Showing posts with label flowers. Show all posts
Showing posts with label flowers. Show all posts

January 6, 2015

TeRaPi MinDa: OrKiD 2014


Hampir setahun tak bercerita 
tentang orkid.
Tak ada cerita pun cuma untuk
kenangan di masa hadapan elok juga saya
simpan gambar orkid  dalam blog ni.


Pokok pokok orkid saya tak ada yang mahal.
Asal bunganya cantik pada pandangan saya,
saya beli jer .




Saya suka bunga orkid ni sebab bunganya tahan 
lama, lebih dari sebulan. 



Orkid orang lain ada rumah/pondok tapi
orkid saya letak atas pagar sahaja.





Spesis yang bawah ni bunganya tahan berbulan-bulan,
texture macam baldu.








Salah satu nama orkid yang saya tahu ialah 
DENDROBIUM.

Sekian 


July 5, 2013

YanG Ni JeR RaJin

Kemalasan melanda sebab tu jarang-jarang
menghapdate blog sekarang.
Yang ni jer rajin skit, menepek gambar
bunga dan pokok-pokok yang
saya jumpa dan juga beli.

Terserempak dengan bunga ros jepun ni 
di depan bilik peperiksaan di sekolah ahad lepas.
Tertarik dengan warna yang menyerlah
terus snap.



Bunga orkid yang belum masuk blog lagi.
Yang terdahulu dah layu bunganya.

Bunga ekor kucing ni baru beli petang kemarin.
Sepatutnya digantung tapi tempat nak sangkut/gantung
tak ada jadi letak atas pagar saja dulu
sementara fikir nak buat tempat gantungnya.

Sama juga dengan pokok ni, baru beli juga.
Duk la atas pagar tu dulu.

Sewaktu membelek-belek pokok, burung
jiran datang ziarah hehe.

Burung Lebar..pandai dia posing.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum basi wajib semadikan gambar ni..
Tradisional vs moden,
Pulut kuning vs Red Velvet cupcake.


Biskut raya tapi bukan untuk raya :)

Selamat menyambur Ramadhan Al mubarak


May 29, 2013

BerBunGa-BunGa

Hati tiba-tiba membuak-buak rasa nak
bertanam semula pokok-bunga yang
sekian lama terbiar. Asyik bagi minum
tapi tak bagi makan..kesiannn.
Lantas ke nursery tak jauh dari
rumah untuk beli tanah.

Bila nampak bunga ni terus berkenan,
angkut bawa balik.

Bunga apa ni?
Tudung periuk? yang ni bunganya
kecil kecil...ixora?
nanti nak google.
 
kuning
putih bersih
merah bunga kantan?
 
Lain kali nak beli kaler oren pulak..

p/s: kepada Ema blog dan sesiapa yang
menggunakan google+ comment, saya mohon
maaf sebab tak dapat komen entri mereka.komen tak lepas..harap maklum.



March 30, 2013

SeMua OrKiD Laa!


Ok..orkid kita berbunga lagi..
orkid yang sama macam dalam entri yang lepas lepas
juga yang dulu dulu.
tak ada masa nak tambah/beli yang lain.
Cuma yang ni entah dah kali ke berapa berbunga,
saya tak ingat!

tapi yang ni baru berbunga kali ke 2.


Ingat tak yang pokok-pokok orkid saya tak ada rumah atau pun 
pondok, saya letak atas pagar rumah saja.
 Memandangkan cuaca panas terik,
 pasu-pasu orkid saya pindahkan ke pagar dalam sikit.








Orkid bunga putih yang masih panjang umur
walaupun dah kena "ngap" dek kambing dulu.
Kelihatan batang yang tinggal macam tunggul
tu kena kerat. Daun juga dah tak ada.
Semuga tak jemu hidup dan berbunga ya!


Errr..ada tak lagu pasal bunga orkid?
Pasal teratai, mawar, tanjung, melur ada pulak.
Ke sebab bunga tu bunga dulu- dulu?
Tapi pasal anggerik ada kot..
tak pe..tak penting pun.!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...