March 30, 2012

BeTuL Ke?

Assalamualaikum..

Ego problem
From:Islamic Quotes


March 28, 2012

PeaCe No WaR

Assalamualaikum..

Layan telatah anak sedara saya ni..
yang air liur sentiasa meleleh tu,
Nak buat "PEACE" sampai terteleng kepala

hampir berjaya
PEACE tiga jari..jaaadilah!!

March 26, 2012

ISnin YanG PaNaS

...Selamat tengahari!


  • Panasnya hari ni ..dah rasa berdenyut2 kepala.. kelas belum habis lagi ni.
  • pagi2 dah breakfast - nasi goreng kerabu dan milo kosong
  • nak key-in markah dalam SAPS tadi-tak ingat password.
  • main taram sajer..boleh plak masuk.
  • sempat isi markah utk 2 kelas.
  • kemudian tak boleh login pulak...wrong password lagi.ishhhh! 
  • lusa majlis anugerah kecemerlangan pelajar dan mesyuarat PIBG.
  • esok akan tambah busy!

  • Mira dah lulus driving test tadi..alhamdulillah! semalam test motosikal, tadi kereta. Bertambah sorang lagi drebar :).

March 25, 2012

LooK BeFoRe YoU LeaP

Selamat petang!

I was really pissed off by somebody's remark this morning!
remark tersebut bukan ditujukan khusus kepada saya
tapi kepada golongan tertentu yang terlibat dengan profesion saya.

Hello!! nak cakap biar berlapik, jangan main redah
sesedap rasa  tak cukup garam!
Nampak sangat sikap prejudis tu.
Kita hidup di Malaysia, bukan nak hidup dalam 
negeri kita saja.
Jangan anggap orang negeri kita jer bagus, 
orang negeri lain tak setaraf dengan kebagusan kita!
Nak mempertikaikan kewibawaan orang biar ada
bukti yang kukuh, buat analisa, kaji betul2..
jangan buat generalisation yang tak masuk dek akal.

Ingat..betullah pepatah melayu mengatakan
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata, buruk padahnya...boleh hilang kawan.!
Jangan salahkan orang kalau kata2 anda telah
menyinggung perasaan orang.

nota kapucino: maaf..entri sentap ini tiada kaitan langsung 
 dengan rakan bloggers ok.


SeLseMa LaGi


Tentunya esok hari yang sungguh tak menyelesakan..

 

malam ni juga.
Selamat malam!

March 24, 2012

AnaK2 HarTa KiTa YanG TaK TeRniLai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari sabtu yang cerah ..hujung minggu buat sebahagian rakan2 di sini.
Namun hari ini, kami ke sekolah untuk cuti berganti TBC yang lalu..
Macam biasa la bila sekolah hari sabtu macam tak der mood jer
tapi masa cuti hari tu bukan main teruja sekali kan?


Mood berkurangan hari ini sebab dilanda selsema lagi
berserta tekak yang perit ditambah dengan kepala pusing..
Tangan pula asyik menarik tisu dari kotak..


*************************************

Kebelakangan ini fenomena remaja lari dari rumah semakin berleluasa. 
Bukan masanya untuk kita menyalahkan mana2 pihak bila berlakunya kes2 sebegini.  Namun bagi pihak ibubapa sendiri perlu memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah anak2 bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.

Sebelum kita menuding jari kepada pihak2 tertentu, perlulah kita kaji semula antara peranan kita sebagai  ibubapa.  

Sebagai ibubapa:
@anak2 perlu diasuh dan diberi didikan agama yang sepatutnya sejak kecil lagi supaya mereka tahu menjaga batas2 perlakuan mereka serta tahu membezakan mana yang baik dan sebaliknya. 

@tegur mereka seandainya cara berpakaian mereka tidak sesuai dengan persekitaran, maksudnya mereka perlu berpakaian sopan tak kira di mana mereka berada.  Sebilangan ibubapa seolah2 tidak langsung prihatin dengan cara pemakaian anak2 terutama sewaktu mereka keluar rumah. Walaupun berada dalam rumah, cara pemakaian anak2 remaja perempuan juga perlu dititikberatkan kerana adik beradik lelaki dan bapa juga tinggal bersama. 

