January 31, 2013

MeRenTaS DeSa , TaK JaDi!


Dua hari adik berlatih utk 
merentas desa sekolah..
 semangat nak berlari 
berkobar2 walaupun sebelum ni 
bukan suka pun lari lari ni. 
Semangat membara sebab 
ada 2 sepupunya
Irsyad (tg 5) dan Iyazi (tg 2)
di sekolah yg sama jadi 
dapat pergi berlatih bersama.

Dua hari berlatih, adik pinjam kasut
sukan adik sepupunya .
Kasut dia dah rosak tak
beli ganti lagi.
Jadi untuk merentas desa hari ni
adik pesan pada sepupunya
nak pakai kasut tu lagi.

Tapi pagi tadi ternyata budak 
berdua tu lupa bawa kasut yg
nak dipakai lalu
adik pun terjumpa kasut
sukan kakaknya dalam kotak
di rak kasut, cuma depannya
sedikit terbuka.
Boleh pakai kot..saya kata.

Pagi tadi sedang saya menuju
ke dewan untuk melihat
pelajar berlepas,
 sampai sms di bawah ni..


haha!..tak jadilah dia berlari
gara2 tapak kasut kakak
tu tercabut terus!
Lagipun macamana dia nak
merentas desa sejauh 7km
dengan kasut yg takde tapak tu kan?
 Iyazi pun tak berlari jugak!

Tambah menarik kasut sekolah
adik tinggal di rumah
(biasanya letak dalam kereta).
Takkan nak berkaki ayam.
Terdesak..jumpala wedges saya dalam
boot kereta yg rupanya begini 
kaler beige tinggi 2 inci setengah..

sumber sini

Bayangkan dia yang tinggi
berjalan pakai wedges 2 inci setengah
dan berpakaian sukan!
Habis kawan2 tegur. 
terpaksa weh!

Nasib baik ari ni
balik awal..

"ma, duit RM100 tu adik nak beli
kasut sukan lah!"



January 29, 2013

SeLaSa YanG GiTu GiTu


Pagi ni keluar 
saja dari kereta, 
kawan ajak gi breakfast 
kat luar,
 dia nak belanja. 
Check jadual, 
kelas start
 pukul 9.05 am. 
Ok...line clear, 
ada banyak masa lagi.
 Alhamdulillah.. 
murah rezeki yg belanja 
dan yg dibelanja..

January 25, 2013

ImaN TaK DaPaT DiWaRiSi

Assalamualaikum..

Dalam Peperiksaan Akhir Tahun
 Tingkatan 4 2012 yang lalu
salah seorang pelajar 
yang berada dalam rangking top 5
ialah anak saudara kepada
ustaz yg cemerlang yg pernah 
mengajar di sekolah saya 
(tapi dah bertukar ke sekolah lain).
Ustaz ni juga merupakan imam 
di masjid di kampungnya serta selalu
dijemput untuk memberi
ceramah agama untuk pelbagai majlis.

Berbalik kepada pelajar  lelaki 
tadi, dia mendapat  semua A termasuk A+ 
untuk subjek Biologi, Fizik, Kimia  serta 
Modern Maths, Add Maths dan English.
Kecuali Pendidikan Islam 
dan Tasawwur Islam dia
dapat B dan C+.

Bila cikgu tanya kenapa untuk  2 subjek
tersebut dia tak dapat A sedangkan
pak sedara dia ustaz 
(tak ingat ayah dia kerja apa).
Jawabnya,

"Nak buat macamana cikgu,
iman kan tak dapat diwarisi"!

hik hik..pandai kau jawab yer!


HePi BeSDaY PaPa

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul buat semua..
selawat dan salam buat
Nabi Junjungan kita 
Nabi Muhammad SAW..

Semalam juga merupakan hari ulangtahun
papa budak2 ni yg ke 49 tahun..
setahun lagi angka 4 tu akan 
bertukar ke angka 5.
Hanya goreng mee dan 
kuey tiew keropok
sikit kat rumah
ajak MIL dan mak serta adik ipar
dan anak sedara yang ada..
Hepi besday papa!

January 22, 2013

KiTa DaPaT ni..TQ ELLY!

Assalamualaikum..

Hari ni satu bungkusan tiba
 di rumah dan inilah isinya
.
.
.
.

Hadiah ni kiriman dari ellynadyra
sebab minggu lepas
dan saya telah berjaya menjawab
dengan tepat.. hehe
bukan selalu jadi 
pemenang bertuah ni tau!
kiranya ni second time
dapat hadiah dari kawan bloggers.
First time dulu dapat FM
dari papa Mifz.

Tq elly! akak suka sangat2 dapat
buku ni..
ada personal note lagi

tima kasih banyak2 elly..



January 21, 2013

SpeSiS SaMa KaLeR LaiN?



Dah dekat 3 minggu kembang.Kaler putih kuning

 
                                      
                                     
Yang ni pulak kelopak tengah kaler ungu
                    
tu je nak tunjuk hehe..



January 20, 2013

A VeRY QuiCK TRiP To ThE SouTH

Assalamualaikum...

