January 31, 2012

PeRiHaL GaSTriK

Salam all..


Perihal gastrik saya
*  dalam setahun seringkali terpaksa cuti sakit bila diserang 
   gastrik  tak tidur sampai pagi .
* kalau belum jamah nasi, saya dilarang sekeras-kerasnya minum
   nescafe dan  teh/teh tarik. Kalau tak, saja menempah maut sakit.
* Pagi-pagi juga tak boleh makan pulut atau makanan berasaskan 
   pulut seperti pulut lepa, pulut kelapa atau apa2 pulut .
* juga tak boleh minum ais sebelum makan nasi. Tapi saya tak 
   kisah tak minum ais pun sebab saya  lebih gemar minuman 
   panas.
*  meskipun nescafe dan teh tak boleh minum namun  saya masih 
   boleh minum teh o, kopi ocappuccino dan MILO.
*  Doktor juga sarankan, kalau ada gastrik jangan minum SUNQUICK!
*  Cempedak, nangka, mangga, duku, langsat dan buah-buahan 
    yang sewaktu dengannya memang musuh utama. Kalau makan
    buah-buahan ini, sekejap saja akan terasa sakitnya sampai
    bahagian atas  pinggang (tapi ada masa jugak saya curi2 makan)
*  awal pagi selalu minum MILO atau oatmeal untuk mengalas 
    perut.
*  di bulan puasa hanya minum MiLO sahaja untuk sahur, 
    kalau makan nasi, pasti akan keluar balik sebaik sahaja 
    lepas makan.
*  Waktu berbuka hanya minum MILO panas atau teh o panas
    no ice! kemudian baru boleh makan benda lain.
*  Ubat yang mujarab untuk saya setakat ini:


Omilock 20mg Omeprazole Capsule RM1.50 sebiji
* Ubat air warna putih tak berkesan untuk saya.
* Sayur pucuk rebung dan labu sangat berbisa (tapi inilah yang sedap)
* Doktor juga pesan, bila sakit, jangan sapu minyak panas 
   di bahagian  yang sakit.
* Masakan yang pedas-pedas juga tidak digalakkan.

Untuk info lanjut tentang gastrik, boleh baca di SINI dan juga SINI .

January 30, 2012

HaPPy MonDaY!

Selamat pagi semua!!

Happy Monday dan selamat bekerja dengan ceria!!


Pagi ni saya mulakan dengan menyemak kerja
budak-budak tingkatan 4 saya
sementara menunggu masuk kelas.


 Hari ini  juga dah kena mula menyemak
kertas jawapan perperiksaan TOV tingkatan 5 pulak .
Jumpa lagi!




January 29, 2012

WhaT CauSeS DuRiaN To SmeLL So STronG?

Salam all!


Still about durians...do you know why durians smell so strong?


Ripe durian contains a mix of volatile chemical compound. They include esters, ketones and sulphers smell like rotten eggs while ketones smell like your breath upon waking up in the morning.


p/s: bau seperti telur busuk dan nafas  apabila bangun tidur waktu pagi? 
      uhhh! Tapi tetap jadi raja buah...yang penting, sedap aje bila masuk mulut      
      bagi pencinta tegar buah berduri ini.







January 28, 2012

DuRiaN SePeRTi WaniTa?


Komen dari answers.yahoo.com


p/s:  Agaknya lelaki yang komen ni.





January 26, 2012

SaJa MenGunDanG CiK GaSTriK La Ni

Selamat malam selamat pagi!


Kebiasaan bila hari cuti,
 kalau pagi-pagi memang kurang selera nak makan.

Namun disebabkan perut  selalu buat hal kalau tak breakfast,
saya akan minum milo campur nestum atau oatmeal sebagai alas perut
sebelum masuk benda2 lain.
Kalau nasib baik, perut tak meragam,
kalau nasib tak baik..tunggu saja kedatangan Cik Gastrik!
Tapi bila dah sibuk ke sana ke mari dan memasak tadi,
pukul 2 baru saya makan.
Antara menu lunch tadi ialah...

