Hujan selebat-lebatnya hari ni. Ada jalan dah dinaiki air. Kalau hujan masih tak berhenti malam ni, sah esok banjir. Malam ni sure tak lena tido takut air naik! Jadi ke kami start sekolah esok?
Assalamualaikum.. Apa yang pasti mulai minggu depan saya akan hari-hari menapak dan memanjat bangunan di mana anak-anak tangganya selebar pendek dari tapak kasut saiz 6 dan juga curam. Tersilap langkah boleh berguling-guling di situ. Pagi tadi mesyuarat guru. Bila tengok pelan kedudukan kelas, terkedu sekejap.. Kedudukan kelas tingkatan 4 dan 5 telah berubah dan semua kelas saya berada di tingkat tiga bangunan paling jauh dan yang saya paling perit nak panjat. Sebelum ni dah pernah mengajar kelas di tingkat atas sekali..masa tu tak la semuda sekarang..hik hik hik...PUN SEMPUT! Tahun 2012 paling santai sebab semua kelas di tingkat bawah dan dekat dgn bilik saya. Minggu depan pendakian akan bermula dan pastinya bila masuk je dalam kelas, saya akan cakap "take five please" sambil mengesat peluh di muka ... bernafas pula melalui mulut! Ohhh! I just can't wait for next week!
Bangun tido pagi tadi nampak air dah banyak kat depan rumah jiran..rumah kami tinggi sikit jadi kawasan rumah kami yang terakhir dinaiki air kalau banjir.
Kawasan depan rumah
Air datang dari belakang rumah.
Nasib baik menjelang petang air surut perlahan-lahan.
Dua hari memerap di rumah sebab hari-hari hujan lebat . Walaupun hujan saya suka, tak panas. Kemarin dulu air sungai on the way rumah mak dah nak penuh tapi berikutan hujan lebat semalam dan tadi jalan dah tak boleh dilalui. Namun banyak tempat lain dah banjir.
sungai yang hampir penuh. Kemarin kami ke Kota Bharu. Saja nak gi main boling dan jalan-jalan. Namun perjalanan yang biasanya mengambil masa 1 jam ke sana menjadi 3 jam gara2 jalan terlalu sesak dengan kenderaan dan hujan lebat. Lama betul duk dalam kereta untuk sampai KB Mall. Tambah teruk lagi bila parking bawah penuh sebab parking top floor ditutup untuk kerja2 renovation ke apa. Maka terpaksala parking di luar bangunan di tempat yang becak. Berlari kami meredah hujan nak masuk KB Mall. Lepas main boling 2 game, budak2 nak makan pizza. Walaupun korang dah tak heran tengok gambar pizza ni, tak kira, nak tayang juga!
yang ni sedap!
Sepanjang perjalanan balik dari KB pun hujan sampai rumah. Pukul 11.30 pm sampai. Malam tadi pulak hujan lebat berserta angin kencang sampai terbalik pasu bunga besar depan rumah. Pokok orkid atas pagar juga jatuh, patah ranting bunga yang baru nak kembang. Petang tadi pegi tengok air tepi alur belakang rumah yang dah melimpah ke jalan. Anak2 3 beradik ni sempat berposing dengan payung masing2. Nampak air di belakang mereka tu?
Jalan kecilbelakang rumah
Sekejap sahaja sesi bergambar sebab hujan lebat turun lagi. Berpayung pun basah juga belakang.*Betapa besarnya kuasa air, siapa yang menciptanya sudah tentu lagi besar dan hebat kan?
hadiahbunga.com Hari ni hujan memanjang.. Nak masuk bilik air pun sejuk. Nak memasak pun liat sebab sejuk tangan bila kena air... Gi beli sesuatulah! Taaapiiiii... Nak keluar rumah pun sejukkkkkk!
Assalamualaikum...
Ini result PMR adik (anak bongsu).
5A3B...mama dgn papa ok jer dengan result ni sebab inilah the best result yg adik pernah dapat.. Tadi masa saya bagitau result dia, adik menangis tapi saya kata bagus dah tu tak ada C atau D..
