February 27, 2012

CuaCa Dan SuaRa

Salam sejahtera !

Cuaca sungguh panas dan garing sekarang
menyebabkan tekak saya juga kering
walau pun dah berbekalkan air ke kelas.
Paling tak tahan bila terpaksa mengajar 3 kelas double period
dalam sehari mau taknya hampir hilang suara.
Terpaksa juga bersuara lebih sedikit
dari biasa bila kena discuss soalan dan jawapan
peperiksaan baru ni sebab banyak yg salah dari yang betul.
Kena terang balik biar jelas.

Pukul 11 pagi suara dah tak berapa nak keluar.
Asyik berdehem-dehem.
Suara dari perut sampai sudah tak jadi.
(namun bila lapar mejadi-jadi  pulak suara tu)

Last2 terpaksa juga bersandarkan suara dari tekak.
Kalau dah satu kelas lebih kurang sejam terpaksa guna suara
dari tekak,lama2 rasa sakit kepala.
Akhirnya badan penat, suara makin pancit.
Kelas seterusnya, jadi mangsa..
terpaksa la korang buat latihan menulis banyak sikit
sebab cikgu kena simpan saki baki suara yg
makin seksa nak keluar.
Ditambah pula kelas yang jauh  jauh  terpaksa
panjat bangunan tingkat 3.
Bila masuk kelas 
duduk dulu untuk ambik nafas..hahaha
classicnya cikgu!


selamat malam!!


February 25, 2012

PoKoK ATaS PoKoK KeLaPa

Selamat malam!


Sewaktu jalan2 cari makan baru ni
ternampak pokok kelapa yang unik ni..
Unik sebab ada pokok lain tumbuh atas pokok
kelapa yang dah mati ni.

tinggi pokok kelapa ni
besar juga pokok tu


Makhluk apakah yang memungkin kan
pokok itu berada di atas sana?
burung? kelawar? keluang?





SanGaM~ KoRBaN KaSiH

As salam dan salam sejahtera..

Ada ke sesapa yang layan citer SanGaM tadi?
Cerita lama yang popular tapi saya tak pernah tengok
keseluruhan cerita, hanya  dengar lagu2 jer.
Hari ni terasa nak tengok sampai habis.
Saya suka lagu2 dalam  filem ni.
Suka juga tengok Radha yang 
comel tu.

Vyjayanthimala 22
bestnetguru.com

Persoalannya, pada zaman sekarang, ada  lagi ke kawan
yang sanggup mengorbankan kasih demi sebuah persahabatan?
Sanggup ke korang lepaskan orang yang dicinta kepada
kawan baik sedangkan korang tahu yang orang 
yang korang sayang tu
juga cintakan korang?

CeRiTa HuJunG MinGGu

As salam dan selamat sejahtera..

Dah dua hari tak bersiaran.. sedikit busy..
sejak hari khamis sebab ada program di sekolah.
Kursus Kepimpinan Pengawas..
Siang malam berulang-alik ke sekolah sehinggalah besok.
Bermakna, weekend ni kami juga bertugas.
Bila dah ulang-alik, balik rumah terus tak boleh buat apa2 dah.
Tido !

Petang tadi sebaik pulang dari sekolah,
rasa lapar tiba2 sebab tak makan tengahari lagi.
Terus teringat nak makan
garlic bread cicah kopi o..
 So, beli roti ni



Sapu butter, garlic spread, letak cheese dan
masukkan dalam oven,
jadilah macam ni.




Akhir bulan lepas, sekolah kami telah menerima
seorang ETA (English Teaching Assistant) dari
Amerika Syarikat di bawah program 
Kementerian Pelajaran MBMMBI.
Kawan saya dan saya menjadi mentor 
(err..bukan mentor TV3 k!) dia selama
dia berada di sini sehingga November nanti.


