March 11, 2011

JePuN Di LaNDa TsUNaMi


Assalamualaikum..

Baru kejap tadi saya dengar berita tentang Jepun telah dilanda Tsunami berikutan gempa bumi kuat pada pukul 1.46 ptg. Ini berita yang dipetik dari internet.

Gempa 8.9 skala Richter, Jepun dilanda tsunami 4 meter tinggi


JEPUN: Negara ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter yang menggegar pantai timur negara itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan, kata laporan Malaysiakini yang memetik Reuters.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

sumber: Link 


Sama2 kita doakan semuga rakyat Malaysia yang berada di sana terselamat.

March 10, 2011

SeBaB TaK MeNaNG TanGaN

Assalamualaikum
Minggu ini merupakan minggu yang 
membuatkan saya betul2 melepek..
seperti   dalam  gambar ni


Berikut ialah sebab2nya:


* tugas utama-masuk kelas mengajar. Di antara waktu luang 
   mengajar saya  juga:
* melatih pelajar untuk pertandingan "public-speaking" daerah.
* menyediakan soalan untuk peperiksaan TOV Tingkatan empat
* menyusun dan mengacip soalan untuk  200 lebih pelajar.
   (tak boleh minta tolong pelajar nanti soalan bocor)
* merangka jadual kelas tambahan tingkatan lima untuk cuti 
   minggu depan.

* mencari guru2 untuk mengisi jadual tersebut.

* mengedarkan jadual kelas tambahan untuk guru2 sebelum 
   sesi persekolahan  berakhir tadi.
* mengedarkan jadual kelas tambahan kepada pelajar2 tingkatan lima.
* mencari pelajar untuk menyertai petandingan public speaking untuk
   minggu bahasa peringkat sekolah seminggu selepas sekolah dibuka.
* menyediakan text untuk public speaking untuk pelajar yang 
   akan mengambil bahagian (cikgu yang kena sedia kalo tak, tak jadi).
* mengedarkan soalan untuk essay competition untuk minggu bahasa ,
   nasib baik kawan tolong buat.
* menyiapkan jadual kelas malam yang akan bermula minggu pertama
   selepas cuti sekolah . (dengan bantuan pengurus projek saya).
* tadi sepatutnya bawa pelajar ke PPD untuk pertandingan public speaking
   tapi terpaksa minta pertolongan kawan gantikan sebab terpaksa berada
   di sekolah untuk membereskan kerja2 sebelum sesi persekolahan
   berakhir tadi.
* menyiapkan buku rekod kehadiran pelajar untuk kelas tambahan hari  
   sabtu,ahad dan isnin depan.
* pergi binding buku tersebut di kedai sebab kedai photostat kat dalam   
   sekolah dah tutup lepas pukul 2.00 ptg tadi.
* Orang balik pukul 2.45 ptg , saya balik  hampir 5.00 ptg.
* Bukan nak tunjuk rajin tapi inilah antara tugas2 yang perlu diselesaikan.
   Itu pun pengurus saya (perempuan juga) banyak membantu.
* Hari sabtu ni kena pergi sekolah pagi2 untuk mengedarkan buku rekod  
   kehadiran kelas tambahan dan memastikan kelas berjalan lancar, 
   (biasanya pengurus projek saya yg uruskan tapi saya tolong dia sebab
   dia menghadiri kenduri kahwin saudaranya di tempat lain).


   Penat memang penat tapi dah tugas...
    Minggu depan makin busy sebab keputusan SPM akan diumumkan.
   Nak kira hutang pelajar pulak...pengurus  sedang buat senarai hutang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...