Mungkin adik sedih sebab kakak2 dan
abang dia dapat 8A untuk PMR mereka..
Assalamualaikum..
Sehingga hari ini, dah 5 hari berturut
turut saya breakfast/brunch dengan
nasi dagang.
Entah apa kemaruk sangat hari-hari
nak makan nasi dagang ni. Dulu saya bukan
suka sangat pun nasi dagang. Kalau yang
mak atau MIL buat ok la saya suka. Tapi
kalau beli saya jarang beli nasi dagang ni.
Nak buat sendiri jangan harap..benda lain takpe, nasi dagang...remeh sikit, malas kut yang lebih.
Kebetulan nasi dagang yg dibeli ni murah
saja rm2 sebungkus..sedap lagi. Tu yg penting kan?
Mungkin esok stop dulu la nasi dagang ni.
Makan benda lain pulak..laksam ke,
atau nasi impit sambal kelapa...
Assalamualaikum.. 2-3 hari ni ipar2 dan anak saudara yang duk jauh balik ke kampung. Bila dah ramai-ramai berkumpul ada saja aktiviti yg dirancang. Petang tadi, anak2 sedara ajak bapak2 main futsal. Untuk tidak menghampakan mereka, bapak2 ikut saja walaupun ada yg sakit lutut, sakit pinggang dan macam2 sakit
lagi maklumlah urat2 40+++.
Bapak2, main 10 minit,duduk sekejap. Kemudian sambung balik..walaupun bapak2 sakit urat, perlawanan berkesudahan dengan
kemenangan berpihak kepada bapak2 dengan jaringan 7-5. Malam ini ada bapak yang sakit urat dan dah rasa nak demam...hehe.
Bapak2 dan anak2 lelaki. Mak2 dan anak2 perempuan jadi tukang sorak.
Assalamualaikum... Nampaknya musim tengkujuh baru tiba di tempat kami. Sejak kelmarin hujan turun berterusan. Berhenti sekejap-sekejap dan berterusan hingga hari ini. Tahun ini musim tengkujuh agak lewat tibanya, pertengahan bulan Disember. Harap2 tak banjir.
Assalamualaikum.. Nampaknya hasrat untuk menyaksikan Harimau Malaya beraksi di perlawanan akhir tidak kesampaian apabila Farizal gagal menyelamatkan jaringan gol oleh Thailand di minit ke 60 dan 66. Malaysia tewas dengan agregat 3-1. Walaupun tewas, SYABAS dan TAHNIAH untuk pasukan Harimau Malaya. Anda semua telah bermain dengan penuh semangat. Benci pengadil tu!!! Nampak sangat !! Apapun pastinya perlawanan akhir antara Thailand dan Singapura merupakan perlawanan yang sengit bagi merebut Piala AFF Suzuki 2012.
Sebelum cuti sekolah dulu,saya ke kedai borong untuk membeli "disposable" pinggan mangkuk bagi kegunaan jamuan. Inilah resit yang ditulis oleh budak (umur dlm 19-21 tahun) yang bekerja di situ..
A'ah , kat sini memang tak ada durian crepe, yang ada hanya paparan makanan yang dimasak dan dibeli sepanjang minggu ni. Lepas tayang bunga tayang makanan pulak! sebabnya, ini aje kerja mudah kalau tak nak membebel di sini kan? Ini mee yang dimasak tengahari tadi..tak tau mee apa sebab main campak saja bahan yang ada sesedap rasa.
Sardine puff..beli kemarin
Kuih tepung bungkus dan tepung serunai
Nasi lemak sambal sardin dan bilis, brunch 3 hari lepas
Cara berlauk yg sedap beli jugak
ikan bakar yang hangus kulitnya (jangan gelak) tapi isi elok tau! sayur pedas keladi, mak masak
Kemudian makan buah-buahan ni
Errr...hari ni makan mee (kenyang sekejap saja) tak masak nasi. Laparrrrr! Tak boleh jadi ni,Kena buat sesuatu.....
