June 29, 2012

KuCinG


Dah lama tak cerita pasal kucing semenjak kucing2 telah 
lama pergi meninggalkan kami.
Satu2nya yang tinggal ialah seekor ibu kucing 
yang debab ini..

kucing ni memang debab tambah debab sebab waktu ni 
dia bunting tunggu masa nak beranak.

Ok..inilah anaknya nan seekor,berwarna putih. perut bukan 
main besar tapi keluarnya sekor saja.
tarikh lahir kucing ni pulak sama dengan
tarikh lahir Rina..20hb May.

Waktu gambar diambil, ibu dan anak ni sedang 
bermain dan bergurau.
sayangnya ibu ni pada anak..dipeluk2 anaknya
comel jer
dua-dua tengah tido membelakangi masing2


Tapi itu cerita beberapa minggu lepas.
Sekarang ibu kucing sendirian lagi..
anaknya si Putih tidak kelihatan sewaktu saya 
balik sekolah 18/6/2012 yang lalu. 
Puas cari tak jumpa.  
Keesokan harinya, saya ke belakang rumah dan apa yang saya temui
amat menyayat hati..
bangkai si Putih yang baru berumur sebulan
dihurung lalat dengan perut terburai..entah digigit oleh apa :(

sendiri lagi..



TeTaMu SeKoLaH

Minggu lepas sekolah telah didatangi tetamu khas.
Ingat tak lagi yang sekolah saya telah menerima
ETA (English Teaching Assistant) di bawah program 
Kementerian Pelajaran Malaysia?
 Tetamu yang dimaksudkan ialah Mr Scott  M Rauland
Counselor for Public Affairs dari US Embassy  bersama dengan
Pegawai JPN Terengganu dan PPD.
Tujuan lawatan mereka adalah untuk
memantau sejauh mana keberkesanan program ETA  ini.

 Mr Scott Rauland diberi taklimat ringkas tentang sekolah oleh 
Tuan Pengetua dan GPK1 manakala ETA pula menjelaskan
tentang program dan aktiviti yang telah beliau laksanakan 
sepanjang beliau berada di sini.

Selepas taklimat, Mr Rauland dibawa ke kelas tingkatan 2 untuk
 melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan 
oleh ETA Miss Christina aka Miss Nina.

Pengetua, pegawai JPN dan Mr Rauland di belakang kelas


Miss Nina sedang mengajar
Mr Rauland berinteraksi dengan pelajar

Menurut pelajar, Mr Rauland "speaking" agak laju serta "slang" beliau
sukar difahami namun mereka tetap memberi respon yang baik
bila ditanya oleh beliau.

Kesimpulannya, Mr Rauland amat berpuashati dengan
pelaksanaan program ETA di sekolah kami.
Mungkin tahun depan program ini akan diteruskan lagi.





June 28, 2012

BeGiTuLaH ADanYa


Apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat
....tapiii, kena kuatkan semangat..
Tak gitu?



June 27, 2012

June 24, 2012

BiLa ExPiReD?

Assalamualaikum..
Baru lekatkan benda ni kat keta malam ni..
 direnew oleh ss tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.


dah seminggu rupanya saya memandu ke sana ke mari
dengan roadtax yang dah expired,
dengan selambanya!
mujur tak terserempak dengan JPJ yang buat road block.

Jangan diamalkan okeh!
tak pasal2 melayang $$$$$$$$$
bayar saman.

Cuba check sticker roadtax anda,
bila expired?

June 22, 2012

SeBeLuM MaKaN...

Betul tak??


source:FB


tak betul???
tengok ni!


menu tenghari tadi



bismillahirrahmanirrahim
..nyamm nyamm!!




June 20, 2012

GeTTinG BeTTeR..TQ!



very true indeed!!!

*********
terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan
kesihatan saya..
Hari ini mc, so duk rumah makan ubat
dan tido saja.
Getting better walopon
kepala masih mengong berdengung.






June 18, 2012

BeGHaK WeH

Assalamualaikum..

Hari ini keadaan kesihatan amat tidak memuaskan
kena selsema lagi..
bak kata orang Klate/Besut
"keno beghak weh"!
entah berapa banyak tisu ditenyeh sampai
pedih dan merah menyala hidungku.
air hidung pulak meleleh
 macam air longkang yang deras (sori).
bersin sehabis kuat pulak tu.
memang sungguh tak selesa hari ni.!
Niaya anak murid aku tu nanti!

Betapa terasa nikmatnya
waktu sihat,
seperti segarnya orkid
saya baru2 ni..


nanti saya BW ok!



June 14, 2012

STaR HiLL


Akhir2 ini banyak benor entri bergambar..
senang..tak payah citer banyak2,
Let the pictures tell the stories.
Kat tempat saya pun ada Star Hill tau!
Bukit Bintang lah!
kami bersama pelajar ke tempat ini selasa lepas..
saja bawa mereka daki bukit
tapi saya dan kawan2 
daki bukit menaiki kereta.
4.8km dari kaki bukit ke puncak.


Pelajar2 ada tugasan masing2 di setiap checkpoint sebelum
sampai ke puncak.
Mereka mengambil masa 2 jam mendaki.
Sampai di atas saya sibuk mengagumi
pokok2 hutan di sekeliling saya..
Suka sangat2 suasana hijau rimba ni.

bunga di kaki bukit

Laluan ke puncak bukit

paku resam

tak tau nama apa
tebing bukit
Sapa nak kenal pokok kabung yang buahnya dimasukkan dalam ABC,
 inilah dia..tapi hati2, pokok ni gatal.

belalang daun
Pencawang  TM, terdapat 3 pencawang sebelum sampai ke
puncak bukit di mana terletaknya ibusawat Telekom Malaysia.

sempat membakar ikan di atas bukit..so, makan
tengahari nasi berlaukkan kari ayam,ikan bakar
cicah sambal belacan dan ulam timun..
Perrrgghhh! berpeluh2 makan!

Sekian

June 13, 2012

KoBoi NaiK KeReTa

As salam..
tak kuasa nak menaip banyak2..
penat naik bukit tadi (padahal naik dengan kereta)
layan gambar budak ni lagi ya,



Selamat malam.


June 11, 2012

EuRo 2012: SPaiN Vs ITaLY


Semangat berkobar tengok bola sekarang
Tapi tak tau la boleh bertahan sampai minit ke berapa,
sebab tengok pun sambil baring atas katil.
Yang tak bestnya esok dan esok dan esok kan kerja
jadi kena la tidur jugak, kalo tak, sure asyik menguap
sampai merah mata ,
contoh yang tak baik!

TAPIIIII...nak jugak tengok!!!


June 9, 2012

RaYYan Dan CoRneTTo

Selamat petang!

Meh layan telatah anak adik bongsu saya, 
si Rayyan dengan eskrim cornetto sewaktu 
di Cafe Uitm baru ni..
Yeay!! saya ada Cornetto! ko ada?
Khairunnisa tumpang semulut

Ini dah lebey ni..kang habis tu!
Jaga-jaga! jatuh kang..
Sharing is Caring..bagi Hasanah rasa sikit!
Ok..dah! hehe..Hasanah ada janggut putih laa.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...