December 31, 2013

ReFLeCTioN: SeLaMaT TaHuN 2014

Assalamualaikum!

Sekadar renungan....

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah  puan?"
Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di 

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.

Sumber: forwarded message.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat berhujung minggu.... dan selamat menyambut tahun baru 2014!

December 11, 2013

SeBeLaS DuaBeLaS TiGaBeLaS

Assalamualaikum!
Hari ni tentu ramai yang akan
cerita pasal tarikh 11.12.13 kan?
Saya yang lama membisu dari dunia
blog ni pun tiba tiba mengigau
update entri hari ni..
Tak kisah la, nak cerita juga!

Adik bongsu saya ari tu dijangkakan
melahirkan anak ke 3 nya pada
11.12.13,
tapi agaknya baby tu tak
sabar sabar nak tengok dunia
maka lahirlah dia pada
awal pagi jumaat yang mulia
6.12.13 (terbalik dari birthdate ibunya
iaitu 12.6) :)

Inilah rupa ahli baru dalam famili
kami, Raisha Basyirah 
(adik si Raudhah dan si Rayyan)
seberat 3.3 kg waktu lahir.


Hari ni juga 11.12.13,
kakak dah start kerja tetap
di K.L...tahniah kakak!
kerja molek!

Semalam Ica wassup result matriknya
yang sangat cemerlang jadi pagi ni juga
11.12.13, Ica ke kelas
dengan semangat berkobar-kobar
untuk terus berjaya di semester akhirnya.
Way to go Ica! 

Apapun tarikhnya, semoga 
kita semua akan sentiasa bersyukur 
dengan segala kurniaanNya 
kerana kita 
tidak tahu bila masanya kita
mungkin hilang apa yang kita
miliki dalam sekelip mata.





November 15, 2013

ReNunGan JuMaaT: JeNiS JeNiS RiBa

Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada cikgu-cikgu, pelajar-pelajar 
dan juga kepada sesiapa saja yang bercuti.
 Manfaatkan cuti anda sebaik mungkin ya.



sumber image: kawan.




November 9, 2013

NaSI Dan LaUK

 Sesi tayang nasi dan lauk.
Ampun....jangan marah ya.

Time malas tapi nak makan nasi,
telur mata, salad dan sambal belacan
pun jadik.

Bila rajin, jadilah lauk macam ni, 
kari udang galah, dan tenggiri goreng.

Udang dan telur lagiii...tapi dah jadi sambal
udang+petai.

Nasi dagang mesti dengan
kepala ikan kalau tak,
tak ngam.

Yang gini pun layan juga
Meriah dengan warna ceria
tapi sedap !
*******************

Pencuci mulut yang buat kita menjilat
sudu...cheesy yummy..
kek cheese meleleh
namanya, kawan yang jual.
Yang ni pulak blueberry cheese..
juga sedap gilos!
Dah makan yang manis ni kena 
minum air masak,
 boleh juga pekena kopi o
secawan..tak pun semug!
Bye...selamat berhujung minggu..!



November 7, 2013

SeLaMaT TinGGaL Ummi

Assalamualaikum..

Kelmarin dia bersama-sama calon SPM 2013
tekun menjawab soalan B.Melayu
di hari pertama Peperiksaan SPM 2013.
Kerana kesihatan yang tidak mengizinkan,
dia terpaksa menduduki peperiksaan di hospital.

Namun untuk hari kedua, kertas B.Inggeris tidak dapat di jawabnya...bukan
kerana dia tidak tahu tapi kerana dia terlebih
dahulu dipanggil Ilahi..semalam.

Pagi tadi kami dikejutkan oleh
berita anak kawan saya yang sama mengajar
di sekolah lama telah meninggal dunia.
Mengimbas kisah semalam, ibunya menceritakan
anak perempuannya yang mengidap penyakit
buah pinggang sedang mengulangkaji untuk
subjek B.Inggeris, tiba-tiba diserang asma dan
terpaksa diberi bantuan alat pernafasan.

Sewaktu ibunya memangku kepalanya, si anak
masih boleh bercakap.
Dia meminta maaf dari ibunya dan berkata
"SELAMAT TINGGAL UMMI"..
Selepas itu dia tersenyum dan terus
terkulai.

Si ibu membisikkan kalimah syahadah 
di telinganya dan kemudian
doktor mengesahkan yang dia telah tiada.

Sebak mendengar kisahnya..
Semoga arwah dicucuri rahmat dan 
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Buat ibunya...semoga tabah menghadapi ujianNya..tahun ini sahaja si ibu
telah kehilangan 3 orang tersayang,
suami,ibu dan anak ini.
Al Fatihah..








October 29, 2013

GamBaR RoJaK

Ada gambar senang ceritakan..
Sekitar peristiwa yang berlaku sehari dua ni.
Khamis 24/10/13, kami bersama 35
 pelajar SPM ke K.Terengganu untuk 
program Rehat Minda-release tension 
sekejap sebelum SPM minggu depan.

Tujuan utama, main boling!

Group 4..kumpulan kami telah mendapat
tempat ke tiga dari 6 kumpulan
ok lah tuu!

