November 30, 2010
Apa tu??
Salam.
Hari ni WC penat sangat.
Keluar dari pagi lewat tghari baru sampai rumah...
tapi WC nak share gambar ni dengan korang..
pada sesape yang nak tengok la..saje jer..
Eye test (kot2 mata rabun)...
Apakah yang korang nampak dalam ke dua2 gambar ni..
p/s: nampak tak ular dlm kedua2 gambar ni??
November 29, 2010
PicTuRe Of My LiFe CoNTeST
Salam semua..
Ini merupakan kali kedua WC ditag dan kali ini WC diajak oleh Siti untuk menyertai contest ini…Ya..”Picture of My Life Contest” .
Tima kasih Siti! WC cuba memenuhi pelawaan Siti ok!
Zip Forever |
Sebagai memenuhi tuntutan contest ini, WC telah memilih gambar di atas..tadaaa..gambar kucing? nak masuk contest? Ok2! kucing ni bukan sebarang kucing..tapi kucing ni terlalu istimewa buat WC dan famili, sebab itulah WC menyifatkan gambar ni sebagai “Picture of My Life”
Ok..apa istimewanya gambar ni sampai WC rela meluangkan sedikit masa untuk buat entri ini? Kucing dalam gambar ini merupakan sebahagian daripada famili WC sebelum ini. Kucing yang diberi nama “ZIP” oleh anak WC yang ke tiga sebenarnya diberi oleh keluarga anak angkat WC pada akhir tahun 2007. Anak WC yang nombor tiga terlalu sukakan binatang terutama sekali kucing.
Minggu pertama dibawa pulang ke rumah, Zip cuba menyesuaikan diri dgn rumah kami tapi pernah juga dia lesap 2 hari..ye la anak kucing masih tak tau apa2 kan sudah tentu tak reti balik rumah lagi..Anak WC memang sedih yang amat bila Zip tak ditemui. Tapi nasib baik jiran sebelah terserempak dengan Zip dan kembalikan dia dalam keadaan basah kuyup (jatuh parit)..
Setelah Zip besar, sebagaimana insan biasa juga lah, Zip berjumpa pasangannya (entah sape) dan termengandung..hehe..tibalah hari dia nak melahirkan, dia begitu gelisah sekali dan akhirnya beranakla dia tapi malangnya anak dia keluar songsang dan tak berkesempatan melihat ibunya itu..kesian sangat kat ZIP.
Selepas itu Zip macam orang sasau..ye la anak mati kan? Satu hari dia naik atas bumbung agaknya cari anak dia tu la.. Kami tak sempat berbuat apa2 bila dia tergelincir dan jatuh dari bumbung rumah kami setinggi berapa ek? tapi tinggi la rumah dua tingkat..namun umur dia masih panjang .SELAMAT…
Zip semakin sedih agaknya masa tu bila mana peristiwa selanjutnya Zip yg sebelum ini memang tangkas turun tangga pusing (spiral) dalam rumah kami tiba2 tergelincir dan jatuh dari tangga setinggi 3.3 meter..Bedebub"! jatuh atas lantai “tile” di depan mata WC. Senyap seketika, Kami dah saspen…selepas beberapa minit dia bergerak!.Ya Allah! ingatkan nyawa dia dah melayang!.
Tetapi peristiwa selanjutnya benar2 menyanyat hati kami bila pada suatu hari Zip sudah tak lalu makan dan hanya terbaring diam..kami dapati pipi dia bengkak dan bernanah..tak tahu kenapa. Seolah-olah dia lekat sesuatu..tulang kot, kami cuba juga tengok kot boleh keluarkan tapi tak nampak apa pun. Keesokan harinya zip terbaring atas simen belakang dapur dengan mata memandang kami..WC dan anak duduk kat dia sebab rasanya ajal dia dah nak sampai..
Pada petang tersebut, setelah setahun lebih bersama , Zip benar-benar meninggal kan kami. Terbaring kaku, kami, terutama WC dan anak memang menangis meratapi pemergiannya.
