Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambung citer yang belum habis lagi....
Selepas meninggalkan Mira di Puncak Alam,
famili masing2 dengan haluan tersendiri,
kami berempat serta mak mentua bertolak ke Pulau Pinang
ke rumah kakak ipar yang tinggal di sana juga untuk bertemu
dengan anak lelaki saya yang juga bekerja sementara di sana.
Bertolak dari Puncak Alam dah petang, kami tiba
di Butterworth dah tentunya malam.
Highway memang penuh sesak dengan kenderaan yang
tak putus2 tapi semuanya bergerak lancar.
Keesokan harinya kami merentas jambatan P.Pinang, balik dengan feri.
Pemandangan dari atas feri
Butterworth
hampir senja
Papa and the one and only son
Hanya sempat ke Queens Bay Mall, mak aiii! rasa macam
berada kat Hong Kong/Korea sebab kat situ penuh dengan cha ya nun alif.
Jenuh meronda 7 tingkat yang luas amat sampai sakit kaki dan betis
(dah la sebelum tu dah 2 hari meronda KL dan Kajang),
tapi tak beli apa2 pun.
di Food Court..
sebenarnya waktu ni teringat kari ikan yang
kakak ipar masak kat rumah dia sewaktu kami keluar..
Balik jer dari pulau terus makan nasi kari ikan!
ABC papanya
Seterusnya misi membeli jeruk buah dan FM..
Akhirnya tinggallah mereka berdua bersatu..eh! teringat lagu Forteen :)
daaa...