December 16, 2014

VieWs BY ThE RiVeR

Tajuk macam hebat jer, padahal nak cerita 
pasal pemandangan tepi sungai jer.
Sungai ni memang sinonim dengan hidup saya
dari kecil sampailah sekarang. Ada beberapa entri tentang sungai ni
 dalam blog saya.

Sungai yang dulunya agar lebar kini semakin sempit
namun syukur sebab ianya masih wujud walaupun
ada waktunya di musim kemarau air mengalir lesu.
Di musim tengkujuh pula air yang banyak akan melimpahi
tebing dan banjirlah jawabnya kawasan ini.



Sewaktu melalui jalan tepi sungai beberapa bulan dulu saya 
teruja melihat pokok yang berbunga ungu
sedang berkembang menjadikan kawasan tepi sungai
 nampak cantik sangat.



Tak taulah orang tengok macamana tapi saya
suka sangat!


Kini terdapat sebahagian tebing sungai ni dah runtuh 
menjadikan laluan semakin sempit. 
Kalau musim hujan
memang tak berani berkereta ikut laluan ni
 takut tiba-tiba runtuh.


Harap-harap sungai ni akan dapat bertahan untuk
 beberapa lama lagi.





6 comments:

Gee GTG said...

mesti teringat memori time kecik2 dulu kan...

masa kita kecik dulu.. xde kesempatan main sungai.. sebab kaasan rumah jauh dari sungai.. kalau kolam ikan tu adalah..^^

ewanthology said...

Sungai pun dah nak jadi mcm parit.

elly nadyra said...

sungai dah nak rupa parit la kak
tapi bunga tu cantik sangat!

g0m0k9enDek said...

kesian sungai kak..

Shafiq said...

Pemandangannya cantik bagi saya. :-)

Mona Lea said...

bila tengok gambar2 ni mata ngantuk terus segar balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...