Sehingga kini, bila mengingati Zip, WC rasa sebak..sebab, selain menjadi kucing belaan kami yang pertama, Zip juga telah banyak berjasa. Kerana Zip jugalah, sampai saat ini WC tak mahu lagi memelihara apa2 binatang peliharaan terutama kucing sebab WC dan anak merasa sangat terpukul dengan kehilangan Zip. Takut perkara yang sama berulang kembali…
Jadi itulah kisahnya mengapa gambar tersebut merupakan "Picture of My Life”
November 28, 2010
VeGeRoNi CaRBoNaRa FoR DiNNeR
Salam.
Petang tadi sebaik sahaja pulang dari hospital menziarah sedara yang sakit, WC terus bergegas ke dapur. Semenjak dua menjak cuti sekolah ni WC rajin banyak..bagus sangat la daripada malas banyak kan?? Haaa..WC pun teringat resepi pasta yg kawan ajar baru ni so teringin la nak cuba..
VEGERONI CARBONARA..bunyi macam rona roni makaroni jer tak? WC guna SPIRAL VEGERONI sebab ada anak yg tak suka makaroni..dia kata "GELI!!" ada ker macam tu? Akhirnya inilah hasilnya.
Sekejap jer dah lesap semua dilahap oleh anak2 tapi ayah anak2 tak makan pun sebab roni2 atau spagheti bukan selera dia..Dia habiskan nasi dengan ikan rebus cicah sambal!
Nak buat benda ni senang saja:
Bahan2 nya:
200 gram spiral vegeroni yg belum di rebus
400 gram daging kisar
1 tin sos carbonara
4 batang sosej daging (ayam pun ok)
sedikit minyak zaitun
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
brokoli
jagung dalam tin ( tak letak pun)
sedikit garam
sesudu kecil gula
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam
1. Rebus pasta hingga lembut.
2. Cincang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih putih dan bawang besar.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tambah garam dan gula. Biarkan masak.
5. Sementara tu goreng sosej sekejap, angkat dan hiris nipis.
6. Bila daging dah masak, masukkan sosej, jagung dan brokoli kemudian masukkan sos carbonara.
7. Masukkan vegeroni yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. masukkan oregano dan serbuk lada hitam.
2. Cincang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih putih dan bawang besar.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tambah garam dan gula. Biarkan masak.
5. Sementara tu goreng sosej sekejap, angkat dan hiris nipis.
6. Bila daging dah masak, masukkan sosej, jagung dan brokoli kemudian masukkan sos carbonara.
7. Masukkan vegeroni yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. masukkan oregano dan serbuk lada hitam.
8. Boleh makan!
Ok...sapa suka bleh try..tak suka tak payah!
Ok...sapa suka bleh try..tak suka tak payah!
ChaNNeL AsTRo BoLeH BeRTuKaR SeNDiRi KeR?
Salam..
WC nak berkongsi peristiwa yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu semasa WC masih tinggal menyewa di rumah kampung. Pada suatu petang, WC dan suami sedang menonton TV, cuma lupa entah cerita apa kat channel ASTRO.
Sedang asyik menonton, tiba2 channel tu bertukar ke channel lain...betul2 depan mata kami. Nombor channel pun bertukar tau.. Suami pandang WC, dia tanya kenapa tukar? WC pulak kata, "bila plak saya tukar?". Suami kemudian tanya pulak anak lelaki...Dia terpinga2 keluar dari bilik dan bagitau , bila masa pulak dia pegang remote..lagipun dia duk dalam bilik..Remote ada elok je terletak kat meja.
Kami rasa hairan dan tertanya2 la jugak macamana perkara tu boleh berlaku..Suami berpendapat agaknya ada kesilapan kat tempat ASTRO tu kot.. Sampai sekarang rasa pelik..pernah ke jadi macam tu?
HaRi YanG MenDunG.
Pagi2 tadi WC ke pantai.. bukan untuk berkelah tapi hantar
anak yg ada picnic ngan kawan2 kelas dia..
