Assalamualaikum.
Dah masuk tahun baru masihi 2015 kita ya. Hampir dua minggu
baru saya dapat menceritakan kisah banjir yang berlaku di tempat saya.
Sebenarnya amat terkedu dan terkejut dengan banjir
luar biasa yang telah berlaku
di Kelantan terutamanya.
Banjir yang berlaku di tempat saya walaupun lebih besar dari
yang sebelum ini namun tidaklah seteruk yang dialami
oleh penduduk di Kuala Krai dan Gua Musang sehingga
menenggelamkan rumah dan segala harta benda mereka.
Allahuakbar!! Begitulah kuasa yang Maha Esa.
Memang sedih melihatkan keadaan yang berlaku di sana dan
kita hanya mampu bersimpati dan berdoa
serta membantu setakat yang kita mampu.
Beginilah keadaan jalan utama K.Terengganu/Kota Bharu
di hadapan rumah saya pada pagi 18/12/2014.
Air dari alur sebelah jalan sudah melimpahi tebing,
tapi parit sebelah masih kering.
Menjelang tengahari air telah memasuki parit tepi pondok telefon.
Lepas zohor air mula memenuhi laluan depan
rumah dan kereta kereta
terpaksa dibawa keluar.
Biasanya air hanya sampai setakat ruang garaj sahaja.
Tapi kali ni menjelang maghrib air dah
hampir memasuki pintu depan. Dan memang air melepasi
pintu depan tapi tak menyeluruh. Nasib baik!
Bahagian dapur pertama kali masuk air.
Satu bilik anak dan bilik saya juga tidak terkecuali
tapi tak banyak. Alhamdulillah.
Cuma bila air surut keseluruhan rumah terpaksa
dikemaskan juga sebab
semua dah tunggang langgang.
Masih lagi bernasib baik dibandingkan dengan
mereka yang kehilangan rumah dan musnah segalanya.
Semoga mereka akan terus tabah
dengan dugaan ini.
Sebelum air naik memenuhi jalan belakang rumah.
Salam Maulidur Rasul SAW.