan, tahan pukat Jeram Perdah, 
  anok tino anok jantan, jangan dekat dengan dadah.

  Suami isteri kasih sayang,rumah tangga jadi aman,
  jangan spt stengah orang,kahwin sbentar jadi bujang....

  Buah pala jeruk petai, cuoh minyok buat bakar,
  rumah tangga nak kekal, keno banyok bersabar.

  Rumah tangga nak kekal,keno banyok bersabar,
  anok-anok jange nakal,nanti keno penapar...haha

p/s : maksud perkataan/frasa ada di ruangan komen





December 11, 2011

TahuN BaRu, GaJi BaRu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Cuti persekolahan dah 3 minggu berlalu,
lebih kurang 3 minggu juga lagi sekolah
akan dibuka semula..

Rasa-rasanya,
isu hangat yang akan
menjadi topik
perbualan utama pada
hari mesyuarat guru yang pertama
atau pun pada hari pertama
persekolahan dibuka ialah,
"berapa ek gaji baru kita??"

Namun, berapa pun
kenaikan gaji kita,
bekerjalah dengan penuh tanggungjawab
berserta hati yang tulus ikhlas
supaya rezeki yang kita perolehi
itu penuh dengan keberkatan.
 GanjaranNya nanti pasti akan
lebih hebat..
Alhamdulillah

p/s: Ingatan untuk diri sendiri juga.


December 9, 2011

MaKaN BiaR BeRPaDa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam dan hari ini kurang mood 
untuk mengadap
lappy..
Hanya gambar makanan sahaja yang mampu 
ditayangkan lagi di sini
Semuanya diangkut dari Pasar Rabu
 aka kedai sari pagi kemarin.

Jering Rebus

Jering sebagai ulam  saya tak makan
tapi jering rebus baru belajar makan.


Saya beli satu plastik(RM2) dan percaya tak saya makan sorang2
 (dari pagi sampai petang) sebab 
anak2 memang tak layan makanan 
zaman tok nenek dahulukala.

Sewaktu tengah ghairah makan dan
jering tu dah hampir habis, tinggal 6, 7 ketul,
suami tegur, " Makanla banyak2 nanti kan terkepit"!
Gulp!...errr, terkepit?? Ya, nanti tak boleh kencing!
So, saya tinggalkan beberapa ketul dalam pinggan tu.
Teringat kisah 26 tahun yang lalu saya tiba2 tak boleh kencing,
tapi bukan sebab makan jering,
 (masa tu masih study kat negara orang, mana ada jering)
Takut! seksanya rasa masa tu nasib baik tak lama, tak tau sebab apa.
Alhamdulillah, tak pernah kena sehingga sekarang.

Cara berlauk

Koleh Lemak aka Talam Lemak

Yang seronoknya pergi Pasar Rabu kat tempat saya
ialah, kuih2 yang biasa dimakan
zaman dulu2 boleh dibeli disini tak ketinggalan
juga  masakan lauk pauk
yang dimasak oleh orang tua2..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jumpa lagi!

December 6, 2011

AssaLaMuaLaiKuM! Ada ORaNG TaK??

Assalamualaikum !

Cuti sekolah dan tak kemana-mana,
masing-masing berkurung dalam bilik
mengadap laptop dan PC tak pun
buat apa2 yang perlu.

Disebabkan masing masing berkurung,
dan pintu depan pula memang berkunci
sebab takut tetamu yang tak diundang  datang,
bila orang datang dan panggil memang
tak berapa dengar kecuali
bila kami duduk
di ruang keluarga.

Kerapkali orang datang rumah
jenuh panggil (tak der loceng)
tapi tuan rumah tak dengar..
kesian, ada juga yang balik tanpa kami ketahui.
Kecuali yang ada nombor telefon,
mereka akan call bila dah berada depan rumah.


Pagi tadi saya dengar sayup2
orang bagi salam, bila keluar
takde pulak orangnya.
Kemudian nampak plastik tersangkut dekat
tombol pintu luar..
Rupa-rupanya ada orang bagi pulut kuning.
Agaknya dah puas panggil tak keluar2 terus blah..nasib baik boleh
sangkut kat pintu.

Pulut Kuning dan Kari Ayam 

Pastu tadi juga ada  pihak Poslaju hantar barang.
Anak keluar, orang tu cakap,
dah lama dia tercegat kat luar..
kesiannn dia..nasib baik dia sabar
kalau tak,  tentu kena gi Poslaju ambik barang tu pulak.


ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...