October 30, 2011

KePuTuSaN FiNaL BaDMinToN TeRBuKa PeRaNCiS 2011: Lee ChonG Wei JuaRa

Salam 1 Malaysia!


Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai juara Badminton Terbuka Perancis 2011 setelah menundukkan lawannya. Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan  straight set    21-16,  21-11  yang berlangsung selama 39 minit. 

Kalau lawan Lin Dan tentu lagi sengit kan? Tahniah Lee Chong Wei!!


BaDMiNToN TeRBuKa PeRanCiS 2011: Lee ChonG Wei BeRaKSi LaGi EsoK

Salam sejahtera!


Keputusan terkini Badminton Terbuka Perancis 2011, Datuk Lee Chong Wei akhirnya dapat menundukkan pemain China Cheng Long setelah gagal menewaskannya  sebanyak 2 kali berturut-turut sebelum ini. Dengan keputusan, 23-21, 17-21, 21-16, Lee Chong Wei akan beraksi di peringkat akhir  esok. Tahniah DLCW!


Sekurang-kurangnya terubat sedikit kekecewaan setelah pasukan bolasepak Terengganu kalah kepada Negeri Sembilan..Tahniah untuk pasukan Negeri Sembilan! untuk Terengganu, lain kali cuba lagi!


Sambil saya layan bola dengan 2 lagi anak pompuan tadi (yang lelaki tengok kat luar), anakanda yang 2 minggu lagi akan menduduki SPM sibuk buat kek coklat di dapur. Inilah hasilnya...(sempat juga enterprem gambar kek!)

Moist Chocolate Cake
Oklah! dah habis sports untuk dilayan malam ni (malam tadi layan tenis sampai lewat pagi) . Esok pulak sambung final badminton dan tenis.. something to look forward to for tomorrow! :)


p/s: Tahniah Arsenal -5, takziah Chelsea-3



October 28, 2011

TGaNu BeST !! :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Mentang-mentanglah Terengganu dapat masuk final Piala Malaysia, 
teringin pulak saya letak gambar pemain bola sepak Terengganu ni..
Tapi..bukan itu tujuan yang sebenar gambar ni di sini.

google image

Cuma nak korang tengok apa persamaan yang ada dekat
 gambar di atas dengan gambar yang di bawah ni..

plastik pun belum tanggal lagi

haaa...nampak tak???
Ya!!! kat jersey tu tertulis "TOP IT" kan?
Oppppssss! bukan TOP UP k!
sama la juga dengan jenama notebook tu..
ada ke notebook berjenama TOP IT di pasaran?
jangan cari! memang takder (rasenya la)
Tak ada di pasaran sebab notebook ni Tok Mat Said
yang beri kepada guru-guru di negeri Terengganu.
Bukan saya punya tapi suami punya.

Mula2 tak reti nak guna jugak sebab takde manual,
setelah di setting oleh anak bujang dan di installed Windows 8,
sebelum tu Windows Explorer, barulah dapat digunakan sepenuhnya.


Tak kisahla jenama TOP IT pun, 
yang penting boleh guna dan yang
bestnya....dapat FREE weh!
jangan jeles k..hehehe


sekian..

SeSaK NaFaSKu!

Salam Jumaat!
Malam tadi memang sesak nafas saya buat beberapa minit.
Apa taknya,
bila saya nak buka blog keluar
notis ni!



Sesak nafas fffffuuuuhhhhhh!!
mengenangkan betapa banyak entri yang takkan
dapat ku tulis balik..
setahun punya hasil berblog huhuhu..
Tapi, setelah digodek2 entah apa saya buat,
akhirnya blog saya kembali!!
Alhamdulillah...
Janganla blogspot buat hal lagi tak pasal2 remove blog orang!

p/s: Hari ini  blog simple@wonderful genap setahun usianya.


October 23, 2011

BeRTuaHnYa MeReKa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua sihat2 hendaknya..

Rasanya sebilangan pelajar2 zaman sekarang amat bertuah menjadi pelajar,
terutama pelajar yang belajar di sekolah seperti sekolah saya (sekolah lain tak tahu lah). Kebanyakan pelajar datang dari kawasan kampung yang rata-ratanya ibubapa bekerja sebagai petani dan penoreh getah. 


Mengapa mereka bertuah?
Sebabnya  pelajar di sekolah saya bergantung sepenuhnya kepada guru. Guru yang sentiasa membimbing mereka siang dan malam, bak kata orang, sentiasa disuap, dan kalau boleh kita yang kena kunyah untuk mereka  barulah  ditelan. Kalau tiada guru, mereka tak belajar,

Sebab itulah untuk mencapai kecemerlangan (bagi sekolah saya) kami terpaksa mengadakan kelas tambahan petang, malam dan hujung minggu termasuk juga sewaktu cuti sekolah. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja program untuk mereka. Bermakna guru yang sama juga yang terlibat untuk setiap program atau kelas. Walaupun kehadiran memang tidak penuh terutamanya kelas ke 4 dan seterusnya tapi terpaksa juga diteruskan kalau tidak mereka tidak akan belajar sendiri di rumah.

