May 7, 2012

MeNu TenGaHaRi:HaSiL PanCinG

Assalamualaikum


Malam ni udara amat nyaman sebab hujan lebat turun lagi petang tadi,
Siap dengan guruh dan petir yang kuat...menakutkan juga.


Semalam seawal 8 pagi saya berada di sekolah untuk kelas tambahan
tingkatan 5 sampailah pukul 1 tghari.
Masa tu dah rasa kebulur sebab saya tak sempat breakfast,
hanya minum se mug milo panas.
Nak makan kat rumah kena masak dulu sure pengsan sebelum siap masak
so saya dan Lisa singgah makan kat kedai aja sebelum pulang.
Sampai rumah dah pukul 2 lebih.


Dah lama juga tak masak memasak dengan serius
semenjak dua menjak ni
terlebih rajin kot hik hik hik


Petang Jumaat tu suami pergi memancing di laut bersama
kawan-kawannya jadi semalam dia bawa balik ikan dan sotong.
Namun tak banyak sangat hasil yang dibawa pulang
sebab petang tu bot terumbang-ambing  dipukul
ribut dan hujan yang lebat (tengok gambar langit mendung
dalam entri sebelum ni) sampai ramai yang muntah muntah
tak dapat memancing terus "flat".


Mood elok sikit hari ni jadi
saya pun mengerjakan hasil yang suami bawa balik tu.


Inilah menu tengahari tadi...simple saja


Singgang asam pedas ikan merah bertanda...
Ikan Kerisi fresh dari ladang eh, laut!
pasar mari...cicah sambal


Esok boleh masak sambal sotong pulak...


Tadi sempat layan Manchester City lawan New Castle  (2-0)
Sekarang masih lagi duk tengok Manchester United lawan Swansea
kedudukan (2-0) waktu ni.


Oklah..esok sekolah tapi minggu ni mengawas peperiksaan
Pertengahan Tahun sehinggalah cuti sekolah.
Lusa dah kena tanda exam papers pulak!
Bab mengawas peperiksaan ni menyiksakan skit...
sebab....MENGANTUK!!!


Jumpa lagi!!











May 4, 2012

Si MeGa MenDunG

Assalamualaikum semua..


Dah seminggu jugak tak update blog ni..
sebab???
tak de mood...tak der idea..


Kebelakangan ni pulak cuaca tak menentu.
Panas terik yang luar biasa menyebabkan
saya sering sakit kepala.


Hampir maghrib tadi langit tiba2 mendung dan
serta-merta dilitupi awan hitam menandakan
hujan akan turun bila2 masa sahaja.


Alhamdulillah..akhirnya hujan lebat turun.
Sejuk juga bumi ini akhirnya.


Inilah keadaan langit yang sempat saya rakamkan
sebelum hujan turun tadi.






Waktu ni hujan dah reda
Malam ni insyaallah dapat tidur dengan nyaman..


Namun, apa jua keadaaan,
hujan mahupun panas, 
semua itu adalah rahmat Tuhan.
Selamat beristi rehat semua....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...