Malam tadi dia (Miss Christina) dan seorang lagi ETA menjemput
kami ke rumahnya sebagai tanda
terima kasih mereka kepada kami kerana
membantu mereka selama berada di sini.
 Kami dijamu spaghetti, cookies(dorang buat),
baked potatoes dan garlic bread .
haha..sedap pulak makan malam tadi, tu yang
hari ni rasa nak makan lagi.


ETA sedang menjalankan aktiviti bersama pelajar di kelas 
saya, siap pakai baju kurung dia.


Minggu depan, bekas ETA anak saya dari US
juga akan berkunjung ke rumah untuk berjumpa 
anak2 saya. Dia berada di sini 5 tahun lepas.
Waktu tu, program ETA ni hanya ada di Terengganu.


Miss Rebecca bersama anak2 dan anak saudara, 5 tahun lalu.


jalan2 tepi kampung
ETA sekolah Mira tahun lepas..Miss Vanessa

Oklah..selamat berhujung minggu..
Esok upacara penutup
kursus pengawas...kena hadir!


February 22, 2012

WW#14 : BunGa PuTiH

Selamat malam!



..pictures taken by my daughter.

February 20, 2012

SaBaR Je Laa..

Petikan ayat dari esei pelajar tingkatan 5 Ekonomi


"The target group is teachers and students. The teacher have people is three teachers. And, the student have people is fiveteen people student."
(faham tak?)


...kesian pelajar saya ni..



BiLa CuBa NaK BaGi TuMPuaN

Selamat pagi!

Musuh utama bila "marking examination papers"
terutamanya bahagian essay ialah
"mengantuk".,
Kemudian, minumlah segala
mak bapak kopi ke nescafe ke
tetap juga mengantuk.
Lebih kronik, bila lawan mengantuk 
sakit kepala pula jadi musuh nombor 2.




February 18, 2012

KamBinG DaN SYiLinG LeBiHaN

as salam...

Semalam buat tahlil di rumah MIL..
Sembelih sekor kambing yang SS beli 2 tahun lepas.
Tambah 8 ekor ayam untuk hidangan.
Disebabkan sibuk memasak bersama biras
di dapur. satu gambar pun saya tak ambik.

Selepas kenduri tahlil, bab2 mengemas dan
 basuh pinggan mangkuk
selesai dalam pukul 11.30 malam.

Hari ni ni rehat seharian. 

Kambing tu sebenarnya SS beli 
dengan duit syiling lebihan beli
surat khabar yg dia campak2 dalam laci.
Dia beli kambing jantan tu dengan harga RM250.
Selepas 2 tahun nilainya lebih kurang RM600.
Semalam, dagingnya dapat sebanyak 5 gantang.
Boleh jamu 100 orang.

duit syiling nak beli kambing lagi hehe..

Selamat beristi rehat.




February 15, 2012

February 14, 2012

I LiKe ThiS QuoTe

Greatness

" If greatness could be found on the common path,
  somebody else would already have picked it up"

-Wess Fessler-




February 13, 2012

DeMaM

As salam


Saya tak sihat hari ni

Demam, badan panas
Sakit kepala
Hidung tersumbat
Sakit tekak

Tapi gi juga kerja.
Last2 tak dapat buat satu kerja pun.



February 12, 2012

RunnY NoSe, BuRninG EYeS

Petang ni..


mencikkk!!!
hadoo!!


February 11, 2012

TiPs LiPaT BaJu AnaK-AnaK KeCiL

Selamat malam!

Dah malam rupanya! pagi tadi orang lain cuti, tapi kami bersekolah
sebab ganti cuti tahun Baru Cina hari tu.. 

Ok, bukan nak citer pasal cuti tapi
nak share tips lipat baju baby atau baju anak2 kecil supaya
senang disimpan dan bila nak pakai atau ambil tak berterabur.