@seboleh2nya hantar dan ambil mereka apabila mereka hendak ke mana2   bersama kawan mereka. Jangan biarkan mereka keluar bersendirian. Juga perlu tahu ke mana tujuan mereka. 

@kenali siapa rakan2 atau dengan siapa mereka bergaul.

@tentukan masa bila dan sepatutnya mereka boleh keluar dan bila waktunya  mereka perlu berada di rumah.

@mendidik anak2 tidak semestinya menggunakan pendekatan yang keras.  
 Ketegasan perlu ada supaya mereka tahu sekiranya mereka melanggar  
 peraturan mereka akan menerima akibat dari perbuatan mereka.  

@Menegur anak2 dengan cara lembut tapi tegas bukannya asyik meninggikan 
  suara setiap kali kita menegur kesalahan mereka.

@bersikap bertolak ansur dengan mereka dalam perkara2 yang difikirkan perlu.

@sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.


Tidak dinafikan sebilangan yang mendapat didikan agama  sepenuhnya dari kecil tapi masih tersasar kelakuan mereka, macamana? Walluallam, sekurang2nya kita telah berikan apa yang sepatutnya diberikan kepada mereka.

Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian dari langkah2 yang sewajarnya kita ambil demi kebaikan  mereka. Semoga dengan usaha kita ini sekurang2nya kita sama2 membantu ke arah kesejahteraan anak2 serta keharmonian keluarga kita khususnya. Insyaallah. 









March 22, 2012

ALhamDuLiLLaH..BerBaLoi

As salam..

Hari ini saya sungguh penat..tapi berbaloi.
Alhamdulillah!
Pertama sekali anak ke 3 saya ( Mira) termasuk dalam
senarai 36 orang pelajar sekolahnya yang 
telah mendapat straight A's dalam SPM 2011. 

We are so proud of you!
Ke dua, sekolah saya walaupun tak ada yang mendapat 
straight A's  tahun ini
(selamat duit pengetua..hik3x ) 
namun kami masih lagi berbangga sebab
 2 orang pelajar telah mendapat 9A1B..
Tahniah kepada yang telah berjaya dengan cemerlang!
Yang kurang berjaya, jangan putus asa.


March 21, 2012

TenSioN?? RiLeKs Laa..

Salam sejahtera

Ada tak sape2 yang tengah tension sekarang?
 Kalau begitu, 
jom tengok gambar2 ni.






 

Amacam? dah rileks ker??
Sumber:  email

March 20, 2012

MeNanTi HaRi ESoK

As salam..


Hari ni bereskan kerja2 untuk hadap hari esok..
jeng..jeng..jeng!!
Wish us LUCK!!


March 19, 2012

Dia BaGi PasTu Dia MinTaK BaLiK

As salam

Hmmm... tahun lepas saya ada buat entri pasal
dapat rebate cukai dari 

 
ni..

Masa dapat tu punyala seronok!
Tapi minggu lepas dapat lagi surat cinta
dari orang atas tu..cuma kali ni,
dia mintak balik huhuhu..
(nak buruk siku nih!)

potongan tambahan yang perlu dibuat sebab
potongan gaji sebelum ini masih belum mencukupi.
Maknanya setiap bulan mulai dari Jun 2012 hingga 
Nov 2012, itulah
jumlah yg akan diambil dari gaji saya.
Jumlahnya sebanyak ini...
V
V

Baru jer ura2 nak naik gaji tapi
tak dapat lagi dah sound kena bagi balik kat dia.
At least dia potong bulan2 ok lagi,
tahun lepas kawan saya sekali datang surat kena bayar
dekat RM10,000 sekaligus!
tak ke terkejut gajah?
Lepas berunding, kena juga langsaikan
jumlah berkenaan tapi dalam tempoh 6 bulan jugak.

Pandai jer dorang ni ek?
bagi dulu pastu mintak balik...
(psst..masa dapat tak hingat dunia! hehehe)





DreBaR 7 HaRi SeMinGGu

As salam..


