February 27, 2012

CuaCa Dan SuaRa

Salam sejahtera !

Cuaca sungguh panas dan garing sekarang
menyebabkan tekak saya juga kering
walau pun dah berbekalkan air ke kelas.
Paling tak tahan bila terpaksa mengajar 3 kelas double period
dalam sehari mau taknya hampir hilang suara.
Terpaksa juga bersuara lebih sedikit
dari biasa bila kena discuss soalan dan jawapan
peperiksaan baru ni sebab banyak yg salah dari yang betul.
Kena terang balik biar jelas.

Pukul 11 pagi suara dah tak berapa nak keluar.
Asyik berdehem-dehem.
Suara dari perut sampai sudah tak jadi.
(namun bila lapar mejadi-jadi  pulak suara tu)

Last2 terpaksa juga bersandarkan suara dari tekak.
Kalau dah satu kelas lebih kurang sejam terpaksa guna suara
dari tekak,lama2 rasa sakit kepala.
Akhirnya badan penat, suara makin pancit.
Kelas seterusnya, jadi mangsa..
terpaksa la korang buat latihan menulis banyak sikit
sebab cikgu kena simpan saki baki suara yg
makin seksa nak keluar.
Ditambah pula kelas yang jauh  jauh  terpaksa
panjat bangunan tingkat 3.
Bila masuk kelas 
duduk dulu untuk ambik nafas..hahaha
classicnya cikgu!


selamat malam!!


24 comments:

kiz said...

suara salah satu aset yg penting buat guru kan..

Deru Ombak said...

Assalamualsikum Cikgu.

Banyakan minum air putih.. Cuaca sungguh tak menentu..
Di sini panas terik teramat.. Menjelang petang hujan lebat dgn ribut, guruh petir..

Selamat malam Cikgu.

kasihredha said...

banyak2 minum air masak..
semoga tekak kembali ok :))

Liselle MonCherie said...

Pengorbanan Seorang guru :')
Fisherman's friend dan air masak
amat mujarab! :D

Unknown said...

sekarang ramai yang batuk2 kan?haish cuaca panas kering ni bahaya laa... :(

Anisa Anuar said...

banyak minum air...
susah kalau tekak sakit kalau nk mengajar (memahami)

So Shy Lady (SSL) said...

oh kat tmpat ssl asyik hjan je nasib baik t. banjir


hrp cpat smbuh n t. blarutan lama ye. suara amt pnting buat s org guru ;)

emarieys said...

kena banyakkan minum air masak ni..kebetulan saya pun sakit tekak juga

SemuaTentangKita said...

Try minum air asam jawa kak.

Semoga cepat sembuh yer..

kay_are said...

banyakkan minum air bergas, confirm2 hilang sore seminggu, takyah pikir pasal sore g dah cikgu! ^__^

Hanis MY said...

get well soon kak nor yang cantik menawan...

Mulan said...

makan obat.. moga cepat sembuh.. take care tau..

kurus said...

tulah pengorbanan kan kak
kalau bukan kerana anak murid , dah lama duk mc kat umah kan ;)

Hanis Azla said...

cikgu classic yg cantik.. dulu masa sekolah tak terfikir pun kepayahan guru2 utk bercakap lama2..

Miss N™ said...

suara salah satu senjata utama seorg guru..xde suara..budak2 bising..

minum air byk2..dan ready nk ke toilet je lepas tu..huhuh

Unknown said...

musim skrg nih...keno minum byk air kosong...

whitecappuccino said...

terima kasih semua..yup! semoga sakit tekak tak berpanjangan.

Rtp Farra Arisha said...

berat juga tanggungjawab seorang guru ya. hihi apapun keep on calming down yourself eventhough there're some obstacles that you've to go through it. cheers...:)

Lady Milo said...

saya yang tak bercakap kat ofis pun rasa tekak kering... adeh..
cuaca panas.. kalau kurang minum air, demam la nanti.

Pondok Usang said...

ramai yg agak kurang sihat..

Unknown said...

selamat malam cikgu! hehe

sal ya said...

sabar je la cikgu. memang dah mcm tu adat mengajar. tapi kesian kelas berikutnya terpaksa jadik mangsa sbb cikgu dah hmpr nak hlg suara.

wahida said...

pengorbanan seorg cikgu..
besar pahala tu...

cepat baik ye kak, bykkan minum air suam...

Unknown said...

pasni minum air masak byk2

p/s tahniah tersenarai untuk bulan februari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...