Biasanya pakaian baby atau anak2 kecil didatangkan sepasang,
ada baju dan ada seluar.
Bila dah basuh, kita lipat dan simpan dalam almari atau drawer.
Ada kanak2 (4, 5 tahun) yang suka ambil pakaian mereka sendiri.
Bila dah ambil sendiri faham2 jelah, tarik baju, 
yang lain habis terburai, berterabur. 
Kemudian cari pulak seluar, tarik sana, kais sini, seluar tak jumpa
tapi drawer dah berselerak, kena la kemas balik.

Mungkin ibu2 atau bapak2 dah praktikkan cara ni tapi
 kalau yg tak tau lagi boleh la cuba ya?
Caranya mudah saja..

Lipat baju dan seluar anak2 macam biasa kemudian
gulung dan ikat dengan getah.
macam dalam gambar ni..

gulung dan ikat!

senangkan?
Bila dah siap gulung, boleh susun kemas2 
dalam drawer atau almari.
Kalau anak2 kecil ambil sendiri baju mereka pun senang sebab
baju dan seluar dah diikat sekali, tak de lah 
susah nak cari baju kat mana
seluar ke mana. 
Kalau berterabur pun senang nak 
susun semula sebab
tak perlu lipat lagi..
Ok tak?? 
selamat mencuba!


KeRinG TiBa-TiBa

As salam..

Petang tadi saya baru perasan yang
pokok  buah mata kucing mata kucing yang selama ini
 tumbuh subur
dan telah beberapakali berbuah,
tiba-tiba kering macam dalam gambar ni.



Baru tengok 4 hari lepas, ok jer.
Terkilan, juga tertanya-tanya sebab2 terjadi sedemikian kerana
pokok dan rumput di sekelilingnya elok sahaja. tiada kesan kering.
Meracun pun tidak..kering sebab panas? Tak juga sebab disiram sebelum ni.

Terfikir juga, 
Begitulah juga lumrahnya kita yang hidup.
Sihat walafiat, namun bila2 masa saja
boleh diambil nyawa olehNya...
Tiada siapa yang menduga akan waktu itu
Ia pasti akan tiba jua..



February 10, 2012

NaSi KeLaBu Dan GoRenG2 HiTaM

Salam Jumaat dan selamat sejahtera !





Semoga kawan2 ceria di hari Jumaat ini..
Dah makan belum?
I had  nasi kerabu (gerai mari) dan milo panas tadi.
Kira brunch la ni.
Nasi kerabu RM2 je tapi kuantiti yang sangat berbaloi,
 ada daging bakar dan keropok.
 Makan sebungkus, kenyang sampai petang.

banyak kan?

Then another menu for those yang tak cukup makan..
boleh makan benda2 kat bawah ni sampai petang juga.
Tapi baru perasan, semuanya kaler hitam!
nasi goreng plak a little bit oily, terlebih minyak nasi pula sikit
tapi  still bleh dimaafkan kot.

kuey teow grg,nasi grg dan cokodok pisang


Dah makan boleh teruskan
kerja!



February 8, 2012

TeDDY BeaR SaYa- PanJanG UmuRnYa

Salam all!

This time nak citer pasal teddy bear saya.
 Inilah teddy bear saya yang pertama juga terakhir.
Memang saya bukan  penggemar stuffed animals pun.
Teddy bear ni saya beli pada tahun 1984 di Newark, Delaware
 zaman study dulu.
Tak tau kenapa masa tu tergerak hati nak beli
 bear kaler grey ni.

Tahun 1985
Gambar kat bawah ni di ambil sewaktu kami
on the way ke Key West Florida 
masa winter break kalau tak silap. 
Nampak tak, 
bear tu.. 
saya bawa jugak ke sana.

mak aiii..betapa toyenya ambo hehehe

tak der kaitan dengan bear tapi..eh! bear dalam keta la.
gambar ni di ambil pada masa yang sama iaitu waktu
travel ke Florida. Di Epcot Centre Orlando Florida.
gambar pun dah blur.

