May 29, 2012

TaK CuKuP UmUR LaGi

Assalamualaikum..


Mira baru buka akaun Bank Islam. Semalam kami ke ATM sebab dia nak simpan duit yang ada di tangannya. 

Selesai buat cash deposit dengan jayanya, kami beralih ke ATM untuk register internet banking. Step by step ikut tapi tak berhasil, resit tak keluar pun..try lagi sekali..baru perasan,

"Hanya pemegang akaun yang berumur 
18 tahun ke atas layak untuk mendaftar 
untuk Perbankan Internet"

lLebih kurang macam tu kot ayat dia (tak ingat sebab baca sekali lalu je)


Hahahaha...! Patot la tak berjaya...Mira hanya akan  mencapai umur 18 tahun pada 27/12/2012! 



May 26, 2012

KaLaU BuKa TaK ReTi NaK TuTuP Ke?

Assalamualaikum..


Sapa tau, kalau air paip yand dibuka tidak ditutup, dari pukul 3.30 ptg hingga 8.00 malam, air pulak laju, agak2 berapa liter air yang terbuang tu? 


Anak buah  masuk toilet buka air tapi tak tutup balik tanpa sapa2 menyedari sehinggalah pukul 8 malam..selepas hampir 5 jam air tu dibazirkan...nasib tak banjir dapur aku! Ni bukan first time dia lupa, dah 3rd time!! 
Bengkek weh!!


Dia kena bebel kat saya sekejap!  Kenapa bila dah buka tak reti nak tutup?
Amek kaw!!


Bil AIR?? tengok la berapa nanti...



May 25, 2012

SuPeR SWeeT DaYs

Assalamualaikum..


Selamat bercuti buat rakan guru serta kawan2 yang turut sama bercuti sempena cuti sekolah selama 2 minggu ini.

I was really touched yesterday when my 5E class made an effort to hold a birthday party for me and my other friend. They have prepared nasi minyak gulai ayam (cooked by mak student) jelly, tapai pulut and of course the birthday cake..the whole class dapat makan bersama beberapa guru yang lain.

Actually kelas ni celebrate birthday semua guru yang mengajar kelas mereka. Bagus tak mereka??They are so thoughtful and SUPER sweet!!


The birthday cake from 5E..cool!

Hari ni kami dah start cuti sekolah tapi kelas tambahan untuk tingkatan 3,4 dan 5 tetap diadakan bermula hari ini sehingga Isnin. So, saya ambil 2 hari, hari ni dan Ahad.

Sedang asyik mengajar 5Sc1 tadi, tiba2 mereka suruh saya stop..eh! came another SURPRISE!!!  Mereka bawa keluar kek coklat ni (yang mereka sorokkan di belakang kelas) sambil nyanyi "Happy Birthday" to me! SUNGGUH saya TERKEJUT!

Moist Chocolate Cakes (homemade) from 5Sc1. 


Yang lucunya bila mula2 tengok
kek tu saya senyum sebab atas kek tu ialah nombor "45"..hahaha.
 Saya cakap "Eh! mudanya saya!". Mereka ketawa,"Laa..ingat 45!"

2 biji kek coklat yang besar..sebiji dapat dibahagikan untuk 23 orang pelajar, sebiji lagi diberi untuk saya bawa pulang untuk anak2.


I had two AWESOME days because you're AWESOME students!
Thank you 5E and 5Sc1!
I will remember this sampai bila2 .

Nanti bila saya dah pencen (kalau panjang umur)
bila saya baca balik entri ini, saya pasti akan teringat 
anda semua. TeRiMa KaSiH!!



May 23, 2012

ThaT WaS ThEn

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu "terima kasih" diucapkan
kepada kawan2 yang telah memberikan "birthday wish"
untuk saya. 
Kepada Shafiq dan Ayuni,
Greeting card tu..awesome! 

Oh ya, 

Layan aksi anak2 saya sewaktu
mereka masih kecil..

Adik yang debab
the time when Mira was taller than Lisa

Kami berenam..papa tukang ambik gambar

Tapi kini mereka telah jauh meninggalkan
zaman kanak2 ribena mereka..





May 22, 2012

TeRiMa KaSiH TeMan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah, saya panjatkan ke hadhrat Ilahi 
kerana masih lagi diberi kesempatan 
untuk bernafas dan menikmati 
hidup hingga ke saat ini.