Udang masak lemak kuning tapi tak pedas.


kemudian, sotong goreng kicap (tak amik gambar)
 tempe goreng dan bendi goreng lagi
ehhh! semua goreng ni...
Lepas lunch dah terasa sikit2 sakitnya
sebab makan bendi tu kot.

Tapi, masih boleh bertahan.
On the way balik service kereta
SS ajak minum.
Hohoho..saya selalu order minuman panas
tapi entah kenapa tadi aku tergoda aku tergoda
terkeciwa dengan gambar 
dalam menu tu, maka TERRR-orderlah
Cappuccino..jeng..jeng..jeng
tu diaa!!



since perut dah ada ura-ura sakit,
yang awak gi minum ais pulak!
memang sajalah mengundang penyakit namanya!


slim kan badan gelas ni??



Nasib baik juga tak tumpang hirup
jus tembikai ss punya ni..
kalau tak, pasti saya tambah merana
sebagaimana merananya
badan saya waktu ini
dek kunjungan Cik Gastrik
yang mengganggu waktu tidur saya.
Camana nak tidur bila sakit begini.
Harap2 early in the morning Cik Gastrik dah pergi jauh-jauh
dihalau oleh Omilock 20mg!
Allahuakbar!





January 25, 2012

BunGa UnGu Di TenGaH PaYa

Salam..
This afternoon, I saw these wild purple flowers
in a little swampy area by the roadside somewhere..
I just thought that they were so  LOVELY!




 SS pulled them out and we brought them back.
Then I replanted them in the backyard.
I'm not so sure if they'll survive there
since the ground is quite dry.
Hopefully they would.


January 23, 2012

WhY WoRRY

It's the same situation like others
yet different perception
it doesn't matter what others would say about it
it all depends on how you manage it,
how you deal with it
even though people might have ill feelings towards you
you find it doesn't bother you at all 
in fact, it brings tremendous great things.
great feelings,
the feeling of acceptance, 
the feeling of being forgiven
then..
why worry?
why do you have to feel insecure
whereas everything around you seems to 
start giving you the joy of being alive
and being loved.







January 22, 2012

YuNa-BuLaN DiTuTuP AWaN



Lagu lama yang dibawakan oleh Yuna. Suka la!
Suara Yuna lunak dan sesuai 
nyanyi lagu ni.










BenDi GoRenG PuN TeRinGin

Salam hari Ahad..

Dah 2-3 hari saya nak makan  okra/bendi goreng..Hari ini baru tertunai hajat tekakku. Pagi tadi pergi beli bendi sedikit (sebab saya je yang makan). Nak memasaknya pulak bukan main senang sekali, tak sampai 5 minit siap. Main campak2 bawang, cili, dan udang kering tumbuk....tada.......


Bila makan nasi dengan bendi  goreng tak perlu kuah . Ada ikan goreng  dan sambal belacan pun dah cukup. Orang lain tak tau la, tapi saya boleh aje.  Tadi kebetulan ada peria, saya beli jugak sebiji. Macam biasa saya saja yang makan sayur-sayur begini, Yang pahit, yang kelat, semua saya makan. Peria pun biasanya saya goreng campur ikan bilis atau udang kering dan telur . Beli tempe sekali. Tempe pun goreng kering juga.

peria dan tempe
Entah apa mimpi penjaja  ikan masuk kawasan rumah saya hari ini, ada ikan bawal hitam so, beli tiga ekor sebesar tapak tangan orang dewasa untuk  RM11. Mahal ke murah , tak tau. belum masak lagi ikan tu sebab tak tau nak masak apa. Ada suggestions untuk masak bawal ni?

Ok lah..selamat beristirehat dan bercuti ya..

pegaga air ..tepi garaj



Berhati-hati bila memandu walau ke mana destinasi anda.
Have a safe journey!!





January 21, 2012

CuTi TBC

* Cuti Tahun Baru Cina....9 hari!!


* Jumaat dan Sabtu 4 hari, Ahad (cuti peristiwa) Isnin Selasa (cuti TBC)
   Rabu dan Khamis (cuti berganti)

* Semalam menapak Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. On the way 
   pulang, terkejut bila dengar berita dalam radio yang Izwan Pilus telah   
   meninggal dunia, al Fatihah buat allahyarham.

