October 30, 2010

Let's have a drink!

Nak ajak minum ke??  Sebenarnya aku nak share skit pasal minuman kegemaran aku cam dalam gambar profil aku - Cappuccino


Kopi memang minuman favourite aku,  terutamanya cappuccino, cuma aku biasa minum yang dalam peket kat bawah ni la. Tak sah tak minum sekali sehari nanti aku dok teringat-ingat cam orang bercinta dok ingat kat  girlpren /boypren dorang kot.  Kalau korang dah tau pasal kopi ni , tak kisahlah tapi aku nak jugak selitkan kat sini.

kopi ni banyak buih.

yang ni sedap  gak


"sprinkle" milo lagi sedap

Cappuccino ialah minuman berasaskan kopi yang berasal dari Itali. Ia disediakan daripada kopi ekspreso, susu panas, dan busa susu . Kopi cappuccino berbeza daripada caffé latte dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu stim atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6 auns (148-177 ml).

Mengikut tradisi, kopi cappuccino dihidangkan dengan menggunakan cawan porselin kerana porselin lebih berupaya mengekalkan haba, berbanding dengan kaca atau kertas. Busa yang berada di atas kopi cappuccino bertindak sebagai penebat dan membantu mengekalkan haba cecair agar minuman itu dapat memanjangkan tempoh kepanasannya. (dipetik dari: Wikipedia)

Begitulah ceritanya.... Jom! kita minum dulu!!!!!



October 29, 2010

On your mark..get set....

Salam sejahtera...
Selamat berkenalan.. ini merupakan entri aku yang pertama selepas beberapa hari menjeling dan menjenguk blog-blog kat sini. Nak tau blog sape yang telah membuat aku jatuh hati pada pandang pertama? hehe..tentunya blog Mat Gebu dan Ben Ashaari. Hmmmm,memang aku tertarik, tergoda dan teringin sangat nak mempunyai blog macam kawan-kawan semua..

Cuma seperti pantun "aku budak (cuma aku dah jadi mak budak2) baru belajar", banyak la benda yang memang aku kena belajar dalam bab-bab blogging nih!. Ni pun tah apa-apa kot aku buat. Sebab tu lah page ni masih dalam pembinaan.  Walaubagaimanapun, aku yang tak sabar2 nak post entri aku yang pertama ni, terpaksa la teruskan  niat aku  walaupun ianya belum siap sepenuhnya...kot-kot nanti kempunan pulak kan kan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...