Assalamualaikum!
Ramadan ke 21 kembali bersiaran..
semoga semua sihat hendaknya.
Semalam saya ke ATM Bank Islam untuk 'draw' duit.
Ramai juga yang berurusan di situ.
Kelihatan 2 mesin ATM "under maintenance"
Percubaan untuk mengeluarkan duit di ATM pertama
tidak berhasil sebab beberapa minit menunggu, kad keluar balik.
Kemudian saya beralih ke mesin ATM ke 2 selepas
pakcik di depan saya berjaya mengeluarkan duitnya walaupun
dia juga terpaksa menunggu beberapa minit sehinggalah duit keluar.
Saya teragak2 untuk meneruskan pengeluaran kot2 nanti duit tak keluar.
Tapi sebab sangat memerlukan, saya teruskan juga niat tersebut.
Setelah menunggu beberapa lama, saya masukkan amaun RM500
untuk pengeluaran..tapi, akhirnya kad ATM keluar balik tanpa
wang tersebut.
bila nak check balance, terus mesin tu keluar sign
"sorry, we apologize for the..bla..bla..bla.."
dan saya terus blah!
Saya bergegas ke ATM CIMB.
Sah! bila check balance,
RM500 dah ditolak dari akaun..
Aduh!! geram tol!
Saya pun call BIMB centre,
nasib baik dorang cakap
duit akan dikembalikan dalam masa 7 hari bekerja..
Tak dapat balik, naya! RM500 woi!
Tapi ATM Bank Islam selalu jer macam tu,
kenapa ya?
Sama jugak dengan mesin cash deposit,
setiap kali nak guna mesti "under maintenance"
tak pun rosak!
Tak pernah dapat berurusan!
Cuak!