November 27, 2010
DaPaT AwARd???
Wah..wah!! baru sebulan berblog ada gak yang sudi
nak bagi award kat WC ek?
Dengan besar hatinya WC menerima award
yg diberi oleh gomok ..macih adik akak cyg!!
ni dia….
Bila dah dapat award ni WC juga dikehendaki
menjawab beberapa soalan seperti berikut….
seb bek tak banyak!
1. Berikan satu nickname untuk pemberi award:
>gomok cyg<
2. Ucapan untuk pemberi award ini:
Tima kasih banyak2 kepada gomok yg telah
menganugerahkan award ini kepada akak..walau
baru kenal cam dah lama …
awak memang kelakar..cyg gomok!!!
3. Berikan nama 6 artis yang korang minat:
1. Michael Learns To Rock
2. Maher Zain
3. Pixie Lott
4. Afgan
5. Bryan Adams
6. Richard Marx
4.Beri award ini kepada 10 kawan blog atau follower:
Part ni yang susah nak jawab sket…nak bagi kat sape ek???
ok laaa..bagi kat dorang ni ek???
ok..selamat!!!
November 26, 2010
PeDiHnYeR!!
Pppssstt..terasa pedih yang amat nih...
da dua hari menderita..adoiii!!!
buat suspen plak..bukan pedih kena
sembilu atau luka kena curah cuka..
Tapi pedih dalam mulut pecah2!
atau lebih dikenali dgn ulcer?
yer..kalau kena ni bukan satu dua tau..
pernah kena sampai lima biji sekaligus!
besar2 pulak tuh
memang siksa la...PEDIH!!
Bibir ni macam nak terjuih jer huhu..
tadi dah kumur ngan air garam,
tapi tak kurang pun..
mmg rasanya kurang minum
air masak..ye la tak haus sgt
camana nak minum..
kadang terlupa nak minum..
Hari ni mmg kemuncak sakitnya
harap2 esok reda
supaya aman sikit rasa
kalau tak asik duk tahan pedih ni..
berdenyut2 lagi!!!
Ada lagi tak cara lain tuk
kurangkan pedih ni?
Tak suka letak Bonjela sebab
lagi teruk rasa..Adehhhhh!!!
(ni baru pecah2 mulut...dah sakit semacam)
BaBy NaMeS
Don’t know what to name your baby? Here are some baby names based on parents’ occupation:
Lawyer’s daughter - Sue
Thief’s son - Rob
Lawyer’s son - Will
Doctor’s son - Bill
Teacher’s son - Mark
Painter’s son - Art
Florist’s daughter - Rose
Baker’s daughter - Cookie
Athlete’s son - Victor
Meteorologist’s daughter - Haley
Beautician’s son - Curly
Iron worker’s son - Rusty
Movie star’s son - Oscar
Barber’s son - Harry
Musician’s daughter - Melody
Gardener’s daughter - Daisy
Housewife son’s - Dusty
TV show star’s daughter - Emmy
Clothing manufacturer’s daughter - Polly Esther
Book printer's daughter - Paige
Adopted from : He Who Laughs, Lasts by David Tong
November 25, 2010
KeNa TaG!
Malam tadi WC kena tag oleh nadyaeman
Hmm..jenuh juga nak jawab soalan2 tu tapi takpe
WC cuba la jawab setakat yang mampu k..
You are required to answer each
question below using the title song,
Hmm..jenuh juga nak jawab soalan2 tu tapi takpe
WC cuba la jawab setakat yang mampu k..
You are required to answer each
question below using the title song,
no matter how silly it sounds.