Kali ni saya nak cerita satu lagi kisah kawan saya yang ada kedai dulu..ingat tak? Satu hari selepas raya datang sorang customer ke kedainya, juga mahu memulangkan beg yang dibelinya sebab tangkainya rosak. Baru 2 hari beli katanya dan belum digunakan lagi. Seingat kawan saya ni kalau dalam 2 hari tak de pulak customer ni datang ke kedainya, tapi tak silap dia, beg tu dah dibeli orang sebulan sebelum tu. Kawan beritau kakak tu yang beg itu boleh dibaiki dan dia boleh datang ambil dua minggu kemudian. Kecuali tak boleh repair dia boleh ambil yang lain, customer ni cakap dia tak nak, dia nak yang lain so kawan saya pun ganti yang lain. Lalu beg tersebut dibawa ke KL untuk dibaiki. 5 hari selepas itu, customer tersebut datang lagi ke kedainya bertanyakan samada beg yang dipulangkan masih ada di kedai sebab ada barang tertinggal dalam beg tu, namun kawan saya memaklumkan ianya telah dihantar ke KL untuk dibaiki. Rupanya beg boleh direpair dan elok seperti baru. Jadi kawan saya nak gunakan beg tu untuk dirinya saja. Sewaktu memasukkan barang2nya ke dalam beg, dia terasa ada sesuatu dalam compartment beg tu. Terkejut kawan bila mendapati ada 2 beg kecil (beg isi barang kemas). Satu beg mengandungi wang tunai RM350 manakala satu lagi berisi barang kemas! 2 bentuk cincin, 2 pasang subang, 1 loket sebesar syiling 50 sen. Semua emas tulen, bukan zhulian! Nilainya? dah tentu lebih dari RM2000 kan?
Belek punya belek terjumpalah salinan slip pengeluaran Tabung Haji dan terdapat nama hamba Allah tu kat situ. Jadi kawan akan cuba hubungi pihak Tabung Haji untuk mendapatkan nombor telefonnya. Saya pun tak tahu apa kisah seterusnya sebab cuti sekolah, tak jumpa lagi kawan saya tu. Kawan cakap nasib baik sewaktu hantar untuk dibaiki, barang tu tak ditemui oleh pekerja yg me"repair"nya. Seperkara lagi andai kata beg tak boleh dibaiki dah tentu ianya akan jadi rezeki tong sampah dengan barang kemas tu sekali. Agaknya kalau beg itu belum digunakan, orang tu letak tak barang kemas dalam beg tu? Mungkin dia dah pakai beg tu kemudian tak suka lalu diantar balik? (errr...tak baik bersangka buruk!) Wallahuallam..
Kalau dulu-dulu panggilan untuk datuk nenek ialah atuk, nenek, nek,opah, tokki,aki, tok ayah, tok, mak tok dan sebagainya. Sekarang dah jadi, tok mi, tok ma, tok pa, tok abah dan entah apa lagi...tok daddy (susahnya cucu nak panggil!) atau tok di ada tak??
Assalamualaikum.. Perasan tak entri saya banyak bergambar? sebabnya keyboard lappy saya banyak huruf yang dah tak berfungsi bila taip/tekan huruf tak lekat. Tak boleh nak menaip. Saya terpaksa guna on-screen keyboard maknanya kena klik huruf satu-satu, jenuh juga jari ni nak siapkan satu entri. Makanya tu yang entri saya ringkas. Tak larat mengklik setiap huruf untuk entri yang panjang. Gitulah kisahnyaa. Oklah! jom kita pi tengok buah manggis kat belakang rumah saya. Sebenarnya terlupa yang buah manggis dah banyak yang masak hinggakan banyak buah yang gugur terbiar. Tadi kami teringatkan buah yang masak dah hitam atas pokok lalu ambil galah kait mana yang boleh kait.
Yang dalam gambar atas dan bawah ni, buahnya boleh dipetik dengan jari jer sebab dahannya rendah. Kena selak daun2 baru nampak buahnya.