December 7, 2012
MunGKin SeBaB TaK JuJuR
Kali ni saya nak cerita satu lagi kisah kawan saya
yang ada kedai dulu..ingat tak?
Satu hari selepas raya datang sorang customer ke
kedainya, juga mahu memulangkan beg yang dibelinya
sebab tangkainya rosak. Baru 2 hari beli katanya dan
belum digunakan lagi. Seingat kawan saya ni kalau
dalam 2 hari tak de pulak customer ni datang ke
kedainya, tapi tak silap dia, beg tu dah dibeli orang
sebulan sebelum tu. Kawan beritau kakak tu yang beg
itu boleh dibaiki dan dia boleh datang ambil dua minggu
kemudian. Kecuali tak boleh repair dia boleh ambil yang
lain, customer ni cakap dia tak nak, dia nak yang lain so
kawan saya pun ganti yang lain.
Lalu beg tersebut dibawa ke KL untuk dibaiki. 5 hari
selepas itu, customer tersebut datang lagi ke kedainya
bertanyakan samada beg yang dipulangkan masih ada
di kedai sebab ada barang tertinggal dalam beg tu,
namun kawan saya memaklumkan ianya telah dihantar
ke KL untuk dibaiki.
Rupanya beg boleh direpair dan elok seperti baru. Jadi
kawan saya nak gunakan beg tu untuk dirinya saja.
Sewaktu memasukkan barang2nya ke dalam beg, dia
terasa ada sesuatu dalam compartment beg tu. Terkejut
kawan bila mendapati ada 2 beg kecil (beg isi barang
kemas). Satu beg mengandungi wang tunai RM350
manakala satu lagi berisi barang kemas! 2 bentuk cincin,
2 pasang subang, 1 loket sebesar syiling 50 sen.
Semua emas tulen, bukan zhulian! Nilainya? dah tentu
lebih dari RM2000 kan?
Belek punya belek terjumpalah salinan slip pengeluaran
Tabung Haji dan terdapat nama hamba Allah tu kat situ.
Jadi kawan akan cuba hubungi pihak Tabung Haji untuk
mendapatkan nombor telefonnya. Saya pun tak tahu apa
kisah seterusnya sebab cuti sekolah, tak jumpa lagi
kawan saya tu.
Kawan cakap nasib baik sewaktu hantar untuk dibaiki,
barang tu tak ditemui oleh pekerja yg me"repair"nya.
Seperkara lagi andai kata beg tak boleh dibaiki dah tentu
ianya akan jadi rezeki tong sampah dengan barang kemas
tu sekali.
Agaknya kalau beg itu belum digunakan, orang tu letak
tak barang kemas dalam beg tu? Mungkin dia dah pakai
beg tu kemudian tak suka lalu diantar balik?
(errr...tak baik bersangka buruk!)
Wallahuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Betullah tu. Kalau belum digunakan, kenapa ada resit dan barang kemas :)
Takpelah, yang penting kita bersikap jujur bukan? :)
Perangai customer ni mmg macam2
kan? menipu je, tapi Allah tunjuk dengan lebih baik.hahha
kn Allah dh balas....
itulah kan, prangai cstmer ni macam2..
Tentu dia gelabah bila pikirkan barang2nya....
Mujurlah dapat pada rakan akak yang jujur.. Allah nak tunjukkan pada si empunya beg tu..
Nak menipu.. dia sendiri rugi besar, nasib baik sipenjual tu amanah..
Mcm cerita akak gak, sblum raya 2 tahun lepas time nak balik kg, kereta tersondol keta lain lalu dihantar ke bengkel.. sebab tergesa2, x check apa2, teringat gelang ada disimpan dlm dashboard.. tanya pekerja bengkel kata x tau..
X pa le.. anggap bukan rezeki jer..
aduhhh banyak tuu brg berharga ..
x tau nak cakap apa dah ..
Tu la kn x jujur...akhir nya rugi sndiri...like me d lyn dgn sombong ms bt sttlement kd kredit bnk h..c...lps tu cashier tu kol me back dgn manis nya...sbb duit krg 1k...mmg sy sedar duit sy lbi 1k x tau knp ada xtra 1k...rupa2 nya dr bnk tu...tp sy x tamak. ..sy return back 1k tu...wlu pn resit dah cetak amaun sbnr sy byr..klu ikut sy x slh payment resit sbagai bukti ada...hihi...tp bt apa la duit mcm tu...1k x kn ke mn2 jg pegi nya...
macam2 perangai org ni kan..
Macam2 feel customer ye...
mungkin jugak la kot. sebab tu Allah nak tunjuk. siap ada barang kemas bagai dlm tu.
itulah..ALLAH balas sekejap je.
lain kali jujurlah...
apap cerita lepas tu ye..
mcm mana reaksi org tu bila dapat balik barang berharga tu...
Post a Comment