* Tadi pergi jemputan  kenduri kahwin.

* Lusa ada jemputan kenduri kahwin lagi..

* Tulat..



..yang sebenarnya, penat!





January 19, 2012

BuanG HanDPhOnE

Malam tadi kami satu famili keluar ke bandar sebab ada sedikit urusan. Kebetulan nak keluar tu saya pun ambil sampah  dari dapur, letak dalam kotak untuk dibuang dalam tong sampah majlis daerah di tepi jalan besar. Kemudian kami terus ke bandar.

Sebelum turun kereta saya baru perasan handphone yang dibawa tak ada. Mana pulak letaknya. SS tanya saya bawak ker handphone tu? Memang la bawa. Cari bawah seat, juga tak ada.  SS try call tapi tak kedengaran ringing.

Sah! mesti duk dalam kotak sampah tadi,,takpun jatuh tepi jalan waktu keluar kereta untuk buang sampah. Terbayang di mata saya menyelongkar sampah dalam tong yang penuh dengan segala macam buangan..eiii!

Kami terus pusing balik ke tempat buang sampah  tersebut (mujur tak jauh mana)..dalam hati, habis laa kalau hp tu takder..Sampai jer di tempat tersebut, saya nampak handphone saya "tersadai" di tepi jalan dekat tong sampah besar tu dengan casenya di sebelah. Alhamdulillah, nasib baik takder yang pergi buang sampah atau lalu di situ. Kalau tak, dah tentu hi hi bye bye je la kat hp tu.

So, next time kena beringat, kalau naik kereta, jangan letak apa-apa atas riba (tapi riba anak tak apa!) terutamanya handphone ataupun dompet.  Kalau boleh, letak dalam handbag sebab kemungkinan untuk tercicir atau jatuh, peratusannya kurang sedikit.


Macam ni la hp cabuk "tersadai" di tepi jalan.

January 18, 2012

HanDSoMe TaK SaYa??

Salam semua!!

Haa!! cuba tengok  pic kat bawah,
Handsome tak budak kecik ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah dia my nephew, umur dia 2 tahun lebih.
First time tengok pic ni, semua gelak,
tang rambut tu yang tak boleh blah!
macam anak orang asli pun ada.
Semuanya gara2 waktu ayah dia gunting rambut, 
si Rayyan ni tak duduk diam.
Tu yang bentuk rambut dia jadi macam tempurung kelapa .
Hanky kat leher tu pulak
bertindak sebagai bib sebab air liur dia
sentiasa meleleh tak kira masa dari kecik 
sampai besar macam tuulah.
Dia pun dah tak kisah terpaksa 
pakai begini
sepanjang masa.
Smiley




January 15, 2012

BadminTon TeRBuKa MalaYSia 2012, Lee ChonG WeI JuaRa PeRSeOraNGaN

Salam sejahtera!

Datuk Lee Chong Wei sekali lagi mewarnai
sukan badminton 2012 dengan menjuarai
perseorangan Terbuka Malaysia 2012
di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.
DLCW   menang mudah ke atas pemain Jepun
Kenichi Tago dalam straight set dengan mata
21-6 dan 21-12.

DLCW memenangi hadiah 
USD30,000.
Waaaa! baru ni dah dapat USD75,000!

Tahniah DLCW!!!


January 14, 2012

Dr MenTaL VS Dr ALBaN- JauHi DaDaH

Salam sejahtera!!


Hari ni saya nak kongsi video Dr Alban dan Dr Mental ni.
Ape ke halnya pulak saya share lagu hip-hop kat sini ni?
Sebenarnya saya tertarik dengan kreativiti orang yang buat
lagu dr mental dalam logaht kelantan ni (lucu!), 
sekali dengar memang sebijik macam suara Dr Alban, 
apa yang nak disampaikan ialah
menasihati orang ramai, juga ibu bapa untuk mengawasi 
anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala dadah.
Kalau sakit mata tengok mereka yang terkinja-kinja kat sini, 
maafkan saya ya? 
Ambil yang positif, buang yang negatif ..ok??


