February 27, 2013

BanJiR DaH SuRuT


Banjir di bulan Februari?
satu fenomena baru.
Semuanya kuasa 
Dia yang maha esa.

Air naik di kawasan rumah 
sekitar jam 5 pagi.
Bila bangun tadi terus meluru keluar
dan nampak selipar dah
terapung-apung.
Cepat2 suami dan anak bawa 
keluar kereta letak di tepi jalan.

Pukul 2 tadi air dah mula surut..
masih bernasib baik sebab air tak
masuk dalam rumah walaupun
banjir kali ni lebih besar dari sebelum ni.
Mungkin rumah saya lebih tinggi dari
rumah lain yang berdekatan.
sebab tu bila banjir rumah saya
macam pulau yang dikelilingi air.

Simen di luar rumah dah disapu keladak
lumpur tinggal sikit lagi bahagian
yang belum kering airnya.

Pemandangan di kawasan
belakang rumah .
Waktu ni hujan sedang turun.

Terima kasih buat kawan2
 yang mendoakan.




BanJiR!

6.30 tadi air dah sampai ruang garaj
depan rumah..

Air semakin naik tapi dengan kadar
perlahan..keliling rumah 
dah dipenuhi air.


Kami tak pergi sekolah takut
air semakin naik.
Harap2 tak masuk dalam rumah.
Hujan dah berhenti semalam
tapi pintu air empangan
dibuka untuk mengelakkan
banjir yg lebih buruk
di kawasan ulu.
Kebetulan air laut pasang besar
menyebabkan air lebih 
banyak dari biasa.







February 25, 2013

CeRiaKan HaRi Mu

Selamat hari isnin!
dah lebih separuh hari pun 
baru nak wish !
Di tempat saya hujan turun
sejak semalam, sekejap reda
sekejap lebat macam
musim tengkujuh.
Air sungai juga telah 
melimpah tebing.

Namun apa pun jua cuaca di tempat
anda ketika ini, saya doakan semoga
hari anda hari yang ceria,
 penuh dengan
peristiwa warna warni
macam kek yang saya makan
kemarin.


Cantik kan warna kek lapis ni?


Kek Lapis Blueberry
pemberian kawan semalam.
Rasa memang sedap
seceria warnanya.


motif entri ?
saja nak tunjuk kek
yang berwarna ceria ni!
Ceria-ceria selalu!






February 22, 2013

OnLiNe Di RuMaH


Alhamdulillah..
Setelah 2 minggu tanpa internet di rumah,
talian internet dah pulih kelmarin.
Petang semalam nampak kabel talipon
telah dipasang semula.
Bolehla BW dan mengisi markah untuk
e-pantau dan SAPS.

Harapnya kabel ini akan bertahan lama di situ.
Semoga pencuri kabel itu akan "jatuh ke tanah"
juga satu hari nanti.
Tu la, sape suruh menyusahkan orang?






February 21, 2013

KuRSuS KaTaK?


Dapat surat panggilan kursus pagi tadi.
Kursus katak pun ada ke?


Macam macam akronim yang
digunakan untuk nama kursus
sekarang ni yer.
FROG pun ada...


February 18, 2013

BLaCK PePPeR LamB KaW KaW PunYa

Suka makan kambing tak?
Kalau ada yang suka makan
kambing atau lambchop boleh la
try lambchop resepi istimewa ini.
Lambchop blackpepper ini dirumus
menggunakan  bahan2 original,
diusahakan oleh adik saya (ibunya si Rayyan) 
dan suaminya sendiri.

Setakat ini ramai yang dah cuba
memang repeat order..


harganya rm10 utk 300 gram.
sos blackpepper juga rm10 untuk
1 bekas ini..boleh di makan untuk
beberapa kali.
Yang di bawah ni ialah lambchop
saya yang dah siap untuk dimakan baru ni.
Semua ni saya makan sorang  hehe..

Lambchop ni dah siap diperap dan
hanya perlu masuk oven atau sapa yang
ada kuali ajaib tu lagi senang.
Takpun letak je dalam kuali dan
tunggu masak je...
Masuk dalam pinggan dan tuang
sos blackpepper tu..
gerenti sedaplah!
sebabnya saya dah try.

Jadi sesiapa yang tinggal area Kajang,
Bangi, Putrajaya dan kawasan yang
sewaktu dengannya boleh hubungi
adik saya kalau nak cuba dan juga
untuk pertanyaan .
0199652725.

Untuk maklumat lanjut boleh
juga buka Facebook
DAGING KAMBING SEGERA.

Ok...selamat mencuba!


February 15, 2013

PeRinGaTaN BuaT KiTa


Terbaca status bekas guru saya di FB
minggu lepas..


Dia menelefonku sejak 29 Jan 2013 tetapi kesibukan & ketidakpedulianku menyebabkan panggilannya tidak kujawab & kubalas sehinggalah pada Ahad, 3 Feb 2013, jam 2.04ptg, kuangkat dan menyahut panggilannya.

Banyak perkara yg dimaklumkan kpdku mengenai kesihatan serta kerjayanya. Masalah jantung & buah pinggang menjadi isu utama yg dia luahkan kpdku. Terharu mendengarkan. Yg mampu kubuat hanya menasihatkannya supaya bersabar dan dapatkan rawatan yg sewajarnya.

