June 29, 2012

TeTaMu SeKoLaH

Minggu lepas sekolah telah didatangi tetamu khas.
Ingat tak lagi yang sekolah saya telah menerima
ETA (English Teaching Assistant) di bawah program 
Kementerian Pelajaran Malaysia?
 Tetamu yang dimaksudkan ialah Mr Scott  M Rauland
Counselor for Public Affairs dari US Embassy  bersama dengan
Pegawai JPN Terengganu dan PPD.
Tujuan lawatan mereka adalah untuk
memantau sejauh mana keberkesanan program ETA  ini.

 Mr Scott Rauland diberi taklimat ringkas tentang sekolah oleh 
Tuan Pengetua dan GPK1 manakala ETA pula menjelaskan
tentang program dan aktiviti yang telah beliau laksanakan 
sepanjang beliau berada di sini.

Selepas taklimat, Mr Rauland dibawa ke kelas tingkatan 2 untuk
 melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan 
oleh ETA Miss Christina aka Miss Nina.

Pengetua, pegawai JPN dan Mr Rauland di belakang kelas


Miss Nina sedang mengajar
Mr Rauland berinteraksi dengan pelajar

Menurut pelajar, Mr Rauland "speaking" agak laju serta "slang" beliau
sukar difahami namun mereka tetap memberi respon yang baik
bila ditanya oleh beliau.

Kesimpulannya, Mr Rauland amat berpuashati dengan
pelaksanaan program ETA di sekolah kami.
Mungkin tahun depan program ini akan diteruskan lagi.





5 comments:

Ayuni said...

hm, cikgu tesl dr Malaysia x cukup ke sis? yg sye tgk ramai graduan tesl grad tiap2 thn...

whitecappuccino said...

@Ayuni:entahla tapi sekola kami pun memang tak cukup. ETA bukan ambil alih tugas guru BI mengajar.dia banyak buat aktiviti luar kelas saja sebab mereka bukan cikgu pun.

Mr.Clive said...

tahniahhhh akak! :D

MamaEma said...

bagus juga buat program camnikan..

Anonymous said...

Comment puis-je être sûr que mon compte a été supprimé Blogspot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...