Yang tak faham loghat klate tu boleh tengok lirik kat bawah
yang saya translate lebih kurang..kalau silap skit2 tu..abaikan!
*

*
*
*
*

Anak zaman sekarang kalau dah besar besar
budak zaman sekarang kalau dah besar besar
Anak zaman sekarang kalau dah besar besar
Saya nak bagitau perkara yang sedang terjadi


Perkara ini kalau tak ada orang yang nasihat, boleh sesat
Perkara ni kalau tak ada orang yang nasihat, teruk (jadinya)
Tambahan pulak sekarang zaman duit
Serba canggih barang teknologi


Makmal sana makmal sini
sampaikan dadah mereka boleh buat sendiri
susah jugak kalau terlebih cerdik
orang yang bodoh  mudah mereka pengaruhi
macam2 cara mereka cari duit
lima kali kena tangkap pun tak serik


sama2lah kita menyesal
cepat2lah kita sedar
sama2lah kita sesal
cepat2lah kita sedar


yang punya anak kecil yang punya anak besar
yang elok2 boleh jadi kucar kacir
akhirnya kita sakit mental(jiwa)
masa bukan boleh diundur
ramai masuk wad sakit jiwa
no ha ha, no vitamin

Perkara ini kalau tak ada orang yang nasihat, teruk jadinya
Perkara ni kalau tak ada orang yang nasihat, boleh sesat


Jauhi perkara yang tak elok dalam hidup
buat kerja biar berhasil
rezeki ada di mana mana
asalkan kita rajin cari


rezeki takkan datang bergolek
sekarang era globalisasi
dunia canggih zaman IT
semua terletak di hujung jari


ibu bapa mana yang tak risau
anak ketagih dadah
hari-hari pening kepala
sampai bila akan hidup begini
masa depan tidak terjamin
paling menyedihkan yang ada anak isteri


sebagai contoh,Jeming (nama penyanyi)
badan kurus kering tapi lebih vitamin (zat)


Perkara ini kalau tak ada orang yang nasihat, teruk jadinya
Perkara ni kalau tak ada orang yang nasihat, boleh sesat
jangan ikut jangan  ikut
jangan ikut jangan ikut mereka
jangan buat jangan buat
jangan buat jangan buat benda tu (hisap dadah)
jangan ambil, jangan ambil
jangan ambil jangan ambil dadah



Lagu asal oleh Dr Alban- No Coke (cocaine)





'Cause when I come I come rough
Inna reaggae raggamuffin business
Kom!
Hip-hop reaggae inna dance hall style
Hip-hop reaggae inna dance hall style
Hip-hop reaggae inna dance hall style

Verse 1

2 o'clock on a friday mornin'
Come a gun man
Come a knife man
Knife of a bouncer
Mash of the ears
On the run come a Kings Street
There he way arrested, and tested
And the drugs he had on him
He confested
Mi callin' on the youth in his country
Whole heap of boys
Whole heap of girls
Drug abuse is a dangerous thing
Stay out of drugs and stop
The violence
Inna dis hard time you have
Abuse drug
Listen what 'ya say and hear
My point of view
To much drugs you can
Go mental
Da say Dr.
Alban tellin' everybody
We no want no coke, no heroin
No hasch-hasch, no amfetamin

Chorus

Cocain will blow your brain
And ecstasy
Will mash your life!
Cocain will blow your brain
And ecstasy
Will mash your life!

Verse 2

Drug pushing is a serious thing
One time, two time they make a million
Take all the money a run a foreign country
Buiild a big house
Buy a big limousine, Das why I man come
So you for do the right thing
Das why Jah Jah send me
To tell them the truth
Cause is a disgrace
To the human race
Some are flyin' very high
And some are flyin' very low
Could not differenciate
What is right from wrong
Wan't no coke, no heroin

Chorus

Cocain will blow your brain
And ecstasy
Will mash your life!
Cocain will blow your brain
And ecstasy
Will mash your life!

January 13, 2012

JoM BLogWaLKinG By IeYza AFieNa

As salam..

Wahai kawan-kawan,
apa kata kita berkenalan dengan lebih ramai lagi
 bloggers kat alam maya ini?
berminat ??
boleh klik banner kat bawah ni...