Dan...percaya tak? Pada hari ini, 8 Feb 2012 iaitu
 selepas 27 tahun, teddy bear ini masih ada lagi
bersama kami.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Teddy bear dah jadi kepunyaan anak saya.
Ironiknya, selepas 27 tahun, teddy ni sempat lagi 
berkawan dengan Spongebob!

boleh masuk museum kot..

Agak2 dapat cucu nanti,
 teddy masih elok lagi tak?





February 7, 2012

KaDanGKaLa KeSaBaRaN TeRGuGaT JUa

Selamat malam..

Sabar sebahagian dari iman,namun kadangkala kesabaran itu
tergugat juga dek kerenah pelajar yang buat kita tiba2 naik angin.

Percaya tak saya jadi cikgu brutal minggu lepas??
Emm..percayalah!
Saya yang lemah lembut ni..chewah!
menjadi makhluk hijau aka Increadible Hulk tengahari tu.
Ya..semuanya gara2 terserempak dengan seorang pelajar 
(bukan dari kelas yang saya ajar)
sedang meniru dan menyalin jawapan dari buku teks ke kertas soalan
yang dibawa keluar dari kelas sewaktu peperiksaan sedang berjalan.
Bila saya tegur, dia terus cabut.
Kalau tak salah kenapa lari  lintang pukang?

Geram punya pasal, saya cari dia dari kelas ke kelas, akhirnya jumpa.
Masa tu dia sedang menjawab kertas peperiksaan. 
Elok jer menyorok duduk kat meja depan sambil pintu depan 
kelas ditutup (supaya saya tak nampak dia). 
Nampak jer dia, saya terus bedebuk!! bagi sebiji atas belakang dia.

Bila saya tanya nama, dia jawab, "Tak tahu"!  nama sendiri tak tahu?
Apa ke punya jawapan dia. Ni yang buat saya makin naik angin!
(tak tau la rupa mesti buruk giler time marah ni)
 Saya bagi sebiji lagi"bedebuk"!
Dia jeling saya.
Saya tanya lagi nama dia kat budak pompuan sebelah dia.
Budak tu pun jawab tak tau..lengan dia pulak 
jadi mangsa cubitan saya ( nak tipu kita hidup2 ya)

Akhirnya tau juga nama dia dari kawannya
yang baru kembali dari tandas...
Saya report kepada guru disiplin.
Dua hari lengan saya lenguh.
Tu laa..sape suruh bedebuk budak tu?
(sape suruh dia meniru dan cabut lari?)

Sebenarnya takde niat nak marah2
tapi adakalanya..entah, tak semena-mena
kalah juga dengan api amarah ini.









February 6, 2012

SmaRT AnSweRs To SimPLe QuEsTioNS

Smart answers  to simple questions..

STUDENT WHO OBTAINED 0% IN AN EXAM
But he didn't answer any question wrong!!


Q1. In which battle did Napoleon die?
     @ his last battle
Q2. Where was the Declaration of Independence signed?
     @ at the bottom of the page.
Q3. River Ravi flows in which state?
     @ liquid
Q4. What is the main reason for divorce?
     @ marriage
Q5. What is the main reason for failure?
     @ exams
Q6.   What can you never eat for breakfast?
     @ Lunch and dinner
Q7.  What looks like half an apple?
      @The other half
Q8.  If you throw a red stone into the blue sea what it will become?
      @ It will simply become wet
Q9.  How can a man go eight days without sleeping?
      @ No problem, he sleeps at night.
Q10. How can you lift an elephant with one hand?
      @ You will never find an elephant that has only one hand.
Q11. If you had three apples and four oranges in one hand and four apples 
        and three oranges in other hand, what would you have?
      @ Very large hands
Q12.  If it took eight men ten hours to build a wall, how long would it take
         four men to build it?
       @ No time at all, the wall is already built.
Q13.  How can you drop a raw egg onto a concrete floor without cracking it?
       anyway you want, concrete floors are very hard to crack.


