August 31, 2012

GaMBaR RaYa...HaRaP BeLuM BaSi


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul tak update blog ni sampai rasa macam tak reti 
nak menaip apa kat sini..
Harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan
v
v
v
v
dan salam aidil fitri buat kawan2 bloggers semua...
maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara.

Orang dah tayang gambar raya sejak raya pertama lagi
tapi saya baru sempat upload, harap tak basi
lagi ya.
Inilah sebahagian dari gambar raya kami..
kebanyakan gambar anak2 dan anak saudara saya.

anak sulung (kakak) dan anak kedua (abe eman)

anak2 perempuan di pagi raya pertama
Raya ke dua di rumah nenek mereka
tuan blog dan suami
Mira dan Lisa tayang duit raya mereka

mira dan cousin, nisa
Rayyan dan Abe Eman
Ex-students datang beraya.
adik,kakak bersama mak
anak sedara sambut birthday pada raya ke 2
buat bbq malam raya ke 2...16 ekor ayam 

Sebahagian dari famili besar kami..

SaLaM aidil fitri dan
selamat hari merdeka.


August 4, 2012

JaDi BiDaN TeRJuN

Assalamualaikum!


Lama benar tak update blog ni!
tapi tuan blog masih wujud ya cuma malas sikit kot.
namun sekarang saya baru ada mood 
untuk menjahit baju kurung anak2 untuk raya ni.
jadi  masa dipenuhi dengan aktiviti jahit menjahitlah.


Hari khamis lepas tak pasal2 saya jadi bidan terjun..
tapi tak sempat terjun
cuma terlompat2 jer sekejap, sebab terkejut!
ingat tak kucing saya yang anaknya mati 2 bulan lepas?
ya..ibu kucing tu beranak lagi!
Tak tau pulak dia nak beranak secepat itu.

Petang tu saya sedang sibuk nak masak utk berbuka.
yang ibu kucing ni juga sibuk mengeow kat kaki saya..
ke mana saya pergi dia ikut tak berenti mengeow., haru betul!


Tiba2 saya nampak dah tersembul kat ponggong dia!
apa lagi! terus berlari cari kotak dan panggil dia ke belakang dapur.
Dia terus masuk kotak tapi bila saya bangun dia keluar kotak
jadi terpaksa la saya tunggu dia kat tepi kotak tu.


waktu ni kucing tengah tunggu
masa nak beranak..sian dia 
Baru ni mira ada , dia yg tunggu..mira tak de, nak tak nak terpaksa la saya ambil alih tugas mira.
Tapi lama juga nak keluar anak dia, kesian dia..darah menitik2 tapi tak keluar2 anak.

Lama tunggu saya sambung masak..time orang sibuk, dia sibuk nak beranak.
Bila saya keluar tengok, ada anak sekor tapi dah mati, lambat sangat keluar kot.
Tak lama kemudian, ada 2 ekor lagi anaknya, sekor hitam, ekor putih.



Tapi tak tau, panjang tak umur mereka tu...oklah, lain kali cerita lagi..
nak sambung menjahit.nanti saya balas kunjungan kawan2 ya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...