Tarikh tutup ialah esok (14 Jan 2012)

Tag:


kalau tak menyusahkan..sudi-sudikan ..
peace! no war!



SaPa TaK NaK BoS DaN CiKGu MaCaM MeReKa??

Salam.

Entri kali ini masih lagi berkisar tentang kejayaan pelajar sekolah saya dalam PMR 2011. Walaupun dah beberapa minggu keputusan diumumkan namun masih ada lagi rentetan peristiwa berikutan kejayaan tersebut. 

Dua tahun kebelakangan ini, pengetua sekolah saya telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi galakan dan dorongan kepada pelajar2 untuk terus berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka. Antaranya dengan memberi imbuhan kepada pelajar yang berjaya mendapat straight A's. Sebelum ini 2 orang pelajar SPM telah mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM1000 setiap seorang dari beliau (boleh baca kat sini dan sini) dan duit ini merupakan duit dari poket beliau sendiri bukannya duit sekolah. 

Nak dijadikan cerita, tahun ini seramai 27 orang pelajar PMR telah berjaya mendapat 8A, tak pernah seramai ini dalam sejarah.  Pengetua telah berjanji untuk menghadiahkan RM150 kepada setiap pelajar yang berjaya. Pada hari Ahad lepas beliau telah mengotakankan janji beliau dan budak2 tu senyum memanjang pada hari tersebut kerana pihak projek PMR juga menyumbangkan sebanyak RM50 setiap seorang. Mereka dapat RM200! Pengetua pulak, terbang RM4050!! (ada yang nampak pengetua pergi ke Tabung Haji..:)

Seorang kawan saya pulak (guru B.Inggeris), telah berjanji dengan pelajar dalam kelasnya yang mendapat A bagi subjek B.Inggeris akan di beri RM10 manakala kalau dapat 8A akan diberi RM40...Kiralah sendiri berapa dia sedekahkan kepada mereka kerana hampir satu kelas dia dapat 8A! 

Pemurah tak mereka?? Semoga Allah akan terus  melimpahkan rezeki kepada mereka.

Kelas saya tadi, 4S1, mereka ni lah yang dapat duit tu!

p/s: Mungkinkah RM1000  atau lebih ,akan melayang lagi dari poket pengetua  
      awal Mac nanti??


January 12, 2012

ReNuNG SeJeNaK



"Jangan mencari kepuasan 
atas penderitaan orang lain"

 - Budiman-



January 10, 2012

AhMaD MuJaHiD MoHD RaZiP! AnDa MeMBanGGaKaN KaMi

Salam sejahtera..
Rasa bangga sangat bila baca artikel pasal...

Name: Ahmad Mujahid Mohd Razip
Major: Electrical and computer engineering
Year: Senior
Hometown: Penang, Malaysia


"Ahmad developed an app for iPhone and iPad that displays local crime and traffic information. Using the GPS feature in the devices, a user can see what crimes have occurred in the area, by type and location, as well as trends for specific types of crime. Ahmad says the app could be used by police officers, attorneys, real estate agents, reporters or anyone interested in local crime."

Tahniah Ahmad! kami bangga dengan anda. Anda telah membuktikan bahawa anak melayu juga boleh menyumbangkan untuk dunia dan ummah setanding dengan bangsa lain. 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ahmad Mujahid, sila klik SINI


January 9, 2012

KuaSa VeTo ..SeTeRuSnYa

Salam sejahtera..

Ingat lagi kisah pelajar saya yang tak puas hati 
dengan kawan sekelasnya dalam entri Kuasa Veto?
Hurmm..alhamdulillah, semalam saya masuk kelas mereka dan
saya dapati susunan kedudukan
 mereka tak seperti sebelumnya. 
Dah tersusun dengan baik.

"So, how's everything? settled?" Tanya saya.
"Yes,  teacher!" Jawab pelajar perempuan tersebut dengan senyuman.
Alhamduillah..semua dah settled, guru kelas mereka yang tolong.

Seorang pelajar lelaki tu (tempat dia memang di depan) 
 dengan rela hati duduk di belakang  untuk
memberi tempatnya kepada kawan dia (sepatutnya budak ni
 yang kena duduk di belakang).
 Walaupun matanya tak berapa terang (sebab tu dia duduk di depan).
 Namun, tak mahu hal ini berpanjangan, dia mengambil
jalan untuk berkompromi..
bagus budak ni.

