Salam dear friends.
Selepas membaca entri GF semalam, saya teringat nak buat satu entri berkaitan dengan surat., maaf ya GF, dapat idea dari
entri awak tapi berlainan cerita, tak pe kan??
Kalau tanya kawan2, agaknya ingat tak bila kali terakhir korang
tulis surat kepada kawan2 atau sape2 lah?
Saya sendiri pun tak ingat, agaknya 20 tahun yang lalu kot.
Anak bongsu saya sendiri pernah bertanya setem tu untuk apa.
Baru-baru ini, saya mengajar pelajar Tingkatan 4
menulis surat tidak rasmi.
Mereka kononnya dikehendaki menghantar surat
kepada seorang kawan yang berada di Jepun.
Walaupun mereka pernah diajar tentang surat tidak rasmi
sewaktu berada di menengah rendah,
macam biasa la..ada saja yang tak ingat.
Ada juga yang tak pasti nak tulis alamat sebelah kiri ke sebelah kanan.
Selepas beberapa ketika tiba2 seorang pelajar lelaki
menggaru-garu kepalanya, saya tanya kenapa.
Dia jawab, nak tulis alamat kat Jepun macam mana ya?
Lantas saya bagitau dia, tak apa la tak tau pun.
Dia tanya lagi, habis tu nak tulis dalam surat macamana
kalau tak tau alamat.?
Saya menjelaskan, tak perlu la tulis dalam surat alamat penerima,
kan alamat tu ditulis kat sampul surat.
Lalu pelajar yang lain pun menyambut, "Oh! ye ke??"
Eh! tak pernah hantar surat ke?
Dorang menjawab sekaligus, "TAK"!!
Baru saya teringat, ye tak ya jugak!
Zaman sms dan e-mail, buat apa la nak tulis surat lagi.
surat-surat yang masih disimpan buat
kenangan...antik!
Kalau dulu, saya bukan main seronok tunggu posmen
terutama bila tiba musim cuti sekolah.
Rajin benar berutus surat dengan kawan2 rapat dan.....
Bila nampak posmen lalu, berseri2 muka,
tapi kalau dia tak singgah memang frust menunggeng!
Cuma sekarang, kalau posmen datang pun,
mereka selalunya menyampaikan surat -surat
dari bank, ASTRO dan sebagainya. Betul tak???
Namun sehingga kini saya masih lagi menyimpan surat2
yang saya terima lebih 20 tahun yang lalu.
Tuuu..kat atas tuu :)