Setelah 9 hari bercuti, sekolah dah dibuka semula.
Bermula hari ini juga saya dan ss (suami saya) telah  menjadi drebar merangkap supir tetap anak2 yang berdua tu..
Tahun ini 2 orang anak akan mengambil PMR dan SPM.
Seperti biasa, hari ini berterusanlah kerja2 memandu kami
seperti tahun2 sudah..


7.15 pagi - ke sekolah
Balik sekolah pukul 3- 3.15 ptg sampai rumah.
4.30 atau 4.45 ptg(kelas  tambahan petang)  ss pergi 
ambil dorang di sekolah.
7.45 mlm saya hantar mereka ke kelas tambahan malam di sekolah.
10.00 mlm, suami ambik mereka.


Begitulah rutin kami Ahad sampai Khamis
tapi khamis malam takde kelas tambahan.


Jumaat..
8.20 pagi saya hantar anak ke kelas tuisyen di pusat tuisyen SPM. 
12.30 tgh ss ambil dia.
2.45 ptg, ss hantar dia ke ke kelas tuisyen yg sama untuk subjek lain.
4.30 ptg ss ambil dia .


Sabtu 
8.20 pagi hantar dia ke kelas tuisyen yg sama, 
10.30 pg ss ambil dia.


Kalau Jumaat dan Sabtu anak yg ambik PMR ada kelas tambahan di sekolah, lagi pening kami sebab 2 hari tersebut kerja kami pergi balik ambil mereka la.
Dan rutin ini akan berterusan sehingga akhir tahun dan berhenti bila habis 
peperiksaan SPM.


Kawan2 pun macam kami jugak ke?



March 18, 2012

SKiLL TiDuR

Salam sejahtera..
Amacam?


macam2 gayakan?
segala skill ditunjukkan,
kuak terlentang, kuak telungkup,kuak terajang bagai,
hehehe

Relevan tak dengan kawan2 yang
dah ada baby tu?

sumber:FB


March 17, 2012

KaNaK2 RiBeNa


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah! dah beberapa hari blog terbiar tanpa update.
Balik dari Kuantan terus menyepi..
bukan saja2 menyepi tapi duk berhibernasi..
Syok baca novel sampai payah la nak letak,
dahla novel ni tebal dengan muka surat sampai 810.
Kepada sapa2 yang kaki novel tu dan tak baca lagi novel ni,
bolehla baca kalau ada masa ye..
citernya best sesangat lah!
mula2 baca sampai gelak2 senyum2  tapi pas tu
boleh pulak airmata berjurai dengan tak disengajakan.
Nak tau citernya baca sendiri ok!

v
v
v
v


Berbalik citer gi Kuantan..
Pergi sana sebab lama tak jumpa
anak2 sedara ni..
pompuan jer?? yang kecik2 ni ramai pompuan..
yang lelaki dah besar2 .
Inilah rupa-rupa kanak2 ribena tu..

sedang tengok citer kat youtube tu




Kebetulan malam tu mereka pakai baju kaler pink cuma 
Malihah sorang berbaju merah. 
Si Sofea monyok jer sebab sakit perut.


Ni lagi 2 orang kanak2 ribena
yang tak reti duk diam..


Aizat dan Rayyan


oklah...selamat berehat di hari Sabtu ini.



March 12, 2012

HaRi NI IsNiN PuLaK Ye?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Buat apa tu? tengah kerja ek?
Oh yang sedang bercuti tu selamat bercuti!
Pagi tadi saya ke kelas tambahan ..
ya, sekolah saya setiap kali cuti ada kelas tambahan,
kalau cuti seminggu, kelas tambahan 3 hari.
Kena la seorang sekali, 2 jam jer.


Lepas kelas terus menghadiri kenduri kawin
adik kawan saya..kebetulan hujan lebat,
tempat pulak sempit terpaksa la menunggu sekejap 
untuk dapatkan tempat duduk..
sambil makan kena tempias hujan
tapi sebab lapar, telan je la.


Lepas maghrib nak ke Kuantan.
Jumpa lagi!!


March 11, 2012

HaRuaN

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia!


Tengokla
hasil tangkapan jiran saya ni..
besarkan?