Akhirnya masalah tersebut selesai dengan setiap orang
berpuas hati dengan keputusan yang dicapai bersama.
Mereka juga kelihatan ceria untuk meneruskan 
pembelajaran mereka.
Semoga mereka akan selesa belajar
 seterusnya cemerlang
  dalam SPM 2012.

Sebarang permasalahan yang timbul insyaallah akan
dapat diselesaikan dengan baik seandainya pihak yang terlibat 
boleh bertolak ansur  dan mampu berfikir secara matang dan rasional.
Budak2 boleh, mengapa kita yang dewasa
tak boleh?



BLacKOuT DaN TNB

Salam..

Sebaik sahaja lepas saya update blog tentang kemenangan DLCW menumpaskan jaguh badminton perseorangan China petang semalam, internet terus down tak boleh connect..hujan lebat pulak tu. Perasan sangat lately, bila hujan turun, internet terus putus (macam siaran ASTRO pulak). Tak tau la apa kaitan hujan dengan talian internet. Wayar masuk air ker? 

Sebelum mata mengantuk saya baca buku tiba2 kedengaran bunyi seperti percikan bunga api yang kuat di luar rumah. Saya intai  keluar melalui jendela bilik namun tak nampak apa2. Saya teruskan membaca.  Selang beberapa minit kemudian, bunyi yang sama kedengaran, kali ni macam sesuatu meletup dengan kuat. Saya intai ke luar lagi tapi tak nampak juga. Kemudian saya dengar kecoh kat kedai depan rumah saya, lalu saya dan anak2 terus keluar untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Sebaik keluar rumah kedengaran  bunyi letupan lagi disertai dengan percikan api di tiang letrik dan selepas letupan yang kuat itu, terus blackout! kabel letrik  menyala.  Dalam kegelapan malam saya mencari nombor TNB di bil letrik namun apabila dihubungi, mesin yang jawab menyatakan yang nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Ada ke macam tu? kalau dah tiada dalam perkhidmatan, kenapa nombor tersebut di cetak di bil ?

Saya terus menghubungi SS yang sewaktu itu sedang minum bersama kawan-kawannya dan SS beritahu  kebanyakan kawasan lain juga  terputus bekalan  elektrik.  Orang yang kebetulan singgah terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang api akan merebak. Dalam pukul 1.30 pagi trak bomba tiba dan mereka pun menghubungi TNB.  Tunggu punya tunggu pihak TNB tak juga datang2 dan terpaksa la kami tidur dalam kegelapan, mujur juga hujan sebelumnya menjadikan cuaca agak sejuk. Tapi waktu tu dah hampir pukul 3. Satu lagi kemujuran ialah, baju kurung dan kemeja kerja ss telah digosok awal.

Bila bangun pagi, alhamdulillah, bekalan elektrik telah kembali pulih cuma tidak diketahui bila masanya TNB datang baiki kabel tersebut. Tapi tengahari tadi jiran saya bagitau yang pihak TNB hanya datang untuk baiki kabel selepas tengahari.  Menurut mereka (TNB), mereka tidak menerima apa2 aduan tentang kerosakan tersebut. Katanya kebetulan mereka lalu dan nampak kabel yang putus dan terus datang (tapi kalau lalu sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku dah tentu mereka tak nampak sebab tiang letrik bukan terletak betul2 di tepi jalan). Yang peliknya, jiran saya sendiri mendengar anggota bomba menelefon  TNB memaklumkan hal tersebut..macamana mereka boleh kata tiada aduan yang diterima? atau yang menerima aduan hanya "keep to himself"? Yang mana satu betul?  






January 8, 2012

2012 KoReA OPeN ReSuLT: DaTuK Lee ChoNG Wei BeaT LiN DaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tengok tak final badminton tadi??


Yesss!! saya BOLEH!!! (hak google) 

 Hari ini , Datuk Lee Chong Wei telah terlepas dari badi Lin Dan!
Beliau  telah membuktikan yang beliau masih belum berputus harap
apabila  telah dapat menewaskan pemain nombor 1 China itu!