Dia ingin berjumpa, berbincang serta mendapat nasihat mengenai bbrp perkara. Aku tak dapat penuhi hasratnya krn terpaksa keluar daerah utk bbrp hari mulai Selasa 5 Feb - 8 Feb dan berjanji utk bersuanya hujung minggu ini.
Segalanya menjadi igauan bila ku terima berita mlm semalam bahawa dia masuk wad akibat stroke selepas Asar 3 Feb 2013( bbrp jam selepas menelefonku - tiada maklumat awal dr sesiapa pun ).
Pagi tadi, sebelum terbang ke KL, sempat sms kpd  agar sampaikan salamku kpdnya. Jam 10.47 pg dlm perjalanan ke tempat mesyuarat dapat berita dia telah kembali menemui Penciptanya.
Innalillah....
Teramat sebak sebab terkilan dgn tangguhan masa utk bersuanya. Agaknya apalah yg terbuku dihatinya yg ingin diluahkan kpdku sejak bbrp hari dia cuba hubungiku. Hingga ke akhir hayat aku tak berpeluang menemuinya. 

Dan saat ini aku menitiskan airmata kasihku kpd bekas anak muridku yg telah pergi buat selamanya. maafkan aku kerana tidak berkesempatan menemuimu di saat-saat akhir hayatmu. Aku sgt terkilan. Apa jua dosamu pdku kumaafkan segalanya.
Moga kau tenang di sana...AlFatihah.


Sedih baca coretan cikgu saya ni..peringatan buat kita supaya peka dengan permintaan seseorang seandainya tiada halangan.
Al fatihah buat arwah junior saya.




February 14, 2013

KaDanG ADa JuGa BaiKnYa


Kadang ada baiknya juga takde internet ni.
Sebabnya, time ni la dapat tengok semua 
budak2 tu duk berkumpul kat ruang keluarga
ramai-ramai. Kalau tak masing2 terperuk 
dalam bilik mengadap laptop masing-masing.

Tapi....memang mati kutu laaaa!

Kepada kawan2...sori tak dapat blogwalking
buat masa ni..nanti bila  keadaan pulih saya
akan singgah ya..cumaaa..tak tahu BILA.



February 12, 2013

KaBeL KeNa CuRi

Assalamualaikum..

Pagi tadi orang datang check line telefon.
Bila check semua line senyap.
Mereka ronda kawasan, rupanya kabel
telefon dah dipotong dan dikebas 
pencuri durjana sabtu lepas..

Entah  bila boleh berstreamyx kat
rumah lagi..Sungguh rimas tanpa internet
di rumah. Skrg tumpang online 
anak punya bila dia balik kampus
takde la...

Adik kata " macamana la nak hidup"! 
hahaha!

Hari ni hujan seharian..sekejap reda 
kemudian lebat...ok apa...
Tak payah siram bunga hari ni.







February 10, 2013

.LinE TeLeFoN SenYaP

Kenapala time cuti gini  
line telefon rumah buat hal!
Dah tak boleh 
berinternet la pulak.
Tentu mengambil masa nak
panggil orang repair

Cuti tanpa internet sangatlah
membosankan!

February 8, 2013

SeKiTaR MaJLiS SamBuTaN MaULiDuR RaSuL 2013

Assalamualaikum..

Selasa lepas telah berlangsung majlis
sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Antara pengisian majlis ialah pertandingan
perarakan dan sepanduk mengikut rumah sukan.

Rumah Tun Fatimah

sebelum perarakan

berarak sambil berselawat.
Rumah Tun Sri Lanang

Perarakan bertempat di trek olahraga 
padang sekolah yang luas.

Rumah Tun Perak
Rumah Tun Tuah (rumah sukan saya)

Rumah Tun Sri Lanang
ETA yang baru bertugas di sekolah kami
Cikgu Ian dari California turut sama berarak.

Irsyad,Iyazi ,adik dan Cikgu Ian.
Cikgu Ian beli baju melayu 
semata-mata untuk majlis.

Jamuan guru selepas perarakan...makan Nasi Kerabu



Selepas perbarisan perarakan pelajar berkumpul di dewan
untuk acara persembahan pelajar iaitu nasyid, sajak
dan sebagainya. Seterusnya penyampaian hadiah untuk
pertandingan perbarisan dan sepanduk.
Johan keseluruhan disandang oleh rumah Tun Tuah
seperti juga acara merentas desa baru ni..

Majlis kemuncak ialah ceramah Maulidur Rasul
oleh Ustaz Khairul Ikhwan.


Ceramah Ustaz sangat-sangat BEST hinggakan 1 jam suku 
pelajar dan guru tidak berganjak dari tempat duduk masing2.
Suara ustaz merdu sekali bila membaca ayat Quran,
bernasyid dan bersajak. 
Agaknya semua lagu nasyid
ustaz tahu.
Tahun depan harap ustaz dijemput lagi
untuk beri ceramah di sekolah kami.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sekian..selamat bercuti!







February 2, 2013

SaBTu YanG BiaSa BiaSa, TomYaM CoLeK JaMBu

Assalamualaikum dan selamat petang,

Hari ni sempat melunaskan sedikit kerja2 menanda kertas Ujian Pengesanan
Tingkatan 5..markah due 5/2..ada 2 kelas lagi belum siap. Sempat ke siap 3 hari lagi? Kalau buat sempatla..hehe.

Lepas tu gi beli kasut sukan adik..bila pulak sukan entah!.

Balik terus masak tomyam saja sebab lauk lain dah ada.

lupa beli sayur , ada tomato je

Lepas makan nasi goreng dan tomyam, makan pulak rojak/colek jambu ni.
nyum nyum nyum!. Tapi pedas berapi huh! tak leh makan banyak nanti sakit perut !


                                                            jambu saja takde buah lain


dah gaul...ada yang terliur tak?

Oh ya..tq Irtiyah dan umminya sebab bagi souvenir dari China ni.

2 FM, keychain utk adik dan kasut kain kecil.

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...