May 31, 2011

UWaaaaaaaaaaaaaa!!

Tengahari tadi saya memang meraung!

Dah tak dapat nak tahan2 lagi..
 teramat sedih!
Saya tak dapat nak gambarkan
rasa terkilan saya.
Kucing hitam (Russian Blue) manja kesayangan saya
 mati kena gilis tayar kereta saya.
Balik dari sekolah (Kelas tambahan)
tadi saya terus pusing kereta masuk garaj,
tak nampak pun ada kucing kat situ.
turun dari kereta anak saya tiba2 menjerit
"Ya Allah! kenapa ni?"
Saya ke belakang kereta.
Terkejut sangat2 bila nampak
kucing hitam saya sedang menggelupur tersentak2
dalam longkang dengan darah 
yang membuak2 keluar dari mulut dia.
Kesiannya!
Saya terus meraung dan lari masuk rumah
 tak sanggup nak tengok.
Beberapa minit kemudian dia mati...

dia dah takder..huhuhu

tinggal kenangan

Saya rasa masa saya masuk garaj, kucing tu berada 
dalam longkang kecil (yg ada penutup).
Bila saya masuk agaknya dia terus 
keluarkan kepala
langsung terkena tayar.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
SAYA SEDIH SANGAT2!
Saya telah membunuh kucing kesayangan saya!!!
Macamana saya nak lupa?
Ternampak2 dia menggelupur kesakitan..
Ohhhhh..sadis!


May 30, 2011

YoU BrOugHT CoLouR inTo My LiFe



Specially to those 
who are
very dear to me..
who always
brighten up my
 days.



May 25, 2011

BuBuR RaGi

Hari ni saya nak share satu petua dengan ibu2 
yang baru bersalin dan
yang bercadang nak bersalin nanti..
Bapa2 pun boleh baca takde masalah.

Tentunya korang tau RAGI kan? 
ada yang tak tau?
Kalau sapa2 yang suka makan tapai mesti la tau
apa guna ragi tu .

Sewaktu saya berpantang dahulu, emak saya
ajar saya makan bubur ragi untuk memanaskan badan
dan mengecutkan peranakan.
Ada sapa2 pernah makan bubur ragi?

Mulanya saya rasa pelik juga, sedap ker??
Tapi lama kelamaan saya macam ketagih pulak
setiap pagi nak makan bubur ragi.
Tapi ingat ya, untuk yang berpantang jer.

Cara nak buat mudah saja,
ambil 2-3 biji ragi, hancurkan dan letak dalam periuk kecil.
masukkan secawan atau secawan setengah air dan sedikit gula.
masak atas api hingga menggelegak dan sejukkan.
boleh dimakan sewaktu masih suam2 
di waktu pagi selama waktu berpantang.
Selamat mencuba!



May 23, 2011

EnTRi MeLePaSkaN TeNSiOn

Assalamualaikum..
 Mencelah sekejap di antara waktu busy saya.
Saja nak melepaskan tension...
Tension sebab apa??
Jap lagi citer!

Sebelum itu saja nak tayang kek2 yang
dibeli oleh kawan, suami dan anak2 baru ni..
Walau kek2 ni dah biasa kita lihat dan
tentunya ada lagi yang lebih cantik dan canggih manggih,
namun kita kena menghargai apa yang orang bagi,
betul tak?
layan je la ek?

Si bongsu Sweet 14 punya kek 20/5
Sweet 46 punya kek..h3h3..22/5
Si handsome punya kek..24/1
Semuanya sedap2 belaka!

Ok, berbalik kisah tension tadi.
dua hari lepas si kancil buat hal sewaktu
anak bujang bawa nak gi Kota Bharu,
nasib baik tak jauh..
enjin kancil tu  jem!
kering silinder (betul ke eja ni?)
tu la tau naik jer..nak salahkan sape?
Terpaksa ditarik ke workshop.
Dah tak boleh nak buat apa, kena tukar enjin.
$$$$$ akan terbang.

Pagi tadi pulak on the way ke sekolah
keta saya tiba2 berbunyi dengan kuat kat tayar belakang
belah kiri, bila saya berhenti dan check tayar, tak de
nampak apa2, ingatkan tayar pancit.
berdebar juga saya tapi bunyi bising tu berhenti
selepas beberapa kilometer.

Tadi bawa keluar sekejap gi check kat workshop
kawan tu (tempat kancil masuk wad).
Selepas diperiksa, 
hehehe..tayar kat sebelah dalam tu dah
nampak benang rupanya,
serpihan getah tayar yang menyebabkan
berbunyi kuat dan stop bila dah tertanggal.
Nampak gayanya petang ni melayangla
lagi $$$$$$ untuk tukar tayar tu
huhuhuhu...

