June 29, 2012

KuCinG


Dah lama tak cerita pasal kucing semenjak kucing2 telah 
lama pergi meninggalkan kami.
Satu2nya yang tinggal ialah seekor ibu kucing 
yang debab ini..

kucing ni memang debab tambah debab sebab waktu ni 
dia bunting tunggu masa nak beranak.

Ok..inilah anaknya nan seekor,berwarna putih. perut bukan 
main besar tapi keluarnya sekor saja.
tarikh lahir kucing ni pulak sama dengan
tarikh lahir Rina..20hb May.

Waktu gambar diambil, ibu dan anak ni sedang 
bermain dan bergurau.
sayangnya ibu ni pada anak..dipeluk2 anaknya
comel jer
dua-dua tengah tido membelakangi masing2


Tapi itu cerita beberapa minggu lepas.
Sekarang ibu kucing sendirian lagi..
anaknya si Putih tidak kelihatan sewaktu saya 
balik sekolah 18/6/2012 yang lalu. 
Puas cari tak jumpa.  
Keesokan harinya, saya ke belakang rumah dan apa yang saya temui
amat menyayat hati..
bangkai si Putih yang baru berumur sebulan
dihurung lalat dengan perut terburai..entah digigit oleh apa :(

sendiri lagi..



TeTaMu SeKoLaH

Minggu lepas sekolah telah didatangi tetamu khas.
Ingat tak lagi yang sekolah saya telah menerima
ETA (English Teaching Assistant) di bawah program 
Kementerian Pelajaran Malaysia?
 Tetamu yang dimaksudkan ialah Mr Scott  M Rauland
Counselor for Public Affairs dari US Embassy  bersama dengan
Pegawai JPN Terengganu dan PPD.
Tujuan lawatan mereka adalah untuk
memantau sejauh mana keberkesanan program ETA  ini.

 Mr Scott Rauland diberi taklimat ringkas tentang sekolah oleh 
Tuan Pengetua dan GPK1 manakala ETA pula menjelaskan
tentang program dan aktiviti yang telah beliau laksanakan 
sepanjang beliau berada di sini.

Selepas taklimat, Mr Rauland dibawa ke kelas tingkatan 2 untuk
 melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan 
oleh ETA Miss Christina aka Miss Nina.

Pengetua, pegawai JPN dan Mr Rauland di belakang kelas


Miss Nina sedang mengajar
Mr Rauland berinteraksi dengan pelajar

Menurut pelajar, Mr Rauland "speaking" agak laju serta "slang" beliau
sukar difahami namun mereka tetap memberi respon yang baik
bila ditanya oleh beliau.

Kesimpulannya, Mr Rauland amat berpuashati dengan
pelaksanaan program ETA di sekolah kami.
Mungkin tahun depan program ini akan diteruskan lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...