March 11, 2012

HaRuaN

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia!


Tengokla
hasil tangkapan jiran saya ni..
besarkan?



Fresh dari anak sungai dekat rumah.
Tapi sekarang saya dah tak makan ikan darat.
Tak seperti waktu budak2 dulu,
suka juga pergi memancing  di sungai dekat rumah mak.
Tak pun memancing ikan puyu di sawah padi
depan rumah. Bila dapat banyak ikan puyu,
saya akan suruh sepupu saya siang (takut nak siang)
pastu goreng kunyit makan dengan nasi panas2.


Ermmm..sekarang dah tak boleh nak makan.
Tak tahu kenapa tekak tak boleh nak telan.
Kawan2 macam mana pula?
Suka makan ikan darat/sungai?



March 10, 2012

BeTaPa BeRaT MaTa MeManDanG BeRaT LaGi BaHu YanG MeMiKuL 2

Sambungan 

Sebagai seorang guru saya sedikit sebanyak
mengetahui kisah yang dialami oleh pelajar 
melalui penulisan mereka samada
sewaktu membuat latihan mahupun peperiksaan.
Saya juga tahu kalau cerita yang mereka tulis itu hanya 
rekaan atau pun kisah benar.

Sewaktu membaca dan menanda kertas jawapan peperiksaan
 anak kawan saya baru2 ini, saya tiba2 jadi sebak dan 
tak semena-mena airmata saya keluar tanpa dapat ditahan2.

Tajuk karangan "Family"

Saya petik sebahagian esei yang ditulisnya tanpa edit.

"My dad always got mad all the time. That's why I am not close with him.
We seldom talk. He was like a stranger to me. Sometimes when we had
dinner together, the situation is just like I am reading a history book- so
boring! But seriously, I think there is nothing important to talk about
with him. Nevertheless, I had ideas about sharing something, I already
knew that he would not be interested to listen. So, that's what happened
between my dad and I.

"....I remember the year I was sitting for PMR, both mom and dad always 
argued about something. Just like cats and dogs. And things frightened me
more when my dad always hit my mom in her face and body.  It was a great 
pain to see mom's suffering. I knew my dad was in a relationship with someone.  A widow with three sons. Ah! I was like, what's so special about
her? Starting from that day, we were no longer a happy family."

"....I know everything has changed, but for me, life must go on. No matter what challenges us, we must face them. I want my mom to be happy and I know she would be happy without dad..she suffered a lot.  For me, this is a new beginning of a new life. One thing that keeps lingering on my mind is,
why can't I have a father who is  loving and caring like everybody else's?.."


Ibunya menangis sewaktu membaca karangan ini
tanpa pemgetahuan anaknya.Smiley



BeTaPa BeRaT MaTa MeManDanG BeRaT LaGi BaHu YanG MeMiKuL 1



Selamat Hari Sabtu dan selamat bercuti buat yang bercuti.


Sewaktu blogwalking membalas kunjungan
kawan2 semalam , saya terbaca tentang 
The Protector Not The Abuser di blog
Mr Clive.


Bila baca entri tersebut teringat kisah
sedih yang dialami oleh salah seorang rakan setugas saya yang
baru bertukar ke sekolah saya tahun lepas disebabkan
tidak tahan dengan perangai suaminya yang
kaki perempuan dan langsung
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang ketua keluarga, suami dan ayah.


 Dia juga sering menjadi mangsa
pukul suaminya (di depan mata anak2).
 Sekarang mereka telah bercerai jadi
tibalah episod yang agak perit kepada si ibu
kerana segala tanggungjawab terutama dari segi 
kewangan, belanja rumah dan anak2 (seramai 6 orang) terpaksa 
ditanggung 100% olehnya. 
Si suami langsung tidak mahu 
bagi duit sesen pun untuk mereka.