Bukan ingin berbangga atau mendabik dada tapi bila mereka berjaya, kejayaan mereka juga merupakan hasil penat lelah guru2 yang sentiasa bersama mereka, yang kadang2 terpaksa meninggalkan rumah pada hujung minggu untuk berada di sekolah bersama pelajar.

Bagi pelajar kelas sains atau mereka yang berpotensi mendapat straight A's dalam SPM selalunya mereka dijaga seperti menatang minyak yang penuh, bila dapat berada di ranking  top 10 untuk setiap kali peperiksaan, ada saja habuan untuk mereka (sebagai galakan). Biasanya akhir2 tahun atau menjelang peperiksaan, mereka akan di bawa atau dijamu di hotel2 tertentu sebagai imbuhan untuk kejayaan mereka. Kerana harapan kami merekalah juga yang akan mengharumkan nama sekolah bila keputusan SPM diumumkan kelak.

Semalam, saya juga terlibat dalam program untuk pelajar target straight A's seramai 7 orang yang ditempatkan di sebuah resort  selama 3H2M dari Khamis hingga Sabtu kelmarin. Mereka di ajar khas oleh guru2 subjek tertentu 
( physics, Biology, Add Maths dan English) dari pagi hingga ke tengah malam selama 3 hari 2 malam tersebut. Penginapan, makan dan segalanya ditanggung oleh pihak sekolah...mewah tau!

    Pemandangan di hadapan bilik tempat mereka belajar di resort . Boleh berkayak di sini.
hujan renyai-renyai di waktu pagi.

Di waktu petang mereka sempat berkayak di tasik tersebut dan menjalankan aktiviti lasak seperti, flying fox dan jungle trekking.  Saya tak ikut sebab saya pergi pagi sabtu semata2 untuk mengajar dari pagi sampai tengahari.


pelajar yang terlibat..semua perempuan :)

Diharapkan agar segala penat lelah semua yang terlibat akan membuahkan hasil yang lumayan.

Hujung minggu ni mereka (pelajar Top 10 SPM dan PMR) akan ke Tasik Kenyir pulak. 

October 21, 2011

JoM LaYaN GaMBaR BeST!

Selamat petang!
Ok! saya dah balik dari bersantai di tepi pantai 
di perkampungan nelayan.
Tido kat chalet best!
pemandangan di sekitar pantai dan
perkampungan nelayan juga cantik..
gambar2 ni sempat saya snap pagi tadi.

waktu ni langit mendung hampir hujan

anakanda berdua mengambil angin pantai sebelum pulang

laut yang biru..tenang




sungai dekat pantai..suka tempat ni



nampak tak laut di hujung sana tu?


kalau takde sampah di pangkal pokok kelapa tu tentu lagi mengancam


aisey..rosak pemandangan sebab sampah tu..abaikan!


di tepi semak di pinggir paya..


Semoga terhibur menjamu mata ya!

ReNuNGaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

"tidak masuk syurga org yg di dalam hatinya 'kibr'(sombong) walau sebesar biji 


sawi" - mafhum hadis Ar Rasul dr Abu Hurairah.

October 20, 2011

ErMMMM...

Salam sejahtera!

Petang ni nak ke pantai tidur di chalet kat sana..
esok balik..
Lusa pulak pagi2 lagi dah kena drive
 ke satu resort ni

V

V

V

V

V

V

Ehsan google

untuk Kem Elit SPM..
semata2 nak mengajar 7 orang pelajar (semua perempuan)
 target 10A yang
sewaktu trial baru ni masih belum capai "A"
untuk subjek tertentu.
Mereka kena kurung 3 hari 2 malam bermula
hari ini untuk subjek Physics, English, Biology dan Add Maths!
jumpa esok ya!!

October 16, 2011

SaMa NaiK

Salam sejahtera..

Buat apa tu??
Kat tv waktu ni macam2 ada..
dari rancangan hiburan (tak pernah tak der)
hinggalah sukan.
LIVE lagi..
Arsenal sedang berentap dengan Sunderland (sedang tengok)
sedang berlangsung juga  Badminton Dutch Open..

Suami layan bola..saya layan sama.
dia layan badminton..saya ikut jugak.
dia layan tenis...saya tak ketinggalan.
dia layan table tennis...ok ajer
Pendek kata, 
semua sukan disebutkan di atas saya boleh 
tengok sama2.


TAPIIIII...
bila petang2 saya layan telenovela ni,



dia pun sama naik dengan saya..hehe

Marcelo Machado..cool!

yang ni pulak
dah berumur tapi cantik..

Suka jugak watak dia ni..
Priscila..cantik tapi gedik

Sekian saja entri santai saya buat malam ini..

p/s: Arsenal 2-1 Sunderland!



semua gambar ihsan google..

October 15, 2011

MaYBeLLinE CLeaR SMooTh ALL In OnE AsYiK PeCaH

Salam sejahtera...

