April 23, 2013

CoMeL TaK SaYa?

Kucing jiran ni tiba-tiba saja 
muncul di depan
pintu rumah kami dan elok jer 
posing atas kerusi
macam suruh ambik pose dia.


Kita nak snap gambar dia, sempat lagi 
nak cuit kamera.
Lepas tu dia terus cabut
tak muncul muncul lagi.

April 20, 2013

KuTu, SeLePaS 13 TaHun


Sewaktu suami dirawat di wad minggu lepas, seorang nurse yang bertugas datang kepada saya dan meminta saya menandatangani satu borang. Sebaik selesai menulis nama saya, dia berkata..
"Betul laa..kemarin lagi nak tanya tapi takut salah orang. Hari ni nekad nak juga tanya."
(dalam hati, sah, ni mesti ex student!)

"Teacher, teacher tak ingat saya ke?"
Saya mengamati dia, "Sapa ya? Maaf teacher tak cam".
Dia sebut namanya.
Laaa..ingat! ingat! patutla tak cam, dulu kurus sekarang dah berisi, sama juga dengan teachernya hehe. Lantas kami berpelukan.
Rupanya dia bekas pelajar  saya tingkatan 5  tahun 2000 di sekolah lama. Dah 13 tahun berlalu. Umur 30 tahun. Anak dah 2 orang. 

Tiba-tiba matanya merah, sebak.
"Teacher tau tak, dah lama saya cari teacher?
"Kenapa?" tanya saya lagi.
"Saya ada hutang dengan teacher. Teacher ingat tak kita main kutu? 

(Masa mereka tingkatan 5 mereka ajak saya main kutu, saja suka2. Saya ikut je. Kebetulan turn saya dapat akhir sekali....november. Tetapi ditakdirkan pada 22/11/2000 sewaktu mereka tengah menduduki SPM, banjir besar melanda.  Air di tingkat bawah setinggi 7-8 kaki. Habis semua hanyut).

"Sebab banjir tu habis buku catatan kutu hanyut tah kemana. Saya tanya kawan2 kalau saya boleh contact teacher tapi gagal."

"Ooo..ok, tak apalah, nanti ada duit contact teacher." Kami bertukar nombor telefon. 
"Legaa dah jumpa teacher" Katanya lagi.

Sebenarnya saya dah lupa berapa jumlah sebenar duit kutu tu, tapi beratus-ratus jugak la. Kalau kurang dari RM100 saya halalkan saja.
Hmmm..13 tahun dia mencari saya..




April 19, 2013

AKu GiLa KaU HaLF MooN SHaWL


Saya suka shawl ni,
tudung /shawl halfmoon.
Orang lain dah pakai lama tapi
awak baru kenal ke?
Yer laa, dulu mahal, sekarang dah murah so
boleh la beli pelbagai warna.
Saya ada tiga warna, hitam, 
turquoise dan oren.
Ada yang sarat dengan manik.
Namun yang  tak banyak manik pun ada.
Bila pakai nampak "jangok"
macam orang nak gi kenduri kawin.
Tapi saya pakai gi kerja.
tau tak "jangok" tu apa?
tanya orang kelantan.

warna manik sama dengan
warna tudung.


Model tak bergaji memperagakan
halfmoon shawl. Walaupun nampak 
macam licin material ni, sebenarnya 
senang dipakai dan terletak elok atas
kepala lebih mudah dari pakai
tudung bawal. Lagi satu, tak panas.
Beriya-iya benar promote ni
macam ada kedai je?
Oh! tidak...jadi pelanggan kedai
yang setia adala sebab duk menambah koleksi.

Pandangan dari atas
(macam pelan bangunan pulak)
.
.
.
.
.
.
.
.



tadaaa....

Oh! meriah  gitu kepala ku..


** another entry yang tak berilmiah...maafkan kamu(saya).


NaSi PaGi: IKan BaKaR PaK NaSiR

Salam Jumaat.
Pagi tadi dalam pukul10.30 saya 
ke Pengkalan Nyireh
sebab duk teringat-ingat nak makan
nasi ikan bakar ni.
Kedai Ikan Bakar Pak Nasir Pengkalan Nyireh
menjual nasi pagi berlaukkan
ikan bakar dan ayam bakar.
Tapi kalau nak makan ayam bakar
kena pergi awal pagi kalau
tak memang habis.
Biasanya pukul 12 tengahari
semua dah habis.
Saya lebih suka ikan bakar ni.
Nasi, se ekor ikan bakar saiz besar,
kuah kari ikan dan
sambal belacan ulam
timun hanya RM5.

