As salam dan selamat sejahtera..
Dah dua hari tak bersiaran.. sedikit busy..
sejak hari khamis sebab ada program di sekolah.
Kursus Kepimpinan Pengawas..
Siang malam berulang-alik ke sekolah sehinggalah besok.
Bermakna, weekend ni kami juga bertugas.
Bila dah ulang-alik, balik rumah terus tak boleh buat apa2 dah.
Tido !
Petang tadi sebaik pulang dari sekolah,
rasa lapar tiba2 sebab tak makan tengahari lagi.
Terus teringat nak makan
garlic bread cicah kopi o..
So, beli roti ni
Sapu butter, garlic spread, letak cheese dan
masukkan dalam oven,
jadilah macam ni.
Akhir bulan lepas, sekolah kami telah menerima
seorang ETA (English Teaching Assistant) dari
Amerika Syarikat di bawah program
Kementerian Pelajaran MBMMBI.
Kawan saya dan saya menjadi mentor
(err..bukan mentor TV3 k!) dia selama
dia berada di sini sehingga November nanti.
Malam tadi dia (Miss Christina) dan seorang lagi ETA menjemput
kami ke rumahnya sebagai tanda
terima kasih mereka kepada kami kerana
membantu mereka selama berada di sini.
Kami dijamu spaghetti, cookies(dorang buat),
baked potatoes dan garlic bread .
haha..sedap pulak makan malam tadi, tu yang
hari ni rasa nak makan lagi.
ETA sedang menjalankan aktiviti bersama pelajar di kelas
saya, siap pakai baju kurung dia.
Minggu depan, bekas ETA anak saya dari US
juga akan berkunjung ke rumah untuk berjumpa
anak2 saya. Dia berada di sini 5 tahun lepas.
Waktu tu, program ETA ni hanya ada di Terengganu.
Miss Rebecca bersama anak2 dan anak saudara, 5 tahun lalu.
jalan2 tepi kampung
ETA sekolah Mira tahun lepas..Miss Vanessa
Oklah..selamat berhujung minggu..
Esok upacara penutup
kursus pengawas...kena hadir!
11 comments:
Untungla budak2 skolah lani sbb guna cikgu2 import.. dr USA plak tuu... :)
Salam Whitecappuccino,
Wah...mesti teruja sangat kan...dah 5 tahuh baru nak jumpak balik...
oh pertukaran pelajar asing ye kak ..
bestnyaaaaaaaaa , untung anak2 dpt merasa mengenal orag putih , glamer mereka nie ;)
yelah kak letih dgn program2 macam nie .. tulah tugas kak .. saya kagum ngan akak .. bukan mudah menjadi seorang guru , dulu saya nak jadi cikgu
skrg baru saya tahu kenapa saya x ditakdirkan menjadi cikgu huhuh ;)
teringat time sekolah pergi kursus kpimpinan pengawas jugak...
happy weekend too...
cool entry
ala, bestnye jumpa native speaker.....pnh dgr jugak psl ETA nie sbb kwn yg praktikal kt SUK pernah ckp....
Guru ETA sekolah adik sy lelaki... ok jugakkan pihak Kmentrian plajaran buat mcm ni..
@Zwan: memang untung dorang
@Ros: wslm, memang teruja amat sebab dorang memang kamcing.
@ieda: bukan pertukaran pelajar tapi khidmat guru b.I dari oversea di hantar ke sekolah.
@ANISA: :) tq!
@Ayuni: ya..suka dorang dapat guru native speaker
@Cik nur: oh ya ke.
comey rina 5thn lepas..hehehe
wow masih miss ya ETA tu, apasal la masa saya blaja dulu takde program ETA ni..ahaksss
@f.toddey: comey ko?
@delarocha:yup! masih..kalo ada, tak jumpa la dgn miss beautiful tu kan??
MESTI JADI TUMPUAN DIA ORG KAN...
Post a Comment