When you're done, tag 20 people with this note
and make sure to tag the person who send you this :)
1. If someone says, " is this okay? " you say...
I Like It ( Enrique Eglesias)
2. How do you describe yourself ?
Young at Heart ( Frank Sinatra)
3. What do you like in a guy/girl ?
Cool (Gwen Stefani)
4. How do you feel today ?
Top of the World (Carpenters)
5. What is your life's purpose ?
Heal the World ( Michael Jackson)
6. What is your motto ?
Trouble is A Friend ( Lenka )
7. What do your friends think of you ?
One In A Million ( Ne-Yo)
8. What do you think of your parents ?
Irreplaceable( Beyonce)
9. What do you think about very often ?
Life is Wonderful ( Jason Mrazs)
10. What is 2 + 2 ?
Shake it Off ( Mariah Carey)
11. What do you think of your best friend(s) ?
Nothing Compares To You ( Sinead O’Connor)
12. What do you think about the person you like ?
You Took My Heart Away ( MLTR)
13. What is your life story ?
Hot N Cold ( Katy Perry)
14. What do you want to be when you grow up ?
Billionaire ( Travie McCoy t Bruno Mars)
15. What do you think of when you see the person you like ?
Cant Take My Eyes off You ( Muse)
16. What will you dance to at your wedding ?
All My Life ( K.C & Jojo)
17. What will they play at your funeral ?
My Heart Will Go On (Celine Dion)
18. What is your biggest fear ?
Lose Control ( Timbaland)
19. What is your biggest secret ?
What I've Done ( Linkin Park)
20. What will you post this as ?
Welcome to My Life ( Simple Plan)Berikut ialah blogger yang bernasib baik
yg akan ditag WC..
tapi WC cuma tag 10 jer
tak pe ek?
Jadi..tlg jawab..
jangan mare..!
Tag to:
MimPi GaYaT
Ngerinya mimpi aku malam tadi! Memang lama betul aku tak bermimpi… tiba2 aku dikunjungi mimpi yang mengerikan atau lebih tepat lagi menggayatkan.
Dalam mimpi tu aku terpaksa berjalan kaki pergi entah kemana. Tiba2 aku sampai di satu kawasan yang bergunung di mana hanya ada satu laluan saja.
Entah kenapa dgn tak semena2 aku sampai di puncak gunung yg tak memungkin kan aku berpatah balik. Pada masa tersebut juga aku sudah pun tergantung dgn hanya berpaut pada dahan pokok yang terjuntai di puncak gunung tu..Tingginya memang menggayatkan ..nama lagi gunung kan? mestilah tinggi! dah la aku memang phobia dgn tempat tinggi…
Dalam keadaan cemas dan gayat tahap dewa aku puas berfikir macamana nak melepaskan diri dari situ tapi yang nyata keadaan memang sukar. Bila saja aku pandang kebawah yang beribu kaki (aku agak laa) Makkk!! TOLONNNNG!!! (mengapa kalau nak minta tolong jerit mak, bukan ayah??)
Sampai sudahla aku tak akan lepas dari tempat tu…Tak pun, aku mesti jatuh kebawah…(ada ker jatuh ke atas?) hehehe…
Tiba2…aku terjaga! ( biasa la kan..kalau mimpi penyelesaiannya ialah, terjaga.) Alhamdulillah...LEGAAAA…
Walaupun mimpi hanya mainan tidur, namun aku takut yang amat berada dalam mimpi tu!
Dalam mimpi tu aku terpaksa berjalan kaki pergi entah kemana. Tiba2 aku sampai di satu kawasan yang bergunung di mana hanya ada satu laluan saja.
Entah kenapa dgn tak semena2 aku sampai di puncak gunung yg tak memungkin kan aku berpatah balik. Pada masa tersebut juga aku sudah pun tergantung dgn hanya berpaut pada dahan pokok yang terjuntai di puncak gunung tu..Tingginya memang menggayatkan ..nama lagi gunung kan? mestilah tinggi! dah la aku memang phobia dgn tempat tinggi…
Dalam keadaan cemas dan gayat tahap dewa aku puas berfikir macamana nak melepaskan diri dari situ tapi yang nyata keadaan memang sukar. Bila saja aku pandang kebawah yang beribu kaki (aku agak laa) Makkk!! TOLONNNNG!!! (mengapa kalau nak minta tolong jerit mak, bukan ayah??)