Heard after reading this, examiner fainted!


http://www.facebook.com/tehfunneh
source: FB

February 5, 2012

BunGa WaTeRLiLY DaLaM PaRiT

Peringatan:
Entri pasal bunga lagi hehe.


Hari-hari lalu di tepi parit besar dekat rumah, 
membuatkan saya 
terpikat dengan bunga waterlily warna putih yang
 terapung atas air tu.
Teringin nak ambil pokok waterlily tu.

So petang tadi saya memberanikan diri ke tepi 
parit untuk mengambil pokok waterlily .
Tapi terfikir juga nak ambik macamana sebab parit tu
 agak dalam dan tanah ditebingnya lembik , 
tak pasal2 masuk dalam lumpur tu,

Mula2 cuba kait waterlily dari tepi tebing dengan kayu 
malangnya batang yang lembut tu putus.
Cuba lagi kait yang lain, opppsss ! 
selipar terjerlus dalam lumpur tanah liat.
Mujur tak terjerumus dalam air.

Tak putus asa..kait lagi..tiba2..
niat berkobar2 nak dapatkan waterlily TERSENTAP!!
apabila ternampak seekor lintah sebesar jari hantu 
tergedik-gedik menuju ke arah saya.

Wowowo!
Terus saya lompat ke tebing..GELI weh!!! Tak sanggup!
Sori..tak kuasa nak ambik gambar lintah gedik tu.


nampak tak pokok waterlily tu?

Tak boleh jadi ni!
nak juga bawa balik walau sepokok pun tak kira!
Sambil membongkok dari atas titi simen, akhirnya berjaya
 juga saya tarik sebatang pokok waterlily walaupun
 satu bunganya yang besar sudah putus, 
tinggal sekuntum yang kecik..jaaaadilaaa..

Nilah dia waterlily yang tinggal 2 helai daun dan sekuntum 
bunga yang belum kembang..




Esok-esok nak gi ambil lagi tapi kali ni kena bawa budak 
yang boleh turun dalam parit tu.
Kalau bunga ni kembang pagi esok,
saya upload lagi gambarnya.






"BeST PhoTo ConTeST" By AKiNAmaR

Salam Maulidur Rasul!!

Petang ni saya nak langsaikan tag Lady Milo
yang makin glamer tu..


Walaupun saya tak pernah menang mana2 contest sebelum ini
namun kerana semangat setiakawan yang tinggi, saya
 join contest seperti yang tertera di atas. 
Apapun, orang dalam banner tu cantik amat!

Syarat2 penyertaan boleh baca kat SINI ya.

Saya pertaruhkan gambar anak2 dan anak saudara saya ni..
(klik gambar untuk image yang lebih jelas)



Saya rasa gambar saya best kerana
 keriangan dan kemesraan anak2 remaja yang sehati sejiwa ini 
jelas tergambar melalui aksi mereka.


Hadiahnya sungguh comel!


Tarikh tutup contest ialah
3 Mac 2012 12pm

Saya tag:


Selamat minum petang!



February 4, 2012

SomBonG..HeBaT SanGaTKaH KITa?

Siapa pun anda, setinggi mana pun jawatan anda, tak perlulah berlagak sombong seolah-olah, andalah yang terhebat. Payahnya kalau manusia terlalu  merasakan dirinya hebat lantas memandang orang lain dengan hanya sebelah mata. Apakah perasaan anda apabila anda  menghadapi situasi sebegini?

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke sebuah sekolah untuk menghantar seorang guru kami yang bertukar ke sekolah tersebut kerana dinaikkan pangkat. Kebetulan pengetua sekolah tersebut merupakan rakan setugas kami sewaktu sama2 menjadi guru biasa namun beliau telah lama mengajar. 

