March 15, 2011

KeNaNGaN TeRiNDaH...TeRiMa KaSiH TeaCheR!

Assalamualaikum buat teman2,

Lima tahun dahulu, sejurus selepas keputusan SPM diumumkan, saya telah menerima  satu sms dari seorang pelajar saya yang berbunyi,

" Assalamualaikum teacher. Terima kasih teacher! Satu masa dulu saya pernah benar2 kecewa dan putus asa kerana saya terlalu lemah dalam BI, tapi teacher tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya sehingga akhirnya saya dapat kredit C dalam SPM ini.  Walaupun hanya kredit C namun ianya amat bermakna bagi saya yang sering dapat F dan sekali dapat E dalam percubaan. Jasa teacher tak akan saya lupakan sampai bila2. Terima kasih teacher".

Itulah sms yang buat saya menitiskan airmata. Dia mendapat 9A dan 1C (BI) . Sebelum ini dia memang selalu gagal dalam subjek saya namun amat cemerlang dalam subjek lain sehinggakan saya bimbang result dia akan rosak kerana BI. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan kegigihan dia, akhirnya dia berjaya juga. Mungkin pada  orang lain "Ala...dapat C pun nak bising". Ya, bagi saya dan dia, dapat C macam dah dapat A!

Tak lama lagi dia bakal jadi guru matematik.

9 comments:

  1. Memang indah kenangan macam ni. Ni la manisnya menjadi cikgu. Saya pernah rasa

    masa pesta konvo UM 2006, sy pergi jumpa kawan konvo. Ada seorang lelaki tegur saya dan ucap terima kasih mengajar dia hingga berjaya konvo dan dpt kerja. Rupanya dia dulu student sy, sy langsung x cam..

    Riak wajah dia membuat saya terfikir, "aku patut kembali mengajar kat UM ni"..

    p/s rasa jeles ngan cikgu hehe

    ReplyDelete
  2. @padlie:antara kenangan manis..bangga bila mereka berjaya kan??

    ReplyDelete
  3. memang terharu bila mendapat penghargaan drpd pelajar yg benar2 menghargai kita...

    ReplyDelete
  4. betul2 tu..jasa guru sangat besar kepada semua..

    ReplyDelete
  5. kenangan terindah bersama guru...tetap dlm ingtan...mereka pembimbing sejati...

    ReplyDelete
  6. wow!
    tetiba aku rasa cam nak nagis
    serius tak tipu
    teharu kot
    syabas ar teacher

    ENTRY HOT : Lucah Day :p

    ReplyDelete
  7. insyaallah..banyak pahal yg cikgu dpt sebab bimbing anak bangse..dari lemah jadi pandai...dari buta huruf, jadi celik huruf...semuanya kerana seorang cikgu.... :)

    ReplyDelete
  8. itulah antara 'nikmat' menjadi guru ni kan...

    ReplyDelete