June 6, 2012

WC in Da HoUSe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apa kabar semua? Semoga sentiasa sihat dan di bawah lindunganNya.

Ok! Saya dah cukup berehat..seharian tido..sape kata berjalan tak penat?
Dari timur ke barat, dan utara..selatan jer tak sampai.
Tujuan utama menghantar Mira ke Uitm jadi kesempatan itu digunakan untuk
melawat adik beradik di Kuantan, Kajang,  Kl dan P.Pinang.

Dari rumah ke Kuantan bermalam di rumah adik ipar kemudian esoknya bertolak ke Kajang rumah adik bongsu bermalam di sana 2 malam. Sambil
mencari barang keperluan Mira sempat juga gi main bowling di Metro Point Kajang sampai tengah malam..tak boleh lawan adik aku tu  main bowling steady jer.

Sebenarnya tak tau nak start kat mana ,  anak2 sibuk berphotoshoot.. jadi yang banyaknya gambar dorang jer..

Mula2  ke Putrajaya pastu baru ke rumah adik..mak aiii! panas betul hari tu!



masih lagi bertiga
Di Lot 10 sebelum ke Low Yatt 


Di kolej kediaman Mira...


Budak berdua ni bersama maksu (adik bongsu saya) 
dan anaknya Raudhah

Sewaktu sampai di biliknya, room mate Mira dan familynya dah sampai dulu, tapi bila kami masuk mereka terpaksa keluar sebab tak muat nak menempatkan semua orang dalam bilik kecik tu.

antara ahli2 rombongan Cik Kiah ke Puncak Alam ,ramainya
pompuan!..hahaha..

Semua ni adik beradik ipar duai, mak mentua serta anak2 buah saya yang kebetulan berada di Kl dan juga yang tinggal di sana turut ke Puncak Alam.
Nama pun Puncak Alam....memang jauh nun di hujung dunia.

Di cafe Uitm,Mira dan adik2nya bersama sepupu 
dan maksunya (adik suami)


setakat ini dulu ya,
to be continued...


June 2, 2012

AKaN KeMBaLi

Assalamualaikum  and salam sejahtera dear friends!!

I'll be back!!!

Exhausted..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...