Fresh dari anak sungai dekat rumah.
Tapi sekarang saya dah tak makan ikan darat.
Tak seperti waktu budak2 dulu,
suka juga pergi memancing  di sungai dekat rumah mak.
Tak pun memancing ikan puyu di sawah padi
depan rumah. Bila dapat banyak ikan puyu,
saya akan suruh sepupu saya siang (takut nak siang)
pastu goreng kunyit makan dengan nasi panas2.


Ermmm..sekarang dah tak boleh nak makan.
Tak tahu kenapa tekak tak boleh nak telan.
Kawan2 macam mana pula?
Suka makan ikan darat/sungai?



March 10, 2012

BeTaPa BeRaT MaTa MeManDanG BeRaT LaGi BaHu YanG MeMiKuL 2

Sambungan 

Sebagai seorang guru saya sedikit sebanyak
mengetahui kisah yang dialami oleh pelajar 
melalui penulisan mereka samada
sewaktu membuat latihan mahupun peperiksaan.
Saya juga tahu kalau cerita yang mereka tulis itu hanya 
rekaan atau pun kisah benar.

Sewaktu membaca dan menanda kertas jawapan peperiksaan
 anak kawan saya baru2 ini, saya tiba2 jadi sebak dan 
tak semena-mena airmata saya keluar tanpa dapat ditahan2.

Tajuk karangan "Family"

Saya petik sebahagian esei yang ditulisnya tanpa edit.

"My dad always got mad all the time. That's why I am not close with him.
We seldom talk. He was like a stranger to me. Sometimes when we had
dinner together, the situation is just like I am reading a history book- so
boring! But seriously, I think there is nothing important to talk about
with him. Nevertheless, I had ideas about sharing something, I already
knew that he would not be interested to listen. So, that's what happened
between my dad and I.

"....I remember the year I was sitting for PMR, both mom and dad always 
argued about something. Just like cats and dogs. And things frightened me
more when my dad always hit my mom in her face and body.  It was a great 
pain to see mom's suffering. I knew my dad was in a relationship with someone.  A widow with three sons. Ah! I was like, what's so special about
her? Starting from that day, we were no longer a happy family."

"....I know everything has changed, but for me, life must go on. No matter what challenges us, we must face them. I want my mom to be happy and I know she would be happy without dad..she suffered a lot.  For me, this is a new beginning of a new life. One thing that keeps lingering on my mind is,
why can't I have a father who is  loving and caring like everybody else's?.."


Ibunya menangis sewaktu membaca karangan ini
tanpa pemgetahuan anaknya.Smiley



BeTaPa BeRaT MaTa MeManDanG BeRaT LaGi BaHu YanG MeMiKuL 1



Selamat Hari Sabtu dan selamat bercuti buat yang bercuti.


Sewaktu blogwalking membalas kunjungan
kawan2 semalam , saya terbaca tentang 
The Protector Not The Abuser di blog
Mr Clive.


Bila baca entri tersebut teringat kisah
sedih yang dialami oleh salah seorang rakan setugas saya yang
baru bertukar ke sekolah saya tahun lepas disebabkan
tidak tahan dengan perangai suaminya yang
kaki perempuan dan langsung
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang ketua keluarga, suami dan ayah.


 Dia juga sering menjadi mangsa
pukul suaminya (di depan mata anak2).
 Sekarang mereka telah bercerai jadi
tibalah episod yang agak perit kepada si ibu
kerana segala tanggungjawab terutama dari segi 
kewangan, belanja rumah dan anak2 (seramai 6 orang) terpaksa 
ditanggung 100% olehnya. 
Si suami langsung tidak mahu 
bagi duit sesen pun untuk mereka.


Padahal seperti yang diceritakan olehnya, sewaktu
bersama dulu pun segala bil2 utiliti dan belanja rumah
dia yang bayar. Suami banyak habiskan duit untuk
perempuan lain,betapa bangga si suami berkepit dengan
perempuan lain yang juga dapat dilihat oleh anak2.
 Malah bila bercerai, harta sepencarian pun
si suami mahu kawan saya bayar balik kepadanya
sebab katanya si isteri yang minta cerai.
(Tuntutan nafkah dan harta sepencarian
 masih lagi dalam proses)


Kawan saya sendiri akui mungkin juga silapnya dulu
kerana dia tak kisah dan tak pernah minta duit dari suaminya bila
suami lepas tangan begitu.