Padahal seperti yang diceritakan olehnya, sewaktu
bersama dulu pun segala bil2 utiliti dan belanja rumah
dia yang bayar. Suami banyak habiskan duit untuk
perempuan lain,betapa bangga si suami berkepit dengan
perempuan lain yang juga dapat dilihat oleh anak2.
 Malah bila bercerai, harta sepencarian pun
si suami mahu kawan saya bayar balik kepadanya
sebab katanya si isteri yang minta cerai.
(Tuntutan nafkah dan harta sepencarian
 masih lagi dalam proses)


Kawan saya sendiri akui mungkin juga silapnya dulu
kerana dia tak kisah dan tak pernah minta duit dari suaminya bila
suami lepas tangan begitu.


 Walaupun amat perit untuk dihadapi namun dia
lega kerana sekurang2nya dia
telah terlepas dari penderaan fizikal dan mental.
Yang penting semua anak2 ada bersamanya.


Memang banyak kisah sebegini berlaku dalam masyarakat
kita tapi bila berlaku kepada kawan kita yang terdekat,
saya rasa benar2 terharu.
"Betapa berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul"
Itu katanya kepada saya.


Ikuti kisah selanjutnya dari pandangan anak sulungnya 
yang juga pelajar saya di entri seterusnya.





March 9, 2012

TeTaMu HuJunG MinGGu

Salam Jumaat dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah, pagi tadi kabel talipon telah diganti yang baru,
jadi hari ni saya dah dapat online di rumah dengan gembiranya.
Ha'ah..memang tension bila internet down kat rumah.

Minggu lepas bekas ETA Mira dan Lisa menjadi tetamu kami.
Gambar mereka  5 tahun yang lalu ada di dalam 
Ternyata wajah Miss Rebecca tidak banyak berubah.
Masing2 terlalu gembira dapat berjumpa lagi setelah
5 tahun berlalu.

Miss Rebecca bersama anak2
Teh tarik dan pisang goreng kegemarannya

Miss Rebecca datang selama 2 hari sahaja sebab
dia hanya dapat cuti 3 hari. Datang dari  Pekan Baru Sumatera tempat
dia menjadi trainee teacher di International School 
selama 5 bulan. Dia tinggal bersama kakaknya di sana 
yang menjadi guru kontrak untuk 2 tahun di sekolah yang sama.
Katanya bulan Jun dia akan datang kembali untuk
last visit sebelum pulang ke USA.

********

Ok ni pulak cerita hari ni..
sebab terliur puding roti
kat blog ieda
saya pun buat puding roti tadi
cuma tak letak laici jer.

v

v

v

v


makan dengan kuah puding..

Selamat beristirehat dan selamat bercuti!



March 7, 2012

EnaM HaRi YanG AmaT BoSan TanPa Mu!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Lama benar tak update blog..dekat seminggu.
Somebody dari TM datang rumah check talian semalam
katanya wayar talipon rosak kena tukar lain.
Tadi call contractor yg incharge baiki cable talipon,
 esok dorang datang.
Hopefully esok everything is back to normal.

Waaaa!! boring betul hidup tanpa internet ni!
mati kutu juga ler..hehe
Anak-anak pulak macam orang demam.
Masing2 asyik tanya, "Ma! bila orang nak datang baiki ni??"

Oh ya, sekarang saya bersiaran dari rumah in law, 
segar sekejap budak2 ni dapat online.

Tapi bila tak dapat online kat rumah,
masing2  tidur awal sedikit dari biasa.
which is good for them.

Jumpa lagi!
Terima kasih pada kawan2 yang
sudi singgah,insyaallah saya akan
membalas kunjungan kalian
very soon!
Take care.

sempat snap gambar ni waktu singgah makan on the way
to Penang baru ni. Rama2 ni kat atas simen hampir 
dipijak orang suami ambil letak atas pokok bunga, 
masih hidup lagi, saiznya
sebesar tapak tangan orang dewasa.