Bukan tujuan saya untuk memburukkan beliau sebaliknya saya kongsikan cerita ini untuk dijadikan renungan kita serta peringatan kepada diri saya sendiri. 

Selama bekerja dengan beliau, ramai rakan setugas yang sering tersinggung dan "terasa" akibat kata2 beliau yang acapkali memperlekehkan atau memperkecilkan  kemampuan orang lain sebaliknya segala perkara yang dibuat  oleh beliau sering digembar-gemburkan untuk menunjukkan kehebatan beliau. Disebabkan telah masak dengan perangai beliau, masing-masing buat tak kisah.

Sewaktu saya bertukar sekolah, beliau telah berada di sekolah yang sama juga..sehinggalah beliau pulang dari menunaikan haji, perangai tak berubah. Bila bercerita masih lagi suka membangga diri dan pada masa yang sama sering menjatuhkan orang lain.

Dipendekkan cerita, selepas ucapan (dalam ucapan sempat juga diselitkan "hint" tentang kehebatan beliau) dalam satu majlis ringkas, rombongan kami seramai lebih kurang 40 orang dijemput ke jamuan ringan. Selesai makan, kami beransur untuk pulang. Sebagai rakan yang pernah bertugas di sekolah yang sama juga dalam satu pasukan, rasanya tak salah kalau saya menegur beliau sekadar untuk mengucapkan terima kasih. 

Sewaktu berjalan keluar dari bilik jamuan, saya berselisih dengan beliau lalu saya berkata,"terima kasih cikgu" (sebagai tetamu  kepada tuan rumah). Beliau yang saya pasti memang kenal muka saya, memandang saya acuh tak acuh lalu berpaling ke arah lain tanpa sebarang kata mahupun anggukan. Terkedu saya sekejap..beginikah sikap orang yang dah berpangkat? Susah sangat kah untuk mengeluarkan ungkapan "sama-sama" atau sekadar menganggukkan kepala sebagai tanda kita menghargai tetamu kita?

Bagi saya ini kali terakhir saya akan menegur beliau..(maaf..jahat tak ?) kecuali ditegur, saya akan jawab. Rasa hormat saya sudah hilang.

Apakah untungnya kita bersikap sedemikian terutama sekali terhadap orang yang pernah kita kenali? Perlukah kita bersikap sebegini? Hebat sangatkah kita bila dah berpangkat dan menjadi orang nombor  satu dalam sesebuah organisasi? Wajarkah kita sebagai seorang ketua memperlekehkan orang lain terutama rakan sejawat kita?

Siapalah kita untuk bersikap angkuh dan sombong di muka bumi tuhan ini.  Namun, inilah sifat manusia. Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang bersifat sebegini.



February 3, 2012

OrKiD DaLaM KeNaNGaN

Salam semua..
Masih lagi berkisar tentang orkid..sebabnya
nak mengarang , mood entah ke mana.
 Maka,
kenangan lama dipaparkan di sini
sekurang-kurangnya boleh disimpan kalau tak terdelete.
Bunga-bunga orkid ini antara orkid yang pernah
menjadi tatapan saya saban hari sewaktu ia masih kembang
selama ..tak ingat berapa lama.
cantik tak?? tapi sekarang dah tak ada cuma tinggal
satu pokok yang di semai semula masih belum berbunga.








Yang bawah ni pulak, yang ada sekarang tapi dah bertahun2
menunggu namun bunga tak keluar-keluar.
Orkid ini SS beli di taman orkid di Shah Alam tahun 1996
dan bila pindah rumah masih ada bakanya.
Dulu pernah berbunga cuma tak ingat warna apa.
Menjalar rata tapi hanya ada daun-daun dan akarnya  
dah melekat di tiang simen ni.


entah bila akan berbunga ni..dah bertahun tunggu

Nak beli lagi la orkid warna lain pulak
Teruja sangat bila tengok bunganya yang awsome!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...