September 14, 2013

TeRima KaSiH KLiNiK PerGiGiaN BeSuT


Hari ni nak bercerita kisah gigi.
Beberapa hari lepas gigi saya tiba2 sakit tidak
tertanggung.  Memang ada gigi yang perlu dicabut 
tapi since tak sakit asyik tangguh saja.
Bila dah tak tertahan barulah sibuk nak ke klinik.

Sebelum ni saya hanya ke klinik gigi swasta untuk urusan ini. 
Tapi kali ni rasanya nak cuba gi Klinik kerajaan sebab 
ada kawan cakap tak perlu buat appointment dah lagipun 
urusan cabut gigi tak delah sakit macam dulu
(ada yg cakap cabut gigi kat klinik kerajaan sakit) 
tu yg tak berani .

Malam tu saya tertidur dalam keadaan sakit. 
Nasib baik bila bangun pagi sakit dah hilang lalu tanpa 
membuang masa saya ke sekolah minta GL dan terus ke klinik.

Alhamdulillah, urusan rawatan gigi berjalan dengan lancar 
dan sebatang gigi geraham selamat dicabut dengan 
mudah tanpa rasa sakit. Orang pun tak ramai dan 
rawatan mengambil masa yang singkat.
Doktor gigi di situ semua perempuan dan sangat baik.

Namun ada satu gigi lagi yang perlu dicabut. Malam 
seterusnya sekali lagi tak tidur malam menahan sakit gigi 
yang satu lagi.  Hari berikutnya saya pergi lagi ke klinik 
dan dalam masa setengah jam gigi yg sakit selamat dicabut.  
Legaaa....terlepas dari kesakitan itu. 
Tension! habis satu badan sakit bila sakit gigi.
Lepas tu saya terus balik dan qada tidur! 2 batang gigi 
hilang dua hari berturut2.

Syabas kepada doktor gigi dan kakitangan klinik pergigian Jerteh 
kerana perkhimatan dan layanan yang baik kepada pesakit luar. 
Terima kasih!

Lepas ni tentunya untuk rawatan gigi saya akan 
ke sini lagi..dannn...satu sen pun tak keluar duit.  
Selamat RM200 :-)








13 comments:

Carl Lesmana said...

yeah mama . gigi mizi pun sekarang ni tengah sakit . kadang-kadang ok kadang2 x . till telinga kiri mcm dengar x dgr je bila sakit . mak suggest pergi klinik kerajaan senang cepat dan mudah, mak biasa pergi klinik kerajaan jah . dulu mak dgn harban sigh , tp mahal sgtttt hahaha . mizi sakit sebab effect tapungan masa zaman skolah rendah dulu tercabut . memang sakit gigi ni menguji kesabaran , haha asyik nak marah orang jah kalu sakit sgt2 . :))

whitecappuccino said...

@carl lesmana: yup! Better gi cepat2 sebelum mudarat. Harban mahal gilos huhu

BUNDA a.k.a KN said...

last bunda cabut gigi, 4 tahun lepas..

Papa Mifz said...

sakit gigi memang menyeksakan...hoho

Cik Nur™ said...

kalau sakit gigi mmg xboleh buat apa..kerja nak marah aje lah...

apapun, tahniah juga pada akak sbb berani.. :)

Faza said...

terseksa sama tahap dengan migrain

t.a.t.a said...

kalau sakit gigi tak dapat nak makan macam biasa lagi. satu nikmat ditarik sekejap.

Zura Lee said...

la cinno ni org jerteh ko ? kampung zura kat pasir puteh..dkt dh tuh..

Ayuni said...

Sye paling x ske kalau sakit gigi, rasa mcm nk marah semua org...

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)


http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

sudipVSsenduk said...

pd sVs, sakit gigi adalah sakit yg paling sakit :(

elly nadyra said...

goshhhhh 2 batang sekali gus?
tapi kalau dh cabut, mmg lega la sangat2 kan

yunalis said...

Klinik ni boleh buat braces tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...