March 5, 2012

SinGGaH SeKeJaP

As Salam dan selamat sejahtera..

Apa kabar semua?
Harap semuanya sihat belaka.
Balik jer dari P.Pinang, terus tak dapat online kat rumah
sebab cable telekom bermasalah kat kawasan kami..tak tau bila
pulihnya..may be ptg karang.
Bila dah ok, saya akan membalas jejak kawan2 ya.
Happy Monday!!




March 1, 2012

A BLeSSinG in DisGuiSe

As salam..






p/s: ..off to Penang this afternoon.

PoWeR GiLeR BaHaSa TgaNu Dia..PaHanG DoK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya terbaca surat ni kat wall FB.
Bahasa Tganu pekat ni.


Faham tak? of course la org ganu faham :)




February 27, 2012

CuaCa Dan SuaRa

Salam sejahtera !

Cuaca sungguh panas dan garing sekarang
menyebabkan tekak saya juga kering
walau pun dah berbekalkan air ke kelas.
Paling tak tahan bila terpaksa mengajar 3 kelas double period
dalam sehari mau taknya hampir hilang suara.
Terpaksa juga bersuara lebih sedikit
dari biasa bila kena discuss soalan dan jawapan
peperiksaan baru ni sebab banyak yg salah dari yang betul.
Kena terang balik biar jelas.

Pukul 11 pagi suara dah tak berapa nak keluar.
Asyik berdehem-dehem.
Suara dari perut sampai sudah tak jadi.
(namun bila lapar mejadi-jadi  pulak suara tu)

Last2 terpaksa juga bersandarkan suara dari tekak.
Kalau dah satu kelas lebih kurang sejam terpaksa guna suara
dari tekak,lama2 rasa sakit kepala.
Akhirnya badan penat, suara makin pancit.
Kelas seterusnya, jadi mangsa..
terpaksa la korang buat latihan menulis banyak sikit
sebab cikgu kena simpan saki baki suara yg
makin seksa nak keluar.
Ditambah pula kelas yang jauh  jauh  terpaksa
panjat bangunan tingkat 3.
Bila masuk kelas 
duduk dulu untuk ambik nafas..hahaha
classicnya cikgu!


selamat malam!!


February 25, 2012

PoKoK ATaS PoKoK KeLaPa

Selamat malam!


Sewaktu jalan2 cari makan baru ni
ternampak pokok kelapa yang unik ni..
Unik sebab ada pokok lain tumbuh atas pokok
kelapa yang dah mati ni.

tinggi pokok kelapa ni
besar juga pokok tu


Makhluk apakah yang memungkin kan
pokok itu berada di atas sana?
burung? kelawar? keluang?





SanGaM~ KoRBaN KaSiH

As salam dan salam sejahtera..

Ada ke sesapa yang layan citer SanGaM tadi?
Cerita lama yang popular tapi saya tak pernah tengok
keseluruhan cerita, hanya  dengar lagu2 jer.
Hari ni terasa nak tengok sampai habis.
Saya suka lagu2 dalam  filem ni.
Suka juga tengok Radha yang 
comel tu.

Vyjayanthimala 22
bestnetguru.com

Persoalannya, pada zaman sekarang, ada  lagi ke kawan
yang sanggup mengorbankan kasih demi sebuah persahabatan?
Sanggup ke korang lepaskan orang yang dicinta kepada
kawan baik sedangkan korang tahu yang orang 
yang korang sayang tu
juga cintakan korang?

CeRiTa HuJunG MinGGu

As salam dan selamat sejahtera..

Dah dua hari tak bersiaran.. sedikit busy..
sejak hari khamis sebab ada program di sekolah.
Kursus Kepimpinan Pengawas..
Siang malam berulang-alik ke sekolah sehinggalah besok.
Bermakna, weekend ni kami juga bertugas.
Bila dah ulang-alik, balik rumah terus tak boleh buat apa2 dah.
Tido !

