Inikan pula tempat bermain....
Tempat ni penuh nostalgia.
Rasa terharu bila di usia begini,
saya masih lagi berkesempatan
untuk menyusuri jalan jalan
kenangan ini.
Sewaktu masih bersekolah rendah,
di sinilah antara tempat saya
menghabiskan masa saya bersama
kawan saya yang juga merupakan
sedara mara sendiri kerana
yang tinggal berdekatan adalah sepupu
dan dua pupu saya.
Ini ialah anak sungai yang kami
panggil alur.
Di alur inilah saya dan dua pupu saya
mengail ikan lampam dan selat. Dua pupu
saya tu memang terer mengail. Saya cuma
ikut ikut dia saja. Umpan pun dia buat
sendiri tau! buat dengan kelapa campur
tepung...kalau tak silap sayalah.
Laluan ini dah lama bertar walaupun hanya laluan di tepi sungai dan sawah. Ianya juga merupakan laluan kami ke rumah mak.
Saya ke sekolah dulu pun berjalan kaki
mengikut laluan ini walaupun masa tu
terpaksa berjalan di atas
batas batas padi.
Bila dah ada alur dan air tentulah tarikan
untuk mandi manda tu ada kan?
Kawan kawan selalu juga mandi dan berenang
di sini tapi saya terpaksa curi-curi
ikut serta sebab takut ayah marah.
Sekali tu ayah datang dan saya terpaksa
menyorok di tebing yang agak terperosok
ke dalam. Nasib baik ayah tak nampak
hihi..
Di sawah yang luas ini juga tempat kami
mengail ikan puyu. Zaman tu isi ikan puyu
yang digoreng garing atau dibakar tawar
lalu dimakan dengan nasi panas
sungguh manis rasanya. Namun kini
selera untuk ikan sebegini sudah
berkurangan. Tak taulah..mungkin
rasanya tak macam dulu.
Dah berpuluh tahun waktu ini
pergi namun ianya masih
segar dalam ingatan.
Al fatihah buat arwah ayah yang
telah pergi meninggalkan kami
10 tahun yang lalu. :(