Apa nak buat, kadang2 bila
kita rasa ada duit sikit boleh la nak
put aside untuk sesuatu tetapi
rupa2nya ada pulak sesuatu yang tak disangka2
come up, nasib laaa huwaaaaa!!!







May 22, 2011

HaPPY BirTHDaY To Me

TO ME!


Semoga Allah akan terus
melimpahkan rahmat dan hidayahNya
  empat tahun lagi separuh abad..




May 21, 2011

KoNoN NaK CaRi KeTeNaNGaN, AmBiK KaU!

Assalamualaikum
Rasa macam tak percaya 4 hari tak online!
Biasanya hari2 buka blog walau tak update 
tapi kali ni 4 hari tak buka laptop!

Ok..lupakan!
Kali ni saya nak citer kisah yang
berlaku pada hari khamis lepas.

Pagi Khamis tu saya konon mencari tempat 
yang agak kondusif untuk saya marking exam papers.
Lantas saya masuk ke salah satu bilik yang agak tiada gangguan
dan saya boleh concentrate buat kerja saya sorang2.

Maka dengan semangat yang jitu (chewah!)
kalo tak sure saya tertido bila marking papers tu hahaha.
saya pun dengan khusyuknya 
meneruskan misi saya.
Selepas 2 jam lebih, saya pun ke kantin untuk mengisi perut.
On the way balik ke bilik tersebut,
kawan saya bagitau " tadi ada ular atas langsir kat bilik
sakit (bersebelahan bilik saya duduk tu).
"Oh! ya ker?" 
Saya pun bergegas ke bilik sakit tu dan memang betul,
 nampak ekor ular tu dalam lubang dekat siling, 
bermakna kepala dia berada di bilik sebelah.

Saya pun bergegas dengan kawan ke bilik saya tu.
Ular tu duk berlengkar kat tepi lubang betul2
hampir dengan tempat duduk saya yang membelakangkan dinding!
Saya pun ke kantin dan panggil cikgu lelaki lantas mereka datang
dan ambil penyapu halau ular tu..
ular tu jatuh sebelah luar dan menghilangkan diri tak dapat dikesan.

lokasi ular tersebut, kat kerusi 
ni saya duduk

Saya dah geli geleman, meremang bulu roma membayangkan
saya duk kat situ berjam jam tanpa menyedari yang ular tu 
berada hampir dengan kepala saya.
Ular "Ganding Wat" (tak tau kat lain nama apa) 
sebesar ibu jari kaki ni selalunya
terjun atas kepala orang!
Eiiii! tak dapat saya nak bayangkan saya bersendirian
dengan ular  kat dalam bilik tu!
Konon nak cari ketenangan, ambik kau!
Rupanya saya bertemankan
 ular!





May 17, 2011

EnTri 2 in 1

Setelah  lewat malam baru saya 
berkesempatan buka blog.
Malam ni juga saya rasa teruja sebab
saya nampak header blog saya
terpampang kat blog
Bukan sekali tapi dua kali tau??
Kenapa dua kali??
Yang pertama sebab dia wish
Selamat Hari Guru kepada cikgu2 dan
antaranya dia letak header blog saya.



Yang ke dua pulak
sebab Pak Cek buat review blog
Pengkomen Tegar blog dia
dan saya merupakan pengkomen yang
paling banyak.
Terima kasih Wan!




Disebabkan kelmarin saya tak sempat buka blog,
rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan
SELAMAT HARI GURU 
buat rakan2 guru yang saya kenali sepanjang saya
mengenali dunia blog,
antaranya:


dan kepada yang lain2 yang tak sempat 
saya senaraikan di sini.

"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

May 11, 2011

KaLaU DaH ReZeKi, TaK KeMaNa

Kita sering mendengar orang berkata, selalunya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku kepada kita. Orang putih kata, "Blessing in Disguise".  Mungkin pada mulanya agak sukar untuk kita menerima atau adakalanya kita tertanya2 mengapa ianya berlaku kepada kita.  Kita mempersoalkan mengapa sesuatu yang kita harapkan tak kita perolehi . Namun setelah beberapa peristiwa yang saya alami, saya mula mengakui benarnya kata2 di atas.

Sebagai contoh, saya mula2 posting kerja bersama seorang kawan saya pada tarikh yang sama. Setelah beberapa tahun berkhidmat kawan saya telah memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang di bawah SSB dengan mendapat kenaikan gaji secara MENEGAK. Memang ada juga perasaan terkilan sebab nama tidak tersenarai ,  namun perasaan itu hanya dipendam dan lama kelamaan hilang begitu saja dibawa arus masa yang berlalu.