Masing-masing khusyuk
tengok bola samada kena sasaran
ataupun  masuk longkang.
Semua enjoy! itu yang penting.

Aiskrim yang kawan belanja.
Beli dari penjaja tepi jalan je
tapi sedapnya kalah aiskrim
kat supermarket tu tau!
siap ada kacang lagi.

Jamuan Badan Pengawas Sekolah.
Lumayan juga mengisi perut.
Antara menunya...

Ayam lemon?
Daging masak merah

Colek buah sewaktu jamuan 
akhir tahun  projek SPM

licinnn dalam masa yang singkat.

Telur pindang..jumpa masa gi Johor
baru ni..sini mana ada.

Suka tengok bangunan yang
berwarna warni ni..
agak-agak kat mana ni?

Sekian dulu edisi gambar rojak
yang tak seberapa nih. :)



October 18, 2013

KonVoKeSYen KaKaK @UTHM

Salam Aidil Adha biarpun dah beberapa 
hari berlalu.
 Awal oktober baru ni kami
ke Batu Pahat untuk majlis konvokesyen
kakak di UTHM.
Seronok menikmati pemandangan sekitar kampus  yang 
dipenuhi dengan bangunan gah dan moden.
 Cuaca cerah sewaktu 
kami menuju ke dewan konvo untuk sidang petang. 


Kami masuk dewan pukul 2.15 petang.
Dewan yang luas dan lampu atas tu bertukar warna dari hijau ke merah, 
kuning, ungu, pink dan oren setiap minit. Memang cantik!



Majlis selesai 5.30 petang...
Tahniah kakak!
Kakak dan kawan-kawan.

The four of us.
Muka penat sebab dah lewat petang.

Adik dan kakak.



Sewaktu keluar kawasan UTHM, hari dah
gelap...tapi sempat lagi snap gambar
pemandangan waktu maghrib.
Tasik.
Kakak dah selesai di sini.
Good bye UTHM..

October 9, 2013

MaDu 3

Kesiannn...
Rempeyek pun terpaksa bermadu,
madu tiga pulak tu!
ishh..ishhh 


Macam-macam je lah!
hehe..


September 18, 2013

SaBoR JeR La


Inilah kertas jawapan esei B.Inggeris
Percubaan SPM salah seorang pelajar saya baru ni.
(kelas ke 6 dari 8 kelas)


Bosan nak habiskan 1 jam 45 minit,
baikla lukis kartun ni. 
Eja rumput pun tak betul macamana la
nak tulis esei bahasa omputih ni...
Agak2 kalau macam ni ambik SPM 2016 nanti
lulus ke BI?



September 14, 2013

TeRima KaSiH KLiNiK PerGiGiaN BeSuT


Hari ni nak bercerita kisah gigi.
Beberapa hari lepas gigi saya tiba2 sakit tidak
tertanggung.  Memang ada gigi yang perlu dicabut 
tapi since tak sakit asyik tangguh saja.
Bila dah tak tertahan barulah sibuk nak ke klinik.

Sebelum ni saya hanya ke klinik gigi swasta untuk urusan ini. 
Tapi kali ni rasanya nak cuba gi Klinik kerajaan sebab 
ada kawan cakap tak perlu buat appointment dah lagipun 
urusan cabut gigi tak delah sakit macam dulu
(ada yg cakap cabut gigi kat klinik kerajaan sakit) 
tu yg tak berani .

Malam tu saya tertidur dalam keadaan sakit. 
Nasib baik bila bangun pagi sakit dah hilang lalu tanpa 
membuang masa saya ke sekolah minta GL dan terus ke klinik.

Alhamdulillah, urusan rawatan gigi berjalan dengan lancar 
dan sebatang gigi geraham selamat dicabut dengan 
mudah tanpa rasa sakit. Orang pun tak ramai dan 
rawatan mengambil masa yang singkat.
Doktor gigi di situ semua perempuan dan sangat baik.

Namun ada satu gigi lagi yang perlu dicabut. Malam 
seterusnya sekali lagi tak tidur malam menahan sakit gigi 
yang satu lagi.  Hari berikutnya saya pergi lagi ke klinik 
dan dalam masa setengah jam gigi yg sakit selamat dicabut.  
Legaaa....terlepas dari kesakitan itu. 
Tension! habis satu badan sakit bila sakit gigi.
Lepas tu saya terus balik dan qada tidur! 2 batang gigi 
hilang dua hari berturut2.

Syabas kepada doktor gigi dan kakitangan klinik pergigian Jerteh 
kerana perkhimatan dan layanan yang baik kepada pesakit luar. 
Terima kasih!

Lepas ni tentunya untuk rawatan gigi saya akan 
ke sini lagi..dannn...satu sen pun tak keluar duit.  
Selamat RM200 :-)








September 13, 2013

BuaH BinJai KaW KaW PunYa!

Salam Jumaat.
Kenal tak benda kat bawah ni?
inilah namanya buah binjai.
Pernah makan?