 Walaupun amat perit untuk dihadapi namun dia
lega kerana sekurang2nya dia
telah terlepas dari penderaan fizikal dan mental.
Yang penting semua anak2 ada bersamanya.


Memang banyak kisah sebegini berlaku dalam masyarakat
kita tapi bila berlaku kepada kawan kita yang terdekat,
saya rasa benar2 terharu.
"Betapa berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul"
Itu katanya kepada saya.


Ikuti kisah selanjutnya dari pandangan anak sulungnya 
yang juga pelajar saya di entri seterusnya.





March 9, 2012

TeTaMu HuJunG MinGGu

Salam Jumaat dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah, pagi tadi kabel talipon telah diganti yang baru,
jadi hari ni saya dah dapat online di rumah dengan gembiranya.
Ha'ah..memang tension bila internet down kat rumah.

Minggu lepas bekas ETA Mira dan Lisa menjadi tetamu kami.
Gambar mereka  5 tahun yang lalu ada di dalam 
Ternyata wajah Miss Rebecca tidak banyak berubah.
Masing2 terlalu gembira dapat berjumpa lagi setelah
5 tahun berlalu.

Miss Rebecca bersama anak2
Teh tarik dan pisang goreng kegemarannya

Miss Rebecca datang selama 2 hari sahaja sebab
dia hanya dapat cuti 3 hari. Datang dari  Pekan Baru Sumatera tempat
dia menjadi trainee teacher di International School 
selama 5 bulan. Dia tinggal bersama kakaknya di sana 
yang menjadi guru kontrak untuk 2 tahun di sekolah yang sama.
Katanya bulan Jun dia akan datang kembali untuk
last visit sebelum pulang ke USA.

********

Ok ni pulak cerita hari ni..
sebab terliur puding roti
kat blog ieda
saya pun buat puding roti tadi
cuma tak letak laici jer.

v

v

v

v


makan dengan kuah puding..

Selamat beristirehat dan selamat bercuti!



March 7, 2012

EnaM HaRi YanG AmaT BoSan TanPa Mu!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Lama benar tak update blog..dekat seminggu.
Somebody dari TM datang rumah check talian semalam
katanya wayar talipon rosak kena tukar lain.
Tadi call contractor yg incharge baiki cable talipon,
 esok dorang datang.
Hopefully esok everything is back to normal.

Waaaa!! boring betul hidup tanpa internet ni!
mati kutu juga ler..hehe
Anak-anak pulak macam orang demam.
Masing2 asyik tanya, "Ma! bila orang nak datang baiki ni??"

Oh ya, sekarang saya bersiaran dari rumah in law, 
segar sekejap budak2 ni dapat online.

Tapi bila tak dapat online kat rumah,
masing2  tidur awal sedikit dari biasa.
which is good for them.

Jumpa lagi!
Terima kasih pada kawan2 yang
sudi singgah,insyaallah saya akan
membalas kunjungan kalian
very soon!
Take care.

sempat snap gambar ni waktu singgah makan on the way
to Penang baru ni. Rama2 ni kat atas simen hampir 
dipijak orang suami ambil letak atas pokok bunga, 
masih hidup lagi, saiznya
sebesar tapak tangan orang dewasa.

March 5, 2012

SinGGaH SeKeJaP

As Salam dan selamat sejahtera..

Apa kabar semua?
Harap semuanya sihat belaka.
Balik jer dari P.Pinang, terus tak dapat online kat rumah
sebab cable telekom bermasalah kat kawasan kami..tak tau bila
pulihnya..may be ptg karang.
Bila dah ok, saya akan membalas jejak kawan2 ya.
Happy Monday!!




March 1, 2012

A BLeSSinG in DisGuiSe

As salam..






p/s: ..off to Penang this afternoon.

PoWeR GiLeR BaHaSa TgaNu Dia..PaHanG DoK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya terbaca surat ni kat wall FB.
Bahasa Tganu pekat ni.


Faham tak? of course la org ganu faham :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...