September 29, 2012

KeRaNa SeHeLai BLauS

Dua jam masa terbuang dengan sia2. Habis almari baju saya selongkar, bukan 3 kali malah 6 kali sampai bawah katil pun saya jenguk semata2 mencari sehelai blaus yg baru dibeli semalam..dahlah penat mencari, bila tak jumpa kepala mula berdenyut2...hasrat nak ke lain tergendala hanya semata2 kerana sehelai blaus.

Akhirnya blaus ditemui tergantung dengan  baju2 lain yg saya dah belek satu  persatu sebanyak lebih dari 5 kali jugak.

Nak tau kenapa saya tak perasan blaus tu ada  tergantung di situ? sebab........blaus tu dalam keadaan TERBALIK!!! (yg belah luar kat dalam)

Adoiiiiii!!!!!!  SAKITNYA KEPALA SAYA!!!!!

September 27, 2012

TemPaT BeRTeDuH

"Pokok yang rendang jangan ditebang.
Tetapi, kalau ditebang boleh ditanam yang baru
namun pokok yang baru belum tentu berdaun lebat dan rendang."

(pinjam kata2 seseorang)



September 25, 2012

LaDaP MeLaKa

Salam sejahtera..

I was in Melaka last week! Yup! bersama 120 orang guru serta kakitangan sekolah. Lawatan ini  diadakan sempena Latihan Dalam Perkhidmatan aka LADAP untuk semua guru dan staf sokongan sekolah saya.

Paling menarik ialah semua kos untuk LADAP ini iaitu pengangkutan , penginapan hotel selama 2 malam dan lain-lain dibiayai sepenuhnya oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).

Macam biasa selepas slot kursus diisi, jalan2 time!

beca yang dihias cantik, amik gambar jer..tak naik pun.
waktu malam lagi cantik sebab dihiasi lampu.

Menara Taming Sari..ramai yang naik tapi saya tak naik juga hehe..

Melaka River Cruise..yang ni saya naik..cuma kalau naik bot ni 
jangan duk di tepi, nanti kena percikan air yang baunya busuk.


Tertarik dengan susun atur barangan yang dijual, kemas dan tersusun.
Suka tengok barangan yang dibungkus dalam plastik berbentuk
 kelongsong atau kon itu. 


Dapat rasa mee rebus Muar..ok

paling sedap mee bandung Muar ni..best lagi 
bila kawan belanja.


Tak sempat nak merasa makanan lain sebab makanan yg disediakan di hotel membuatkan perut terlalu penuh tak boleh nak sumbat lagi...next timelah pulak ...kalau panjang umur. 

time spent with friends juga amat menyeronokkan!

Bila tengok cawan ni teringat malam tu kami makan yong tau foo 
kat bilik hotel, guna piring kecil ni dan hirup kuah dalam cawan 
since takde bekas lain.
...sebabnya kawan yg duk kat luar belikan
untuk  kami. Dek kerana pemberian orang, makan jugak la
walau waktu tu jam dah 1 pagi! 


Terima kasih APMT! 
Tahun depan ke mana pulak kami?



September 14, 2012

TaK HaBiS HaBiS LaGi DenGaN MaKan

Assalamualakum salam sejahtera..

Hari ni duk rumah..minggu lepas masa ni kat KL, minggu depan pula waktu ni akan berada di selatan..

Hari ni juga mood rajin ke dapur menyebabkan saya tergerak nak masak nasi minyak untuk lunch. Cuma kali ni hanya  masak sikit saja sebab yang nak makan hanya empat orang..Masak sikit jadi sekejap sajalah berada di dapur.

Semalam tengok kat blog ieda nasi minyak yang diberi oleh kawannya...tiba2 rasa nak makan jugak maka terjadilah nasi minyak hari ni.


                     Inilah rupa nasi minyak simple saya tanpa acar.


lauk kari ayam 
guna beras siam tak de beras basmathi

Ok..untuk tengahari ni dah kenyang.
Yang bawah ni pulak roti sosej yang saya buat sewaktu
budak2 ramai kat rumah, senang sangat buatnya.
penyek2 roti..gulung..celup telur, golek atas serbuk  roti dan goreng!


roti sosej

Waktu raya baru ni kat rumah MIL saya jumpa biskut sedap tapi
 tak tau nama apa.
Biskut ni dibawa pulang oleh anak buah kami dari KL.
katanya dimasukkan pistachios .
 Serius sedap!


cantik rupa sedap pula rasanya.






"Learn to give without saying anything,
but when receiving say something"


Selamat menjamu selera..
Selamat berhujung minggu.




September 12, 2012

MenGanTuK SanGaT La Tu


Ingat lagi  tak dengan anak sedara saya ni? 
Ya betull!!! Rayyan yang lasak!
Rayyan ni memang tak boleh duduk diam kau dia tak tidur.
Ada saja kerja atau benda yang nak dibuatnya.
sepak kertas/plastik,main air, main syampu dalam
 bilik air sampai habis sebotol kalau dapat dicapainya.
Malah kalau buka peti ais,segala ubat
 yang ada dalam tu akan di minumnya..
haaa! bahaya betul!

Minggu lepas kami bermalam di rumah adik saya (ibu Rayyan)
di Kajang kerana menghantar Abemang yang 
sambung 
degree di  Uitm Shah Alam..
Rayyan punyala excited sebab ramai kat rumah dia 
sampaikan malam tu pukul 2 pagi baru dia tertidur,
Esoknya seawal 6 pagi dia dah bangun dan tanpa
membuang masa terus  memulakan aktiviti
lasaknya  yang pelbagai versi.
Dia tak tidur sampailah bila naik kereta untuk 
ke Puncak Alam
pada pukul 4 petang
barulah dia kelihatan mengantuk.


Wajah Rayyan yang ceria sewaktu mula-mula 
naik kereta.Tak tinggal sign PEACE  dia.
Cak! aaaaa!!
masih lagi sempat ketawa

tu diaa..dia dah hanyut
akhirnya....dia terlelap juga sebab mengantuk sangat.

hehe...PEACE!




September 9, 2012

GeRaM

Selamat hari ahad....assalamualaikum!

Sungguh menjengkelkan bila kita bersemangat nak buat kerja pagi2 ni
e.g marking kertas peperiksaan percubaan, tiba2 mengantuk melanda
sampai tak boleh nak celik mata! Geram sungguh!
kalau macam ni bila la nak siap?

September 5, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...