May 29, 2013

BerBunGa-BunGa

Hati tiba-tiba membuak-buak rasa nak
bertanam semula pokok-bunga yang
sekian lama terbiar. Asyik bagi minum
tapi tak bagi makan..kesiannn.
Lantas ke nursery tak jauh dari
rumah untuk beli tanah.

Bila nampak bunga ni terus berkenan,
angkut bawa balik.

Bunga apa ni?
Tudung periuk? yang ni bunganya
kecil kecil...ixora?
nanti nak google.
 
kuning
putih bersih
merah bunga kantan?
 
Lain kali nak beli kaler oren pulak..

p/s: kepada Ema blog dan sesiapa yang
menggunakan google+ comment, saya mohon
maaf sebab tak dapat komen entri mereka.komen tak lepas..harap maklum.



KoLeJ MaTRiKuLaSi JoHoR


7 tahun lalu hantar kakak ke sini.
Isnin lepas kami ke sini lagi
hantar Ica pulak untuk
program matrikulasi akaun.
Bandar Tangkak jem teruk
pada hari Isnin 27/5/13
sebab masing2 menghantar anak
untuk mendaftar di KMJ. 

Jalan masuk ke Tangkak juga 
sesak dengan kenderaan sejauh 6km. Bila masuk kawasan KMJ lagi dahsyat sebab terpaksa parking kereta nun diseberang
padang. Jadi terpaksalah kami
berjalan menyeberang padang di tengah panas
terik sambil heret beg2 Ica. Mujur ada Bemang
yang angkut 2 beg berat Ica.
Lepas cross padang panjat
pula tangga ke tingkat 4 ke bilik Ica.
Mahu tak berpeluh2.


Malam sebelum tu sempat pekena
Mee Bandung Muar di Bakri.
Sedappp!

Good bye Ica...see you raya nanti!


May 18, 2013

HiDuP LeBiH MeRiaH DenGan AdanYa KaMu

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu buat semua.
There're so many great things happening
in the family lately which make me feel 
really grateful..oh...Alhamdulillah.
Pasal ni story later bila sampai masanya.

Hidup kurang meriah tanpa makanan kan?
jadi..ini adalah edisi tayangan food yang tak sempat
 masuk blog sebelum ni.

Aiskrim Wall's Double Dutch
yang creamy yummy!
sebekas share anak-beranak.
meatball paket punya, goreng dan
makan dengan sos lada hitam...
sambil baca novel, makan.
Pagi tadi minum milo dan makan
kuih apam kelapa muda..
tak cukupla 2 biji..
Whipped potato dengan
sos lada hitam yang
Ica/adik buat ari tu.
 mihun sup ni entah bila saya masak..lupa!

Memanggang/membakar ikan tawar
atas dapur gas aje.kan senang! 
Gambar diambil sebelum dapur hancusss.

Fettucccine carbonara yang
saya masak untuk dinner semalam.
Ada yang tak suka, jadi mereka makan
spaghetti.
Lauk untuk tengahari tadi..sedikit rajin lalu
saya masak singgang daging, ayam kicap, 
sambal tumis udang dan peria goreng tempe.
Sempat tangkap gambar 2 lauk je.


Akhir sekali, Hokkaido cupcakes
untuk cikgu-cikgu masa hari guru khamis 
lalu. Tak dinafikan..Sedap!

Tengok makanan pun dah rasa seronok
apatah lagi bila dapat merasanya kan?
Namun makan juga perlu berpada.
Terlebih makan macam-macam
 padahnya pulak.


May 16, 2013

HaPPY TeaCheR's DaY 2013



Jadilah seorang guru
Hadir mu ditunggu
Hilang mu dirindu
Ilmu mu diburu
Nasihat mu diseru
Pe'el mu ditiru

SELAMAT HARI GURU
BUAT RAKAN GURU
JUGA BUAT GURU GURU
 YANG MENDIDIK SAYA DAHULU.
JASA MU DIKENANG.




May 8, 2013

RaYYan & PeaCe

Rayyan memang suka buat isyarat
"PEACE" bila kita nak tangkap
gambar dia.
tapi macam biasa dia tak boleh
buat PEACE yang betul
sebab PEACE dia empat jari.


yang ni pun struggle juga,
tiga jari..masih tak jadi.
Namun selepas dibantu dengan
gigihnya oleh
mak ngahnya ini , dengan
melipat jari manis dan jari kelingking
barulah menjadi..
Tengok muka happy Rayyan
selepas isyarat PEACEnya berhasil
dengan jayanya.

Cepat-cepat tangkap gambar
takut jari lain terbuka kembali!

PeaCe!

ThinK


If not, just keep quiet.


May 5, 2013

SeLeSai TanGGunGJaWaB

Hampir 2 jam beratur
baru selesai..
Saluran ni ramai la sangat. 

Pukul 9 lebih dah panas terik.
peluh pah keting..
Dah selesai..
Sama-sama tunggu keputusannya
malam nanti.



ToDaY is ThE DaY GE13

05052013
Inilah harinya
Jom kita mengundi!
tunaikan tanggungjawab kita.
Buat pilihan yang bijak demi
masa depan dan negara tercinta.
Semoga tiada kejadian yang
tidak diingini berlaku.









May 4, 2013

PiLiHanRaYa JaLanRaYa RaYa

Pilihanraya macam juga raya

Ramai-ramai balik kampung
Adik-beradik ipar duai berkumpul
bila dah balik ramai-ramai, 
makan ramai-ramai
jalanraya  penuh sesak
jem memanjang

Bezanya time raya,
tiada kata mengata
tiada ceramah sana sini
tiada juga bendera yang
banyak bergantungan dan
berderet sepanjang jalan
juga merata rata tempat.

Selamat mengundi!






May 3, 2013

Oooh..LeGàa

"Kelegaan yang dirasa selepas menggaru gatal
itu merupakan satu nikmat yang tak terhingga.
Nampak remeh atau dianggap hanya perkara
kecil namun impaknya besar."

May 2, 2013

HanCuSs DaPuRKu

Ohhh...ada alasan cuti masak sehingga
dapur baru dibeli.
Semalam selepas 2 jam siap masak
dapur saya tiba-tiba jadi macam ni...
retak seribu....hancusssss
macam cermin kereta retak kena
serpihan batu.
Ada juga serpihan kaca yang terpelanting.

Nasib baik sewaktu kejadian
kerja masak memasak telah selesai.
Anak panggil saya katanya
"pecah"..ingatkan pinggan pecah
rupa-rupanya cooker yg pecah.

Cooker ni jenama ELBA dibeli tahun 2006.
Samada lasak digunakan
ataupun tempoh hayat dia
hanya 7 tahun je.
Sebenarnya dah lama nak gi cari
cooker baru sebab api sebelah  dah 
berwarna merah campur biru
tapi tak berkesempatan.
Rupanya nak tunggu dia retak dulu..

Misi mencari cooker baru!







May 1, 2013

WoRDLeSS WeDneSDaY: ABC DaLaM PinGGan

Ha'aa  ABC dalam pinggan
bukan dalam mangkuk atau
bekas ABC..penah jumpa?



Selamat hari pekerja!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...