July 7, 2011

No TiTLe



Kdg2 manusia itu lupa, mentari di siang hari bukannya
penyuluh kejahatan yang abadi.
Bukan pendorong kejahiliahan yang tak bertamaddun,
bukan kebodohan zaman gelap yang sempit.
Tapi cahaya itu jalan penyuluh di lorong
kebutaan mata yang memandang
tapi hati yang berbunga riang mencari secangkir kasih
Ilahi agar diri diredhaiNya.


Aku hanya bisa berkata apa saja,
aku hanya bisa melaluinya,
aku hanya bisa mengeluarkan setiap zarah
ketidakpuasan dalam memiliki dunia.
Tapi dalam tak sedar  betapa airmata itu menjadi
saksi kehinaan diriku mencari cahaya.
Namun hati tak pernah goyah.
Walau dilandai badai yang menggegar alam buana,
aku harus melangkah dan terus berpijak di bumiNya.


Kata orang, manusia itu mudah lupa,
kata orang bukan mudah memulakan segalanya,
kata orang hati batu manakan kenal erti penyesalan,
kata orang, betapa hinanya hidup berbuat dosa.
Mana satu kan bisa dihitung,
mana satu kan bisa dijunjung,
mana satu yang bisa memberi untung.


Andai hati tak pernah percaya,
mimpi takkan dianyam di alam fantasi 
dan tak mungkin pungguk kan setia menanti.
Andai ku punya hati,
akan ku seru waktu dulu agar
kembali menjadi saat terindah
agar penyesalan tak singgah di hati.



July 3, 2011

AKu MeMaNG PeLuPa

Grrrrr!!  Geram  kat diri sendiri!
penyakit absent-minded melanda diri entah untuk yang ke berapa kali.
Rugi duit satu hal, geram tak dapat nak buat kerja satu hal pulak.


Tadi saya masuk ke kedai buku dan membeli
3 buah buku kerja untuk rujukan. 
Selepas membayar lebih kurang RM15 saya meninggalkan kedai tersebut
dan berlegar2 di tempat lain.
Setelah masuk kereta teringat buku tadi tapi ingatkan ada dalam 
beg plastik yang dibawa anak.


Dah sampai separuh perjalanan pulang teringat balik pasal buku tu.
Cari punya cari memang buku tu tak de dalam kereta.
Entah mana saya tinggal langsung tak ingat.
Lepas bayar juga tak ingat saya ambik ke tak beg plastik berisi buku tu.
(Selalu jugak beli barang lepas bayar terus belah tanpa barang yang dibeli)
Nak patah balik memang tak berbaloi dengan jalan yang jem...
Nampak gayanya terpaksa la beli buku lain esok.
Geram betul!!

July 2, 2011

KiSaH MiSTeRi, KiSaH BeNaR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya percaya kita selalu dengar dan baca kisah2 pelik, aneh atau misteri yang terjadi kepada individu yang tertentu. Selalunya kisah2 ini berkaitan dengan jin, syaitan atau orang bunian.  Seringkali juga bila kejadian2 seperti ini berlaku, ada antara kita yang tertanya2, betul ke terjadi atau hanya rekaan semata2. Wallahuallam..hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu. 

Namun kisah misteri ini benar2 terjadi kepada salah seorang keluarga terdekat  saya dan kalau tak nak percaya, sila percaya...Kisah benar tau! Kisahnya begini..

Seorang ahli keluarga saya menjalankan bisnes buat kuih secara besar2an.. Setiap hari selepas menghantar kuih ke kedai2 dan kantin yang sepatutnya dihantar, mereka suami isteri akan ke ladang getah untuk menoreh getah mereka di hujung kampung di tepi hutan.

Pada suatu hari hari si isteri telah datang bulan tapi datang bulan kali ini bukan macam biasa, macam turun darah dan percaya tak, keadaan ini berlarutan sehingga sebulan setengah. Keadaan yang tak menyelesakan ini menyebabkan biras saya tak der mood nak buat kuih. Dah habis klinik dan hospital mereka pergi namun tiada perubahan yang berlaku. Kebetulan ada seorang sepupu yang memang biasa mengubat orang yang sakit pelik atau lebih dikenali sebagai bomoh. Setelah pergi berjumpa dengan sepupu kami, dia menyarankan supaya biras saya tumbuk ibu kunyit dan minum air tersebut. Sekiranya keadaan tak berubah, dia menyuruh mereka datang berjumpanya semula.

Setelah air kunyit diminum, keadaan tetap sama, masih turun darah, berketul2..merah hidup! Lalu mereka pergi sekali lagi ke rumahnya. Kali ini dia bertanya kepada biras saya, selain menoreh getah, apa lagi yang biras saya buat kat situ. Tanpa berselindung, dia menceritakan yang suatu hari, dia sakit perut lantas membuang air besar dekat batang pokok yang tumbang berhampiran dengan busut di situ.

Sepupu (bomoh) pun beri beberapa biji limau dan meminta biras saya pulang kerumah dan mandi air limau tersebut. Selebihnya, hampas limau ditabur di tempat dia buang air besar di kebun getah itu. Pagi esoknya biras saya mandi limau dan selepas itu ke kebun getah dan buat seperti yang disarankan sepupunya.

Selepas pulang ke rumah, tak berapa lama kemudian (pada hari itu juga) darah yang sebulan setengah keluar tanpa henti terus kering.  Alhamdulillah, sehingga hari ini, dia sihat walafiat.  Sebab itulah orang2 tua selalu berpesan kalau kita ke hutan atau ke tempat2 begini, kita kena selalu beringat, jangan buat perkara yang pelik2 atau jaga mulut..jangan celupar. Begitulah kisahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...