Sempena 1 Rejab 1433 dan hari ulangtahun kelahiran saya,
saya berdoa agar kita semua akan terus dilimpahi rahmatNya.
Semoga kita masih mampu memanfaatkan kehidupan kita demi
 kesejahteraan diri, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Sebagai penghargaan kepada kawan-kawan  
di alam maya ini yang sudi singgah 
di blog saya yang tak seberapa ini, 
terimalah kad ucapan (walaupun tak berapa nak cantik)
 yang ditujukan
khas buat kalian..


Terima kasih!



Picture:Image Collection

May 20, 2012

KiSaH HuJan RiBuT DaN AnaK2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang Khamis lepas saya ke pasar malam dengan anak bongsu Rina a.k.a Adik..masa tu langit dah nampak hitam..sampai je pasar malam hujan dah rintik2. .Sebaik sahaja selesai beli barang yg dikehendaki, ribut kuat dan hujan lebat mencurah2. Nasib baik ada kanopi besar boleh la kami berteduh..tapi kebanyakan kanopi semakin rendah di hentam ribut..Penjual pulak terpaksa pegang tiang kanopi takut tercabut. Petir dan kilat yang amat kuat  sabung menyabung sungguh menakutkan. Kami berdiri di bawah kanopi tak bergerak2...takoooottt! 

Lama la jugak baru hujan dan ribut serta petir reda..selepas tu cuaca kembali cerah..Ada pelangi lagi!

nampak 2 bahagian  cahaya

Sekarang bila hujan seringkali berserta ribut petir yang kuat..Bila guruh berdentum rasa macam dekat sangat dengan telinga..bergegar!!

Sabtu minggu lepas 12 Mei,  kami ke K.Terenganu sebab Mira pergi interview MARA loan utnuk ke luar negara walau pun dia dah set her mind untuk ke UiTM Puncak Alam (Asasi Engineering) yang dia nak dari dulu lagi.. Tapi suruh juga dia pergi interview tersebut untuk pengalaman kan..Nak tau pengalaman  interview Mira, boleh baca MARA Interview 2012  kat blog dia..Katanya calon yang apply MARA seramai 11,000 yg dapat interview 4,000. Mereka nak pilih hanya 1000!  So yang dapat tu memang betul kaw-kaw punyalah!. Yang ambik medic dah tau result khamis lepas, yang dapat ke Jordan kawan dia yang dapat straight A+. Cuma result untuk engineering course akan keluar 1 Jun nanti . Masa tu kami dah berada di KL sebab Mira daftar UiTM 2 Jun.

Rina(adik),Mira dan Lisa.

Gambar selepas interview..si adik paling tinggi(161cm), si Mira paling kecik.
Oh ya..hari ni 20/5/2012, Rina dah 15 tahun! Happy birthday adik!!



May 17, 2012

RaGaM PeRiKSa

Assalamualaikum..

Sudah 2 minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 
 berlangsung di sekolah saya.
Tinggal seminggu lagi exam kemudian 
menyusul pula cuti sekolah selama 2 minggu.

Waktu ini juga saya sedang menyemak kertas jawapan pelajar.
Bila menyemak kertas, macam2lah ragam jawapan pelajar ditemui..
Ada yang soalan tanya lain, jawabnya lain.
Ada yang peruntukan markah banyak tapi jawapannya hanya 2 baris,
macamana la nak dapat markah banyak?
Ada juga yang tak jawab langsung! 

Tapi yang ni juga tak kurang menarik..
bila tak dapat jawab, dia sempat lagi 
buat ni di muka surat belakang yang kosong..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 semua posisi pemain dia ingat 

Sewaktu salah seorang pelajar menjawab kertas
Kimia tadi, kucing ni pulak siap tidur
atas mejanya.
Yang budak ni pulak dibiarkan saja
kucing tu tidur di situ sambil
dia menjawab soalan.

teman setia

Difahamkan anak kucing ni selalu
jadi temannya setiap kali dia
menduduki peperiksaan. 

Macam2 ragam la pulak..



E-CaRD DaRi NieZa


Assalamualaikum!

Sukanya saya tengok ecard ucapan
Hari Guru ni..
Bunga tulip (kita kan suka bunga!)
 yang  fresh lagi cantik 
berserta great wordings.
Terima kasih  Niezza!


Nice knowing you too.




May 9, 2012

SenTaP, PiLu...TeRKeJuT!

Assalamualaikum..

Hati benar2 tersentap bila tengok video dan berita
tentang bayi yang didera oleh ibu
yang takde hati perut tu.
Rasa macam masa tu jugal nak lenyapkan pompuan
tu dari dunia ni !!
Sadis!

