Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

January 4, 2015

BanJiR 18.12.2014- 2

Assalamualaikum.

Dah masuk tahun baru masihi 2015 kita ya. Hampir dua minggu
baru saya dapat menceritakan kisah banjir yang berlaku di tempat saya.
Sebenarnya amat terkedu dan terkejut dengan banjir 
luar biasa yang telah berlaku
 di Kelantan terutamanya. 

Banjir yang berlaku di tempat saya walaupun lebih besar dari 
yang sebelum ini namun tidaklah seteruk yang dialami 
oleh penduduk di Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 
menenggelamkan rumah dan segala harta benda mereka. 
Allahuakbar!! Begitulah kuasa yang Maha Esa.

Memang sedih melihatkan keadaan yang berlaku di sana dan
kita hanya mampu bersimpati dan berdoa 
serta membantu setakat yang kita mampu.

Beginilah keadaan jalan utama K.Terengganu/Kota Bharu
di hadapan rumah saya pada pagi 18/12/2014.
Air dari alur sebelah jalan sudah melimpahi tebing,
tapi parit sebelah masih kering.


Menjelang tengahari air telah memasuki parit tepi pondok telefon.




Lepas zohor air mula memenuhi laluan depan
 rumah dan kereta kereta 
terpaksa dibawa keluar.


Biasanya air hanya sampai setakat  ruang garaj sahaja.


Tapi kali ni menjelang maghrib air dah
 hampir memasuki pintu depan. Dan memang air melepasi 
pintu depan tapi tak menyeluruh. Nasib baik!

Bahagian dapur pertama kali masuk air.
Satu bilik anak dan bilik saya juga tidak terkecuali
tapi tak banyak. Alhamdulillah. 


Cuma bila air surut  keseluruhan rumah terpaksa
dikemaskan juga sebab
semua dah tunggang langgang.

Masih lagi bernasib baik dibandingkan dengan 
mereka yang kehilangan rumah dan musnah segalanya.
Semoga mereka akan terus tabah 
dengan dugaan ini.

Sebelum air naik memenuhi jalan belakang rumah.



Salam Maulidur Rasul SAW.




December 17, 2014

SiaP SiaGa

Assalamualaikum


Dapat info dari whatsApp yang air empangan 
telah dilepaskan untuk mengelakkan banjir teruk 
di kawasan hulu . Dalam 4-5 jam
lagi mungkin air banjir akan sampai ke tempat kami..

Risauuuu..harap-harap tak sampai dalam rumah..
malam ni kena berjaga-jaga..

Pukul 6 petang tadi gelap macam nak 
malam .  Hujan berangin pulak.

Doakan semoga dijauhi banjir besar.





December 31, 2012

BanJiR 01.01.2013?


Hujan selebat-lebatnya hari ni.
Ada jalan dah dinaiki air.
Kalau hujan masih tak berhenti malam ni,
sah esok banjir.

Malam ni sure tak lena tido
takut air naik!

Jadi ke kami start sekolah esok?


December 26, 2012

BanJiR DaTanG


Bangun tido pagi tadi nampak air dah banyak kat depan
rumah jiran..rumah kami tinggi sikit jadi kawasan rumah
kami yang terakhir dinaiki air kalau banjir.


















                                                        
Kawasan depan rumah



















Air datang dari belakang rumah.
Nasib baik menjelang petang air surut perlahan-lahan.
Syukur air hanya sampai simen depan saja.




December 24, 2012

HuJaN LeBaT, KoTa BHaRu Dan BanJiR

Dua hari memerap di rumah sebab hari-hari
hujan lebat . Walaupun hujan saya suka, tak
panas. Kemarin dulu air sungai on the way
rumah mak dah nak penuh tapi berikutan
hujan lebat semalam dan tadi jalan dah
tak boleh dilalui. Namun banyak tempat
lain dah banjir.


 sungai yang hampir penuh.

Kemarin kami ke Kota Bharu. Saja nak gi
main boling dan jalan-jalan. Namun perjalanan 
yang biasanya mengambil masa 1 jam ke sana 
menjadi 3 jam gara2 jalan terlalu sesak
dengan kenderaan dan hujan lebat. Lama
betul duk dalam kereta untuk sampai KB Mall.

Tambah teruk lagi bila parking bawah penuh sebab 
parking top floor ditutup untuk kerja2 renovation 
ke apa. Maka terpaksala parking di luar bangunan 
di tempat yang becak.  Berlari kami meredah hujan 
nak masuk KB Mall. 

Lepas main boling 2 game, budak2 nak makan pizza.
Walaupun korang dah tak heran tengok gambar pizza
ni, tak kira, nak tayang juga!





      yang ni sedap!


Sepanjang perjalanan balik dari KB pun
hujan sampai rumah.  Pukul 11.30 pm sampai.

Malam tadi pulak hujan lebat berserta angin
kencang sampai terbalik pasu bunga besar 
depan rumah. Pokok orkid atas pagar juga
jatuh, patah ranting bunga yang baru nak
kembang.

Petang tadi pegi tengok air tepi alur belakang
rumah yang dah melimpah ke jalan.
Anak2 3 beradik ni sempat berposing dengan
payung masing2. Nampak air di belakang
mereka tu?


Jalan kecil belakang rumah
 
















Sekejap sahaja sesi bergambar sebab hujan 
lebat turun lagi. Berpayung pun basah juga belakang.*Betapa besarnya kuasa air, siapa yang menciptanya                                    sudah tentu lagi besar dan hebat kan? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...