Petang tadi sebaik pulang dari sekolah,
rasa lapar tiba2 sebab tak makan tengahari lagi.
Terus teringat nak makan
garlic bread cicah kopi o..
 So, beli roti ni



Sapu butter, garlic spread, letak cheese dan
masukkan dalam oven,
jadilah macam ni.




Akhir bulan lepas, sekolah kami telah menerima
seorang ETA (English Teaching Assistant) dari
Amerika Syarikat di bawah program 
Kementerian Pelajaran MBMMBI.
Kawan saya dan saya menjadi mentor 
(err..bukan mentor TV3 k!) dia selama
dia berada di sini sehingga November nanti.


Malam tadi dia (Miss Christina) dan seorang lagi ETA menjemput
kami ke rumahnya sebagai tanda
terima kasih mereka kepada kami kerana
membantu mereka selama berada di sini.
 Kami dijamu spaghetti, cookies(dorang buat),
baked potatoes dan garlic bread .
haha..sedap pulak makan malam tadi, tu yang
hari ni rasa nak makan lagi.


ETA sedang menjalankan aktiviti bersama pelajar di kelas 
saya, siap pakai baju kurung dia.


Minggu depan, bekas ETA anak saya dari US
juga akan berkunjung ke rumah untuk berjumpa 
anak2 saya. Dia berada di sini 5 tahun lepas.
Waktu tu, program ETA ni hanya ada di Terengganu.


Miss Rebecca bersama anak2 dan anak saudara, 5 tahun lalu.


jalan2 tepi kampung
ETA sekolah Mira tahun lepas..Miss Vanessa

Oklah..selamat berhujung minggu..
Esok upacara penutup
kursus pengawas...kena hadir!


February 22, 2012

WW#14 : BunGa PuTiH

Selamat malam!



..pictures taken by my daughter.

February 20, 2012

SaBaR Je Laa..

Petikan ayat dari esei pelajar tingkatan 5 Ekonomi


"The target group is teachers and students. The teacher have people is three teachers. And, the student have people is fiveteen people student."
(faham tak?)


...kesian pelajar saya ni..



BiLa CuBa NaK BaGi TuMPuaN

Selamat pagi!

Musuh utama bila "marking examination papers"
terutamanya bahagian essay ialah
"mengantuk".,
Kemudian, minumlah segala
mak bapak kopi ke nescafe ke
tetap juga mengantuk.
Lebih kronik, bila lawan mengantuk 
sakit kepala pula jadi musuh nombor 2.




February 18, 2012

KamBinG DaN SYiLinG LeBiHaN

as salam...

Semalam buat tahlil di rumah MIL..
Sembelih sekor kambing yang SS beli 2 tahun lepas.
Tambah 8 ekor ayam untuk hidangan.
Disebabkan sibuk memasak bersama biras
di dapur. satu gambar pun saya tak ambik.

Selepas kenduri tahlil, bab2 mengemas dan
 basuh pinggan mangkuk
selesai dalam pukul 11.30 malam.

Hari ni ni rehat seharian. 

Kambing tu sebenarnya SS beli 
dengan duit syiling lebihan beli
surat khabar yg dia campak2 dalam laci.
Dia beli kambing jantan tu dengan harga RM250.
Selepas 2 tahun nilainya lebih kurang RM600.
Semalam, dagingnya dapat sebanyak 5 gantang.
Boleh jamu 100 orang.

duit syiling nak beli kambing lagi hehe..

Selamat beristi rehat.




February 15, 2012

February 14, 2012

I LiKe ThiS QuoTe

Greatness

" If greatness could be found on the common path,
  somebody else would already have picked it up"

-Wess Fessler-




February 13, 2012

DeMaM

As salam


Saya tak sihat hari ni

Demam, badan panas
Sakit kepala
Hidung tersumbat
Sakit tekak

Tapi gi juga kerja.
Last2 tak dapat buat satu kerja pun.



February 12, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...