Ikan dicicah sambal belacan yang memang pedas tahap kaw kaw tapi sedap sangat!
Kalau makan sambal ni saya order
teh o ais sebab pedasnya tak hilang
bila minum air panas atau air kosong.
Istimewanya ikan diperap dengan rempah 
ratus dan dibiarkan semalaman dalam peti ais.
Esoknya baru bakar.

Ikan ni sedap dimakan sewaktu
masih panas. Jadi direkomenkan
makan dikedai. Kalau tapau
bawa balik dah berkurang
ummmmpphnya.




April 17, 2013

TeH TaRiK "OFF" MeNu


Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang 
berkunjung dan mendoakan kesihatan suami.
 Alhamdulillah dia dah sihat namun masih lagi mc 
hingga minggu depan.
Secara ringkas suami diserang stroke 
sebaik turun dari kereta balik dari sekolah.
 Dia tak pernah ada darah tinggi 
mahupun kencing manis
tapi paras kolesterol yang tinggi iaitu 8.5.
Sekarang papa ambil ubat untuk cairkan darah
dan menurunkan kadar kolesterol.
Pemakanan kena jaga.
Antaranya tiada lagi teh tarik untuk papa,
kalau tak teh tarik 2 kali sehari dia minum.
Lupakan juga sup daging kegemarannya.
Lemak-lemak juga minyak perlu stop dulu.

Tertarik dengan pelekat di tangan papa ada 
gambar teddy bears.



April 14, 2013

DaH 3 MaLam Di HoSPiTaL

Assalamualaikum
Bersiaran dari wad di hospital menemani
suami. Dia diserang stroke sebaik pulang
dari sekolah pada petang Khamis..
Masih bernasib baik sebab
kena minor stroke dan kini 
alhamdulillah dah boleh berjalan
dan bertutur dengan lebih baik..
Insya allah boleh balik rumah
esok2...

nanti sambung cerita.



April 10, 2013

RanDom PiCTuReS

Cedok idea orang.. nak juga tiru buat entri random pictures.
Kebanyakan gambar makanan yang menambah
lemak dan kalori dalam badan yang sedia penuh lemak!

Sambal terung letak udang ke 
sambal udang letak terung? agak-agak?
minggu lepas masak ni.

Ayam penyek RM10.90 di Wong Solo dekat  Uitm Shah Alam
minggu lepas..ada sambal terung gak tu.

Terliur nak makan ayam masak lemak cili api. Jadi masak lauk ni 
semalam. Letak cili api cukup2 saja tak berani pedas sangat.

Mee goreng kering sayur zero sebab out of stock

Ole-ole dari anak murid yang baru balik dari umrah.
Terima kasih Luqman!

Parcel ni sampai semalam

Isinya ialah hadiah dari ellynadyra sebab 
berjaya jawab teka tekuk 2.
Kain baju kurung dari Surabaya dan brooch. 
Suka suka sangat sis! thank you!
Kau memang da bomb! :)


Ubi keledek purple, jarang jumpa sekarang.

Akhir sekali, kabar paling menggembirakan
minggu lepas ialah...

v

v

v

v

v

v

v


Alhamdulillah atas rezeki yang Engkau kurniakan.






April 9, 2013

AwaN HiTaM HuJaN LeBaT

Sangat sibuk dengan aktiviti sekolah kebelakangan ni.
Entri sebelum ni pasal panas yang luar biasa di tempat saya.
Hingga sekarang ada la turun beberapa titik hujan.
Tak basah pun tanah.
Really missed the rainlah!

Last weekend kami satu family ke KL
untuk mengambil Mira di Uitm Puncak Alam.
Mira dah habis asasi setahun.
Maka cutilah dia hingga September ni.

On the way balik dari KL ikut highway
Pantai Timur..Hampir R&R Kuantan nampak
langit mendung.


hujan dah mula turun

 Hitam legam awan tu
Hujan lebat kadangkala sampai tak nampak jalan.
Bestnya hujan!
budak-budak ni dah lentok

Sampai rumah malam ahad.
.kering kontang
...tak hujan pun!


April 2, 2013

ManDi


Pagi nak gi sekolah, mandi.
Balik sekolah mandi,
petang , mandi.
maghrib mandi.
Nak tidur pun kena mandi.

Biasanya mandi 3 kali sehari saja.
Sekarang sewaktu di sekolah pun
dah bermandi peluh..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...