Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

November 9, 2013

NaSI Dan LaUK

 Sesi tayang nasi dan lauk.
Ampun....jangan marah ya.

Time malas tapi nak makan nasi,
telur mata, salad dan sambal belacan
pun jadik.

Bila rajin, jadilah lauk macam ni, 
kari udang galah, dan tenggiri goreng.

Udang dan telur lagiii...tapi dah jadi sambal
udang+petai.

Nasi dagang mesti dengan
kepala ikan kalau tak,
tak ngam.

Yang gini pun layan juga
Meriah dengan warna ceria
tapi sedap !
*******************

Pencuci mulut yang buat kita menjilat
sudu...cheesy yummy..
kek cheese meleleh
namanya, kawan yang jual.
Yang ni pulak blueberry cheese..
juga sedap gilos!
Dah makan yang manis ni kena 
minum air masak,
 boleh juga pekena kopi o
secawan..tak pun semug!
Bye...selamat berhujung minggu..!



April 19, 2013

NaSi PaGi: IKan BaKaR PaK NaSiR

Salam Jumaat.
Pagi tadi dalam pukul10.30 saya 
ke Pengkalan Nyireh
sebab duk teringat-ingat nak makan
nasi ikan bakar ni.
Kedai Ikan Bakar Pak Nasir Pengkalan Nyireh
menjual nasi pagi berlaukkan
ikan bakar dan ayam bakar.
Tapi kalau nak makan ayam bakar
kena pergi awal pagi kalau
tak memang habis.
Biasanya pukul 12 tengahari
semua dah habis.
Saya lebih suka ikan bakar ni.
Nasi, se ekor ikan bakar saiz besar,
kuah kari ikan dan
sambal belacan ulam
timun hanya RM5.

Ikan dicicah sambal belacan yang memang pedas tahap kaw kaw tapi sedap sangat!
Kalau makan sambal ni saya order
teh o ais sebab pedasnya tak hilang
bila minum air panas atau air kosong.
Istimewanya ikan diperap dengan rempah 
ratus dan dibiarkan semalaman dalam peti ais.
Esoknya baru bakar.

Ikan ni sedap dimakan sewaktu
masih panas. Jadi direkomenkan
makan dikedai. Kalau tapau
bawa balik dah berkurang
ummmmpphnya.




December 18, 2012

KeMaRuK Ke Apa?

Assalamualaikum..
Sehingga hari ini, dah 5 hari berturut turut saya breakfast/brunch dengan nasi dagang.

Entah apa kemaruk sangat hari-hari nak makan nasi dagang ni. Dulu saya bukan suka sangat pun nasi dagang. Kalau yang mak atau MIL buat ok la saya suka. Tapi kalau beli saya jarang beli nasi dagang ni. Nak buat sendiri jangan harap..benda lain takpe, nasi dagang...remeh sikit, malas kut yang lebih.

Kebetulan nasi dagang yg dibeli ni murah saja rm2 sebungkus..sedap lagi. Tu yg penting kan?



Mungkin esok stop dulu la nasi dagang ni. Makan benda lain pulak..laksam ke, atau nasi impit sambal kelapa...


December 8, 2012

KaT SiNi TaK De DuRiaN CrePe

Assalamualaikum...

A'ah , kat sini memang tak ada durian crepe,
yang ada hanya paparan makanan yang dimasak
dan dibeli sepanjang minggu ni.
Lepas tayang bunga tayang makanan pulak! sebabnya,
ini aje kerja mudah kalau tak nak membebel di sini kan?

Ini mee yang dimasak tengahari tadi..tak tau mee apa
sebab main campak saja bahan yang ada sesedap rasa.

Sardine puff..beli kemarin                  

Kuih tepung bungkus dan tepung serunai
























Nasi lemak sambal sardin dan bilis, 
brunch 3 hari lepas 
























Cara berlauk yg sedap beli jugak
ikan bakar yang hangus kulitnya
(jangan gelak) tapi isi elok tau!                                    
sayur pedas keladi, mak masak

Kemudian makan buah-buahan ni





































Errr...hari ni makan mee (kenyang sekejap saja)
tak masak nasi.
Laparrrrr! 
Tak boleh jadi ni, Kena buat sesuatu.....


May 7, 2012

MeNu TenGaHaRi:HaSiL PanCinG

Assalamualaikum


Malam ni udara amat nyaman sebab hujan lebat turun lagi petang tadi,
Siap dengan guruh dan petir yang kuat...menakutkan juga.