Sedikit keciwaaa
Bukan hanya pecah..tapi hancus! 
macam ni
+
+
+
+

Kenapa la compact powder
Maybelline Clear Smooth All In One asyik pecah sahaja??
Pertama kali beli letak dalam handbag jer bukan jatuh pun,
tak sampai seminggu beli tengok2 dah pecah.
Selang 5 hari saya beli yang lain pulak nak test
kot jadi macam tu jugak.
Kali ni memang jaga betul2, simpan dalam kotak,confirm tak
terbalik apatah lagi terjatuh tapi
sungguh mengecewakan,
pecah juga tak sampai seminggu..
Akhirnya saya hancurkan jadi loose powder..
Tak nak beli dah lepas ni.
Baik pakai Miyami Cosway dah ler..tahan lama dan tak hancusss!

untuk kulit??

October 14, 2011

TeRenGGaNu LaYaK Ke SeMi FiNaL PiaLa MaLaYSia 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pastinya peminat bola tidak 
melepaskan peluang menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011
Sakit pingang saya tengok bola nilah!
Hehehe..sakit pinggang sebab menahan saspen menonton perlawanan
sengit antara Kelantan menentang Terengganu.
Nak ulas lebih lanjut memang saya tak reti tapi
perlawanan berkesudahan dengan 
Terengganu 2 Kelantan 2 namun
Terengganu mengatasi The Red Warrior
dengan agregat 5-3.
Sudah tentunya saya penyokong Terengganu!
Makanya, Terengganu akan bertemu Selangor 
di peringkat separuh akhir nanti.

ReMeMBeR ThaT..


October 8, 2011

FoRMuLa KeJaYaaN InDiViDu



    segalanya mempunyai harga (everything has a price), sekiranya kita masih 

belum mendapatkan sesuatu, kita masih belum membayar harga yang 

sepatutnya..

maksudnya: jika kita masih belum mendapat apa yang diusahakan,

usaha itu masih belum mencukupi..

teruskan usaha.



Sumber: FMS(FB) Mukmin Professional

October 5, 2011

DaH JumPa!

Assalamualaikum!

"spek awak ada dalam kelas 4S1"
begitulah bunyi sms yang dihantar
oleh kawan saya tadi.
Alhamdulillah..spek yang hilang telah ditemui.
dalam keadaan yang tiada cacat dan cela..hehe.
jatuh bawah meja,
di kelas terakhir saya masuk Isnin lepas.
Pelajar yang jumpa tadi.
Nasib baik tak terpijak.
Rupanya masih ada rezeki,
Selamaaat duit saya! (sekejap)

masih sudi "menjelaskan" pemandangan saya


October 3, 2011

Oh! Di MaNa MaTaKu???

Assalamualaikum!
Apa khabar kawan2? sihat hendaknya ya..buat masa ni selsema saya makin teruk dan suara pulak dah semakin kasar gara2 sakit tekak ni. Harap-harap esok tak melarat..letih rasa.


Menambahkan lagi letih saya hari ni, mata saya entah ke mana hilangnya..Saya hanya sedar tentang kehilangan cermin mata/spek tu sewaktu masuk dalam kereta   nak balik rumah, puas mencari  namun pencarian hanya sia-sia. Saya langsung tak ingat bila kali terakhir saya pakai spek tadi.  Sebab apa tak ingat? sebab, saya jenis yang pakai cermin mata waktu perlu saja (bila perlu melihat sesuatu dengan jelas) ..walaupun mata rabun jauh yang  kronik!


Saya kerah pelajar  cari di kelas (siap tanya pelajar saya pakai tak spek masa kat kelas tadi..dorang jawab tak!), di kantin (kawan saya cakap masa tengahari makan kat kantin saya pakai, sebab nak tengok lauk dengan jelas..hehe)  dan bilik namun semunya tak membuahkan hasil..lama jugak mencari. Akhirnya terpaksa la saya memandu balik meredah malam jalan dalam keadaan rabun (nasib juga tak hujan!)..alhamdulillah sampai jugak kat rumah.. 


Esok, kena teruskan pencarian...harap2 jumpa la, tak kuasa nak labur duit lagi.
Siksa la hidup bila mata pencarian hilang.  Jadi, yang ada mata/cermin mata tu,
jaga elok-elok ya!

October 1, 2011

SaMBuT MeNanTu 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagaimana yang dimaklum kan dalam entri INI, tadi saya 
dan famili telah  ke Kota Bharu
menghadiri majlis kenduri sambut menantu anak sepupu suami..
Pengantin perempuan  (Adriani) merupakan kawan baik 
blogger femes tu Maria Elena..
Jadi anak2 saya bukan main teruja nak bergambar
dengan Adriani siap suruh kirim salam kat Maria Elena lagi..

Jom layan gambar yang diambil tadi..
Famili saya dan pasangan pengantin 


rupa pengantin ada iras2 Raja Farah kan?

Anak bongsu saya tinggi dari Adriani :)

Ayu..

Cantikkan pasangan pengantin ni??
Gaun pengantin pun kelasss!

SaMBuT MeNaNTu

Assalamualaikum!


I am going off to Kelantan for
kenduri majlis sambut menantu
anak sepupu (pengantin lelaki) my husband.
boleh tengok pengantin kat sini dan sini.




SaMa JeR MaCaM DiUKuR-UKuR

Cer tengok!
Especially part marching tu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...