Tahun berikutnya, tanpa saya duga, saya merupakan salah seorang daripada guru2 yang tersenarai mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Kali ini bukan mendapat kenaikan gaji secara menegak, tapi MELINTANG.  Saya mula terfikir, agaknya inilah hikmah di sebalik saya tidak tersenarai pada tahun sebelumnya.  Mungkin kalau tersenarai, saya tidak akan dapat MELINTANG, mungkin hanya MENEGAK sebab ada yang lebih layak mendapat kenaikan MELINTANG pada masa itu. 

Rupa2nya, Tuhan mahu memberikan rezeki yang lebih kepada saya pada tahun berikutnya. Kini walau apa jua yang berlaku, saya melihatnya dari segi positif, kalau ia hak atau rezeki kita, kita akan dapat juga.. Kalau tidak, anggaplah ia bukan rezeki kita. Alhamdulillah. Perlu kita ingat, lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan niat yang baik, Allah Maha mengetahui dan Maha Adil.





May 8, 2011

HuRT

Life 

isn't 

the 

same

anymore..

Thank

you

for 

everything..









May 5, 2011

KFC UnTuK ADiK



  • Tengahari tadi "Speech Choir Team" seramai 35 orang  dijamu KFC sebab mereka minta KFC.
  • Selain itu banyak juga juadah lain seperti mihun, kuih lapis, nugget, sosej, keropok dan fruit punch.
  • Seronok tengok dorang makan, dua ketul seorang, besar2..selebihnya dorang bawa pulang.
  • Tahun lepas, ada seorang pelajar tu tak makan ayam bahagian dia punya.
  • Dia makan makanan lain.
  • Dia bungkus ayam 2 ketul dalam tisu,
  • Kawan saya tanya, kenapa tak makan ayam tu.
  • Dia jawab "nak bawa balik untuk adik".
  • Adik beradik dia 7 orang .
  • Mereka TAK PERNAH MERASA ayam KFC.
  • Kawan saya tambah lagi 3 ketul untuk dia.
  • Tadi pun sama, dia bungkus lagi ayam KFC untuk adik-adiknya.
  • TERHARU...


May 4, 2011

BaTaL LaGi!,

Dengan semangat yang berkobar2 
saya ke sekolah
untuk mengajar malam ni.
8.20 pm, sampai dekat kawasan sekolah
tapi nampak kereta berderet-deret depan pagar sekolah.
Pagar pulak tutup rapat..PELIK!
GELAAAAAP ajer..kenape???
Laaaaa...BLACKOUT rupanya!
dari pukul 7.30 lagi..
8.40 pm.....KELAS BATAL.
Semua diarahkan pulang!
Ye laa, dah gelap nak buat apa lagi!
Hmmmm.....

KeSiaN DiA

Tengahari tadi..

  • Awak ada adik ke tingkatan tiga?
  • Tak de..nape teacher?
  • ada sorang tu muka macam awak, ingat adik awak.
  • Tak de adik la, tapi Afiz kata muka teacher serupa macam mak dia..
  • Oh ya ker?
  • Dia kata bila tengok teacher, dia teringat mak dia.
  • Kenapa?
  • Mak dia duk jauh, dah bercerai dengan ayah dia, dia duk dengan ayah dia.
  • Dia jumpa tak dengan mak dia?
  • Sekali sekala jer, bila teacher masuk kelas dia kata rasa nak bermanja sebab rasa dekat dengan mak dia.
  • Kesiannya....

May 2, 2011

SeGmEn JeMPuT Ke BLoG SaYa

Assalamualaikum!

Chegu Zubir

Rasanya sempat lagi saya nak join
segmen "Jemput Ke Blog Saya"
yang dianjurkan oleh Chegu Zubir ni.

Walaupun blog saya ni simple, dan tak seberapa,
 kedatangan kalian amat saya alu-alukan,
Jemputlah ke blog saya ni ya.
Tak kena cukai pun.

Kepada kawan2 yang nak join segmen ini 
bolehla klik banner kat atas untuk maklumat lanjut ya.
Cepat! tak lama lagi dah nak tutup!



BaRu CuTi DaH PeNinG


Pening sekejap!!
Aktiviti berterusan,
mana nak prepare untuk Kem Pusat Sumber 3 hari bermula esok,
mana nak prepare untuk kem Kecemerlangan SPM hujung minggu ni
mana nak prepare untuk ngajar..
next week budak dah start mid year exam.
mana nak prepare untuk ....and the list goes on..
Bingung jugak la!!!

ambo fenin eh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...