January 4, 2015

BanJiR 18.12.2014- 2

Assalamualaikum.

Dah masuk tahun baru masihi 2015 kita ya. Hampir dua minggu
baru saya dapat menceritakan kisah banjir yang berlaku di tempat saya.
Sebenarnya amat terkedu dan terkejut dengan banjir 
luar biasa yang telah berlaku
 di Kelantan terutamanya. 

Banjir yang berlaku di tempat saya walaupun lebih besar dari 
yang sebelum ini namun tidaklah seteruk yang dialami 
oleh penduduk di Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 
menenggelamkan rumah dan segala harta benda mereka. 
Allahuakbar!! Begitulah kuasa yang Maha Esa.

Memang sedih melihatkan keadaan yang berlaku di sana dan
kita hanya mampu bersimpati dan berdoa 
serta membantu setakat yang kita mampu.

Beginilah keadaan jalan utama K.Terengganu/Kota Bharu
di hadapan rumah saya pada pagi 18/12/2014.
Air dari alur sebelah jalan sudah melimpahi tebing,
tapi parit sebelah masih kering.


Menjelang tengahari air telah memasuki parit tepi pondok telefon.




Lepas zohor air mula memenuhi laluan depan
 rumah dan kereta kereta 
terpaksa dibawa keluar.


Biasanya air hanya sampai setakat  ruang garaj sahaja.


Tapi kali ni menjelang maghrib air dah
 hampir memasuki pintu depan. Dan memang air melepasi 
pintu depan tapi tak menyeluruh. Nasib baik!

Bahagian dapur pertama kali masuk air.
Satu bilik anak dan bilik saya juga tidak terkecuali
tapi tak banyak. Alhamdulillah. 


Cuma bila air surut  keseluruhan rumah terpaksa
dikemaskan juga sebab
semua dah tunggang langgang.

Masih lagi bernasib baik dibandingkan dengan 
mereka yang kehilangan rumah dan musnah segalanya.
Semoga mereka akan terus tabah 
dengan dugaan ini.

Sebelum air naik memenuhi jalan belakang rumah.



Salam Maulidur Rasul SAW.




2 comments:

ewanthology said...

bencana banjir kali ni dikatakan yg paling teruk sekali ye..

Mona Lea said...

salam kak. banjir kali ni memang paling teruk. kesian dengan mangsa.macam mana nak memulakan kehidupan baru dengan rumah dan harta benda hilang, rosak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...