August 11, 2011

SeLoKa BeRBeLaNJa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Saya andaikan di waktu ini ramai di kalangan kita yang sedang sibuk 
membuat persiapan untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.  
Namun satu perkara yang perlu kita  ingat ialah dalam kita ghairah
berbelanja untuk persiapan tersebut, kita harus juga memikirkan dan 
mempertimbangkan keutamaan kita agar lepas raya nanti 
kita tak pening kepala.. 
Oleh itu, berbelanja biarlah berhemah..!


SeLoKa BeRBeLaNJa

Kau mahu
dan kau mampu
tapi tak perlu
....: sabarlah dulu


kau mahu
tapi tak mampu
dan tak perlu
...: biarlah di situ


kau mahu
tapi tak mampu
tapi kau perlu
...: lakukanlah sesuatu


kau mahu
dan kau mampu
dan kau perlu
...: dapatkanlah satu


kau tak mahu
tapi kau mampu
dan kau perlu
...: jangan ragu-ragu


kau tak mahu
dan tak mampu
tapi kau perlu
...: mintalah dibantu


kau tak mahu
tapi kau mampu
tapi tak perlu
....: tutuplah saku


kau tak mahu
dan tak mampu
dan tak perlu
...: nafsu pun buat tak tahu


mahu, mampu dan perlu
yang menimbangnya ialah keutamaan
dahulukan mana yang lebih utama.


Sumber:  "Anis Mei 2002" (Zuraimi Ismail)

13 comments:

  1. sye nk beli brg wat balik kampus, yg raye x wat aper2 pun...report prac pun on the way....

    ReplyDelete
  2. betul tu...hihihi
    belanja bila perlu
    jgn sampai kosong saku
    lepas raya nongkat dagu....

    ReplyDelete
  3. wah! suka baca seloka nii.. best2..
    btw, mood shopping x mai lagi.. fasa ke-3 posa nanti baru mood shopping mai kowt.. HAHA


    MySuaraBlog: Kurangkan Makan Nasi

    ReplyDelete
  4. bestnya seloka ni.. kata2nya menarik, maksudnya pun mendalam..

    ReplyDelete
  5. seloka yang sedap dan menarik..:-)

    ReplyDelete
  6. seloka yg best! ada maksud tersirat betul tu perlu bijak membeli jgn ikut nafsu...

    ReplyDelete
  7. Dalam maksud tu..tembak dalam lembut..hehe

    ReplyDelete
  8. saya pun sedang berjimat nie...kalau tak jimat, lepas raya dah tak ada budgetlah gamaknya...

    ReplyDelete
  9. hehe, betul sekaliiii, nice seloka,:)

    ReplyDelete
  10. nice la kak....akk ni mcm guru bahasa kan. apa2 pun....buat mana ayng perlu je..

    ReplyDelete
  11. sebab tu nak bersopping kene buat list tengok budget n kawal nafsu.. ciih pandai je akak cakap.. padahal 2 x 5.. lagi2 nak dapat bonus senin ni, rabu cuti nuzul Q.. so panjang aa langkah kan??

    jom folo akak ye...

    ReplyDelete
  12. yg selalu jadi

    aku mahu,
    aku mampu,
    aku perlu,
    dapat satu..
    seminggu pastu,
    baru tau tak perlu,
    membazir disitu..

    ReplyDelete