Semangat Lee Chong Wei tidak luntur apabila 
kalah pada set yang pertama
dengan mata 12-21 namun terus bangkit pada 
set yang ke dua dan menang  21-18.
Akhirnya DLCW muncul juara setelah menang 
pada set yang ke tiga dengan mata 21-14.
Dengan kemenangan ini, DLCW akan 
membawa pulang  
 USD$75,000.
Lumayan!


Syabas DLCW!
Anda telah membuktikan bahawa
beberapa kali tewas, tidak bermakna
akan terus tewas.
Sebaliknya dengan semangat yang kental,
kita masih boleh bangkit untuk
mengecap kejayaan.

Tahniah !!

January 7, 2012

KuaSa VeTo

Salam..


Hari Rabu, masuk kelas tingkatan 5S.
Agak pelik melihat susunan meja, dan kedudukan sebilangan pelajar.
Ada yang mejanya tiga tapi dua orang duduk, ada pula mejanya dua  tapi duduk bertiga.


Kelihatan seorang pelajar perempuan duduk di meja barisan hadapan
dengan muka masam mencuka.


Saya     :  Kenapa ni?
Pelajar  :  Benci! dia ambik tempat saya.
               (dia tak puashati dengan seorang pelajar lelaki)
Saya     :  Laa..waktu datang kelas masa cuti kan ke dah booked tempat    
               duduk?"
Pelajar  :  Dia tak mari masa tu, tiba2 kemarin dia mari ambik tempat saya.


Ok..saya tak bertanya lanjut.
Saya teruskan dengan pelajaran hari tu.
Selang beberapa minit kemudian,
Pelajar  tadi hulur nota kepada saya
bunyinya begini:
"Teacher guna la kuasa veto teacher, kalu teacher suruh mesti dia dengar"


Alahai..bincang la baik2 tukar suka sama suka..ruang kosong banyak lagi tu..
Yang lain menyampuk,
"Dua dua keras kepala, tak nak mengalah!"
Dengan muka yang masih mencuka pelajar tadi merungut lagi.
"Tak der mood! semangat nak belajar habis hilang!


Nak tergelak pula saya..macam budak kecil la padahal dah form 5..


Saya biarkan mereka selesaikan masalah tersebut antara mereka,
Nak tengok esok macamana, masih lagi macam tu ataupun 
dah selesai , kalau tak terpaksala undi.


                                  Jangan gadoh2..makan apam comel ni.









January 4, 2012

WoRDLeSS WeDneSDaY #11 : KaRiPaP

Lewat benor wordless wednesday!

Kuih kegemaran dulu
kini dan entah sampai bila.





January 3, 2012

My DaUGhTeR AnD HeR ArTS

Assalamualaikum..

Sedikit story mory tentang hobi
anak saya yang no 3
Seorang pencinta seni semulajadi....
Selain suka bermain gitar dan keyboard
dia juga suka melukis bila dia "free"..
tapi sekarang dia banyak "free time'
sebab baru lepas SPM baru ni.

Gambar kat bawah ialah hasil contengan dia
yang tertampal kat dinding bilik dia.

domo ni dia yang buat juga













Ini tuan punya lukisan

Mirashada


sekian!




KemBaLi Ke SeKoLaH!


Salam..



Jarum jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi,
tapi mata masih tak menunjukkan tanda2 nak tido..
Err..pakaian untuk esok tak iron lagi..
nampaknya kerja iron meng-iron baju akan kembali menjadi rutin,
mula2 ni iron waktu malam,nanti iron pagi2..
tu yang kadang-kadang punch card ngam-ngam kalo tak merah.

Tadi si Lisa dah pesan,
"Ma, esok gi sekolah awal ek?"
Hohoho..dia pulak pesan kat kita??
Ya la, dia takut on the first day of school dah kena tahan 
kat pintu pagar sekolah.
Lagi pun dah tentu dia tak nak jadi the first name 
yang melakar sejarah tahun 2012 dicatatkan
dalam buku
"datang lewat"

Ok! nak gi iron baju !
bye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...