December 20, 2014

BanJiR 18.12.14

Assalamualaikum..
Terima kasih atas doa kawan-kawan 
dalam entri 17.12.14.

Ya...memang banjir melanda 
tempat saya
dan pertama kali air masuk rumah..
Nanti esok esok kita bagi tengok
gambar banjir tempat kita.

Sekarang baru nak rehat seharian
mengemop lantai, kemas rumah tapi
tak siap lagi. Sambung kerja 
esok pulak sebab
sendi sendi habis sakit 
dan jalan pun macam robot
sakit urat. 

Good night!





December 17, 2014

SiaP SiaGa

Assalamualaikum


Dapat info dari whatsApp yang air empangan 
telah dilepaskan untuk mengelakkan banjir teruk 
di kawasan hulu . Dalam 4-5 jam
lagi mungkin air banjir akan sampai ke tempat kami..

Risauuuu..harap-harap tak sampai dalam rumah..
malam ni kena berjaga-jaga..

Pukul 6 petang tadi gelap macam nak 
malam .  Hujan berangin pulak.

Doakan semoga dijauhi banjir besar.





December 16, 2014

VieWs BY ThE RiVeR

Tajuk macam hebat jer, padahal nak cerita 
pasal pemandangan tepi sungai jer.
Sungai ni memang sinonim dengan hidup saya
dari kecil sampailah sekarang. Ada beberapa entri tentang sungai ni
 dalam blog saya.

Sungai yang dulunya agar lebar kini semakin sempit
namun syukur sebab ianya masih wujud walaupun
ada waktunya di musim kemarau air mengalir lesu.
Di musim tengkujuh pula air yang banyak akan melimpahi
tebing dan banjirlah jawabnya kawasan ini.



Sewaktu melalui jalan tepi sungai beberapa bulan dulu saya 
teruja melihat pokok yang berbunga ungu
sedang berkembang menjadikan kawasan tepi sungai
 nampak cantik sangat.



Tak taulah orang tengok macamana tapi saya
suka sangat!


Kini terdapat sebahagian tebing sungai ni dah runtuh 
menjadikan laluan semakin sempit. 
Kalau musim hujan
memang tak berani berkereta ikut laluan ni
 takut tiba-tiba runtuh.


Harap-harap sungai ni akan dapat bertahan untuk
 beberapa lama lagi.





December 10, 2014

AssaLaM....FaMiLY BeRTamBaH

Assalamualaikum.. 
Lamanya tak jenguk rumah ni..dah penuh sawang dan berhabuk..rumah sendiri bersawang..rumah jiran juga tak sempat bertandang. Mood tersentap hampir setahun gara gara kabel telekom dicuri.. (dalam setahun 3/4  kabel dicuri)

Tapi entah tiba-tiba rasa rindu pulak nak sambung tulis blog walaupun tulis cerita cerita biasa sahaja. Dah lama tiinggal macam tak retilah pulak. 

Dah hampir setahun bertapa..banyak peristiwa berlaku dan bolehla share sikit sikit di sini. Kisah family, anak anak yang makin dewasa, ada yang dah bekerja dan yang bongsu pun dah habis SPM...tiada lagi anak yang bersekolah. Semua dah masuk IPT..Semoga anak anak akan terus berjaya. Alhamdulillah. 

Pada 5/9/14 lepas, satu satunya anak lelaki saya, Bemang , telah selamat bernikah dengan pasangannya, Farah. Majlis kecil kecilan diadakan di Kota Bharu dihadiri keluarga terdekat . Majlis kenduri insyaallah tahun depan.




Alhamdulillah..majlis berjalan lancar. Seronoknya family kita dah bertambah! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...