Untuk mengalih ingatan dari visual yang
menyanyat hati itu,
Jom kita layan gambar berikut
(walaupun gambar kureng berkualiti).

Sawah lagi??
maafla kalau ada yang dah bosan tengok sawah padi
kat blog yang tak seberapa ini.
Ada cerita sebenarnya..
sebab tu ada gambar sawah lagi .

jap..jap!

gambar ni diambil sebelum padi masak

yang ni pulak kat kawasan lain tapi padi telah dituai.

ok..ok..
tengok gambar kat bawah ni pulak..

belukar di tepi sawah

 Minggu lepas sewaktu melalui kawasan ni 
 (jalan kampung tapi standard jalan besar)
selepas balik dari
mengajar kelas tambahan malam,
dalam pukul 10.15 malam,
dari jauh saya ternampak sesuatu merintangi jalan.
Bila dah dekat baru nampak jelas melalui suluhan lampu kereta.
TerkezuT sekejap!


Rupanya...
sesuatu  itu ialah
.
.
.
.
.
.
.
ULaR SaWa 

yang panjangnya lebih dari separuh/sebelah jalan raya !
nasib baik saya sempat mengelak ke kanan
kalau tak, tentu saya dah langgar ular tu!
Ular tersebut sedang melintas jalan dari belukar
 ke sawah di seberang jalan.

Nama lagi kawasan belukar ,
Patotla ada ular sawa pun!


May 7, 2012

MeNu TenGaHaRi:HaSiL PanCinG

Assalamualaikum


Malam ni udara amat nyaman sebab hujan lebat turun lagi petang tadi,
Siap dengan guruh dan petir yang kuat...menakutkan juga.


Semalam seawal 8 pagi saya berada di sekolah untuk kelas tambahan
tingkatan 5 sampailah pukul 1 tghari.
Masa tu dah rasa kebulur sebab saya tak sempat breakfast,
hanya minum se mug milo panas.
Nak makan kat rumah kena masak dulu sure pengsan sebelum siap masak
so saya dan Lisa singgah makan kat kedai aja sebelum pulang.
Sampai rumah dah pukul 2 lebih.


Dah lama juga tak masak memasak dengan serius
semenjak dua menjak ni
terlebih rajin kot hik hik hik


Petang Jumaat tu suami pergi memancing di laut bersama
kawan-kawannya jadi semalam dia bawa balik ikan dan sotong.
Namun tak banyak sangat hasil yang dibawa pulang
sebab petang tu bot terumbang-ambing  dipukul
ribut dan hujan yang lebat (tengok gambar langit mendung
dalam entri sebelum ni) sampai ramai yang muntah muntah
tak dapat memancing terus "flat".


Mood elok sikit hari ni jadi
saya pun mengerjakan hasil yang suami bawa balik tu.


Inilah menu tengahari tadi...simple saja


Singgang asam pedas ikan merah bertanda...
Ikan Kerisi fresh dari ladang eh, laut!
pasar mari...cicah sambal


Esok boleh masak sambal sotong pulak...


Tadi sempat layan Manchester City lawan New Castle  (2-0)
Sekarang masih lagi duk tengok Manchester United lawan Swansea
kedudukan (2-0) waktu ni.


Oklah..esok sekolah tapi minggu ni mengawas peperiksaan
Pertengahan Tahun sehinggalah cuti sekolah.
Lusa dah kena tanda exam papers pulak!
Bab mengawas peperiksaan ni menyiksakan skit...
sebab....MENGANTUK!!!


Jumpa lagi!!











May 4, 2012

Si MeGa MenDunG

Assalamualaikum semua..


Dah seminggu jugak tak update blog ni..
sebab???
tak de mood...tak der idea..


Kebelakangan ni pulak cuaca tak menentu.
Panas terik yang luar biasa menyebabkan
saya sering sakit kepala.


Hampir maghrib tadi langit tiba2 mendung dan
serta-merta dilitupi awan hitam menandakan
hujan akan turun bila2 masa sahaja.


Alhamdulillah..akhirnya hujan lebat turun.
Sejuk juga bumi ini akhirnya.


Inilah keadaan langit yang sempat saya rakamkan
sebelum hujan turun tadi.






Waktu ni hujan dah reda
Malam ni insyaallah dapat tidur dengan nyaman..


Namun, apa jua keadaaan,
hujan mahupun panas, 
semua itu adalah rahmat Tuhan.
Selamat beristi rehat semua....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...