June 27, 2013

TemPaT JaTuH LaGi Di KeNanG

Inikan pula tempat bermain....
Tempat ni penuh nostalgia.
Rasa terharu bila di usia begini,
saya masih lagi berkesempatan
untuk menyusuri jalan jalan
kenangan ini.

Sewaktu masih bersekolah rendah,
di sinilah antara tempat saya
menghabiskan masa saya bersama
kawan saya yang juga merupakan
sedara mara sendiri kerana
yang tinggal berdekatan adalah sepupu
dan  dua pupu saya.

Ini ialah anak sungai yang kami 
panggil alur.


Di alur inilah saya dan dua pupu saya 
mengail ikan lampam dan selat. Dua pupu
saya tu memang terer mengail. Saya cuma
ikut ikut dia saja. Umpan pun dia buat
sendiri tau!  buat dengan kelapa campur
tepung...kalau tak silap sayalah.


Laluan ini dah lama bertar walaupun hanya laluan di tepi sungai dan sawah. Ianya juga merupakan laluan kami ke rumah mak.
Saya ke sekolah dulu pun berjalan kaki
mengikut laluan ini walaupun masa tu
terpaksa berjalan di atas
 batas batas padi.


Bila dah ada alur dan air tentulah tarikan
untuk mandi manda tu ada kan?
Kawan kawan selalu juga mandi dan berenang
di sini tapi saya terpaksa curi-curi
ikut serta sebab takut ayah marah.
Sekali tu ayah datang dan saya terpaksa
menyorok di tebing yang agak terperosok
ke dalam. Nasib baik ayah tak nampak
hihi..


Di sawah yang luas ini juga tempat kami
mengail ikan puyu. Zaman tu isi ikan puyu
yang digoreng garing atau dibakar tawar
 lalu dimakan dengan nasi panas
sungguh manis rasanya. Namun kini
selera untuk ikan sebegini sudah
berkurangan. Tak taulah..mungkin
rasanya tak macam dulu.


Dah berpuluh tahun waktu ini
pergi namun ianya masih
segar dalam ingatan.

Al fatihah buat arwah ayah yang
telah pergi meninggalkan kami
10 tahun yang lalu. :(




14 comments:

Unknown said...

memang seronok bila teringat balik zaman kecik2

norh said...

Dulu2 mandi laut sesuka hati ja..belakang rumah.. ;)

Carl Lesmana said...

alfatihah ,

Fuyoo, bestnya. mizi sempat main2 ain banjir je . heeehe . tapi sekarang dah besar tengok air banjir buat derk je , heehee :)

Ayuni said...

ye, tmpt jatuh lg dikenang....

Zura said...

penuh nostalgia la entry ni...sayu plk baca...

MulutPayau said...

Zaman anak2 merupakan zaman yg terindah dalam hidup...

Al-fatihah utk arwah ....

emarieys said...

cantiknya pemandangan...

emarieys said...

cantiknya pemandangan...

Dr K said...

Saya membayangkan camane la rupa umpan kelapa + tepung tu...hihihihih...Indah pemandangan..hijau...langit membiru..:)

Amie said...

oh! sungguh nostalgik... saya kalau kembali ke kampung laman melihat kembali tapak "tempat jatuh lagi dikenang" bertambahlah hibanya hati... suasana sekitar terasa hening sekali... ingin memanggil atau kembali ke masa lalu..tapi ia sudah lama pergi dan tinggal kenangan!

Unknown said...

Al-Fatihah buat arwah ayah akak...

Cantik gambar pemandangan tuh, pasti banyak kenangan kan kak...

Miss N™ said...

Al-fatihah buat arwah...

tempat2 kenangan sekali gus mmg boleh mengamit memori2 lamakan kak...

Nur pun suka tgk tempat lama2...byk sangat kenangan....

pahit manis, smua tu mgajar kita jadi dewasa...

ellynadyra said...

zaman kanak2 mmg seronok kan, benda2 yang dilarang walau dibuat tetap tak merbahaya sangat, saya pun selalu gak main air parit, balik sekolah singgah main air.....bila arwah nenek tanya pesal balik lambat, bilang cikgu suh baca sifir

Unknown said...

tahniah tersenarai dalam blog PCB untuk Jun 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...