Semalam seawal 8 pagi saya berada di sekolah untuk kelas tambahan
tingkatan 5 sampailah pukul 1 tghari.
Masa tu dah rasa kebulur sebab saya tak sempat breakfast,
hanya minum se mug milo panas.
Nak makan kat rumah kena masak dulu sure pengsan sebelum siap masak
so saya dan Lisa singgah makan kat kedai aja sebelum pulang.
Sampai rumah dah pukul 2 lebih.


Dah lama juga tak masak memasak dengan serius
semenjak dua menjak ni
terlebih rajin kot hik hik hik


Petang Jumaat tu suami pergi memancing di laut bersama
kawan-kawannya jadi semalam dia bawa balik ikan dan sotong.
Namun tak banyak sangat hasil yang dibawa pulang
sebab petang tu bot terumbang-ambing  dipukul
ribut dan hujan yang lebat (tengok gambar langit mendung
dalam entri sebelum ni) sampai ramai yang muntah muntah
tak dapat memancing terus "flat".


Mood elok sikit hari ni jadi
saya pun mengerjakan hasil yang suami bawa balik tu.


Inilah menu tengahari tadi...simple saja


Singgang asam pedas ikan merah bertanda...
Ikan Kerisi fresh dari ladang eh, laut!
pasar mari...cicah sambal


Esok boleh masak sambal sotong pulak...


Tadi sempat layan Manchester City lawan New Castle  (2-0)
Sekarang masih lagi duk tengok Manchester United lawan Swansea
kedudukan (2-0) waktu ni.


Oklah..esok sekolah tapi minggu ni mengawas peperiksaan
Pertengahan Tahun sehinggalah cuti sekolah.
Lusa dah kena tanda exam papers pulak!
Bab mengawas peperiksaan ni menyiksakan skit...
sebab....MENGANTUK!!!


Jumpa lagi!!











February 10, 2012

NaSi KeLaBu Dan GoRenG2 HiTaM

Salam Jumaat dan selamat sejahtera !





Semoga kawan2 ceria di hari Jumaat ini..
Dah makan belum?
I had  nasi kerabu (gerai mari) dan milo panas tadi.
Kira brunch la ni.
Nasi kerabu RM2 je tapi kuantiti yang sangat berbaloi,
 ada daging bakar dan keropok.
 Makan sebungkus, kenyang sampai petang.

banyak kan?

Then another menu for those yang tak cukup makan..
boleh makan benda2 kat bawah ni sampai petang juga.
Tapi baru perasan, semuanya kaler hitam!
nasi goreng plak a little bit oily, terlebih minyak nasi pula sikit
tapi  still bleh dimaafkan kot.

kuey teow grg,nasi grg dan cokodok pisang


Dah makan boleh teruskan
kerja!



January 22, 2012

BenDi GoRenG PuN TeRinGin

Salam hari Ahad..

Dah 2-3 hari saya nak makan  okra/bendi goreng..Hari ini baru tertunai hajat tekakku. Pagi tadi pergi beli bendi sedikit (sebab saya je yang makan). Nak memasaknya pulak bukan main senang sekali, tak sampai 5 minit siap. Main campak2 bawang, cili, dan udang kering tumbuk....tada.......


Bila makan nasi dengan bendi  goreng tak perlu kuah . Ada ikan goreng  dan sambal belacan pun dah cukup. Orang lain tak tau la, tapi saya boleh aje.  Tadi kebetulan ada peria, saya beli jugak sebiji. Macam biasa saya saja yang makan sayur-sayur begini, Yang pahit, yang kelat, semua saya makan. Peria pun biasanya saya goreng campur ikan bilis atau udang kering dan telur . Beli tempe sekali. Tempe pun goreng kering juga.

peria dan tempe
Entah apa mimpi penjaja  ikan masuk kawasan rumah saya hari ini, ada ikan bawal hitam so, beli tiga ekor sebesar tapak tangan orang dewasa untuk  RM11. Mahal ke murah , tak tau. belum masak lagi ikan tu sebab tak tau nak masak apa. Ada suggestions untuk masak bawal ni?

Ok lah..selamat beristirehat dan bercuti ya..

pegaga air ..tepi garaj



Berhati-hati bila memandu walau ke mana destinasi anda.
Have a safe journey!!





January 4, 2012

WoRDLeSS WeDneSDaY #11 : KaRiPaP

Lewat benor wordless wednesday!

Kuih kegemaran dulu
kini dan entah sampai bila.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...