Memang trip yg betul2 quick!
Petang Khamis tu kami
bertolak ke Kuantan dekat maghrib
dan sampai sana dah tengah malam.
Esok paginya terus ke Batu Pahat 
untuk ambik si kakak yg dah
 tamat wat degree 
serta angkut semua barang2 dia
wat balik..

Sampai rumah sewa dia dalam kol 2
terus angkut barang2 masuk kereta dan
tanpa sempat pekena beriana gam ke
mee rebus muar ke terus bertolak
ke Muar dekat pukul 4..

Singgah di rumah kawan di Muar duk 
sampai maghrib. Lepas kol 8 terus 
ke Kuantan dan sampai rumah adik
dekat 1 pagi...tido dah nak pagi..
Sabtu dalam pukul 11.30 kami pun 
terus balik Trg...sampai rumah
dekat pukul 4 ptg...
Driver maintain steady
tapi co-driver yg tak
drive sakit pinggang sebab
duduk lama dalam kereta.

Tak pernah2 lagi 
buat very very quick
trip yg jauh camni..huhu..
sampai nak
beli ole-ole pun tak terbeli!
 rugi-rugi!

Now everybody is at home
except Mira.



January 15, 2013

DaH CeRGaS!


Assalamualaikum..

Petang sabtu lepas dah jumpa mak aji 
tukang urut yang bersesuaian. 
Alhamdulillah, sakit urat dah hilang dan 
saya rasa ringan dan cergas bila bergerak 
ke sana sini tak macam robot dah.


Tapi dalam keadaan 
sakit urat baru ni  saya sempat 
lagi mengemas kabinet dapur 

saya yang dah bertimbun dengan
segala benda dalamnya. 
Operasi ni telah tertangguh sejak lama..
tu la cuti dekat 
dua bulan tak buat apa. 
Bila dah start sekolah balik 
mula datang rajin tu. Bila 
mula mengemas tak sedar 
waktu berlalu tengok2 dah
dekat 2.30 pagi..
esoknya nak kerja..
2 malam berturut2 operasi kabinet.


Inilah hasilnya..

rupa dapur saya yang simple je, 
rupa dalam kabinet tak tunjuk :-)
Konsep ?Entah..
Tak kisahlah asal senang hati duk di dapur.
Paling penting nasi masak kan?

January 14, 2013

SaKiT UraT

Assalamualaikum.
Minggu lepas juga minggu yang sibuk dan
bermulanya misi mengajar dan panjat
memanjat tangga bangunan yang cacat
tak sama besar dan tinggi tu.

Paling kurang 2 kali sehari kena berbuat demikian.Bukan cikgu pompuan yang berusia
cam saya je yg rasa tercabar, cikgu lelaki pun
cakap benda yang sama bila sampai ke puncak, kena pause sat..cikgu muda yang kecil 
molek pun cakap penat kalau dah 2 3 kali turun naik macam tu. Exercise, exercise jugak 
tapi bila kadang2 lutut rasa terkehel, jenuh nak angkat kaki.

Nak dijadikan cerita, baru ni entah silap di mana, tiba2 rasa urat kat atas pinggang terkehel sewaktu bangun dari kerusi. Mak aiii! macam robot bila berjalan. Setiap kali tunduk rasa ngilu.nak berjalan pun sengal, rasa

Minggu lepas juga kursus Pro ELT (MBMMBI) anjuran British Council untuk guru opsyen Bahasa Inggeris telah bermula pada petang Ahad selama 4 jam..balik je petang 
terus saya lepak atas katil tak bergerak gerak. Dengan keadaan sakit urat cam tu dan terpaksa duduk dekat 4 jam memang torture. Nasib baik instructor kami dari Scotland 
tu friendly dan sporting kalo tak lagi stressed!
Bayangkan akan mengadap dia setiap petang Ahad 4X sebulan! 

Jumaat tu pulak terlupa yg urat kita baru rasa ok sikit tapi tersilap gi alih pasu bunga yg hampir terbalik kat depan rumah. Tiba2.ngap! terasa sengal kat bahagian
yg sama cam baru ni. Ah! sudah!....terkehel urat lagi ke? 
Yup! jalan macam robot lagilah!


January 5, 2013

OPeRaSi TeRPaKSa


Assalamualaikum
Buat apa malam minggu?
Malam minggu saya dah habis untuk
minggu ni sebab esok hari bekerja
di tempat kami.

Sekarang tengah operasi lipat kain baju,
operasi yang saya tak suka tapi kena
buat juga..lebih baik dari gosok baju tu!



Lipat kain sambil layan Piala Sumbangsih
2013,  pastu cerekarama. Tapi bola
dah habis kain sebakul ni tak kurang
kurang juga muatannya...
ATM mengalahkan Kelantan dengan
tendangan penalti 4-3 selepas seri 1 sama.

Selamat berhari minggu...
Hari yang panjang menanti saya esok.
Habis kelas sambung kursus 2-5 pulak.




January 2, 2013

WW: SeLamBeR JeR DiA JaWaB


English Diagnostic Test for Form One:
Salah satu jawapan pelajar ;
       


main-main la pulak....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...