August 14, 2011

MaSaK KaRi DaGinG PuKuL 3 PaGi

Assalamualaikum!


Petang Jumaat lepas kami sekeluarga ke KB lagi untuk shopping pakaian anak2 yang selebihnya.  Kebetulan pagi Jumaat hujan turun dengan lebat jadi cuaca agak mendung dan selesa untuk perjalanan.  Lagipun sengaja nak mengelakan kesesakan yang dijangka akan mencapai tahap "kronik" di pusat beli-belah terutama selepas esok bila kakitangan awam  mendapat bonus.

Sampai KB pun dah petang jadi kami berbuka di sana..menunya ialah McD takeaway...
5 set GCB
dan nasi goreng..  First time jumpa nasi goreng patayya dibungkus bentuk LOVE.
Nasi Goreng Patayya..banyak! tak habis makan sorang.
Dalam perjalanan pulang kami singgah pulak di Wakaf Che Yeh.  Manusia punya la ramai "sejuta nam"! (istilah untuk terlalu ramai).  Membelinya tak seberapa, berpusing dan meronda yang lebih.  Sampai rumah betul2 1.40 pagi! 

Walau penat sempat lagi saya masak  kari daging  dan goreng ikan  pada pukul 3 pagi untuk bersahur. Akibat terlalu lama berjalan (pakai wedges 2 1/2 inci), hari ini labu betis rasa berketul2...sakit woo!


8 comments:

  1. berbuka GCB, hebat tul, hehehe

    saya walau apa pun mesti cari nasi dulu

    ReplyDelete
  2. tahniah cikgu.. walaupun peat tapi semangat nak siapkan sahur utk keluarga...

    ReplyDelete
  3. hilir tu buka ngan McD..hihi

    ambuih kul 3 pg ek ciknor duk ketung ketang dapo..huhu hebat ciknor..

    keno buh minyak panas n picit (oghe klate kato ramas labu betis) tu..hehe

    ReplyDelete
  4. amboi akak.. yer ker rondaa?? hehehe... ke penuh bonet beli2... hehehe..

    ReplyDelete
  5. aahh la penat tp masih nak masak, kalau mama goreng telur je lee... memang btol lae.. ari ni sure pnuh padat mampat lae shopping complex, bonus dah masuk lae....

    ReplyDelete
  6. wah.. nasi bentuk love.. kat mana ek? next week nk gi cari...

    ReplyDelete
  7. @delarocha: anak2 punya pasal..nasi pun ye jgk
    @Gen2merah:terima kasih!
    @Kalamhati: hehe..hebat ek? ya la doh ado oghe nak make..
    @Gomok: ronda dan isi bonet gak tapi tak penuh la
    @aimaniman: tak lalu mkn telur je pagi2
    @hunnee:mai la
    @padlie: restoran depan Dynasty Inn kalo tak silap.

    ReplyDelete