Sampai sudahla aku tak akan lepas dari tempat tu…Tak pun, aku mesti jatuh kebawah…(ada ker jatuh ke atas?) hehehe…
Tiba2…aku terjaga! ( biasa la kan..kalau mimpi penyelesaiannya ialah, terjaga.) Alhamdulillah...LEGAAAA…
Walaupun mimpi hanya mainan tidur, namun aku takut yang amat berada dalam mimpi tu!
DeFiNiTioNs
Have you heard of Ah Kok applying to medical school to become a doctor? Needless to say, he never made it. Do you know why?
These are the answers he wrote in his entrance exam:
Antibody - against everyone
Artery - the study of painting
Bacteria-back door to a cafeteria
Caesarean section-a district in Rome
Cardiology-advance study of poker playing
Cardiology-advance study of poker playing
Cat scan- searching for lost kitty
Chronic- neck of crow
Coma- punctuation mark
Cyst-short for sister
Diagnosis-person with slanted nose
Dislocation- in this place
Diagnosis-person with slanted nose
Dislocation- in this place
Enema-not a friend
Fake labour- pretending to work
Genes - blue denim
Hernia- she is close by
Impotent-distinguished/well-known
Lactose-people without toes
Labour pain-hurt at work
Microbes-small dressing gown
Obesity-city of Obe
Proteins- in favour of teens
Red blood count- Dracula
Secretion- hiding anything
Tablet- small table
Urine- opposite of you're out
Varicose- very close
November 23, 2010
NaK MaSuK BLog KeR?
Sejak kebelakangan ni kita suka benar ambik gambar. Tak kira la apa2 gambar pun asalkan ianya menarik perhatian kita, ambik jer la. Dulu pun suka jugak tapi tak la seperti sekarang sebab sekarang lagi la suka, boleh jadikan bahan untuk blog kita..
Semalam kita citer pasal daun kari kan? Sewaktu kita gi ambik gambar belakang rumah..kita cari juga pokok limau purut yang biasa ada kat situ....tapi takde.
Lalu kita pun bertanyalah kepada suami kita kemana peginya pokok limau purut tu. Suami jawab dah takde sebab mati selepas orang meracun rumput beberapa minggu dulu. Lepas tu dia tanya, “ Kenapa tanya pokok limau purut?..nak masuk blog ker?” Hehehe..kita pun jawab, “ Tak laa…saje tanya..”
Padahal, yer kot..
p/s: Orang tanya daun limau purut biasanya untuk buat tomyam, kita pulak nak wat masuk blog.
Semalam kita citer pasal daun kari kan? Sewaktu kita gi ambik gambar belakang rumah..kita cari juga pokok limau purut yang biasa ada kat situ....tapi takde.
Lalu kita pun bertanyalah kepada suami kita kemana peginya pokok limau purut tu. Suami jawab dah takde sebab mati selepas orang meracun rumput beberapa minggu dulu. Lepas tu dia tanya, “ Kenapa tanya pokok limau purut?..nak masuk blog ker?” Hehehe..kita pun jawab, “ Tak laa…saje tanya..”
Padahal, yer kot..
p/s: Orang tanya daun limau purut biasanya untuk buat tomyam, kita pulak nak wat masuk blog.
November 22, 2010
AgaK MeWaH HaRi iNi
Salam..
Antara juadah kat rumah hari ini..
Pagi tadi masak ni….
kuey teow goreng |
dan ada yang ni...
kuih apa nama entah..(beli RM1) terliur nak makan |
tengahari pulak masak ni..
ayam masak merah.. |
kemudian yang ni (beli)…
gulai siput sedut..RM2 |
petang pulak yang ni..(beli gak)
pisang goreng |
Seterusnya malam, yang ni….
Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol |
Best!! mak yang masak nasi dagang ni..
semalam dia dah buat tapi tak cukup
jadi hari ni dia buat lagi...
Betapa kita bersyukur atas nikmat yang di beri ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)