October 30, 2010

Let's have a drink!

Nak ajak minum ke??  Sebenarnya aku nak share skit pasal minuman kegemaran aku cam dalam gambar profil aku - Cappuccino


Kopi memang minuman favourite aku,  terutamanya cappuccino, cuma aku biasa minum yang dalam peket kat bawah ni la. Tak sah tak minum sekali sehari nanti aku dok teringat-ingat cam orang bercinta dok ingat kat  girlpren /boypren dorang kot.  Kalau korang dah tau pasal kopi ni , tak kisahlah tapi aku nak jugak selitkan kat sini.

kopi ni banyak buih.

yang ni sedap  gak


"sprinkle" milo lagi sedap

Cappuccino ialah minuman berasaskan kopi yang berasal dari Itali. Ia disediakan daripada kopi ekspreso, susu panas, dan busa susu . Kopi cappuccino berbeza daripada caffé latte dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu stim atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6 auns (148-177 ml).

Mengikut tradisi, kopi cappuccino dihidangkan dengan menggunakan cawan porselin kerana porselin lebih berupaya mengekalkan haba, berbanding dengan kaca atau kertas. Busa yang berada di atas kopi cappuccino bertindak sebagai penebat dan membantu mengekalkan haba cecair agar minuman itu dapat memanjangkan tempoh kepanasannya. (dipetik dari: Wikipedia)

Begitulah ceritanya.... Jom! kita minum dulu!!!!!



2 comments:

Awangku said...

Salam ziarah ke blog ni.. makanya.. saya lah orang pertama mengomen dan orang pertama memollow.. oh rosaknya bahasa hehehe.. Hurrmm citer pasal kopi Coppucinoo ni... saya tak minat sangat kopi Coppucinoo ni tp lebih minat dgn Nescafe hehehe

whitecappuccino said...

Waalaikumsalam Awangku..Tahniah dan terima kasih kerana andalah org pertama memollow blog saya..tq3..hehe..saya pun suka nescafe gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...