Senang sangat nak buat ,lepas kupas kulit,
hiris kemudian tabur garam dan gula
simpan je dalam peti ais sekejap.
beberapa hari pun tak pe.

Yang ni pemberian adik ipar, 
dia beli sebekas ni RM3. murah sangat laa.
Saya boleh habiskan sebekas ni sorang
sekali hadap hehe..
Sedap tau! tak caya try la!
hingga menjilat sudu tau!



August 21, 2013

SiLaP PeRHiTunGaN


Kesiaaaan diaaa...
akibat silap perhitungan kot
kepala biawak ni lekat
dalam tin kosong.
Mungkin ada saki baki makanan 
dalam tin ni.
Biawak ni tak reti nak agak kot
yang muncung dan kepala
dia muat-muat jer tin tu.
Kan dah cari pasal lekat kat situ.


Mata pun kat dalam tin tu...
Gambar ni ditangkap oleh kawan
suami tadi. 
Katanya lepas terlekat dalam tin tu,
biawak terus lari lintang pukang
masuk semak.
Nasib la la kau biawakkk!


August 18, 2013

WhaT YoU GiVe YoU GeT BaCK

.... in fact, I get  a lot more
 than what I gave.
# I also got the duit raya tau(dari my ex-student)~ the purple note..
and the cheque came before raya :)



July 15, 2013

CaBaRan RaMaDhan Ke 6


Tisu Premier kotak besar dah tinggal
tak sampai separuh.
lepas sehelai demi sehelai
ditarik keluar
hidung dah merah, perit,
tersumbat, mata pedih
kepala sakit berdenyut-denyut.
tension  la demam selsema 
kali ni....
No wonder la budak kecik
meragam bila demam selsema.


July 13, 2013

DaH 4 RaMaDHan

Assalamualaikum
Cepat benar waktu berlalu sedar tak sedar
hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa..

Kebelakangan ni juga tahap kemalasan
menaip entri juga makin menjadi-jadi.
Tapi tak menjadi hal pun ada entri
ke takde entri pun kan? 

Rasa syukur yang tak terhingga saya
panjatkan kepada Allah yang Maha Esa.
Sebabnya terlalu banyak  rahmat dan
rezeki  yang dilimpahkan untuk kami semua.

Puasa tahun ini 3 beradik ada di rumah.
Kakak, Mira dan Adik.  Bemang berpuasa di Shah Alam 
dengan kawan2 macam tahun lepas.
 Tak kisahla dia dah biasa. 
Khamis lepas Bemang dah habis final exam
untuk semester 4.

Ica pulak first time puasa sendiri nun
di KMJ Tangkak. Tiap-tiap pagi 4.30 saya
akan call dia takut  tak bangun sahur.
Sahur pertama dia beli nasi goreng tengah malam untuk sahur.
 Tapi sahur2 seterusnya bila ditanya makan apa untuk sahur, 
jawabnya "biskut".
Laaa ...sedihnya dengar.   Katanya kafe 
belum dibuka lagi untuk  jualan waktu sahur
jadi hanya biskut yang ada. 
Nasib baik untuk berbuka ada bazar jualan.

Petang Khamis  dapat tuppperware
berisi kek coklat dan kek buah dari
adik ipar..tq! Suka kaler ni!

Semalam pelajar asasi yang akan
sambung degree September nanti dah
tahu ke mana mereka akan sambung study.
Alhamdulillah, Mira dapat course yang dia apply iaitu Quantity Survey 
di Uitm Shah Alam, sama tempat 
dengan Bemang dia :).

Sahur kali ni adik tak lalu
makan nasi. Sahur pertama dia 
makan segenggam nasi dan
ayam goreng sebesar ibu jari.
Sahur hari ke 2 hingga 4
dia makan roti telur.
Tak tau sampai bila...
*********

July 9, 2013

RaMaDHan DaTanG LaGi

Buat kawan-kawan dan seluruh umat Islam

July 5, 2013

YanG Ni JeR RaJin

Kemalasan melanda sebab tu jarang-jarang
menghapdate blog sekarang.
Yang ni jer rajin skit, menepek gambar
bunga dan pokok-pokok yang
saya jumpa dan juga beli.

Terserempak dengan bunga ros jepun ni 
di depan bilik peperiksaan di sekolah ahad lepas.
Tertarik dengan warna yang menyerlah
terus snap.



Bunga orkid yang belum masuk blog lagi.
Yang terdahulu dah layu bunganya.

Bunga ekor kucing ni baru beli petang kemarin.
Sepatutnya digantung tapi tempat nak sangkut/gantung
tak ada jadi letak atas pagar saja dulu
sementara fikir nak buat tempat gantungnya.

Sama juga dengan pokok ni, baru beli juga.
Duk la atas pagar tu dulu.

Sewaktu membelek-belek pokok, burung
jiran datang ziarah hehe.

Burung Lebar..pandai dia posing.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum basi wajib semadikan gambar ni..
Tradisional vs moden,
Pulut kuning vs Red Velvet cupcake.


Biskut raya tapi bukan untuk raya :)

Selamat menyambur Ramadhan Al mubarak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...